SENYUMAN Acik dah sampai ke telinga. Pulang dari kerja tadi, sempat singgah di kedai buku terkemuka di ibu kota. Buku yang dibeli diletak atas meja studi. Tuala yang disangkut di pintu bilik air dicapai. Bersiul-siul Acik ke bilik air.
Usai solat maghrib, buku yang bertajuk Kerana Mu aku cinta tadi dibelek sekilas. Halaman pertama dibaca.
Emmrasa getar dalam hati aku ni, kerana nafsu ke..atau..kerana Mu ya Allah Acik tekup muka. Sukar untuk bezakan perasaan yang dah membuak dalam hati.
Acik capai pula komputer riba. Laman sosial muka buku dibuka. Cuba cari maklumat Mawaddah. Mana tahu Mawaddah ada akaun laman sosial terkenal tu.
Haihramai pulak nama Mawaddah ni..yang mana satu ni Acik garu kepala. Dah berkerut kening mencari profil Mawaddah.
Hmm..entah-entah dia tak ada akaun FB. Ya la..anak ustaz, nak ke dia berfacebook ni Sekali lagi kepalanya digaru.
Aik! Koci apa hal ni Acik sengih. Mesej dari Koci dah bertimbun masuk inbox.
Acik > Hey bro! Whats up
Koci > Kau hibernasi kat mana Jenuh aku hantar mesej!
Acik > Aku wujud lagi la!
Koci > Jai mana Dia pun hibernasi jugak ke
Acik >Adaorang dah ada bini macam tulah! Mestilah berkepit!
Koci > Ni, bulan depan aku cuti. Rindu la kat korang..
Acik > Rindu aku keatau rindu kat somebody
Koci > Siapa
Acik > Likemakwe
Koci > Oh! No! Aku dah serik!
Acik > Come on la Koci, jangan kerana hal dulu, kau buang terus perempuan dari hidup kau.
Koci > Aku tak kata buang, aku kata dah serik! Kau belajar bahasa kat sekolah mana dulu
Acik > Hey! Bahasa aku dapat A tau!
Koci > Ya ke Habis tu serik dan buang tu sama ke
Acik > Kau ni skema betullah!
Koci > Hahahaha! Kalau aku skema dah lama aku nikah.
Acik > Emmaku sebenarnya ada benda nak beritahu kau.
Koci > Apa
Acik > Nantilah kau balik.
Koci > Weh! Beritahulah cepat. Apa dia
Acik > Aku tunggu kau balik! Chow dulu! Bye!
Acik sengih. Tak berani aku nak beritahu kat sini. Entah apa penerimaan Koci nanti. Kena bincang dengan Jai dulu. Esok, Jai dan Seri akan bermalam di rumah ni.
Nanti aku akan beritahu Jai Acik sambung semula membaca buku tadi. Halaman demi halaman dibaca.
Aku harap aku bertemu jodoh dengan dia..Senyuman Acik dah sampai ke langit. Betullah kata Jai, kalau hati dah berdetak, otak akan sentiasa teringat, bibir akan sentiasa tersenyum
ACIK senyum di muka pintu rumah. Kereta Honda Accord kelabu milik Jai dah tersadai di laman.
Seri mana Acik jenguk di belakang Jai.
Ada tu..dalam kereta. Entah apa yang tak kena. Sejak balik dari sekolah tahfiz hari tu, macam tulah dia. Muncung dah macam Donald Duck! Jai sengih. Beg diangkat masuk ke dalam rumah.
Err..entah-entah dia cemburu tak Acik kenyit mata. Seri dah mula keluar dari perut kereta.
Cemburu kat siapa Jai berdiri di sebelah Acik yang masih memandang Seri menapak ke arah mereka.
Salina la..siapa lagi. Kau ingat tak, dia pernah tanya kau dulu pasal minah tu. Acik berpeluk tubuh. Tersenyum pada Seri.
