LELAKI-LELAKI MERBAHAYA - 65
Dua belah selempang hijau mengiringmu, sebelah dua tajam di celah pinggul berdesing, gema rentap tapak menghentam bukan alah berhala,

sirna mata tajam menusuk rebung ranting gemalai, serangkah dua peng-genggam berhayun tegap, kemas bertanjak persepsi berbudaya, tunjal dahi lapang bermahkota, diam sahaja di situ berdiri memerhati

Satu! Libas! Dua! Libas!

Tiga! Libas!

Empat!

Lima!

Enam!

Tujuh!

Tujuh!

Tujuh! Tujuh!

Belati Tuhan-mu, kau tak usah khuatir, kau bukan khinzir! Kau bukan anjing!

Kau monyet!!!

Kau musang!!!

Berjanggut tiada namun tajam bersuasa, melopong punah!

Kau lah yang mati di belakang tabir syurga! Mahu mencapai apa yang dusta Siapakah kau!

(Isikan nama di ruang yang disediakan)