Kalau aku dapat jadi doktor, aku ingin berbakti kepada masyarakat sekeliling. Selepas 25 tahun, janji-janji ini masih aku pegang. Selepas 25 tahun, aku rasa aku masih belum berubah. Walaupun dunia seolah-olah semakin anti dengan doktor seperti aku.
Awal minggu ini. Ada seorang kawan share satu status di FB. Mengeluh pasal satu klinik di kampung aku. Dia kata doktor charged mahal. Siap tunjuk bukti dan ada resit sekali. Itu takpa.
Membaca komen-komen daripada kawan-kawannya yang membuat aku lebih sakit hati. Benarlah. Doktor bukan lagi satu pekerjaan yang mulia. Doktor semuanya nak cepat kaya. Doktor hanya nampak duit sahaja. Doktor cabuk sepertiku hanya fikir bisnes sahaja.
20 tahun aku dah jadi doktor, 10 tahun aku dah jadi doktor di klinik sendiri. Kalau boleh hari ini juga aku nak berhenti. Kalau boleh hari ini juga aku nak tutup bisnes aku. Aku nak cari kerja lain. Jadi tukang masak. Jadi penulis. Jadi fotografer. Jadilah apa sahaja asalkan bukan doktor.
Aku tak salahkan doktor ini, charged RM100 untuk sakit demam selesema sahaja. Tak salah. Kalau bawak ke tribunal pun masih boleh menang. Consultation fee boleh charged maksimum RM125. Memang tiada salahnya daripada segi undangundang. Memang tiada salahnya daripada segi etika. Cuma, dari segi moral ianya agak tak berpatutan. Penduduk sekitar klinik kebanyakannya adalah pekerja-pekerja swasta. Gaji pun tak lebih 3 ribu sebulan. Secara logik akal, patutkah doktor charged sampai seratus ringgit Memanglah tak salah. Nak charged maksimum consultation pun boleh. Tetapi pelanggan adalah satu pengiklan yang paling berkesan. Satu pelanggan yang puas hati akan memberitahu 10 orang yang lain. 10 orang akan memberitahu kepada 10 orang yang lain. Begitu juga sebaliknya. Dan kalau dah share kat FB bagaimanakah impaknya Boleh demam senggugut untuk nak recover balik imej yang tercalar.
Doktor cabuk seperti aku memang sentiasa dalam dilema antara memberi perkhidmatan terbaik tetapi mengenakan kos paling minimum. Katakan seorang pakcik datang dengan complete pakej. Darah tinggi, sakit jantung, gout, kencing manis, malah ada demam selesema juga. Berapa banyak ubat yang boleh diberi. Berapa lama stok ubat yang boleh diberi. Anak beri bajet RM50 je sebulan untuk kos ubatan. Takkan aku nak beri ubat sampai RM100. Antara pakcik tu yang demam ataupun aku yang demam. Nak suruh ke hospital memang susahlah. Apatah lagi nak suruh masuk wad. Lari pakcik tu nanti. Kadang-kadang aku pun pening. Beri ubat yang murah sakit tak terkawal. Beri ubat yang mahal dah tak datang lagi. Lepas tu jaja sana-sini kata klinik charged mahal. Doktornya nak cepat kaya. Doktornya nak cepat naik haji. Doktornya nak beli motor besar. Tapi orangorang yang selalu berkira seperti ini, tak pernah pula berkira bila beli handphone mahal-mahal. Tak pernah pula berkira beli produk-produk kecantikan. Tak pernah pula berkira beli pil suplemen mahal-mahal.
Inilah orang kita. Muka nak cantik. Handphone nak mahal. Kereta nak bersolek. Makan nak sedap. Tapi kesihatan malas nak jaga. Kalau boleh kesihatan nak yang percuma. Ubat nak murah. Consultation nak free. Dan tak nak tunggu lama-lama bila nak jumpa doktor.
Aku rasa kerajaan memang perlu naikkan kos rawatan di hospital. Harga seringgit patutnya dah lama dinaikkan. RM20 sekurang-kurangnya. Sebab apa Bila kos rawatan terlalu murah, rakyat menjadi sambil lewa. Langsung tak kisah pasal kesihatan mereka.
Apa aku kisah, kalau sakit pergilah ke hospital.
Nak datang pukul berapa pun tak kisah. Ada hospital buka 24 jam. Batuk selesema pun pukul 2 pagi boleh ke unit kecemasan. Bayar seringgit sahaja pula tu. Cuba kos dinaikkan kepada RM20. Rakyat akan mula berkira-kira bila nak ke hospital.
Satu lagi, mentaliti rakyat perlu diubah. Kos rawatan kesihatan tak murah sebenarnya.
Sebab mentaliti rakyat masih seringgit, jadi bila klinik swasta charged sampai RM100 memang terbeliak biji mata. Itu yang keluar macam-macam cerita. Mana mereka fikir berapa susahnya nak jadi doktor. Berapa kos 7 tahun nak belajar jadi doktor. Lepas tu kena kerja siang malam. Lepas tu duduk klinik siang dan malam. Hari-hari cuti pun pesakit masih mencari. Ada mangkuk ayun kata doktor tak kena GST. Ada mangkuk ayun kata doktor tak payah bayar lesen perniagaan. Ada mangkuk ayun kata doktor banyak dapat subsidi. Ada mangkuk ayun kata doktor tak perlu bayar income tax. Inilah persepsi rakyat kita. Memang susah nak ubah.
Di Malaysia dah tak perlu susah-payah nak jadi doktor sebenarnya. Gelaran doktor memang senang nak dapat. Tak payah belajar perubatan 5 tahun. Tak payah ada MBBS atau MD.
Sertailah program Perubatan Elektronik. Boleh pakai white coat. Boleh bubuh stetoskop kat leher. Boleh dapat gelaran doktor. Dan kerjanya menipu rakyat Malaysia. Modalnya cuma air paip sahaja. Buka hospital sendiri. Buka universiti sendiri. Letak gelaran profesor kangkung kat nama sendiri. Malah gelaran Sir pun boleh letak. Tiada siapa nak pertikaikan dan KKM langsung tak nak ambil tindakan. Di luar bidang kuasa mereka katanya.
Aku memang tak galak anak-anak aku jadi doktor perubatan. Belajar sepatutnya susah. Bekerja pun sepatutnya lagi susah. Kerja tak tentu masa. Tidur tak tentu masa. Kena buli dengan doktor senior. Kena buli dengan specialist. Kena buli dengan konsultan. Kena marah dengan pesakit. Kena herdik dengan waris pesakit. Kecewa kerana sistem. Kecewa dengan pentadbiran. Kecewa dengan pengarah hospital. Kecewa dengan pesakit. Pesakit tak nak dengar cakap. Pesakit tak nak datang untuk temu janji. Pesakit lebih percaya kepada bomoh. Pesakit lebih percaya kepada ubat-ubat tradisional. Pesakit lebih suka rawatan alternatif.
Tetapi, andai kata anak-anak aku dah tekad memang nak jadi doktor dan bersedia menghadapi semua ini. Dengan besar hati aku akan carikan modal untuk mereka belajar. Sementara itu.
Aku tengah menyediakan resume. Nak mencari kerja baru.