Ya ke Jai jeling Acik. Biar betul Seri cemburu dengan Salina tu.
Acik angguk. Itu petanda baik untuk kau dan jugak aku.
Petanda Jai berkerut kening.
Kau ni lembab betullah! Petanda yang dia tu dah mula sukakan kau! Untuk aku pulak, dia dah berjanji akan belanja kos nikah aku nanti kalau dia jatuh cinta kat kau! Hahahah!! Acik ketawa.
Jai luku kepala Acik. Ada ke duit nikah kau, Seri kena belanja!!
Abang, ma dan pa mana Seri jenguk ke ruang tamu.
Ma ada kat dapur. Pa pulak, pagi-pagi lagi dah keluar. Acik senyum. Dia pandang Seri penuh makna.
Seri hanya angguk. Dia terus ke ruang dapur. Bahu Jai dilanggar kuat. Sengaja.
Tengoklah tu! Bukan nak berbaik dengan suami sendiri. Selamba je dia langgar bahu aku. Jai jeling Seri yang dah menapak ke dapur.
Acik ketawa mengekek.
Oi! Yang kau ketawa tak ingat ni kenapa Jai cuit lengan Acik.
Aku kesian kat kau. Rasanya dah hampir tiga bulan kau nikah. Kalau aku la..tak kira dia bagi ke tak, aku redah je! Acik sengih.
Cakap memang senang! Buatnya dia menjerit minta tolong Macam mana Jai angkat kening.
Kau tekup je la mulut dia. Dahlah! Hal kelambu kau pulak jadi cerita. Ni, bulan depan Koci nak balik. Salina tu nak jumpa Koci kan Acik mula tukar topik.
Bulan depan
Kenapa
Aku kena pergi UK la. Nak kena hantar tesis dan check semula mana yang perlu. Agak-agak lama tak dia balik Jai mula duduk di sofa. Penat berdiri.
Acik turut membuntuti Jai ke sofa.
Entah..dia kata ada la dalam dua minggu macam tu. Kenapa Acik melabuhkan punggung sebelah Jai.
Oh..tengoklah. kalau aku sempat, aku ikut sekali. Kalau tak, korang jelah yang pergi jumpa Salina tu. Aku mungkin pergi sebulan kat sana. Kena masuk makmal.
Seri ikut ke
Kau rasa
Apa pulak main rasa-rasa ni Takkan kau nak tinggalkan dia sorang kat sini. Acik jeling Jai.
Habis kau rasa nak ke dia ikut aku Jai tak nak mengalah.
Hiihihiitu kau kena tanya dia sendiri. Acik sengih. Buat muka kelat.
Tahu pun kau! Jai capai surat khabar dari atas meja kecil di sebelah sofa.
Ha..Jai pun ada Mana Seri
Serentak Jai dan Acik berpaling ke kiri. Datuk Kamaruddin dah tersenyum di muka pintu. Di tangan
kanannya ada beg plastik penuh dengan buah mangga muda dan jantung pisang.
Pa.. Jai bingkas bangun dan mencium tangan bapa mertuanya. Acik turut sama bersalam.
Seri ada kat dapur..tolong ma masak. Jai mengukir senyum. Dia duduk semula di sofa.
Ohberapa lama Jai bermalam kat sini
Ingat nak tinggal seminggu.. Jai senyum lagi.
Datuk Kamaruddin anguk-angguk.
Pa nak buat apa dengan mangga muda tu Acik jeling beg plastik yang telah diletak atas meja sofa.
Oh..pa teringin nak makan kerabu mangga pulak. Jantung pisang ni pun pa ada beli. Tolong bagi kat ma! Datuk Kamaruddin hulur kepada Acik.
Acik bingkas bangun dan menuju ke ruang dapur.
Pa dari mana Tegur Jai.
Dari rumah kawan tadi, dah kebetulan lalu depan pasar, singgahlah sekejap. Tu yang pa beli mangga dan jantung pisang. Err..Seri macam mana
Alhamdulillah pa..sihat. Jai senyum lebar.
