Sebaik daun pintu renggang, dia memberanikan diri melangkah masuk. Matanya dengan segera terpandang sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Sebaik wajah itu berpaling, dia terkesima. Joshua! Hatinya serta-merta gementar melihat kesan-kesan lebam yang mewarnai wajah Joshua.
Danira.. Wajah Joshua serta-merta berseri sebaik menyedari kehadiran Danira di muka pintu. Lelaki itu cuba bangun dari pembaringan, namun Danira cepat-cepat menahan.
Josh, tak usah. Awak tengah sakit tu. Larang Danira.
Bantu saya naikkan bed ni. Pinta Joshua.
Danira menurut. Sebaik kepala lelaki itu berada dalam keadaan yang lebih selesa, Danira menarik kerusi lalu duduk di samping Joshua. Lelaki itu memandangnya tidak berkelip.
******
Kenapa boleh jadi macam ni Josh Cik Evy kata awak masuk hospital disebabkan saya. Apa maksud dia cakap macam tu Macam mana awak boleh cedera soal Danira bertubi-tubi. Dia ingin tahu cerita sebenar dari mulut Joshua. Melihat kesan-kesan lebam di wajah Joshua serta balutan simen di kaki lelaki itu, hatinya jadi sayu.
Joshua terdiam. Dia mengeluh panjang mendengar kata-kata Danira. Separuh hatinya terasa jengkel dengan sikap Evelyn yang sengaja mahu membesar-besarkan cerita mengenai kecederaannya.
Josh please, tolong terus terang dengan saya. Saya benar-benar bimbangkan awak. Rayu Danira tetap berdegil ingin tahu.
Joshua meneliti raut wajah manis di hadapannya. Danira kelihatan bersungguh-sungguh ingin tahu. Tapi apakah dia sendiri bersedia untuk bercerita kisah malam itu Malam yang membuatkan dia terlantar lemah tidak berdaya seperti sekarang ini
Saya kena pukul Nira. Perkataan itu terkeluar juga dari mulutnya. But Im fine. Saya masih kuat. Sambung Joshua sambil tersenyum hambar. Kejutan di wajah Danira membuatkan dia serba-salah.
Siapa yang pukul awak Josh Soal Danira dengan wajah serius.
Joshua terdiam. Dia tidak mahu membicarakan tentang lelaki-lelaki yang memukulnya. Semua itu tidak penting berbanding dengan Danira yang muncul di hadapannya. Hampir dua minggu lamanya dia tidak bertemu gadis itu, entah kenapa ada sekelumit rasa rindu singgah di lubuk hatinya. Kesakitan yang dialaminya tidak seberapa berbanding rasa gembiranya sebaik bertemu gadis itu.
Josh..
Saya tak apa-apa Nira. Sungguh!
Jangan nak bohong. Beritahu saya hal sebenarnya. Betul ke awak kena pukul sebab saya Soal Danira lagi. Bersungguh-sungguh dia mahu menyelongkar cerita yang berat mahu dituturkan lelaki itu.
Joshua terdiam. Dia termenung jauh mengenangkan peristiwa malam itu. Sebenarnya dia sendiri tidak nampak jelas rupa lelaki-lelaki yang menyerangnya di hadapan bangunan firma guamannya malam itu. Ketika itu dia baru hendak pulang ke rumah setelah menyelesaikan sedikit kerja di pejabat.
Setelah teruk dia dibelasah, salah seorang lelaki berbadan besar itu mencampakkan sesuatu ke mukanya. Beberapa duit yang terikat dan masih baru dilontar ke arahnya.
Ini duit yang bos aku kasi untuk kau. Upah untuk tugas kau membebaskan Danira. Lepas ni kau jangan jumpa lagi dengan perempuan tu, atau aku takkan lepaskan kau. Lagi satu jangan cuba-cuba nak menyoal perempuan tua tu lagi. Kau takkan dapat apa-apa dari dia. Ugut lelaki berbadan besar itu.
Dia terkial-kial cuba bangun. Lebam dan bengkal-bengkil di seluruh mukanya menyukarkan dia mengecam lelaki-lelaki yang menyerangnya.
Kenapa Kenapa aku tak boleh jumpa Danira Siapa kamu semua Dia bertanya dengan nafas tersekat-sekat.
Siapa kami tak penting. Yang penting ialah kau jaga nyawa kau sendiri. Danira kepunyaan bos aku. Kalau kau berani jumpa dia lagi, kerjaya kau dan kawan-kawan kau akan musnah di tangan kami. Lagipun kau tentu tak mahu jadi macam kawan kau yang mati katak tu kan Suara lelaki berbadan besar itu sinis. Di antara dua lelaki lain yang turut berada di situ, lelaki berbadan besar itu seolah-olah mendominasikan keadaan.
Dia terpegun. Kata-kata terakhir lelaki itu membuatkan dia terpinga-pinga. Nafasnya tersekat-sekat.
Memang bukan Danira yang bunuh dia bukan Kau dan orang-orang kau yang bunuh dia! Tuduhnya melulu.
Kata-katanya menimbulkan rasa tidak puas hati lelaki berbadan besar itu. Apabila lelaki itu mengeluarkan sebatang kayu hoki dari dalam perut van, dia sudah kecut perut. Wajah lelaki berbadan besar itu bengis menatap ke arahnya. Dan sekali lagi bagaikan satu ulang tayang, dia dibelasah lagi seperti tadi. Tak cukup dengan itu, lelaki itu memukul kakinya dengan batang kayu hoki membuatkan dia meraung kesakitan.
Akibatnya tulang kakinya disahkan doktor patah dan perlu disimen. Mujurlah seorang pengawal keselamatan bangunan itu yang bertugas shift malam menemuinya yang ditinggalkan nyawa-nyawa ikan. Jika tidak, pasti dia takkan berpeluang lagi bertemu Danira.
Nira, awak sebenarnya tahu siapa yang bunuh dia kan
bersambung
Bab akan datang :
Adakah Danira menyembunyikan sesuatu daripada Joshua