Dude! I'm Getting Married - 64
BAB 64

SUASANA dalam restoran semakin sibuk dengan pelanggan yang keluar masuk. Jus lemon yang dipesan belum sampai ke meja. Acik pandang pada jam di tangannya.

Mana Jai ni Janji pukul lapan. Ni dah dekat pukul sembilan.. Melilau Acik melihat kelibat Jai.

Acik! Sorry la lambat! Ni Seri nak ikut aku.. Jai jeling Seri yang dah duduk sebelah Acik.

Laabiarlah dia ikut. Takkan kau nak biarkan dia duduk sorang kat rumah malam-malam macam ni Acik ketap bibir.

Alah..dia dah besar panjang. Pandailah dia jaga diri. Jai merengus. Mengada-ngada Acik ni! Mentang-mentanglah dah jadi abang ipar aku!

Dia ni memang nak suruh Ucu duduk sorang kat rumah tu. Salah ke Ucu ikut Seri jeling Jai yang buat muka toya.

Tak salah tapi ni hal lelaki. Kita kan kawan je Seri jugak yang nak kita berkawan je kan Tak ingat Jai dah mula ketap bibir.

Acik jeling Jai. Dah mengaku kalah la tu! Kau jangan Jai! Aku yang kena belanja Seri melancong nanti!

Ucu takut tinggal sorang kat rumah.. Seri buat muka merajuk.

Memang dari dulu pun Ucu ni takut tinggal sorang-sorang! Acik siku lengan Seri yang dah menepek dekat dengannya.

Jai hanya pandang tingkah Seri. Kat rumah, kalau boleh nak duduk sebatu jauhnya dari aku.

Back to hal semalam, kau rasa betul ke tu Salina Hashim Acik dah pening.

Entahlah..kalau tak betul, mengapa dia keluar tiba-tiba je dari dewan tu Macam nak lari je.. Jai terbayang semula babak di dewan semalam.

Masing-masing diam membisu seketika. Jus lemon yang dipesan Acik tadi dah sampai ke meja.

Err..kalau betul, bila dia bebas Acik bersuara semula.

Entah! Dia kena hukum penjara tiga tahun sebab bukan dia yang potong brek kereta tu. Dia hanya dituduh bersubahat. Jai berkerut kening.

Emm..kalau macam tubelum lagi la bebas. Macam mana pulak dia boleh berada di situ Acik garu kepala.

Jai jongket bahu.

Siapa Salina Kenapa dia masuk penjara Seri yang dari tadi hanya jadi pendengar setia mula bersuara.

Acik dan Jai saling berpandangan.

Kan aku dah kata..dia ni banyak tanya.. Jai bisik ke telinga Acik.

Kawan abang.. Acik terpaksa berbohong.

Kawan Kenapa Ucu tak kenal Seri turut berkerut kening.

Acik jeling Jai. Hmm..minah ni betullah. Banyak soalnya.

Ucu memang tak kenal dia. Ni..orderlah makan dulu. Lapar ni. Acik lambai pada pelayan restoran.

Penuh berselera mereka menikmati makanan yang dipesan. Acik siap pesan ikan siakap kukus, sotong goreng tepung dan kailan ikan masin.

So, kau rasa macam mana kita nak tahu perempuan tu memang Salina Acik sapu mulut dengan tisu. Dia bersandar di kerusi kekenyangan.

Hmm..apa kata kau berkenalan dengan Mawaddah tu. Aku tengok bukan main lagi kau tenung budak tu! Jai sengih.

Acik turut sengih nakal. Memang jantungnya berdetak kuat pertama kali pandang gadis tu semalam. Macam ni ke rasa jatuh cinta Kenapa dengan arwah Ojie dulu, aku tak rasa macam ni

Nak ke dia berkenalan dengan aku ni Aku dahlah pakai macam ni. Ada hati nak tackle anak ustaz!

Kenapa Itukan lebih baik. Kau jugak yang kata, nakkan yang terbaik. Nilah masanyaorang kata, sambil menyelam sambil minum air. Jai senyum lebar.