Jai..Jai..maksud pa..Seri tu dah okey ke Dah kenal Jai Datuk Kamaruddin gelak kecil.
Jai tunduk. Alamak! Aku yang salah tafsir.
Err..dia masih tak kenal saya pa tapi tak apa..dia akan sembuh juga nanti. Makan masa sikit. Jai senyum kelat.
Hmmsabarlah Jai. Pa tengok Seri tu pun dah semakin pulih. Dah banyak benda yang dia ingat. Memanglah perkara lalu dia tak ingat.
Alhamdulillah, dia boleh ingat perkara yang berlaku sekitarnya.
Jai angguk-angguk.
Err..pa naik atas dululah ya. Dah berpeluh ni. Datuk Kamaruddin minta diri.
Baiklah pa.
Jai menapak pula ke ruang dapur. Dari muka pintu, Seri sibuk mengupas mangga dan merebus jantung pisang. Acik pula menyibuk saja kat tepi mama. Perlahan dia mendekati Seri.
Masak apa
Seri menoleh. Tanya lagi masak apa dia ni! Dah aku tengah kupas mangga ni, masak kerabulah!
Ucu..suami tanya tu, jawablah.. Mama berpaling.
Seri jeling Jai di sebelah. Sengih-sengih macam tu, ingat kat minah kat sekolah tahfiz tu la tu!
Entahnya Ucu ni! Berdosa tau buat dek je kat suami! Acik menyampuk. Kulit mangga di atas meja dilempar ke arah Jai.
Alah..abang pun sama! Menggatal dengan Awa! Seri mencebik. Semakin laju dia mengupas mangga.
Ke situ pulak! Acik kunyah pula mangga yang telah disagat. Berkerut seribu riak di mukanya. Masamnya mak ai!!!
Awa Siapa Awa Mama yang dari tadi sibuk menyiang ikan mula berhenti. Acik ditenung lama.
Awa tu mabakal menantu mama seterusnya! Jai tolong jawab. Senyumannya dah lebar.
Seri mendongak. Jai ditenung tajam. Biar betul! Takkan Awa pun Jai nak
Maksud JaiAwa tu..girlfriend Acik Mama dah teruja.
Jai angguk. Sempat jeling Acik yang dah kelat muka.
Mana ada ma. Baru kenal je pun. Lagipun, entah dia pun tak ada apa-apa kat Acik ni.. Acik buat muka merajuk.
Alahperempuan ni kalau tak kata apa-apa, bermakna dia setuju la tu. Boleh ma tahu dia tinggal kat mana Mama dah mula duduk sebelah Acik.
Ma, Awa tu anak ustaz tau ma! Elok sangatlah dia jadi menantu ma! Jai kenyit mata pada Acik.
Ya Alhamdulillahni yang ma tak sabar nak masuk meminang! Mama usap rambut Acik. Senyumannya dah lebar sampai ke telinga.
Hai..apa yang senyum semua ni
Empat kepala berpusing.
Ni ha..anak bujang abang ni, dah ada seru nak nikah. Anak ustaz bang! Mama bingkas bangun. Lengan papa dipaut lembut.
Ya
Mama angguk.
Hmm..ni dah berita bagus! Err..makanan dah siap Datuk Kamaruddin pegang perut.
Dah pa! Tinggal nak gaul mangga ni dengan bahan-bahan kerabu je. Kerabu jantung pisang dah siap dah tu! Seri senyum.
Jai turut senyum. Tangkas Seri buat kerja dapur.
Apa lagi Jomlah makan! Dah lapar ni!Datuk Kamaruddin senyum. Mama segera tarik kerusi untuk papa.
Tengok tu Ucu! Belajar dengan ma tu! Layanan yang terbaik untuk suami! Acik pandang Seri yang sibuk menghidang lauk pauk.
