SEJAK Seri ingat kembali apa yang telah berlaku dulu, aku terpaksa tinggal berasingan. Seri berkeras tidak mengaku yang dia telah menjadi isteri aku yang sah. Ingatan Seri masih pada ketika dia masih menjadi tunang Koci. Sejak itu, Seri tinggal dengan mama dan papa.
Haihapalah aku nak buat lagi ni. Ingatkan bila dia dah ingat semula, bolehlah aku hidup bahagia dengan dia. Ni tidak! Aku yang dah jadi laki dia pun, dia ingat masih solo. Jai belek malas album pernikahannya dengan Seri. Satu persatu foto kenangan ditatap.
Jai..sabarlah. Mungkin Seri keliru agaknya. Yalah.masa dia hilang ingatan dulu, dia tak ingat siapa Jai. Bila dah ingat semula, dia pula ingat yang dia tu masih bujang. Puan Aishah mengusap lembut rambut Jai.
Tak apalah mak. Mungkin ini ujian Allah untuk Jai. Jai akan tunggu Seri pulih. Jai tutup album. Dia pandang riak ibunya di sebelah. Sudah seminggu mak dan ayah berada di KL.
Hmmjadi ke nak ke UK minggu depan
InsyaAllah mak. Tesis ni nak kena hantar by hand. Lagi pun Jai nak jumpa sendiri dengan Prof Middleton tu. Nak bincang sikit. Jai menutur lemah.
Berapa lama Jai kat sana
Mungkin dua minggu atau sebulan, kenapa mak Jai mendongak. Wajah mak dah berubah.
Lama jugak tu. Jai tak risaukan Seri ke
Siapa yang tak risau mak. Kalau boleh Jai nak dia ikut ke mana Jai pergi tapi dah jadi macam ni, mana dia nak ikut Jai pusing pen ala heli.
Satu tangan lagi dah menongkat dagu.
Dia dah tengok sijil nikah
Jai mendongak lagi. Sijil nikah
Mak angguk.
Jai tepuk dahi. Tak terfikir langsung tentang tu!
Tu la..bila Seri tu tengok sijil nikah, dia mesti mengaku Jai ni suami dia. Itu bukti paling kukuh.Mak senyum.
Mak harap Jai berbincang elok-elok dengan Seri sebelum ke UK. Pujuk Seri dengan baik. Jangan paksa. Mak usap lagi rambut Jai.
InsyaAllah mak. Jai akan cuba berbincang lagi dengan Seri tu.
Puan Aishah menapak keluar dari bilik Jai. Jai buka semula album pernikahannya dengan Seri. Seri ayu dan cantik dengan busana pengantin. Nampak jelas, muka Seri tidak beriak tika itu. Yalah..bila dah rasa terpaksa bernikah. Masa tulah Seri lupa siapa akuaduhrasa macam dah dirobek dengan belati!
JAM TIGA petang Jai bergegas ke rumah mertuanya. Dia dah berjanji dengan Acik. Apa sekalipun, Seri perlu diberitahu hal sebenar.
Honda Accord kelabu Jai membelah kesibukan jalanraya menuju ke Damansara Heights. Keretanya membelok ke laman sebaik tiba di kawasan perumahan elit.
Jai!
Jai keluar dari perut kereta. Dari beranda bilik, Acik dah melambai ke arahnya. Perlahan dia melangkah ke ruang tamu. Melilau matanya mencari kelibat Seri. Hmmhabuk pun tarak!
Jai! Awalnya kau sampai Acik jeling jam di dinding. 3.30 petang. Janji nak datang pukul lima.
Mestilah! Bini aku kan ada kat sini! Jai melabuhkan punggung di sofa.
Err..ma dan pa mana Tambah Jai. Matanya menala ke arah tingkat atas.
Oh..hari ni dia orang ada kenduri kat Seremban. Rumah mak sedara aku sebelah ayah. Kau dah makan Acik duduk sebelah Jai.
Jai angguk. Mana Seri
Ada kat bilik. Kau tidur sini ke malam ni Acik sengih.
