KERETA meluncur laju menuju ke Port Dickson membelah lebuh raya Kuala Lumpur Seremban. Jalan raya sentiasa sibuk dengan kenderaan yang menuju ke destinasi masing-masing.
Acik, kau dah siasat Jai jeling Acik di sebelah. Dia intai pula Seri yang duduk di belakang melalui cermin pandang belakang. Kenapa minah ni asyik muncung je Dari pagi tadi lagi.
Acik angguk.
Jadi Jai dah tak sabar.
Dia memang dah bebas sebab berkelakuan baik. Acik teringat perbualannya dengan seorang pegawai penjara.
Ohjadi betullah dia dah bebas.. Jai pula angguk-angguk.
Kita kena check. Kalau betul itu Salina, alhamdulillah. Maknanya dia dah berubah.. Acik lemparkan pandangan ke luar tingkap kereta.
Sekali lagi Jai angguk, mengiakan kata-kata Acik.
Seri pula hanya diam membisu dari tadi. Tak sangka, Jai terang-terang suruh Acik siasat siapa Salina tanpa berselindung lagi. Memang salah aku..tak hiraukan suami sendiri.
Kereta membelok ke arah Teluk Kemang menuju ke sebuah perkampungan.
Jai..kau rasa tindakan kita ni betul ke Acik dah serba salah sebaik kereta diparkir di perkarangan sekolah tahfiz.
Alahkita datang ni nak berdamai. Bukan datang nak balas dendam. Apalah kau ni! Lagipun kau jugak yang untung! Jai kenyit mata.
Untung Acik dah berkerut kening. Apa pulak Jai ni merepek
Yalahgadis idaman kau kan ada kat sini.. Jai sengih.
Seri jeling Jai yang dah mula senyum-senyum. Alah..kau pun sama! Tak sabar nak jumpa Salina tu!!
Mereka bertiga menapak perlahan ke arah pejabat sekolah. Ustaz Fadzil dah tersenyum dari jauh. Salam bersambut.
Sila! Ramah ustaz Fadzil menyambut tetamu yang datang.
Err..maaf ustaz. Kami datang ni tak diundang.. Jai jeling Acik.
Eh!Kami memang mengalu-alukan semua tetamu. Sila masuk!
Mereka bertiga berhati-hati melangkah ke ruang pejabat sekolah.
Err..kami datang ni sebenarnya..Jai tergagap-gagap.
Nak ziarah budak-budak! Cepat Acik memotong cakap Jai.
Jai pantas pandang Acik. Heh! Mamat ni! Dah malu la tu! Cakap jelah terus-terang!
Ohbudak-budak ada kelas tu. Ustaz Fadzil senyum.
Maaf ustaz.kami nak jumpa Salina sebenarnya. Seri senyum. Sempat jeling Jai. Saja nak tengok riak mamat tu.
Jai menelan liur. Apa hal Seri ni
Oh..dia pun ada kelas tu. Nanti saya suruh anak saya panggil dia. Ustaz Fadzil bingkas bangun dan hilang ke arah sekolah.
Seri ingat Salina Jai pegang tangan Seri.
KenapaSeri muncung. Dah jelas Salina tu istimewa pada Jai. Kalau dah tanya bagai!
Kalau awak suka kat dia, kenapa awak nikah dengan saya Seri berterus terang. Biar Jai tahu apa yang terbuku di hati aku ni!
Jai dan Acik tercengang. Saling berpandangan.
Ucu..hanya Ucu sorang je di hati Jai tu. Ucu tahu tak Dulu Ucu separuh mati cintakan Jai. Acik cuba ingatkan Seri. Mana tahu Seri masih ada rasa.
Ya ke Abang tak payah la nak kelentong Ucu. Seri mencebik. Dah kawan sendiri, mestilah pertahankan Jai tu!
Acik geleng.
Tak apalahSeri tu masih tak ingat lagi. Jai cuit Acik. Beri isyarat.
Ustaz Fadzil kembali semula dengan Mawaddah dan Salina.
Awa, Salina, ni ada tetamu datang. Walid minta diri dulu. Ustaz Fadzil keluar semula dari bilik pejabat.
Salina tergamam. Langkahnya terhenti di muka pintu. Ya Allahmengapa aku harus jumpa lagi orang yang aku aniaya. Tolonglah hamba-Mu ini.