Jai sengih. Acik..Acik..tak habis-habis sakat Seri.
Abang ni! Seri lempar kulit mangga ke arah Acik. Sempat Acik elak. Geram bila Acik dah ketawa mengekek.
Dah! Tak elok bergurau depan rezeki! Datuk Kamaruddin jeling Seri dan Acik silih berganti. Macam budak-budak!
Masing-masing mula mengambil tempat duduk, menikmati hidangan tengah hari. Lauk asam pedas ikan merah, sambal belacan, kerabu mangga bersama sotong, kerabu jantung pisang, udang masak tiga rasa begitu menyelerakan.
SERI masih melangut di ruang tamu. Dia pandang mama yang berada di sebelah papa. Asyik menonton cerekarama. Jam di dinding dijeling sekilas. 10.30 malam.
Jai mana Mama tiba-tiba menegur.
Err..entah. Kat bilik kut.. Seri lemparkan pandangan ke arah kaca tv. Hih..macam mana ni Takkan aku nak duduk je kat sini sampai tengah malam
Ucu tak mengantuk lagi ke Papa pula tanya. Budak ni..macam nak elak dari Jai je..
Belum pa.. Seri buka mata luas-luas. Lama menatap cerita di kaca tv. Cuba hadam apa yang dilakon oleh Aaron Aziz.
Hmmpa dan ma dah mengantuk ni. Ucu nak duduk sorang ke kat sini Papa bingkas bangun. Mama pun sama.
Err..abang mana Seri pandang sekitar ruang tamu. Dia jenguk pula ke arah dapur.
Acik dah tidur la agaknya. Lepas isyak tadi dia dah berkurung dalam bilik tu. Mama pandang ke tingkat atas.
Err..ma dan pa tidurlah dulu. Ucu belum mengantuk lagi ni.. Seri senyum. Tangan mama dan papa dicium lembut.
Betul ni
Seri angguk. Mama dan papa dah menapak menaiki anak tangga ke bilik.
Macam mana ni Aku kena tidur sebilik dengan Jai la ni..aduih... Seri garu kepala. Dia jeling ke arah bilik. Pintu biliknya terbuka sedikit.
Seri menapak ke dapur. Segelas kopi o panas dibancuh. Biar segar sikit mata. Dia menapak semula ke ruang tamu. Menyambung semula pada kaca tv.
Hihdah nak tengah malam ni. Aku dah la seram duduk sorang-sorang kat sini.. Seri meliar melihat sekitar ruang tamu.
Kopi o panas diteguk sampai habis. Tv pula ditutup dan terus melangkah ke tingkat atas. Pintu bilik yang sedikit terbuka dikuak perlahan. Jai dah lama mimpi kat atas katil.
Hmmdia dah tidur. Bagus! Baik aku letak bantal peluk kat tengah-tengah. Perlahan Seri menapak ke katil. Dia membelakangi Jai, mengadap ke arah pintu. Jai pula tidur mengadap ke arah beranda bilik.
Alamak! Seri perlahan menoleh. Tangan Jai dah melekat pada pinggangnya.
Ish! Tengah tidur macam ni pun masih nak menggatal! Tangan Jai ditolak perlahan. Seri jarakkan sedikit tempat tidurnya. Kali ni Jai mengadap ke arahnya.
Hmmkacak jugak dia ni. Kenapa aku tak pernah jumpa dia dulu Hmm Seri merenung wajah Jai yang lena dibuai mimpi.
Seri cepat-cepat tutup mata. Jai dah menggeliat kecil.
Erk! Dia bangun ke Seri buka mata perlahan. Jai masih lena. Fuh! Lega
JAI terjaga dari tidur. Berlari dia ke bilik air,
Ahh..lega. Apa yang aku makan tadi sampai memulas perut aku..haih..terbantut tidur aku.. Jai menapak perlahan ke katil semula.