Banyaklah kau punya selam minum air! Tak ke pelik, tiba-tiba je aku nak kenal budak tu. Baru sekali kita ke sana. Acik luku kepala Jai.

Tak ada yang pelik dalam dunia ni. Macam akujatuh cinta kat perempuan yang kalut ribut tu. Jai jeling Seri.

Acik turut sengih.

Apa yang korang cakap ni Seri dah menyinga. Jelingan jai tadi macam menyindir dirinya. Aku kalut

Okey bro! Aku balik dulu. Kau fikirlah cadangan aku tu. Cari maklumat Salina. Kalau kau perlu bantuan aku, kau cakap je. Jai mula bangun.

Weh! Takkan dah nak balik kut. Baru pukul sepuluh bro! Acik jeling jam di tangan.

Aku dah mengantuk. Jai jeling pula Seri.

Mengantuk ke..atau nak..ehem ehem! Acik usik Jai.

Jai hanya jeling Acik yang dah berdehem macam tu. Perli aku ke

Abang! Ucu tak akan serah diri la kat dia ni! Seri bingkas bangun.

Jai beri isyarat pada Acik.

Ucu belum rasa apa-apa lagi ke kat Jai ni Acik sengaja tanya.

Seri diam.

BALIK dari restoran tadi, Seri diam seribu bahasa. Sampai rumah, terus berkurung dalam bilik.

Siapa Salina Kenapa Jai sibuk nak tahu hal Salina Kenapa aku ada rasa cemburu Seri garu kepala. Tudung di kepala dibuka dan disangkut di tepi katil.

Seri menapak ke bilik air. Jersi dah bertukar. Baju tidur pemberian Along disarungkan ke badan.

Hmmmacam seksi je baju ni. Seri belek-belek baju tidur satin warna peach yang hanya setakat lutut tanpa lengan.

Kenapa la baju macam ni Along bagi kat akuLama Seri perhatikan dirinya di depan cermin.

Dia menapak semula ke katil. Sempat tekup telinga ke dinding. Entah apa Jai buat di bilik sebelah. Gelas di atas meja kecil sebelah katil dicapai.

Dah habis ke Seri pandang gelas yang kosong. Seingatnya siang tadi ada lagi separuh jus oren dalam tu.

Perlahan Seri menapak ke ruang dapur. Terpaksa melalui bilik Jai. Pintu bilik terkuak sedikit. Pantas Seri berlari ke dapur, bimbang terserempak dengan Jai. Dah la aku seksi meksi malam ni!

Aduh!!

Seri terhempap badan Jai di pintu masuk dapur. Gelas di tangan Seri terpelanting jatuh ke tepi peti ais.

Kenapa dengan awak ni Kalut semacam je ni! Jai gosok kepalanya yang dah terhantuk kena kerusi.

Maaf..licin tadi. Seri dah merasa bersalah. Jai dipandang tak berkelip. Jantungnya berdegup kencang. Kenapa aku rasa macam ni

Jai mula mengukir senyum. Sengaja dia peluk Seri erat-erat. Pinggang Seri dirangkul kuat.

Err..awak..saya nak bangun.. Seri tarik tangan Jai yang dah melekat di pinggangnya.

Jai pandang Seri tak berkelip. Matanya menjalar pada bahagian dada. Aduhkau nak seksa jiwa aku ke

Awaktolong lepaskan saya.. Seri tunduk. Terpaksa juga dia peluk Jai rapat-rapat. Mata Jai dah tembus ke dadanya.

Jai bingkas bangun. Tak sanggup melihat suara Seri merayu macam tu. Dah pucat muka minah tu. Ingat aku nak rogol ke apa

Tu la..lain kali jangan kalut sangat. Jai duduk di kerusi. Dia menghabiskan jus epal dalam mug. Matanya masih melekat pada Seri yang seksi dengan baju tidur. Pertama kali Seri mengenakan baju tidur macam tu. Rasa nak je aku realisasikan kata-kata Acik tadi.

Seri perlahan bangun. Gelas yang terjatuh tadi dah pecah berderai. Dia capai penyapu di tepi pintu.

Biar saya sapu. Nanti terpijak kaca. Siapa yang susah Jai bangun dan mula mendekati Seri yang dah terkial-kial menyapu serpihan kaca.