Seri nak ke tidur sekatil dengan aku Sebilik pun dia tak nak! Menjerit malam-malam! Jai buat muka merajuk.
Acik ketawa mengekek.
Jai..kau kenalah pandai pujuk Seri tu. Dia dah ingat siapa kau. Sekarang ni kau kena buktikan yang kau tu suami dia yang sah! Itu saja! Acik masih ketawa. Lucu bila teringat kisah cinta Jai yang masih terkontang-kanting!
Jai jeling Acik yang seronok ketawakannya. Amboi! Bukan main lagi kau gelakkan aku! Tak apa! Esok-esok bila kau jadi macam aku, kau rasalah sendiri!
Kau tunggu jap. Aku panggil Seri. Kalau kau masuk bilik dia, menjerit dia pulak nanti!! Acik bingkas bangun. Ketawanya masih belum reda.
Apa punya kawan! Bukan nak sokong aku! Jai mencebik. Surat khabar atas meja sofa dicapai dan dibelek sekilas.
SERI menapak malas ke ruang tamu. Acik dah siap dengan kemeja dan jeans. Tadi hanya pakai kain pelekat dan kemeja T saja.
Jai..aku nak keluar sekejap. Pandai-pandailah kau pujuk Seri tu. Aku bagi can kat kau. Ma dan pa balik malam karang. Jadi kau ada banyak masa. Kau nak ehem pun sempat lagi. Okey, aku chow dulu! Acik bisik ke telinga Jai. Sempat kenyit mata.
Jai luku kepala Acik. Gatal!
Abang! Abang nak pergi mana tu Seri yang masih terpacak atas anak tangga melaung ke arah Acik.
Abang keluar sekejap je!
Bunyi deruman kereta BMW Acik dah mula meninggalkan laman rumah.
Seri masih terpacak di tangga. Dia menelan liur melihat Jai tersenyum padanya.
Eiiapa dia ni nak sebenarnya Dulu bukan main berlagak tak nak mengaku, sekarang ni macam dah gila bayang! Seri menapak malas ke arah Jai.
Cantik awak hari ni. Jai bangun. Kedua tangan Seri dipegang lembut. Seri masih mengenakan tudung.
Err..awak nak apa Seri lepaskan tangan Jai. Dia terus duduk.
Serikita dah jadi suami isteri. Awak isteri saya yang sah. Kita dah bernikah tiga bulan. Jai cuba memujuk.
Seri diam membisu. Asyik cerita yang sama je! Kalau betul aku bini dia, mengapa aku tak ingat apa-apa
Ni..bukti yang kita dah nikah. Jai hulur sekeping kertas kepada Seri.
Seri memerhati kertas yang dihulur Jai. Lama dia berkerut kening. Betul ke ni
Awak dah yakin
Seri masih diam. Entahlah..
Masa saya nikah dengan awak dulu, awak tak ingat siapa saya. Awak tak cintakan saya. Saya sabar tunggu cinta tu berputik dalam diri awak.
Bila awak ingat semula apa yang berlaku pada masa lalu, awak lupa pula yang kita sebenarnya dah sah jadi suami isteri. Jai menutur lembut.
Mata bening Seri ditatap penuh kasih.
Kenapa saya masih tak ingat semua ni Seri letak surat nikah di atas meja. Kedua tangannya memegang kepala. Pening! Keliru!
Sayangapa yang berlaku selepas Koci dan Salina bernikah, awak dan Ojie bertemu di tasik tu. Awak kemalangan semasa pulang dari tasik tu.
Awak ingat tak Jai pegang lembut kedua bahu Seri.
Seri mendongak. Mata Jai ditatap seketika. Mata mereka bertembung lama.
Saya kemalangan
Jai angguk.
Ingatan Seri berputar semula apa yang berlaku selepas itu.
Ojie macam mana Seri goncang bahu Jai.
Jai teruja. Riak Seri dah berubah. Bermakna Seri dah mula ingat siapa Ojie!