Uhbila masa dia masuk tidur Seri yang dah lena ditatap seketika. Pipi Seri diusap lembut. Hmmbila la aku boleh peluk dia ni. Perlahan Jai rangkul pinggang Seri. Sengaja dia rapatkan tubuhnya ke tubuh Seri.
Mak!!!!!
Pantas Jai melompat dari katil. Erk!! Tak tidur rupanya minah ni!
Apa awak buat kat saya Seri turut melompat dari katil.
Err..tak..tak ada apa Jai menelan liur. Ya Allahjanganlah Seri ni menjerit minta tolong. Malu aku nanti!
Betul ni Seri silangkan kedua tangannya rapat ke dada.
Jai angguk.
Seri berlari keluar dari bilik.
Seri!! Jai meluru mengejar Seri yang dah menapak turun ke ruang tamu.
Eh! Apa awak buat ni Seri cuba meronta dari pelukan Jai.
Dah tengah malam ni sayangtidur kat bilik. Apa kata ma dan pa nanti.... Jai cuba pujuk Seri.
Hish! Yang awak peluk saya ni kenapa Seri masih meronta.
Alamak! Seri tergelincir dari anak tangga. Tergolek jatuh bersama Jai dari anak tangga atas sampai ke lantai ruang tamu.
Aduh..sakit belakang aku.. Jai gosok belakang badannya. Dia pandang Seri yang dah pengsan.
Seri! Bangun sayang! Pipi Seri ditepuk perlahan. Ya Allah!Pengsan ke Seri diangkat dan diletakkan ke atas sofa. Jai pandang jam dinding. 2 pagi.
Sayang! Sekali lagi pipi Seri ditepuk-tepuk. Masih tak sedarkan diri. Jai terus angkat Seri masuk ke bilik semula.
JAI menapak keluar dari bilik air, Seri masih tidur lena. Lega, Seri tak luka malam tadi. Kuat jugak Seri terhantuk kat bucu tangga.
Sayang.bangun sayangdah subuh ni. Jai sentuh bahu Seri. Dahi Seri dilihat sekilas. Ada sedikit bengkak. Jai segera ambil ais dan tuam bengkak di dahi Seri dengan tuala kecil.
Sayangbangun sayang
Seri menggeliat kecil. Perlahan dia buka mata.
Mamaaaaaa!!!!!! Melompat Seri dari katil.
Jai menelan liur. Apa hal Seri ni Buka mata je, menjerit! Macamlah aku ni hantu jembalang! Dah la pucat muka tu!
Kenapa dengan awak ni Boleh tak kalau awak buat selamba je. Buat macam biasa. Dah! Subuh dah lama masuk. Pergi mandi cepat. Saya tunggu. Jai hulur tuala kepada Seri.
Seri masih tercegat di penjuru bilik. Pucat. Dah berkerudung dengan selimut menutupi rambutnya.
Awakboleh tak mandi Subuh dah nak habis ni! Jai menghampiri Seri.
Seri masih tersadai di situ. Macam mana dia ni boleh berada kat sini
Okey! Saya tak buat apa-apa kat awak. Sekarang ni..boleh tak awak ambil wudhuk Jai tunjuk ke arah bilik air.
Seri berlari keluar dari bilik. Jai ternganga melihat gelagat Seri. Pening! Bingung!
MASING-MASING diam membisu di meja makan. Sarapan pagi tu hambar. Ma dan pa saling berpandangan. Jai dan Seri dilihat silih berganti. Seri mengenakan tudung lengkap. Dia hanya tunduk dari tadi, Acik pandang Seri yang asyik menguis nasi lemak dari tadi. Sikit pun tak dijamah.
Kenapa ni Macam ada malaikat lalu je Acik akhirnya memecah kesunyian.
Jai..cuba cerita dengan ma, apa sebenarnya berlaku Mama akhirnya buka mulut.
Err..apa ma Jai garu kepala. Memang tak faham.
