PEREMPUAN-PEREMPUAN MERBAHAYA - 67
Bayang-bayang tlah rebah ke timur bulan tidur dan fajar membelai alam semesta bergetar rahim ibu bumi dengan gunung-ganang yang membasah dari keringat langit luruh tanpa henti lalu menjadikan bah membasuh semua noda-noda rakus. Matahari-lah melestarikan jalan aspal yang lengang.
Zahir cahayanya ikut alur sungai mudik ke hilir dan disitulah tempat bertaut kasih air dan tanah. Sepertimana berahinya gagak mahu bercumbu dengan hijauan hutan seperti itulah manusia perlu berasmara ampun dan menyemai sejahtera kepada bumi di bawah ketaatan-Nya.