Kalau awak tahu, beritahulah saya Nira. pujuk Joshua.
Apa gunanya Josh Saya kan dah bebas sekarang ni. balas Danira acuh tak acuh.
Joshua terdiam. Betul juga! Apa gunanya dia mengenang kisah lama Apa yang sudah berlaku takkan mampu diundur lagi.
Belum sempat dia mahu mengatakan sesuatu, pintu bilik itu tiba-tiba terbuka luas. Seorang wanita separuh umur melangkah masuk diikuti Evelyn dari belakang.
Mummy! Joshua terkejut besar.
Danira turut menoleh. Matanya bertingkah pandang dengan seorang wanita dalam lingkungan usia pertengahan yang agak bergaya. Namun sorot mata wanita itu tajam memandang ke arahnya. Dia mula berasa tidak enak untuk terus berada di situ lebih lama.
So inilah perempuan yang Josh kejar-kejar tu Sinis nada suara yang keluar dari bibir semerah delima itu.
Mummy... suara Joshua agak keberatan.
Sebab tu Josh tak mahu ikut mummy berhijrah ke Canada Sebab perempuan ni Soal Madam Jenny dengan suara meninggi.
Joshua terdiam. Dia menoleh ke arah Danira yang kelihatan panik dengan kehadiran ibunya yang tak disangka-sangka. Dia sendiri hairan bagaimana ibunya boleh tahu perihal Danira. Ini pasti kerja Evelyn, gumam Joshua kesal. Pantas matanya dilarikan ke arah Evelyn yang terpaku di suatu sudut.
******
Danira merenung permukaan kolam yang beriak tenang. Pusaran air itu semakin besar tatkala beberapa anak-anak kecil yang datang ke situ ditemani ibu bapa masing-masing, merasa seronok dengan melempar batu-batu kecil ke permukaan air kolam. Dia hanya mampu tersenyum memerhatikan telatah anak-anak itu. Mahu melarang, dia sedar dirinya tidak berhak. Biarlah anak-anak itu berbuat sesuka hati asalkan tidak menyakiti kawanan itik yang berenang di hadapannya.
Wajahnya yang ceria sebentar tadi kini dengan cepat berganti muram. Ada banyak kekesalan yang bertandang di hatinya tatkala mengenangkan Joshua. Lelaki itu terlalu banyak berbudi sehingga adakala dia benar-benar merasa takut untuk termakan budi lelaki itu lagi. Entah kenapa, lirikan mata Joshua terhadapnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan dia serba salah. Dia juga tahu cemburu Evelyn padanya bertempat. Bukan salah wanita itu sebenarnya! Salah aku! Aku yang membiarkan diriku menjadi satu objek yang entah sejak bila penting di hati Joshua.
Peristiwa siang tadi di hospital benar-benar memudarkan sebahagian semangatnya. Dia benar-benar tidak menduga akan menghadapi semua ini sekali lagi. Hancur luluh hatinya tatkala dia dituduh dengan tuduhan yang bermacam-macam.
Kamu Danira Pertanyaan Madam Jenny siang tadi hanya dibalas dengan anggukan. Dia langsung tidak berani mengangkat mukanya menentang renungan wanita itu yang menggerunkan. Namun dari situasi yang berlaku, dia tahu wanita itu ibu Joshua. Cuma yang dia kurang faham, bagaimana wanita itu boleh mengenalinya.
Sampai bila kamu nak susahkan anak saya Tak puas-puas lagi ke kamu buat dia macam orang bodoh Pertanyaan yang terhambur dari bibir Madam Jenny membuatkan dia tersentak.
Tak boleh ke kalau kamu jangan ganggu Joshua lagi Enam tahun dahulu dia buat apa sahaja untuk kamu. Sekarang kamu dah bebas, pergilah sejauh yang boleh tapi jangan ganggu anak saya lagi. Herdik wanita itu penuh emosi.
Mummy, please Joshua kelihatan resah.
Danira tak bersalah mummy. Josh yang panggil dia ke mari.
Untuk apa Untuk jadi jururawat peribadi kamu For your own sake Josh, please stay away from her. Dia bawa malang. Dia hanya bawa sial pada Josh.
Mummy tak tahu apa-apa. Josh malas nak gaduh dengan mummy. Tapi tolonglah jangan hina Danira macam-macam. Lelaki itu membelanya.
Ini bukan penghinaan, ini kenyataan. Sebab dia Josh kena pecat. Sebab dia juga Josh cedera macam ni. Getus Madam Jenny.
Bukan salah Danira
Kamu baik diam Josh. Dah puas mummy bersabar dengan kamu selama ini. Tapi kalau ini harga yang terpaksa kamu terima semata-mata kerana mahu membebaskan banduan ni, baik kamu ikut mummy ke Canada saja. Putus Madam Jenny tegas.
Joshua memandangnya. Dia juga melemparkan pandangan kosong ke arah lelaki itu. Wajah Joshua muram kelat. Dia mengerti Joshua merasa bersalah dengan apa yang telah berlaku. Dia juga kesal. Kerana dirinya, tak fasal-fasal Joshua dan ibunya bergaduh pula. Memang dia sedih dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan padanya. Hina benarkah dia selaku bekas banduan di mata orang
Ya ALLAH! Berilah aku kesabaran! Berilah aku ketabahan untuk aku teruskan hidup ini sehingga aku temui Naufal! Ayah! Umi! Tolong restui agar Nira dapat bersatu semula dengan Naufal.
bersambung
Bab akan datang:
Masihkah ada harapan untuk Danira bertemu dengan Naufal