Abstrak Cinta Aku & Dia - 64
BAB 64

KEDENGARAN suara Abang Ayub, si pengacara majlis berceloteh riang, menambahkan lagi kemeriahan suasana kenduri. Memang Abang Ayub selalu dipanggil sebagai pengacara majlis kenduri di Kampung Melayu. Mungkin kerana Abang Ayub memang pandai berceloteh atau mungkin juga kerana wajahnya yang persis Jamal Abdillah lantas membuatkan orang tertawan.

Pakcik Razak sedang berkaraoke buat kali ketiga. Tiada sesiapa yang menegah. Mereka sedia maklum yang Pakcik Razak masih kecewa kerana tidak terpilih dalam rancangan Kilauan Emas musim terbaru. Jadi, biar sajalah Pakcik Razak melepaskan rasa kecewanya dengan berkaraoke di sini sepuas hati.

Majlis jamuan sudah lama tamat. Namun, masih ada tetamu yang tinggal dan belum mahu bersurai terutama, sahabat-handai yang rapat dengan pasangan pengantin selain ahli keluarga. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan beramah-mesra dan bertukar cerita.

Ucapan tahniah dan selamat pengantin baru tak henti-henti terbit dari mulut mereka.

Zack menyusuli Kate yang sedang berbual dengan Audrey dan Andy. Rancak benar mereka berbual dan bertukar-tukar cerita.

Hey ZackAudrey menyapa.

Zack tersenyum dan mengangguk.

Thanks for coming.Zack berkata. Pandangan mata bertukar di antara Audrey, Andy dan si comel kepada pasangan itu, Alicia yang baru berumur lima bulan.

I always knew that both of you are meant for each otherTutur Audrey.

Kate tergelak manakala Zack mengukir senyuman. Mereka menyambung berbual seketika sebelum Audrey dan Andy meminta diri untuk pulang. Kate dan Audrey berpelukan erat. Zack dan Andy bersalaman. Kemudian mereka bertiga berlalu.

Setelah Audrey dan Andy pergi, Kate melabuh duduk di kerusi berdekatan. Dia kepenatan lantas mengambil peluang untuk duduk seketika.

Kate, nak air Pelawa Zack.

Kate angguk. Zack lantas menghulurkan segelas air yang sempat dicapai sebelum menyusul Kate tadi.

Thanks. Ucap Kate. Air dalam gelas diteguk untuk membasahkan tekak. Hampir separuh diminum, gelas itu dihulurkan kembali kepada Zack lalu Zack meneguknya sehingga habis.

Mereka saling berpandangan. Zack senyum. Kate mengangkat kening. What

Cantik. Puji Zack.

Siapa

You lah

Kate senyum.

Selamat pengantin baru Ucap satu suara.

Zack menoleh. Izah

Farizah tersenyum kepada mereka. Tahniah. Ucap Farizah lagi.

Zack angguk dalam senyuman.

Ini Aaron. Ingat lagikanSoal Farizah, sekaligus memperkenalkan Aaron di sebelahnya.

Zack angguk. Tangan dihulur kepada Aaron lalu disambut.

Kateini FarizahZack memperkenalkan pula Kate kepada Farizah.

OhFarizah. Tangan dihulur pada Farizah. Kate senyum penuh makna. Ini rupanya Farizah yang pernah menjadi pujaan hati Zack dulu-dulu. Dalam hati, Kate turut memuji. Farizah memang ada daya tarikan yang tinggi.

Congrats KateUcapan tahniah turut diberi pada Kate.

Thank you. Balas Kate.

Zackjangan lupa ya Majlis Izah bulan depan. Datang tau Tutur Farizah. Sekeping kad undangan dihulur pada Zack.

InShaAllahZack menyambut kad dari tangan.

Okeylah. Izah nak jumpa Amy pulak Farizah meminta diri.

Zack angguk. Sekali lagi, tangan dihulur pada Aaron yang lebih banyak senyum dari bercakap. Mereka kemudiannya berlalu. Dia membuka kad undangan. Perkataan yang tertera dibaca.

Wedding of Aaron Dominic Low Abdullah & Farizah Sidek

Kahwin jugakZack berkata sendiri lalu teringat kisah yang pernah diceritakan Amy. Beberapa kali Farizah terpaksa menangguh perkahwinannnya dengan Aaron gara-gara campur tangan dari keluarga isteri pertama Pakcik Sidek. Pelbagai alasan diberi sehinggakan Pakcik Sidek sendiri menjadi serba-salah. Walhal, dia ketua keluarga. Sehinggalah Mak Yan mengugut untuk membiarkan saja Farizah berkahwin di sempadan Siam, barulah Pakcik Sidek bersetuju. Macam-macam hal

Soitulah Farizah Soal Kate, tiba-tiba.