Dia juga turut cedera dalam kemalangan tu. Awak cedera parah dan terpaksa dibedah. Dua minggu lebih awak di hospital. Jai ulang tayang semula apa yang telah terjadi.
Ojie mana Seri tak puas hati. Soalannya tidak dijawab.
Dia..dia dah tak ada.. Jai menutur perlahan.
Maksud awakdia dah meninggal
Jai mengangguk lemah.
Ya Allah..Ojie!!!! Seri meraung sekuat hati. Jai dipeluk erat.
Jai cuba menenangkan Seri yang dah separuh jiwa menangis teresak-esak di bahunya. Tubuh Seri dipeluk erat.
Itulah pertama kali aku dapat merasa memeluk tubuh isteri aku sendiri.
Err..maaf..saya tak sengaja. Seri cepat-cepat lepaskan pelukannya tadi. Air mata yang masih menitis disapu dengan hujung jari.
Sayangsaya kan suami awak. Jai peluk semula tubuh Seri.
Seri terdiam dalam pelukan Jai. Terasa hangat. Betul ke dia suami aku
Dahsedekahkan al fatihah untuk Ojie. Nanti kita ziarah kubur dia.. Jai sapu air mata Seri yang masih menitis.
Abang dah tahu ke Macam mana dengan abang Tentu dia kecewa sangat. Kesian abang Seri tunduk. Malu bila dipeluk Jai.
Acik dah tahu lama dah..dah hampir tiga tahun berlalu. Jai senyum. Lega bila Seri dah mula ingat segala yang berlaku.
Seri masih tunduk. Renungan mata Jai dah rasa nak tembus matanya. Jantungnya berdegup kencang.
Sayang Dagu Seri diangkat sehingga mendongak.
Bibir Seri dikucup lembut. I love you so much..
Seri terkesima. Tidak membantah tindakan Jai. Dibiarkan saja bibirnya dikucup lama.
Terima kasih sayang Jai peluk sekali lagi tubuh Seri. Isteri kesayangan yang sudah lama ditunggu.
Errsa..saya minta maaf. Saya masih keliru dengan semua ni. Beri saya masa Seri rungkaikan pelukan Jai.
Tak apasaya sanggup tunggu sampai bila-bila pun.. Sekali lagi bibir Seri dikucup.
Seri tergamam.
I really love you..
Err..awak.. Seri tergamam lagi. Jai mengucup lagi bibirnya.
I love you so much! With all my heart!
Seri tunduk. Nyata lelaki di depannya sekarang ni seorang yang dicintainya dulu dan kini dia pula menyintai aku!
Saya nak ke bilik dulu. Seri bingkas bangun. Kalau dia terus duduk di situ, mahunya satu hari Jai akan mengucup bibirnya.
Boleh saya ikut Jai turut bingkas bangun.
Err Seri dah menggelabah. Pucat!
Saya gurau je. Saya akan tunggu sehingga awak bersedia. Apa yang pasti, sayalah manusia paling gembira sekarang ni. To the world you might be one person, but to me, you are the world" Jai senyum. Sebelum dia minta diri, sekali lagi tubuh Seri dipeluk erat. Terasa nak peluk semahunya dan tak akan lepas lagi!
Seri menapak perlahan ke tingkat atas semula. Dia menoleh seketika. Jai masih di situ sambil tersenyum manis kepadanya.
Ya Allahbetul ke apa yang aku buat ni Takkan aku nak biarkan dia sorang-sorang kat situ Langkah Seri terhenti.
Err..awak tak nak balik ke
Awak kan tinggal sorang. Acik keluar. Ma dan pa pulak, malam nanti baru balik. Tak apalahawak masuklah bilik. Saya tunggu kat sini. Jai duduk semula di sofa.
Kalau macam tu, biar saya buatkan air untuk awak. Seri berpatah semula ke ruang dapur.
Jai membuntuti Seri ke dapur. Seri lincah membancuh kopi o panas bersama kuih lepat pisang yang dah ada bawah saji.
