JAM sudah menunjukan hampir ke pukul 10:30 malam. Setelah bergebang lama dengan sepupu dan saudara-mara, Zack akhirnya bangun dan meminta diri. Apa hal pula nak duduk sembang lama sangat dengan mereka Bukan dapat hasil
Pelbagai sindiran, usikan dan perlian yang Zack terima dari mereka. Mahu tak mahu, telinganya ditadahkan jua. Macam-macam ayat yang keluar. Mentang-mentang pengantin barulah, tak sabar nak masuk biliklah. Memang mulut masing-masing tak ada insuran.
Biasalah. Nama pun baru bernikah
Perlian dan usikan itu hanya dibalas dengan sengih kerang dan gelengan. Masih terdengar mereka-mereka itu bergelak ketawa saat dia semakin menjauh. Dia buat tak peduli. Biarlah. Korang tak berbini lagi. Aku dah ada. Heh!
Langkah dihayun menuju ke bilik tidurnya. Terasa jantung berdegup lebih laju dari biasa.
Tangannya mengetuk pintu dua, tiga kali. Saja buat syarat. Apabila tiada balasan dari dalam, tombol pintu diputar.
Assalamualaikum.
Zack melangkah masuk perlahan-lahan. Biliknya kelihatan suram. Cuma diterangi dengan cahaya dari lampu tidur.
Matanya tertancap pula pada Kate yang sudah tertidur di atas katil. Memang awal-awal lagi, dia sudah menyuruh Kate untuk masuk berehat saja dalam bilik. Pada awalnya Kate menolak kerana masih mahu beramah-mesra dengan saudara-maranya. Namun akhirnya, Kate termakan juga dengan pujukan. Dia tahu, Kate penat. Dia tidak mahu Kate terlalu memaksa diri lalu menyebabkan penyakit sendinya menyerang.
Perlahan-lahan, katil dihampiri lalu Zack duduk di sebelah Kate. Baju kurung rona merah hati yang dipakai Kate tadi masih kekal tersarung di tubuh. Mujur juga Kate termakan pujukan. Nampak benar yang Kate kepenatan walaupun tidak diluahkan secara lisan.
Zack memerhatikan Kate yang tertidur. Nafasnya tenang. Dia yakin, Kate tertidur ketika membaca kerana, di jari Kate terselit sebuah buku. Lantas buku itu dia ambil perlahan dari tangan Kate. Secara tiba-tiba, jatuh sekeping kertas dari celahan mukasurat. Pantas dikutip semula.
Dia simpan lagi gambar niZack senyum sendiri. Itu adalah lukisan rumah yang pernah dia beri pada Kate satu waktu dahulu. Tak sangka, Kate masih menyimpannya sehingga kini.
Cerita kita sudah lama terukir atas bintang. ~ ZacKate 2014
Ayat yang tertulis di bawah lukisan itu menyebabkan keningnya terangkat. Itu juga adalah ayat yang pernah dia tuturkan pada Kate dulu.
Pandangan beralih. Lama dia memandang wajah Kate. Terasa semakin dalam kasihnya. Betapa dia bersyukur kerana Kate kini telah sah menjadi miliknya. Sejarah perkenalan mereka sehinggalah bagaimana mereka bercinta, bagai terulang seperti wayang gambar.
Biasa saja. Kisah cinta mereka hanya biasa-biasa. Namun buat insan bercinta, manisnya kenangan itu, hanya mereka saja yang tahu.
Ya Allah
Jadikanlah aku seorang suami yang bertanggungjawab pada dia. Jadikanlah aku suami yang pengasih pada dia dan jadikanlah aku bapa yang penyayang pada anak-anak kami nanti. Kau kuatkanlah kasih sayang kami. Eratkanlah rindu antara kami. Engkaulah yang memberi cinta antara kami maka aku bermohon, kau kekalkanlah cinta ini bukan hanya di duniatapi juga, di akhirat.
Satu kucupan lembut singgah di dahi Kate.
Zack
Terdengar Kate bersuara.
Zack terasa pipinya hangat disentuh dengan tapak tangan. Bibir terlepas dari dahi. Kate telah terjaga.
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam Jawab Kate. Perlahan-lahan dia bangkit lalu duduk. Satu senyuman dihadiahkan pada Zack.
Sorry sayang. Did I wake you up Soal Zack. Rambut Kate yang terurai menutupi separuh wajah diselitkan di telinga.
You didbut its okayKate kekal tersenyum. Sekarang, dah pukul berapa
Sebelas.