Aduh!Batang penyapu terlepas dari tangan Seri.

Kan saya dah cakap! Degil! Jai dukung Seri ke ruang tamu. Ibu jari kaki Seri dah berdarah. Cepat-cepat Jai ambil ubat dari kotak kecemasan.

Seri mengaduh kepedihan. Ubat cecair warna kuning disapu ke tempat luka. Dia pandang Jai yang selamba tenyeh Dettol dengan kapas ke atas luka di ibu jari kakinya. Eii! Ingat aku ni kayu ke Sakit tahu tak!

Dah siap! Awak duduk rehat kat sini. Biar saya yang buat. Jai kembali ke dapur.

Seri pandang Jai tak berkelip. Masa Jai sapu ubat tadi, lama wajah Jai direnung. Kacak! Memang ada iras pelakon kegemarannya Lin Min Ho. Ya Allahaku dah jatuh cinta ke

Jai kembali ke ruang tamu dengan segelas jus oren. Dari dulu dia tahu, Seri memang suka jus tu.

Nah..minum dulu. Lepas ni saya dukung awak ke bilik. Jai sua gelas ke mulut Seri.

Seri terpaksa minum sampai habis. Rasa dahaga tadi dah hilang. Matanya masih menala ke arah Jai. Bibir nipis lelaki tu sangat manis walaupun tak senyum. Rambut ketak hitam dan mata yang agak sepet cukup membuatkannya terpesona.

Awak tenung saya macam tu kenapa Jai sengih. Luka di kaki Seri dibelek sekilas. Takut pembalut terbuka. Dia kemaskan dengan pin.

Bila saya tenung awak Seri tunduk. Dia lihat pembalut di kakinya. Kemas. Pandai jugak mamat ni balut. Dulu dia kerja pembantu hospital ke apa

Jai senyum. Tanya lagi minah ni! Dah nak tembus mata aku dia tengok!

Nak tidur ke tak nak Jai duduk dekat dengan Seri.

Nak..tapi saya tak boleh berjalan ni.. Seri pandang ibu jari kakinya. Kakinya masih rasa sakit.

Jai terus dukung Seri naik ke tingkat atas. Seri terkedu. Dia tidak membantah tindakan Jai.

Awak rehatlah. Esok saya bawa awak ke klinik. Jai letak Seri atas katil. Selimut ditarik hingga paras dada.

I love you!Jai tutup pintu dan lampu. Dia kembali ke biliknya.

KOMPUTER riba dibuka lagi. Kertas kerja dan tesis perlu disiapkan cepat. Alhamdulillah, kerja praktikal dalam makmal dapat dihabiskan dengan cepat. Cepat aku nikah dengan Seri. Jai senyum.

Hmmdah hampir dua bulan aku nikah. Aku masih macam ni. Seri pun macam liat je nak jatuh cinta kat aku semula. Haihmacam mana lagi la aku nak buat ni Semuanya aku dah buat rasanya. Bagi bunga, tulis surat cinta, nota cinta lagi kat pintu bilik dia. Hantar sms cinta. Apa lagi aku nak buat ek Jai termangu di meja. Dia buka laman sesawang. Mencari tips memikat isteri.

Emm.... Jai baca beberapa ayat.

5 ayat wanita ingin dengar untuk jatuh cinta.

Pujian seperti Awak sangat cantik

Dengar luahan dan kata-kata wanita

Ungkapkan kata yang menenangkan

Tawarkan bantuan

Ucap kata cinta

Hmmsemua tu aku dah buat. Dia buat dek je.. Jai menopang dagu. Dia buka laman sesawang lain.

Hmm..buat kejutan, sambut hari lahir isteri. Cium dahi isteri setiap kali nak tidur. Haih..macam mana nak cium kalau dah tidur pun lain bilik.

Jai menyambung semula kerjanya.

SERI bangun perlahan. Dia capai telefon bimbit di atas meja kecil. Ada mesej dari Jai. Lampu di atas meja kecil dibuka.

Ada lagi ke

Mesej dibaca perlahan.

