FIZIK-LAH! - 64
Gasolin dan diesel mempunyai banyak perbezaan, malah bau saja sudah berbeza. Antara perbezaanperbezaan diesel dan gasolin ialah pertamanya, diesel mempunyai berat molekul (molecular weight) yang lebih berat daripada gasolin disebabkan rantaian karbonnya yang lebih panjang. Disebabkan itu, diesel menyejat lebih perlahan dari gasolin.

Keduanya, diesel juga lebih murah kerana proses untuk menapisnya lebih mudah dari gasolin.

Ketiganya, diesel juga lebih tumpat dan mempunyai kadar tenaga lebih banyak dari gasolin. 1 gelen (3.8 L) diesel dapat menghasilkan tenaga sebanyak 155106 Joule manakala 1 gelen gasolin akan menghasilkan tenaga sebanyak 132106 Joule. Inilah sebabnya kenapa enjin menggunakan diesel dapat pergi lebih jauh berbanding enjin gasolin.

Diesel banyak digunakan pada keretapi, bas sekolah, bot, kren, penjana kuasa dan juga kenderaan pertanian. Fikirkan betapa besarnya sumbangan diesel pada dunia industri seandainya jentera pertanian, dan jentolak-jentolak perlu bergantung pada gasolin yang mempunyai kadar tenaga lebih rendah.

Pada isipadu yang sama dan harga yang lebih mahal kebergantungan industri pada gasolin pasti membebankan. Kebanyakan pengangkutan kargo (sekitar 94%) sama ada kapal-kapal, lori trak, ataupun keretapi bergantung pada diesel.

Dari segi keselamatan alam sekitar, diesel mempunyai manfaat dan kekurangan. Manfaat diesel ialah diesel mengeluarkan sedikit gas karbon monoksida, hidrokarbon dan karbon dioksida (gas-gas penyumbang pemanasan global).

Kekurangan diesel ialah pembakaran diesel mengeluarkan sebatian nitrogen, dan jelaga yang menyumbang kepada hujan asid.