Minumlah.. Seri hulur cawan kopi kepada Jai.
Jai meneguk kopi o panas yang dibancuh Seri.
Awak nak ikut saya tak
Ikut Mana Seri mula mendongak. Dari tadi Jai asyik merenung ke arahnya.
UK!
Buat apa kat sana
Temankan saya. Pengajian saya pun dah nak habis. Saya pergi tak lama. Dua atau tiga minggu je. Kuih lepat pisang dikunyah perlahan.
Err..maafkan saya. Saya masih tak dapat terima semua ni. Saya keliru. Saya mohon diberi masa.. Seri kuis-kuis hujung lapik meja.
Saya tanya je. Kalau awak rasa tak selesa, tak apalah. Saya tak paksa. Jai senyum hambar. Kecewa. Memang dah agak, itu jawapan Seri.
Wah! Bukan main romantik lagi korang ya!
Seri dan Jai pantas berpaling. Acik dah terpacak di muka pintu dapur.
Hmm..sedapnya kuih lepat. Acik duduk di sebelah Jai. Kopi o panas dituang ke dalam cawan.
Kau ni! Salam apa pun tak! Jai sengih.
Dah berbaik ke Acik pandang Seri dan Jai. Sempat kenyit mata.
Seri diam. Jai senyum lebar.
Hmm..kalau dah senyum lebar tu..ada makna la tu. Kau dah Acik kenyit mata pada Jai.
Seri jeling Acik. Gatal jugak abang aku ni! Patutlah sibuk nak nikah!
Ucu masuk bilik dulu.. Seri bingkas bangun.
Acik sengih. Muka Seri dah merah.
Jai..kau buat apa kat Seri tadi Merah semacam je muka dia bila aku usik Acik kunyah lagi sebiji kuih.
Jai senyum semakin lebar. Dia jeling Acik yang dah macam muka tunggu keputusan periksa lagaknya. Tak sabar nak tahu!
Kalau aku buat apa pun, tak kan aku nak cerita kat kau. Yang kau ni, bila kau nak pergi meminang anak ustaz tu Jai ubah topik.
Hish! Kau ni! Mulalah ubah tajuk cerita! Entah-entah kau dan Seri tu dah..ehem..ehem! Acik sengih.
Yang kau nak tahu sangat ni kenapa Jai teguk perlahan kopi o yang masih panas.
Mestilah aku nak tahu! Itu sebagai bukti yang Seri tu dah mengaku kalah. Perjanjian dia dulu, kalau dia serah diri kat kau, bermakna dia dah jatuh cinta kat kau. Jadiaku nak tuntut hadiah aku! Acik teguk pula kopi.
Perjanjian gila apa kau ni Jai jeling Acik yang dah tersengih-sengih.
Itu perjanjian Seri. Bukan aku yang mulakan.
Jai letak cawan kopi. Dia tenung Acik yang dah ketawa mengekek. Lucu sangatlah tu!
Apa kau dapat kalau kau menang Jai sengaja tanya.
Aku nak tuntut la hadiah aku. Mula tu..aku nak anak buah tapi Seri tu tak suka aku tuntut hadiah tu. Jadi aku ingat nak suruh dia sponsor kos pernikahan aku sikit. Acik sengih lagi.
Kalau Seri menang
Laadah berbuih aku cerita tadi kat kau. Telinga kau masuk air ke apa Kalau Seri menang, dia nak tuntut hadiah pergi melancong ke Paris atau Zurich. Aku mana ada duit banyak bro! Pokai la aku macam ni! Acik habiskan kopi o panas.
Oh..pokai kau je yang kau tahu. Yang kau suruh Seri tanggung kos pernikahan kau tu pun pokai jugak tau! Bukan Seri yang pokai, aku yang pokai! Jai luku kepala Acik yang dah tersengih macam kerang busuk.
Kau nak Seri jatuh cinta kat kau kan Jadi kau kenalah bersedia dengan semua tu. Kalau aku berjaya buat dia serah diri kat kau, kau nak bagi apa kat aku Acik kenyit mata.
