Tunku Raffzul meluaskan pandangan. Hanya kelihatan Rudy Armani dan Azmeer. Sepatutnya Qamra Ain hadir menyertai sekali perbincangan dan mendengar info terkini dari Azmeer tentang biopsi semalam. Di mana dia Takkan lewat lagi pagi ini Jauh benar ke rumah sewanya untuk sampai awal ke THSC
Dibiarkan dulu tentang Qamra Ain. Apa yang penting, dia perlu fokus pada perbincangan tentang kes Salina yang semakin rumit. Sambil mengetukngetuk hujung dagunya dengan jari telunjuk, dia memikirkan sesuatu. Prosedur dan biopsi sudah dilakukan namun masih lagi gagal mengesan punca sebenar Penari Gamelan itu rebah secara tiba-tiba. Dia mengalih pandang ke arah papan putih. Semua yang tertulis di papan putih sejak 4 hari lepas masih lagi buntu menemui jalan penyelesaian.
Mungkin punca dari hati. Boleh jadi penyebab peparunya lemah, Rudy Armani mengatakan pendapat selepas membaca laporan lengkap biopsi hati Salina.
Mana, Dr. Qamra Hampir sejam berlalu namun Qamra Ain masih lagi belum muncul di sebalik pintu.
Yoona inform aku tadi, ada pesakit nak jumpa Qamra. Dont worry, nanti aku update kat dia, cepat Rudy Armani menjawab.
Dia tahu ke mana Qamra Ain pergi pagi ini, berjumpa dengan Luqman di PD. Katanya, dia perlu memohon maaf di atas havoc yang berlaku semalam.
Apa kata kita kawal jantungnya untuk dapatkan imej yang tepat. Itu pun kalau kau setuju, Raff. Sebab keputusan di tangan kau.
Maksud kau Tunku Raffzul mengerut kening. Ligat jarinya memusing batang pen ke kiri dan sekejap ke kanan.
Kita sedia tau yang Salina mengalami A-Fib di masa biopsi transjugular liver. Metoprolol Tartrate Injection pun masih tak dapat stabilkan denyutan jantungnya semalam, masih terbayang-bayang di layar mata Azmeer keributan mereka berdua untuk menyelamatkan Salina di bilik OT.
Mereka bukanlah pakar dalam hal CPR seperti doktor yang bertugas di ER, yang menjadi rutin harian mereka yang bertugas di situ. Betul kata orang, kalau dalam keadaan darurat semua benda yang kita tak tahu secara langsung kita tahu secara kebetulan. Jika semalam ditakdirkan ajal Salina sampai, mereka perlu akur. Nyawa seseorang bukan ketentuan mereka, semuanya ketentuan ALLAH SWT.
Kita nak kesan imej guna MRI pun agak susah disebabkan palpitation, untuk kita dapatkan imej yang tepat nanti. Jadi, berbalik pada cadangan Rudy tadi kita hentikan denyutan. Dapat aje imej kita hidupkan serta-merta, hujah Azmeer menyokong cadangan Rudy Armani.
Hanya prosedur itu saja yang masih belum mereka lakukan kerana risiko agak tinggi jika tersilap walau sesaat sekalipun. Setiap saat terlalu berharga buat mereka sepanjang prosedur itu dibuat. Itupun kalau Tunku Raffzul setuju.
Kau berdua tak rasa ke prosedur tu bunyinya macam nak bunuh pesakit Soal Tunku Raffzul serius. Sesekali dia memusing ke kiri kanan kerusi yang diduduki mengikut gerakan kakinya.
Apa yang Rudy cadangkan adalah hentikan denyutan jantung, capture imej dan hidupkan balik. Kau pernah tengok tak cerita apa tu, Rudy Hah! X-Men Origins Wolverine. Ada satu scene yang jantung Kayla Silverfox, partner crush Wolverine dihentikan denyutan seketika. Kau ingat senangsenang nak buat scene tu kalau tak buat research Sebab ada, makanya dorang berani buat.
Aku faham maksud kau, Azmeer tapi ni prosedur berisiko tinggi. Buatnya kita tak sempat hidupkan denyutan jantung balik, macam mana Salina is a human not a mutant, Rudy! Tunku Raffzul menyangkal keras cadangan mereka.
Kalau prosedur lain, dia tak teragak-agak untuk luluskan. Ini melibatkan nyawa orang! Cukuplah sekali dia lakukan kesilapan dan tak mahu mengulangi lagi.