Pagi tadi, Seri berlari masuk bilik kami. Muka dia pucat. Apa yang telah berlaku Papa pula mencelah.
Jai menelan liur. Haihapa aku nak jawab ni Takkan aku nak cerita yang aku peluk Seri Adoiyaa!!
Ma, pamalam tadi, saya pujuk Seri tidur dalam bilik. Dia berlari keluar dari bilik dan kami sama-sama jatuh tangga. Seri pengsan. Saya angkat dia masuk bilik semula. Bangun pagi tadi, dia menjerit dan berlari keluar sekali lagi. Jai terpaksa cerita.
Ohmacam tu ke Cerita Seri lain pulak.. Mama senyum.
Jai pandang Seri yang masih tunduk. Lain
Err..lain macam mana ma Acik dah berkerut kening. Riak mama dah lain.
Mama bisik ke telinga Acik.
Hah Acik terbeliak.
Jai masih terpinga-pinga. Apa dia orang bisik ni
Apa dia Jai cuit lengan Acik.
Acik bisik pula ke telinga Jai.
Hah!!!
Pantas Jai menoleh ke arah Seri. Matanya menala pula ke arah mama dan papa.
Papa dan mama mengangguk serentak.
Dari pagi sampailah ke petang, Seri buat dek je kat Jai. Asyik berkepit dengan mama. Tudung sentiasa melekat di kepala.
CUACA redup petang tu sungguh tenang. Mereka sekeluarga berkumpul di kolam renang. Acik dan Jai masing-masing memerhati tingkah Seri yang nyata sudah kembali ingat apa yang telah berlaku dulu.
Acik..kau rasa Seri tu ingat tak kat aku Jai masih merenung Seri yang asyik memberi ikan koi makanan. Papa pun turut sama memberi ikan makan.
Aku rasa dia dah ingat. Sebab tu dia lari lintang pukang keluar dari bilik kau malam tadi. Acik sengih.
Entahlah..lepas kemalangan, dia tak ingat masa lalu dan ingat kejadian yang berlaku di sekitarnya saja tapi lepas
terhantuk kat bucu tangga malam tadi, dia ingat pulak masa lalu tu masih seperti dulu. Ada ke dia mengadu kat ma dan pa yang aku ceroboh bilik dia dan nak rogol dia Jai geleng.
Acik ketawa mengekek.
Yang kau ketawa nak rak ni kenapa
Aku geli hati. Sekarang ni Seri ingat kau belum ada apa-apa ikatan dengan dia.. Acik dah menahan gelak.
HmmSeri tu macam tak ingat apa yang berlaku sekarang ni. Dia tak ingat yang kami dah bernikah. Jai melepaskan keluhan.
Dahlah! Ma dah panggil tu. Acik ajak Jai ke gazebo.
Jai..sabarlah. Ma pun tak percaya apa yang berlaku. Seri tu masih belum sembuh sepenuhnya. Ma ada tunjuk cincin nikah yang dipakai Seri tu tapi dia masih tak ingat apa-apa. Lepas ni Jai kena tunjuk foto nikah. Mana tahu dia ingat semua tu Datin Rubiha mencelah. Pandangannya melekat pada Seri yang duduk sorang diri di tepi kolam ikan.
Tuh! Seri dah datang sini. Jai cakap elok-elok dengan dia. Nanti ma pergi ambil album majlis nikah Jai dan Seri. Mama bingkas bangun. Dia mendekati papa yang dah menapak masuk ke dalam rumah.
Seri duduk di sebelah Acik. Dia jeling Jai yang duduk betul-betul berhadapan dengan Acik. Eii! Ada hati tidur rumah aku. Dahlah masuk bilik aku!
Ucumasih ingat tak kejadian dulu Acik cuba kembalikan ingatan Seri.
Kejadian apa
Dulu-dulu..kawan, kerja, kisah cinta.. Sengaja Acik tanya.