Jai jeling Acik. Eiii! Banyaklah kau punya syarat! Seri tu dah mula sukakan aku la! Dah lebih tiga kali aku kucup bibir Seri tu!
Haa..ni aku nak beritahu berita gembira ni. Tadi Seri dah ingat siapa Ojie. Kita patut bawa dia ziarah kubur Ojie. Jai ubah lagi topik. Asyik cerita hal kelambu je mamat ni. Dah tak sabar la tu nak nikah!
Dia ingat Ojie Acik dah bulat mata. Cawan kopi terus diletak atas meja.
Jai angguk.
Bermakna dia ingatlah yang dia tu cintakan kau dulu! Acik tarik kerusi dan duduk rapat dengan Jai.
Tak jugakdia masih keliru. Dia nak masa untuk sendiri dulu. Jai dah mula kendur.
Kau jangan layan sangat dia tu Jai. Kau kena tegas. Kalau dia dah sedar yang dia tu bini kau, tak ada alasan lagi untuk dia berdalih.
Aku tak suka paksa. Biarlah dia sendiri yang merasa selesa dengan aku nanti. Jai tuang lagi kopi ke dalam cawan.
Macam nilah. Malam ni kau tidur sini. Esok pagi kita ziarah kubur Ojie. Macam mana Acik beri cadangan. Takkan Jai nak tolak. Dapat tidur sebilik dengan bini sendiri, siapa yang tak menolak!
Err..nak ke Seri tu Jai menelan liur. Cadangan Acik memang sangat dinantikan.
Alah..kau cakaplah elok-elok. Macam tadi, nak je dia sembang dengan kau. Entah-entah kau dan Seri dah.. Acik usik Jai.
Kau ni! Otak biru kuning! Jai tonyoh dahi Acik.
Acik dah mengekek gelakkan Jai.
Hmm..pasal cadangan kau tadi tu..aku rasa okey jugak. Aku call mak aku dulu. Mak dan ayah aku ada kat rumah. Agak-agak Seri tu nak ke ikut kita ziarah kubur Ojie Jai berkerut kening.
Kau cubalah tanya dia. Acik dah teruja.
Hmm.... Jai usap dagu.
SELEPAS makan malam, Jai berehat di ruang tamu. Malam tu dia bermalam di rumah mertuanya. Mama dan papa yang beria suruh dia bermalam di situ.
Bila Jai nak ke UK semula Papa sandar di sofa. Tangan kanannya diletak atas kepala sofa.
Insyallah minggu depan pa. Jai mengukir senyum.
Oh..maknanya tak sampai empat hari lagi la.Ucu ikut tak Papa menala pula ke arah Seri yang tunduk dari tadi.
Ucu!
Hah Err..pa tanya apa tadi Seri mendongak.
Budak ni..mengelamun je. Pa tanya, Ucu ikut tak Jai pergi UK Ulang papa. Geleng.
Boleh tak Ucu tak ikut Seri jeling Jai sebelah Acik.
Tengoklah tu..ada ke tanya boleh ke tak Jai tu suami Ucu. Suka ke..tak suka ke, Ucu kena ikut! Acik ketap bibir.
Acikbiarlah kalau Seri tak nak ikut. Aku tak paksa dan aku tak marah. Seri kan masih belum pulih sepenuhnya. Jai cuit lengan Acik yang dah merah muka.
Seri mengetap bibir. Aku tahulah! Sengajalah tu suruh aku ikut Jai. Nak suruh aku serah diri! Jangan mimpi! Aku takkan biarkan abang menang!
Ucu..tempat seorang isteri di sisi suami. Ucu dah bernikah dengan Jai. Jadi tempat Ucu, di sisi Jai. Isteri yang baik adalah isteri yang tahu menjaga diri, jaga rumah tangga dan jaga suami. Allah sayang pada isteri yang membahagiakan suaminya. Mama mula menyampuk.
Seri tunduk membisu. Memang benar..betullah aku ni dah jadi isteri Jai.