Masing-masing terdiam tanpa kata. Alangkah bagusnya jika ada Qamra Ain di masa kritikal begini, mahu mendengar apa pula pendapat doktor itu. Tapi sayang, sampai ke saat ini dia masih lagi tak muncul.
Kita tetapkan masa 2 minit untuk hentikan denyutan jantung, lakukan MRI serta-merta secara keseluruhan. Ingat! 2 minit saja, not more than that! Tunku Raffzul bingkas dari kerusi dan melangkah pergi mendekati papan putih.
Pen Sharpie berwarna hitam dicapai. Penutup ditarik lalu dikepit di celahan gigi. Diagnosis, prosedur dan biopsi yang sudah dilakukan dipangkah dan menulis sesuatu di hujung sudut paling bawah.
Kau pasti Seperti yang dibincangkan tadi, kalau kita gagal hidupkan semula denyutan jantung, jadi isu nanti. Kau juga yang kena jawab, Raff. Menyesal pula mengusulkan cadangan itu pada Tunku Raffzul. Kalau prosedur ini gagal dilaksanakan sudah pasti pasukan DMD terpaksa berhadapan dengan Tun Tunku Harith dan keluarga Salina.
Siapa yang cadangkan tadi Aku ke
Tak aku tadi, maaf Raff, terkulat-kulat Rudy Armani menjawab selepas disergah oleh Tunku
Raffzul.
Aku luluskan seminit aje. Lebih dari tu sendiri mau ingat! Pesannya tegas.
Azmeer dan Rudy Armani mengangguk faham. Mereka bingkas dari kerusi dan beredar keluar dari bilik. Dia pula mengemas fail kes tadi lalu dibawa ke meja kerja. Disusun atur di sudut tepi. Selepas itu dihenyak punggung di atas sofa sambil berlunjur kaki ke depan. Pandangan dihalakan ke siling putih. Terasa kosong perbincangan tadi tanpa kehadiran Qamra Ain.
Qamra Ain sudah diberitahu awal yang keutamaan penuh tugasnya di DMD sehingga kes Salina selesai namun Qamra Ain tetap jalankan tugas di ER. Lebihlebih lagi dia mendapat tahu seorang pesakit bernama Encik Ali kerap berkunjung ke Zon Hijau sematamata mahu berjumpa dengan doktor berjiwa pesakit itu. Tunku Raffzul menekan butang interkom yang menghubungkan terus ke meja kaunter depan. Hanya sekali deringan, interkom terus dijawab.
Yoona, paging Dr. Qamra. Katakan saya tunggu di bilik.
Interkom dimatikan.
AIKLAH. Yoonaniza meletak semula
Bgagang telefon. Dia berpaling muka ke arah
Qamra Ain yang sedang sibuk mencatat sesuatu.
Prince Charming nak jumpa you.
Malaslah nak jumpa dia. Diskusi baru aje selesai. Dia nak apa lagi Jawab Qamra Ain acuh tak acuh. Dia masih menumpu perhatian membaca laporan perubatan kes Salina yang sempat diberikan oleh Rudy Armani semasa selisih keluar dari lif tadi.
I rasa dia syok kat youlah. Tak pernah I tengok dia happy, sengih seorang sejak you ada, kata Yoonaniza sambil mengangkat-angkat kening.
Yoona, dalam dunia ni kita ada banyak pilihan. Mungkin seru nak sedar diri dah singgahlah tu.
Amboi! Tangan yang berbalut tu, bukan bukti yang Tuan Raff sayang kat you Yoonaniza memuncung sedikit mulut menunjuk ke arah tangannya.
Hahsukalah tu kenakan I! Ujar Qamra Ain yang selesai meneliti fail Salina, diberikan pada Yoonaniza. Dia turut tinggalkan pesan kalau Rudy Armani datang ke sini, serahkan fail itu semula padanya. Kemudian, memandang ke arah tangan yang berbalut. Sudah 2 hari masih belum diganti kain pembalut. Malam ini dia mahu membuka balutan di depan Tunku Hussein. Sekadar mencuri perhatian lelaki itu.
I belum bersedia untuk terima cinta dari seorang lelaki, Yoona. Dia harus berterus-terang untuk mengelak salah sangka Yoonaniza di antara hubungannya dengan Tunku Raffzul atau dengan sesiapa saja doktor lelaki yang dikenali setakat ini.
You pernah terluka Opss, maaf kalau I sengaja dia mengorek rahsia kisah cinta doktor ini yang sudah sedia maklum dia tahu.