Kak Seri apa khabar Mawaddah bersalam dengan Seri. Turut melabuhkan punggung sebelah Seri.
Jai dan Acik masih diam membisu memerhati Salina yang masih tercegat di situ. Kali ni penampilannya berbeza.
Err..awak Salina kan Jai mula bersuara.
Salina mengangguk lemah.
Kenapa tercegat kat situ Duduklah dulu. Kami datang ni nak ziarah awak.. Jai cuba mengukir senyum. Acik di sebelahnya dipandang sekilas. Tiada riak.
Maaf..kami hanya nak tahu, macam mana awak boleh ada kat siniJai pandang Salina yang mula melabuhkan punggung sebelah Mawaddah.
Salina tunduk. Tidak berani pandang Jai dan Acik. Tambah lagi Seri
Saya dibebaskan awal sebab berkelakuan baik. Saya tak ada tempat nak pergi. Seminggu saya tak makan dan minum. Hanya harapkan belas ihsan orang ramai. Suatu hari saya pengsan. Bila saya sedar, saya berada di sekolah ni. Rupanya Ustazah Hidayah dan Ustaz Fadzil yang selamatkan saya Salina tunduk lagi. Sebak nadanya.
Oh.. Jai angguk-angguk.
Err..maaf..tak sangka kita dapat jumpa lagi di sini. Kecil dunia ni. Saya faham kalau kedatangan korang semua ni nak marahkan saya. Saya terima semua tu. Saya harap sebelum saya menutup mata, korang dapat maafkan saya. ErrFarid tak datang ke Salina sapu air mata yang mula mengalir.
Koci dah ke Dubai. Bekerja di sana. KenapaJai renung Salina. Wajah Salina sedikit cengkung.
Ohsaya nak minta maaf. Saya ni tak layak untuknya walaupun rasa cinta saya pada dia masih mendalam. Saya faham kalau dia dah benci kat saya. Cuma satu yang saya inginkan, saya nak jumpa dia buat kali terakhir. Salina mengesat air mata yang tumpah.
Salina..kami datang ni bukan nak marahkan awak. Semua yang berlaku dulu mungkin ada hikmahnya. Tengok, awak pun dah berubah macam ni. Alhamdulillah. InsyaAllah, saya akan beritahu Koci yang awak nak jumpa. Jai senyum. Dia jeling Acik yang masih merenung tajam ke arah Salina.
Awak rasa dosa awak diampunkan Acik tiba-tiba bertanya.
Salina mendongak. Tercengang.
Acik! Tak baik kau cakap macam tu! Allah maha pengampun! Jai siku lengan Acik. Mamat ni! Dendam tak habis!
Saya hanya mampu bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Saya tahu..saya tak layak untuk syurga Allah tapi saya juga hamba Allah yang berhak mendapat syurga Allah. Salina dah sebak.
Dosa dengan Allah, Allah boleh ampunkan tapi dosa dengan manusia, macam mana awak nak minta maaf Tambah lagi orang tu dah tak ada. Acik ketap bibir. Teringat arwah Ojie yang pergi sebatang kara.
Salina tunduk membisu.
Jai jeling Acik. Eiimamat ni. Matanya menala pula pada Salina yang dah tersedu-sedu menangis.
Seri dan Mawaddah terpinga-pinga.
Saya yang bersalah tapi saya juga berhak hidup bahagia. Saya sedar selama ni saya banyak buat dosa. Saya insaf. Saya faham kalau awak masih tak dapat terima apa yang saya telah buat.. Salina dah teresak-esak.
Maaf..saya mencelah. Setiap hamba Allah berhak mendapat keampunan dari Nya. Dosa dan pahala kebaikan bukan tiket untuk seseorang itu dijamin masuk syurga ke masuk neraka. Semua itu atas rahmat Allah tapi orang yang bertaubat nasuha amat disukai Allah. Segala dosa lalu diampunkan. Dosa dengan manusia yang telah tiada, itu hanya Allah yang tahu. Kita sebagai hamba Nya hanya mampu berdoa dan mengharap keampunan dari Nya. Islam itu mudah. Agama Allah itu mudah. Jadi kita hamba kerdil ni, berusahalah menjadi hamba Allah yang paling baik bukan hanya mengharapkan balasan akhirat semata. Kesudahan setiap manusia di tangan Allah. Amalan yang ikhlas kerana Allah itulah yang disukai Allah walaupun sekecil kuman. Mawaddah pandang semua yang ada di situ. Pandangannya beralih pada Salina yang dah tersedu-sedu.