Dah lewat ni. Pa dan ma masuk bilik dulu. Papa tarik tangan mama naik ke tingkat atas.
Acik senyum. Memang itulah gelagat mama dan papa. Romantik sejak dulu. Hmm..macam mana agaknya aku dan Awa nanti
Hoi! Berangan! Jai tepuk belakang Acik yang dah melangut merenung siling.
Acik dah terbatuk-batuk.Kau ni!
Malam macam ni pun sempat berangan! Tu la..aku suruh pinang Awa tu cepat, kau tak nak! Jai ketawa mengekek.
Eleh..cakap orang! Kau tu..dah dapat Acik mencebik.
Jai baling bantal ke arah Acik. Sempat Acik elak. Terkena Seri yang masih diam tunduk membisu.
Seri bingkas bangun dan menapak laju ke biliknya. Kuat bunyi pintu dihempas.
Tuh! Bini kau dah merajuk! Pergilah pujuk! Acik sengih.
Eii! Ni yang payah nini semua kau punya pasallah! Yang kau cerita benda tu kenapa Jai baling sekali lagi bantal ke arah Acik.
Apa pulak aku Nilah masanya kau nak dapat benda tu.. Acik melompat dari sofa dan terus berlari ke biliknya.
JAM di atas meja sudah hampir satu pagi. Hujan lebat di luar semakin galak mencurah bumi. Kilat dan guruh saling bertarung. Jai bangun dari katil menuju ke arah beranda. Memang lebat! Hujan turun mencurah-curah tak henti-henti.
Apasal aku tak boleh tidur pulak ni Jai menapak semula ke katil. Malam itu dia terpaksa tidur di bilik tetamu. Seri dari tadi kunci rapat biliknya.
Buku yang tersusun rapi dicapai sebuah dari atas rak. Dibelek sekilas.
Eh..ni macam nota diari ni.. Jai belek satu persatu. Senyuman di bibirnya semakin lebar. Teruja dia membaca halaman demi halaman. Tak sedar jam sudah hampir dua pagi.
Hmrupanya Seri ni dah lama cintakan aku. Foto kepala botak aku pun dia masih simpan. Bukan handsome pun aku waktu ni. Jai tatap fotonya yang terselit di halaman buku tu. Dia kembali membaca coretan dari diari.
Hati aku berdetak laju..dup dap dup dap. Setiap kali aku pandang mata sepet, bibir nipis, senyuman manis, raut wajah iras pelakon kegemaranku.aku jadi tak keruan. Apa yang harus aku buat Luahkan Alangkah indahnya kalau dia jadi milikku Jai terhenti di situ. Hmm
siapa agaknya lelaki pujaan Seri ni. Takkan zaman ni dia dah kenal aku Tapi ciri-ciri tu..macam dah sebiji kena batang hidung aku..
Jai menyambung lagi membaca nota berkulit merah hati.
Dirimu tetap di hati aku..kenapa aku yang harus merasa semua ni Dia buat tak kisah dan seolah aku ni tidak wujud langsung dalam hidup diaaduhai..sabarlah wahai hati.. Jai berkerut kening.
Siapa agaknya lelaki ni
Halaman terakhir dibelek. Mungkin ada jawapan kat halaman terakhir ni.
Gruumm!!! Pingg!!!
Gelap!
Alamak! Black out ke Jai letak nota di atas meja belajar. Perlahan dia menapak ke daun pintu. Gelap gelita. Kebetulan ada lampu picit di atas meja kecil sebelah almari. Sebaik pintu dibuka, Seri dah terpacak di situ.
Ya Allah! Kurus semangat! Jai mengurut dada.
Awak buat apa kat sini
Saya..saya tak boleh tidur. Takut. Seri terus memeluk Jai bila sekali lagi dentuman guruh dan kilat memancar kuat.
Jai tergamam. Suasana gelap macam tuapa-apa pun boleh jadi.
Err..awak okey ke Jai balas pelukan Seri. Perlahan pintu biliknya ditutup.