I really love you. If I can get you a rose from jannah, I will pick it up for you

Seri termenung di katil. Jantungnya masih berdegup kencang. Tadi, ucapan cinta dari Jai berdesup menerjah ke lubuk hati. Ya Allahbetul ke aku dah jatuh cinta

Seri pandang ke arah sudut meja di penjuru bilik. Bunga yang dihadiahkan Jai padanya masih segar di dalam pasu kecil. Setiap minggu, Jai akan belikan bunga segar. Matanya menala pula pada nota cinta yang diterima. Sudah penuh satu kotak!

Takkan aku nak mengaku Habislah perjanjian tu..melepaslah aku nak pergi melancong! Baik aku buat biasa je. Tak boleh obvious sangat depan Jai. Nanti kantoi! Seri kembali baring.

AWAL lagi Seri dah ke dapur. Usai solat subuh tadi, dia bergegas ke dapur menyediakan sarapan. Pagi itu, dia sempat menyediakan nasi goreng dan telur mata bersama dengan lepat keledek.

Hmmsedapnya bau!

Seri menoleh. Jai dah terpacak di pintu dapur.

Errawak dah bangun

Jai menapak ke arah Seri. Muka Seri dah lain macam. Tangannya dietakkan atas bahu Seri.

Kaki dah okey dah

Seri angguk perlahan. Tunduk diam. Pinggan dalam singki dibasuh cepat-cepat.

SayangI love you.. Jai bisik ke telinga Seri. Bau harum rambut Seri cukup menggetarkan.

Seri menelan liur. Aduh! Macam mana ni Aku tak akan tergoda dan mengaku yang aku telah jatuh cinta pada Jai! Ucu, kau kena kuat! Kau kena tahan godaan!

Eh! Apa yang awak buat ni Saya tak akan tergoda la dengan suara manja awak tu. Seri cepat-cepat menidakkan perasaannya.

Jai senyum. Dia pandang riak Seri. Lucu! Muka dah merah macam malu!

Ya ke

Ya la! Saya tak akan jatuh cinta pada awak! Seri berlalu ke kuali. Nasi goreng dalam kuali dikaup masuk ke dalam mangkuk besar.

Jai sengih. Lain macam je Seri ni..menggelabah semacam je aku tengok.

Nasi goreng diceduk kasar ke dalam pinggan. Telur mata pula diletakkan atas nasi goreng. Seteko kopi o panas dah tersedia atas meja.

Jai makan nasi goreng dengan penuh selera. Sengaja dia tenung Seri yang duduk di depannya. Muncung pun cantik jugak dia ni

Kejap lagi saya nak jumpa Acik..nak ikut tak Jai jeling Seri yang diam dari tadi.

Ke mana

Sekolah Tahfiz kat PD!

Seri diam. Nak jumpa Salina la tu!

Nak ikut ke tak nak Jai pandang Seri yang dah mula diam. Minah ni dah pandai buat muka pulak dah..

Ya la..saya ikut.. Seri bingkas bangun. Ke mana pun kau pergi, aku nak ikut. Aku nak bersama kau sentiasa!

Awak kenapa ni Muncung dari tadi. Tak baik tau muncung depan suami. Allah murka. Jai sengih. Tangan Seri sempat disambar.

Seri menoleh. Eii! Apa kena pulak dia ni Makin menjadi romantiknyaeii..

Jai turut bangun. Tubuh Seri ditarik rapat ke tubuhnya. Kedua pipi Seri dicium lembut.

Err..apa awak buat ni Seri tolak Jai. Dia berlari naik ke tingkat atas. Terus ke bilik.

Jai senyum. Kalau aku tak buat macam tu, entah bila la aku boleh tunaikan tanggungjawab aku ni. Hmm..Seri tak marah-marah pun tadi. Tak menjerit macam malam tu! Senyuman Jai semakin lebar.

Seri tutup pintu rapat-rapat. Dadanya turun naik. Terasa jantung berdegup laju.

Ya Allahni yang lemah ni. Aku dahlah rasa tak keruan je bila tengok dia. Dia sengaja nak goda aku. Ucu..kau kena tahan godaan! Seri luku kepalanya berkali-kali.