Tunggu apa lagi Jom, kita masuk.
Mereka berdua mengekori langkah Tunku Raffzul dari belakang dan berhenti di meja yang menempatkan duduk 3 orang. Qamra Ain dan Yoonaniza duduk bersebelahan manakala Tunku Raffzul duduk berdepan dengan mereka. Menu a la carte yang tersedia di atas meja dicapai setiap seorang dan meneliti setiap menu yang tertulis di situ.
Kamu berdua nak makan apa Tunku Raffzul bertanya. Dia yang sudah terbiasa dengan menu di sini hanya memerhati mereka berdua memilih menu yang tersenarai.
Apa yang menarik di sini, Tuan Raff I mean bestseller.
Saya bedal aje apa yang ada kat sini, Yoona. Kamu Qamra Pandangan anak mata galak itu beralih pada Qamra Ain yang diam membatu. Seperti ada sesuatu yang tak kena.
Qamra, are you okay Yoonaniza menyentuh perlahan bahunya.
Tak tak ada apa-apa, cepat dia menjawab.
Hakikatnya, salah satu menu a la carte yang tertulis di situ menyentap perasaannya. Nasi Lemak Sambal Sotong, mengingatkannya pada arwah Babah. Yoonaniza juga beralih memandang ke wajah Qamra
Ain.
Apa kata you berdua try Nasi Kerabu, okey Tunku Raffzul mengutarakan cadangan.
Saya ikut aje, Tuan Raff. Jawab Yoonaniza manakala Qamra Ain menjawab dengan anggukan setuju.
Kalau begitu, waiter! Panggil Tunku Raffzul sambil menggamit tangan ke arah pelayan agar datang ke meja mereka bertiga.
Selamat petang, Tunku. Datang bertiga nampak Tuan Harith tak datang sekali Usik pelayan yang sememangnya kenal benar pada kerabat Tunku ini, salah seorang pelanggan tetap di Teh Tarik Place.
Tuan Harith on medical. Mereka staff saya Nasi Kerabu dua set, Nasi Lemak Rendang Ayam satu set,
Barli Limau dan kamu berdua nak minum apa
Sirap Bandung Laici.
Ice Lemon Tea.
Okey, tu je. oppsss, kejap. Sky juice segelas, pelayan lelaki tadi mencatat apa yang dipesan dan kemudian beredar pergi bersama menu a la carte di tangan.
Yoonaniza baru perasan yang pelayan di kaf
ini menumpu pandang ke arah mereka bertiga. Dia menyiku perlahan lengan Qamra Ain sekaligus membuatkan gadis itu terkejut.
You perasan tak yang waiter kat sini pandang kita Bisik Yoonaniza perlahan. Takut didengari oleh Tunku Raffzul yang leka membelek di SG N5 seperti menyemak sesuatu.
Pandang kamu berdua atau pandang saya sebenarnya Selalunya, saya datang seorang atau dengan Tuan Harith. Hari ni datang bertiga. So, fahamfaham ajelah, jelas Tunku Raffzul yang disangka tak ambil pusing langsung dengan apa yang mereka bisikan tadi.
Terkedu mereka berdua bila soalan itu dijawab spontan oleh Tunku Raffzul.
Sementara menunggu hidangan, Qamra Ain dan Yoonaniza berborak sesama sendiri. Tunku Raffzul pula mencuri pandang ke arah Qamra Ain tanpa rasa jemu. Sejuk mata memandang. Baru hanya 3 hari Qamra Ain dalam pasukannya, dia merasakan ada sesuatu yang istimewa tentang gadis itu. Kalau tak, masakan Tun Tunku Harith sewenang-wenang merekrut Qamra Ain menyertai THSC.
Di sini juga, dia pernah membawa seorang doktor pelatih bernama Zuhaniz yang pernah bertakhta di hati. Penampilan yang seperti persis seorang model, rambut yang melepasi paras bahu sudah tentu mencuri pandangan sesiapa saja. Hubungan cinta mereka juga pernah menjadi gosip terhangat di THSC hinggalah sampai ke pengetahuan Tun Tunku Harith.
Sepanjang tempoh itu, dia cuba pertahankan hubungan mereka walaupun ditentang keras oleh Tun Tunku Harith. Kerana Zuhaniz, dia berani menentang kehendak ayah saudaranya sendiri. Bila diselidik, ada sesuatu yang diketahui oleh Tun Tunku Harith yang dia tak pernah tahu.
Kerana kemaruk cinta Zuhaniz dia menjadi alpa dan buta hati. Kecurangan Zuhaniz dengan doktor senior dari pasukannya sendiri. Tanpa bersemuka dengan mereka, dia terus bertindak menyingkirkan mereka berdua dengan kuasa veto sebagai VP. Sejak peristiwa itu dia berubah sikap. Diberi gelaran si kuku besi oleh doktor pelatih di THSC.
Tiada siapa yang berani bertembung muka bila berselisih jalan dengan Tunku Raffzul. Baik di luar atau pun di mana-mana lokasi sekitar THSC. Kalau ada di antara mereka yang dari jauh ternampaknya melintas cepat-cepat mereka mengubah laluan. Lebih rela berjalan jauh dari melewati berdepan.
Saya mohon maaf kalau kamu berdua terpaksa bekerja keras untuk kes Salina. Saya janji selepas kes selesai, saya minta MD kekalkan kamu di DMD. Tentang ER, nanti saya inform HRMD rekrut calon-calon yang saya reject tempoh hari. Buat masa ni, biar Elle di sana sehingga kes selesai.
Oh ya, For your info Tuan Harith diarahkan berehat panjang. Recently, kesihatannya terganggu. Jawatan MD bakal diterajui oleh my cousin. Sekarang dia CEO di Mels E, Tunku Raffzul mula bercerita sementara menunggu hidangan sampai ke meja. Terkedu Qamra Ain seketika.
CEO Mels E Saya pernah kerja di sana 3 tahun. Tapi, tak pernah saya terserempak dengan CEO di company tu. Hanya kenal seorang yang bernama Reza Rizman.
Owh! Kamu pernah kerja di situ Saya dulu CEO di sana. Masa lepas saya graduate degree in medical from Rusia. Rezas is my ex-IT Manager. Sejak cousin saya seorang lagi lumpuh, MD minta saya ganti tempatnya. Apa kamu kata tadi Tak pernah jumpa Mustahil!
Setahu saya cousin saya tu workaholic. Kamu tak tanya Reza
Siapa namanya
Tunku H
Tunku menu yang dipesan sampai.
Tergendala terus perbualan untuk bertanya lebih lanjut lagi siapa yang bakal menggantikan kerusi MD. Sesudah dihidangkan pada mereka bertiga, pelayan itu beredar pergi. Akhirnya, perbualan itu tamat begitu saja.
Sementara itu di luar kaf The Tarik Place, kelihatan sebuah kereta Nissan GT-R berhenti di seberang jalan. Tunku Hussein menurunkan sedikit cermin tinted separuh terbuka dan menghala terus pandangan ke dalam kaf. Sungguh mesra dilihat Qamra Ain bersama sepupunya, Tunku Raffzul. Terasa cemburu di hatinya bila menatap wajah kesayangannya sesekali ketawa. Mungkin ada cerita lucu dari sepupunya yang mencuit hati gadis itu. Dia, hanya mampu melihat kemesraan itu dari jauh.