Errmaaf..saya takut tidur sorang-sorang bila guruh dan kilat macam ni. Boleh tak saya tidur di sini Seri lepaskan pelukannya tadi.
Setiap malam pun boleh.. Jai sengih nakal.
Seri diam. Dia jeling Jai dalam suasana gelap macam tu, raut wajah Jai masih samar-samar dalam cahaya lampu picit.
Err..saya nak check kotak fius sekejap. Awak nak ikut saya tak Jai pandang Seri yang dah tunduk. Tangan Seri menggenggam kuat lengannya. Takut la tu
Seri angguk.
Jai dan Seri menapak perlahan ke ruang tamu. Kotak fius dibuka.
Ada trip ke Seri tolong suluh pada kotak fius tu.
Haah Jai tolak suis utama ke atas.
Haadah cerah pun. Seri pandang lampu dinding yang dah mula bernyala merah di ruang tamu.
Ma dan pa tak sedar ke Tak panas ke tidur dengan aircond dah tertutup Seri pandang Jai. Hairan, hanya aku dan Jai saja yang tak boleh tidur.
Acik mesti dah tidur mati!
Malam ni kan hujan lebattentulah tak ada beza sejuk ke panas ke.. Jai jeling Seri sambil senyum.
Seri tunduk. Jai dah tenung tajam ke matanya.
Sekarang dah ada elektrik, awak nak tidur bilik awak ke bilik saya Jai sengih. Wajah merah Seri tadi dah berubah pucat.
Gruumm!!!
Pantas Seri peluk Jai.
Hmm..kalau dah macam ni..tidur bilik saya jelah. Jai tarik tangan Seri ke biliknya.
Seri masih berdiri di tepi pintu. Jai dah menapak ke katil.
Awak tak nak tidur ke Dah dua setengah pagi niawak tak mengantuk Jai buat-buat menguap. Dia tarik selimut rapat ke dada.
Errsaya nak tidur mana Seri pandang Jai yang dah mula baring.
Mana lagi..sebelah sayalah! Jai mula pejam mata. Kalau aku tak buat macam ni, sampai ke pagi Seri tu terpacak kat situ.
Seri menapak perlahan ke arah Jai. Terpaksa tidur sebelah Jai. Aku jugak yang gatal nak offer diri nak tidur di bilik ni. Seri luku kepala sendiri.
Nasib baik baju tidur besar gedabak yang aku pakai malam ni. Kalau baju tidur hadiah dari Along tu..haih..tak tahulah apa Jai pandang nanti. Agaknya tembus merayap seluruh tubuh aku ni!
Kenapa tak tidur lagiJai berpaling. Seri masih duduk sambil mendakap kedua lutut yang dirapatkan ke dada.
Guruh dan kilat masih kuat Seri jenguk ke arah beranda. Memang jelas kilat sabung meyabung di luar.
Jadi Bukan saya boleh buat apa-apa pun. Itu semua kejadian Allah. Nak takut apa Jai turut bangun. Kesian pulak tengok Seri masih terkebil-kebil di sebelah.
Sekali lagi Seri peluk Jai. Guruh berdentum kuat.
Ya AllahSeri ni betullah menyeksa jiwa aku. Jai menahan getar di hati. Siapa yang tak tergoda bila dipeluk perempuan malam buta macam ni wei
Dagu Seri diangkat sedikit. Bibir Seri dikucup lama.
Seri cuba tolak tubuh Jai. Semakin kuat Jai peluk Seri.
Awak
Serisaya cintakan awak, rindu awak, sayang sangat sangat kat awak Sekali lagi bibir Seri dikucup.
Seri tergamam. Patutkah aku serah diri Seri menelan liur berkali-kali. Gementar. Terasa tangan Jai dah merayap ke seluruh tubuhnya. Ahaku pulak yang tak keruan. Pasrah. Dia biarkan saja Jai menyentuh tubuhnya malam tu. Tubuh yang sepatutnya dinikmati pada malam pertama pernikahan mereka.