Masing-masing diam membisu. Acik pula mula rasa bersalah dengan kata-kata tadi. Entah kenapa rasa geram masih melekat kuat di hatinya.
Maafkami tak bermaksud macam tu pada awak Salina. Mawaddah, kami sebenarnya kawan Salina. Saya tumpang gembira dan bersyukur kerana Salina dipilih Allah berada di sini. Kedatangan kami ni bukan untuk mencari musuh. Salina, awak juga berhak hidup bahagia dan saya harap awak jumpa kebahagiaan tu. Jai pandang Salina yang masih tunduk. Kali ini penampilan Salina berlainan. Tiada lagi purdah. Hanya tudung labuh dan jubah warna pastel.
Seri jeling Jai. Dah terpikat la tu..
Dah la tu Acik. Elok kita saling bermaafan. Jai cuit lengan Acik yang juga turut tunduk.
Salinasaya minta maaf. Tak sangka awak berusaha menjadi seorang yang lebih baik. Acik pandang sekilas, dia tunduk semula.
Awa! Kenapa tak ajak tetamu makan Ustazah Hidayah muncul di muka pintu.
Ummi..err..silakan abang, kakak.. Mawaddah bingkas bangun dan mengajak tetamu ke ruang dewan menikmati juadah tengah hari bersama pelajar tahfiz.
SALINA duduk sebelah Seri. Lama jari Seri disentuh. Mata bundar Seri ditatap lama.
Err..maaf. Awak nak apa Seri dah rasa tak selesa.
Seri..aku minta maaf. Kau jadi macam ni disebabkan aku. Aku juga minta maaf atas kematian Ojie. Kalau boleh aku nak ziarah kubur Ojie. Boleh kan Sayu tutur Salina penuh mengharap kemaafan.
Err..saya tak faham. Apa maksud awak Siapa Ojie Seri dah keliru.
Salina tercengang. Kenapa dengan Seri ni Takkan masih tak ingat
Jai dan Acik mendekati Salina dan Seri.
Salina..sekejap. Jai ajak Salina ke satu sudut di dewan tu.
Sebenarnya Seri masih tak ingat lagi semua tu. Setengah perkara je dia ingat. Dia masih tak tahu yang dia kemalangan dan kehilangan kawan baik sendiri. Jadi..saya harap awak tak beri dia tekanan. Biarlah ingatannya pulih beransur-ansur. Jai berkata perlahan.
Jadi..bukan ke dia dah jadi isteri awak Awak pun dia tak ingat Salina menelan liur.
Jai geleng.
Oh..ya Allah..maafkan saya Jai. Semua ni salah saya. Seri dan Ojie terpaksa hadapi semua ni.. Salina tekup muka.
Seri hanya menjeling tajam melihat tingkah Jai dan Salina. Memang sah Jai dan Salina ada sesuatu. Sesuatu yang aku sendiri tak tahu. Patutlah tak sabar-sabar nak datang sini! Nasi dalam pinggan diletak atas meja. Seri bingkas bangun dan melangkah perlahan keluar dari dewan.
Acik pandang Seri yang dah menyendiri di atas pangkin bawah pokok mempelam. Perlahan dia menapak ke arah Seri.
Ucu..kenapa ni
Tak ada apa..
Ya ke tak ada apa Tuh! Dah muncung, masam macam buah mempelam kat atas pokok tu, mesti cemburu ni Acik cuba buat lawak.
Seri tunduk. Diam membisu.Malas nak layan!
Ucu cemburukan Salina eh Acik usik lagi. Kalau betul, bermakna Seri dah mula sukakan Jai. Dan bermakna jugak aku menang dalam perjanjian!
Tak ada maknanya! Nak cemburu apanya! Seri goyang-goyangkan kedua kakinya yang terjuntai. Sepasang kasutnya dah tersadai atas tanah.
Laa..kat sini rupanya korang! Jai dah tercegat di sebelah Acik.
Seri hanya lihat dengan ekor mata. Dah lepaskan rindu, baru nak cari aku!
Ni hahisteri kesayangan kau ni. Merajuk! Acik sengih.
Siapa merajuk Seri cubit lengan Acik.
Jai senyum. Kalau betul Seri merajuk, bermakna Seri dah mula sukakan aku.