Dia tahu VP terdahulu punyai kekasih hati. Setiap kali bertenggek di depan kaunter DMD ada saja drama sebabak yang akan diceritakan oleh Tunku Hardie padanya. Ada juga perempuan seksi yang datang sini. Perempuan itu pun mengaku yang dia juga kekasih Tunku Hardie. Kalau ini gadis yang diceritakan oleh Tunku Hazreen padanya, siapa pula perempuan seksi yang bernama Maria a.k.a Avon itu
Kisah lama dah berkubur pun, jawab Qamra Ain hambar dan perlahan. Sedang leka mereka berbual, kedengaran pintu bilik Tunku Raffzul dibuka dari dalam. Serentak mereka menoleh.
Aduhai! Dia dah keluar bilik pula! Qamra Ain mulai panik. Terpaksa dia menyorok di bawah meja Yoonaniza yang hanya muat-muat badan genitnya.
Yoonaniza terpinga-pinga. Terbantut terus perbualan mereka. Tunku Raffzul menghayun langkah mendekati meja kaunter. Dia memandang ke arah Yoonaniza yang sedang mengulum senyum dan berlagak selamba yang mungkin.
Dah paging, Dr. Qamra
Tak... eh! Bukan.. maksud saya dah paging. Mungkin Dr. Qamra tengah sibuk kut di ER. Tak sempat nak tengok pager, bohong Yoonaniza tergagap-gagap berbaur takut. Seram sejuk pun ada. Selama menjaga Tunku Raffzul, entah berapa ratus kali dia diherdik jika tersalah bagi info.
Apa dia buat kat ER! Kan saya dah keluarkan arahan yang ER tak boleh sentuh dia Rasa marah terbit dek arahan sudah dikeluarkan namun ER masih lagi sewenang-wenang memanggil Qamra Ain membantu mereka di sana.
Yoonaniza hanya mampu tersengih.
ER minta tolong sangat tadi, Tuan Raff. HRMD inform, next week ada 5 orang doktor intern lapor diri. Lepas ni TED tak kacau Dr. Qamra lagi.
Tak apalah. Saya nak keluar kejap. Malam ni pula ada dinner dengan Tuan Harith. Ada tak apa-apa agenda hari ini Serabut saya tengok kalendar, overlap pun ada. Tunku Raffzul meneliti kalendar online bertarikh hari ini terpampang di skrin SG N5.
Hari ini, all tentative kecuali Prof. Rahman. Dari 2 minggu lepas beliau nak jumpa dengan Tuan Harith.
Tunku Raffzul berfikir sejenak. Masanya terlalu terhad. Sudah beberapa hari dia tak dapat tidur dengan lena disebabkan kes Salina yang semakin sulit. Tambahan pula, malam ini dia perlu balik awal disebabkan Tun Tunku Harith adakan makan malam di Villa dan menyuruh mereka semua berkumpul di sana malam ini berkenaan tentang pelantikan Tunku Hussein.
Pertama, call Prof. Rahman. Inform yang Tuan Harith hubungi beliau nanti melalui Facetime. Kedua, cancel all meeting, saya hari ni dan esok, reschedule lepas 3 minggu lagi kecuali MC meeting. Inform Prof. Rahman to replace me as a chairman. If meeting needs me, mark in red, okay Pesan Tunku Raffzul satu persatu sambil jarinya ligat menolak turun naik di telefon skrin sesentuh itu.
Yoonaniza mengangguk faham. Tunku Raffzul refresh semula kalendar online untuk pastikan ianya benar-benar kosong dari sebarang agenda untuk beberapa hari.
Oh ya sebelum saya terlupa, saya tak balik semula
ke THSC. Kalau team saya cari, hubungi saya melalui Facetime juga. Tunku Raffzul yang segak bersuit hitam dan bertali leher melangkah pergi menuju ke arah lif. Sementara menunggu pintu lif terbuka, dia membetulbetulkan kedudukan tali leher.
Terkesima Yoonaniza sejenak. Bertahun lamanya mengadap dengan pelbagai rencah rasa perangai lelaki egois itu, inilah julung kali dia terasa seperti berada di awang-awangan dek dibuai suara romantis Tunku Raffzul berbicara lembut dengannya. Tambahan pula, senyuman yang dihiasi dengan lekuk pipi. Mahu saja lompat bintang kerana terlalu gembira.