Seri pandang ke arah Jai. Lelaki inilah yang bertakhta dalam hatinya sampai bila-bila tapi sayang Jai masih belum luahkan rasa hatinya pada aku. Haihapalah nasib.
Buat apa nak ingat orang yang tak sudi kat Ucu.. Seri buat muka merajuk.
Acik dan Jai saling berpandangan. Jai renung mata Seri. Memang sah, Seri ingat masa lalu. Masa aku dan dia belum ada apa-apa ikatan!
HmmUcu masih ingat siapa yang Ucu sayang Tanya Acik lagi.
Sekali lagi Seri jeling Jai.
Kenapa abang ni Takkan Ucu nak mengaku depan dia ni Seri tuding ke arah Jai.
Jadi orang yang Ucu sayang tu ada di depan Ucu sekarang ni Muka Acik dah teruja.
Seri mengangguk lemah. Tunduk.
Siapa Jai pula mencelah. Saja nak tahu apa jawapan Seri.
Seri mendongak. Eii! Mamat ni saja nak uji aku! Kaulah!!
Siapa Jai tanya tu! Acik dah ketap bibir. Cakap dengan minah ni memang sakit hati. Macam tunggu buah durian putik! Kena jolok baru gugur!
Kura-kura dalam perahu! Seri bingkas bangun tapi tangan Acik pantas pegang lengan Seri.
Duduk dulu! Abang belum habis cakap lagi ni! Acik dah geram.
Jai beri isyarat pada Acik.
Seri..saya memang cintakan awak. Sejak dulu lagi, saya suka awak tapi kita hanya bertemu jodoh hanya selepas apa yang telah berlaku.. Jai renung mata Seri. Cuba mencari riak.
Maksud awak Seri dah mula bersuara.
Kita dah selamat bernikah.. Jai pegang lembut tangan Seri.
Seri masih bingung. Tangannya dilepaskan perlahan dari genggaman Jai.
Mana bukti yang kita dah bernikah Apa yang saya tahu, saya dan Koci dah putus tunang. Awak dan Salina pulak dah bertunang. Mana boleh kita bernikah sedangkan awak masih tunang Salina Seri berpeluk tubuh. Jai dipandang tak berkelip.
Jadi Ucu tak ingat kejadian selepas tu Acik tenung mata Seri yang dah keliru.
Kejadian apa
Koci dan Salina kena tangkap basah!
Jai hanya diam. Matanya masih melekat pada anak mata Seri.
Apa Seri menelan liur.
Koci dan Salina dah bernikah lepas tu tapi bercerai sebab Acik pandang Jai. Jai dah buat isyarat supaya tidak cerita pasal kemalangan.
Jadi Salina tu bukan lagi tunang awak Seri pandang pula Jai.
Jai angguk.
Awak masih ingat pada Ojie Jai pula mencelah.
Kenapa dengan Ojie Dia kekasih abang kan Seri menoleh ke arah Acik. Muka Acik dan berubah. Apa hal abang aku ni
Seribetul awak tak ingat apa yang berlaku pada Ojie Sekali lagi Jai tanya.
Apa saya tahusaya pergi jumpa Ojie di tasik. Kemudian kereta saya rosak, lepas tu..saya tumpang kereta Ojielepas tu Seri berhenti seketika. Mukanya berkerut mengingati semula apa yang telah berlaku.
Seri.. Jai pegang lembut tangan Seri yang dah menekup muka. Ada titisan jatuh ke pipi Seri.
Seri berlari masuk ke dalam rumah. Jai cuba mengejar tapi dihalang Acik.
Biarkan dia sendirian dulu.
Err..mana Ucu Mama muncul bersama album.
Dia dah masuk ke rumah tadi. Agaknya berkurung dalam bilik la tu. Acik mengeluh kecil.
Ohdia ingat apa-apa tak Mama melabuhkan punggung di sebelah Acik.
Entahlah ma tapi dia macam dah ingat masa lalu.. Tutur Jai dah lemah.