Ya. Zack angguk. Kenapa

Nothing. Tanya saja Balas Kate.

You jealous ke Soal Zack sambil tergelak.

No. Why should I Kate turut tersenyum.

Zack ketawa. Jari Kate diraih dalam genggaman. Its only you, Kate. Tak ada orang lain lagi dalam niUcap Zack. Jari telunjuk kanan menujuk ke dada.

I tahu.Kate kekal tersenyum. Genggaman jari dieratkan.

By the way, Zareen kirim salam.

Kate angguk. Waalaikummusalam. She cant make it, right

She can't. You pun tahukan, Zareen dah sarat. Bila-bila masa aje dia boleh bersalin

Kate angguk lagi.

Perhatian. Atas permintaan ramai, kedua pasangan pengantin sila ke mari.Abang Ayub membuat pengumuman.

Zack dan Kate berpandangan. Kemudian, mereka melihat ke arah Hanif dan Amy yang berdiri tidak jauh dari mereka. Masing-masing saling berpandangan, penuh tanda-tanya.

Pasangan pengantin, sila ke mari.Abang Ayub mengumumkan buat kali kedua.

Tidak mahu berteka-teki, mereka menurut. Khemah Abang Ayub dihampiri.

Tusedara-mara korang suruh karok satu lagu.Abang Ayub berkata sambil bibirnya menjuih ke arah khemah utama.

Zack dan Amy menoleh. Sham, Khairul, Shafiq, Shida, Emma, Aini dan ramai lagi sepupu dan ahli keluarga mereka sedang melepak di bawah khemah sambil senyum sengih ke arah mereka.

Zack mencapai mikrofon dari tangan Abang Ayup.

Korang tak ada kerja lain ke Ada ke pengantin yang disuruh nyanyiZack bersuara melalui mikrofon.

Ala Zack! Satu lagu, Zack. Bukan selalu Sham menjerit sambil disambut dengan gelak ketawa beramai-ramai.

Tumamat yang sebelah tu. Suruh dia nyanyi sekali. Harap muka aje handsome testlah satu lagu. Tengok power tak power Seorang lagi bersuara.

Hanif pula menjadi bahan usikan. Amy tergelak manakala Hanif hanya mampu tersenyum sambil geleng . Langsung tak mengambil hati. Dia sudah sedia maklum akan ahli keluarga Zack dan Amy memang begitu.

Zack..sportinglah sikit. Macamlah tak biasa Khairul pula melaung.

Zack senyum lagi. Tak apalah. Saudara-mara punya pasal dia turut juga walaupun dia tahu, mereka sebenarnya sengaja nak menyakat pengantin. Pada Abang Ayub, dia meminta lagu pilihannya dimainkan.

Okeykorang punya pasal, aku nyanyi jugaklahZack bersuara lagi lalu dibalas dengan jeritan sorak dari khemah utama. Dia geleng lagi. Korang ingat apa Konsert

Sebelum tukami ada sedikit ucapan Zack berkata lagi lalu memandang Amy.

Untuk mak dengan ayah, kami ucapkan terima kasih tak terhingga. Jasa mak dengan ayah tak mampu kami balas. Kami sayang mak dengan ayah. Ucap Zack. Ringkas tapi ikhlas.

Amy mula tunduk. Rasa sebak tiba-tiba hadir dalam dada. Khemah utama juga senyap, tiada yang menyahut.Masa diambil seketika untuk menenangkan perasaan.

Terima kasih juga pada saudara-mara kami yang banyak membantu. Korang pun, kami sayang juga Sambung Zack. Ketawa kecil meletus sana-sini.

Hanif, selamat datang ke dalam keluarga kami. Pandangan bertukar di antara Hanif dan Amy.

Hanif senyum. Pinggang Amy dipaut sebelah tangan.

Kate Zack merenung Kate di sebelah. Jari Kate digenggam erat. Tiada ucapan.

Last sekali. Untuk semua yang kat bawah khemah tu. Bila korang nak kahwin Takkan nak Forever Alone kot

Whooiiii.

Kata-kata Zack dibalas dengan teriak dan jeritan. Dia sengih. Puas hati kerana dapat menyakat kembali semua sepupunya kali ini walau sedikit.

Abang Ayub memainkan lagu yang diminta.

Kaulah cinta sesungguhnya

Sekuat hatiku kan menjagamu

Deami cinta seutuhnya

Ku kan berjanji seumur hidupku

Takkan lelah mendampingimu