Dia dah turun lif. Kacaknya dia, Qamra. Kalaulah Tuan Raff jadi boyfriend I, I ikat dia ketat-ketat tak kasi lepas! Puji Yoonaniza dengan mata yang terpejam sambil membayangkan alangkah bahagianya dapat berjalan seiringan dengan Tunku Raffzul walau di mana saja. Qamra Ain bangun dari duduk bertinggung lama. Terasa lenguh dirasakan ketingnya. Dia perbetulkan kolar kot putih dan tudung yang sedikit senget.
Ikat ketat-ketatlah sangat... ajuk Qamra Ain, meniru mimik muka Yoonaniza.
Qamra, jom tea break sekali kat kaf dengan I, boleh Tunku Raff out of office, so Im free!
Boleh aje. Jumpa I 2 jam lagi kat kaf. I nak pergi melawat seseorang kejap, jawab Qamra Ain sebelum beredar menuju ke arah lif.
Yoonaniza pula menyambung semula kerja yang tertunggak dek melayan kedua-dua doktor terhangat di THSC.
D
IA memerhatikan di sebalik cermin seorang pesakit yang sedang tidur lena di atas katil. Tak berani dia melangkah masuk ke dalam. Biarlah buat waktu ini, diperhatikan perkembangan pesakit itu dari luar. Hanya sekadar jadi pemerhati, itu sudah cukup untuknya. Dia yang ditugaskan ke bilik imbasan gema magnet (MRI) waktu ini namun entah mengapa kaki dirasakan ringan benar memaksanya melencong ke sini.
Zara Hani, itu nama yang diberitahu oleh jururawat tadi bila ditanya mengenai pesakit yang mengamuk keluar dari wad 2 hari lepas. Gigih dia mencari, bertanyakan jururawat di situ dan akhirnya jumpai juga bilik yang dicari. Itu pun, selepas menceritakan semula hal yang berlaku semalam tentang serangan tiba-tiba Tunku Raffzul di jabatan mereka. Nasib baik permohonan maaf diterima baik oleh HOD sekaligus menghilangkan rasa bersalah di hati.
Lama dah Makcik Zara jadi pesakit di hospital ni, Qamra. Yang sedihnya, tiada siapa yang datang jenguk dia, tegur Luqman selaku doktor yang merawat sejak awal kemasukan wanita itu di wad ini.
Qamra Ain terkejut bila ada suara menegur dari tepi. Pantas dia menoleh lalu ternampak Luqman memandang ke arah yang sama. Sesekali kedengaran dia melepaskan keluhan yang dalam. Mungkin terlalu penat menjaga dan melayan karenah wanita berumur itu.
I mohon maaf pasal kes semalam. Teruk jabatan I kena taichi dengan suara petir Tuan Raff. Migrain terus Dr. Zarul.
Tak apalah, perkara dah lepas. Anggaplah yang I berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Kita tak boleh nak jangka apa yang berlaku, kan
Pujuk Qamra Ain bagi meringankan kerisauan di lubuk hati Luqman. Apatah lagi bila doktor yang mungkin sebayanya itu menghala pandangan ke arah tangan yang masih berbalut.
So, how is your hand Okey dah
Semakin pulih, jangan risaulah.
I sampai satu tahap I nak resign jadi doktor, rasa give-up nak layan karenah pesakit psikiatri. Silap haribulan, I pula jadi macam dia orang, duduk katil sebelah-menyebelah.
Thats call challenge, Luke. Takkan you nak mengalah Kalau nak bandingkan I dengan you, lagi tragik kes I dari you tau. I, doktor intern yang baru 4 hari di THSC, posting di DMD dan TED, kena handle kes VIP yang sampai sekarang belum kesan punca penyakit dia. Kena jerit, tak usah nak cakaplah berapa kali setakat ni. Seharusnya I yang kata begitu... bukan you. If newbie like me had to be like beep beep Road Runner, why not you
You tak apalah, Qamra. Tuan Raff back up you. I tak pernah tengok dia meroyan sampai macam tu sekali. We all culture shock sebab dia tak pernah turun ke PD since sandang jawatan VP. Hanya terserempak dekat lobi aje. Tu pun kalau selisih jalan dengan Tuan Harith. Kalau dia seorang, menonong aje terus ke lif. Arrogant gila!
Tak payahlah cerita pasal dia. Ermmm saya nak tanya, apa kes makcik tu sebenarnya Qamra Ain menukar tajuk cerita agar melencong jauh dari berterusan bercerita tentang doktor diberi jolokan kuku besi itu.