Oh Kate terasa seperti telah tertidur lama.
PenatSoal Zack lagi.
Kate hanya menjawab dengan senyuman.
Zack meraih jemari Kate lalu diusap. Renungan saling berbalas. Mata bertautan.
Kate
Yup
You simpan lagi gambar niZack menunjukkan kertas di tangan sebelah lagi.
Kate angguk beberapa kali.
Kenapa simpan
I tak mahu buang. It reminds me of you
Zack senyum. And this
Ayat yang tertulis atas kertas pula ditunjukkan kepada Kate. Macam mana you boleh ingat lagi apa yang I cakap
Mestilah I ingat. These words remind me of why I fall in love with you
Mata bertautan. Senyum berbalas. Mereka terdiam beberapa ketika.
Kate. You ingat tak Masa wedding Audrey dulu. You cakap you nak dance dengan somebody Tutur Zack.
Kate senyum dengan kening terangkat.
Then you cakap
I know that guy wont ask. SoI dont even bother to think about it Mereka berkata serentak lalu ketawa.
Zack mencuit pipi Kate.
Of course I ingatKate berkata lagi. Tawanya masih bersisa.
Sekarang ni, kalau I ajak you danceyou nak tak
Serius Mata Kate membulat.
Zack angguk. Dia lalu bangun untuk mengambil telefon bimbit. Pantas jarinya dilalukan di skrin. Tak lama kemudian, lagu bertajuk Bella Luna dendangan Jason Mraz bergema. Tidaklah terlalu kuat. Cukuplah buat pendengaran mereka berdua.
Cik Banham, sudikah awak menari dengan saya Tangan dihulur pada Kate.
Kate mengangguk sambil tergelak. I dont mind if you call me Mrs. Zack.Tangan Zack disambut lalu dia bangun dari katil.
TapiI cakap awal-awal. I tak pandai dance. Tutur Zack lagi lalu mendakap Kate, erat.
Mereka mula menari. Senyuman terukir di bibir dan sesekali terlepas ketawa. Adakalanya langkah menjadi sumbang namun itu tak menjadi hal. Bukan ada sesiapa yang mahu menghakimi. Hanya mereka berdua saja di sini. Beberapa kali, mereka menekup mulut masing-masing. Tak mahu tawa suara mereka mengganggu penghuni rumah yang lain.
Not bad huh Tadi you cakap, tak pandai dance Tegur Kate.
Well, I watched You TubeJawab Zack.
Tawa Kate terlepas lagi.
You expose sll memory
You make the most of boundary
You're the ghost of royalty imposing love
You are the queen and king combining everthing
Intertwining like a ring around the fingger of a girl
I'm just a singer, you're the world
All I can bring ya
Is the language of a lover
Bella luna, my beautiful, beautiful moon
How you swoon me like no other
Lagu hampir sampai ke penghujung. Rentak semakin perlahan hingga akhirnya, mereka hanya berdiri berdakapan di tengah bilik. Sesekali, Kate terasa bibir Zack singgah di dahinya. Sesekali, terasa rambutnya yang terurai dielus perlahan. Diamembiarkan saja.
Rasa cinta berawangan. Deru kasih menggebu. Seperti ingin meminta agar masa terbeku seketika, supaya dapat menikmati saat ini lebih lama.
Kate
Kate mendongak. Tanpa amaran, bibirnya dikucup lembut. Dia terpaku. Mata terpejam. Jantung berdegup lebih laju. Tidak tahu berapa lama.
You are my kawan, my wifemy everything. I sayang you, Kate. So much Lembut suara Zack menyapa telinga saat bibirnya dilepaskan.
Kate membuka mata. Tatapan terkunci. Wajah mula merona merah namun dia tidak mahu mengalih pandang.
Zack, I sayang you too. And I thank Allah because He gave me you Balas Kate. Wajahnya dirapatkan ke dada Zack. Pelukan semakin erat. Matanya kembali terpejam. Sebak dan terharu dalam hati ditahan. Tidak mahu air matanya tumpah, walau air mata bahagia sekalipun di saat rasa cinta memenuhi jiwa raga.
Mereka berdiam diri, tiada lagi bicara. Menikmati saat-saat cinta bahagia dengan cara tersendiri.
Zack Kate memecah sunyi.
Hmm
I tak pernah tengok you romantik macam ni.
Ya
Ya..
Zack ketawa.
Kate senyum.
Kate
Hmm.
I boleh jadi sepuluh kali ganda lebih romantik daripada ni. Nak tengok
~TAMAT~