Mana Mawaddah Terpacul kata-kata Acik.
Aik! Dah rindu ke Usik Jai.
Acik dah merah muka. Apa hal aku ni Kenapa aku tiba-tiba je tanya pasal Mawaddah ni Adoiyaa!!
Mengaku je la Acik. Minggu depan datang merisik. Aku jadi wakil pun boleh! Jai sengih. Sempat jeling Seri yang masih muncung.
Bukan awak ke nak kenal Salina tu Seri mendongak.
Jai terkedu. Acik turut tergamam. Pecah ketawa mereka berdua.
Kenapa ketawa Lucu ke Seri makin mencuka.
Itu tandanya Ucu cemburu! Acik gosok kepala Seri.
Mana ada! Seri turun dari pangkin. Kasut disarung laju ke kaki. Langkahnya laju menuju ke arah kereta.
Haihsusahnya nak pujuk kalau dah merajuk macam tu.. Jai senyum kelat.
Itu tandanya dia dah suka kat kau! Acik kenyit mata.
Mawaddah yang muncul di belakang Jai tergamam dengan gelagat Acik. Erk! Dia kenyit mata
Acik dah pucat muka. Alamak! Kalau dia ingat aku kenyit mata kat dia..mampus aku! Mesti dia tuduh aku ni menggatal tak ingat!
Kak Seri mana Mawaddah cuba bersikap selamba.
Eh! Awa! Kak Seri tu ha! Jai tuding ke arah kereta.
Eh! Dah nak balik ke Mawaddah turut berpaling.
Entah..dia merajuk la tu. Acik senyum. Lega..Mawaddah tak perasan tadi.
Merajuk pasal apa
Err..Awa ni dah ada yang punya ke Jai ubah topik. Saja nak kenakan Acik.
Err..kenapa abang tanya Mawaddah dah tunduk.
Kalau belum..ada orang berkenan ni. Jai jeling Acik.
Mawaddah senyum. Soalan Jai tidak dijawab. Dia melangkah ke arah Seri.
Weh! Dia senyum la! Itu tandanya dia belum berpunya la tu. Kau ada can! Jai cuit bahu Acik.
Acik sengih. Ala..senyum je pun. Takkan sebab senyum, kau dah buat conclusion dia tu belum berpunya! Apa punya jawapan la kau ni! Tak boleh pakai langsung! Acik luku kepala Jai.
Dahlah..jom kita ke tempat Seri tu. Jai sengih.Tangan Acik ditarik sekali menapak ke kereta.
SERI jeling Jai dan Acik yang tersengih-sengih menuju ke arahnya.
Err..kak, ni ada buah tangan sikit dari ummi dan walid. Mawaddah hulur dua plastik penuh buah rambutan dan mempelam.
Terima kasih. Buat susah je. Awa dah lama kenal kak Salina Seri cuba cungkil dari Mawaddah.
Tak jugak..tapi kesian dia. Tak ada tempat bergantung. Sebatang kara. Alhamdulillah, kat sini kak Salina bahagia. Dia belajar menghafal Quran. Kenapa kak Mawaddah berkerut kening.
Oh..tak ada apa. Err..dia dah nikah ke
Dulu pernah..tapi dah bercerai. Sekarang ni dia lebih suka hidup sendiri macam tu.
Seri tunduk.
Ehem!
Mawaddah berpaling.
Nanti kirim salam pada ummi dan walid ya. Kami nak balik dah ni. Err..Salina mana Jai jenguk ke arah dewan.
Seri ketap bibir. Takkan rindu tak habis lagi
Ada kat dalam..abang dah nak balik ke Mawaddah senyum.
Ya kami nak balik dah. Dah nak petang ni..Jai jeling jam di pergelangan tangan.
Kirim salam jugak kat kak Salina ya! Jai turut senyum. Dia jeling Seri. Sengaja!
Baiklah bang. Hati-hati bawa kereta. Mawaddah bersalam dengan Seri.
Kalau Awa setuju, minggu depan kami nak datang merisik. Jai sempat usik Acik dan Mawaddah.
Itu kena tanya ummi dan walid Mawaddah tertunduk malu. Rona pipinya dah kemerahan.
Kereta meluncur laju meninggalkan laman sekolah tahfiz. Acik sempat jenguk melalui cermin sisi. Mawaddah tersenyum manis di situ.