Setelah itu, mereka akan tetap membenci kamu, dalam tidur, dalam sendu, dalam gembira, dalam marah, dalam gila. Bersama rakan-rakan yang ikut membenci kamu, mereka cipta satu kumpulan pembenci walaupun kamu dah tak ada.
Kamu berikan semuanya. Tak pernah sanggup tuntut satu pun tangan yang dipotong, yang dikerat, yang dikunyah, ataupun telan, diberi pada anjing atau ikan.
Kerana kamu rasa tak layak untuk semua itu, Cinta.Semuanya milik Tuhan. Mereka meraikan kemenangan membunuh kamu dalam senyap dan terang. Setelah itu digelaktawakan bersama kawan.
Balik ke kamar masing-masing, di bantal mereka ada titis air mata. Kegeraman terhadap peristiwa semalam yang menjadikan mereka begitu marah dan menjadi pembenci. Mereka telah menang,
tapi hati mereka tak pernah puas. Kerana cerita-cerita silam mereka, mungkin ditempeleng ayah dan dimaki ibu ketika kecil, dipulau kawan, dibenci saudara,atau terpisah ibu dan ayah.
Kasihan. Sementara itu kamu berada di syurga Tuhan.Mengutip segala pahala yang pembenci lemparkan pada kamu, pohon-pohon kecil pula tumbuh merendang di syurga.
Ambillah piala-piala itu. Bakarkan, puaskan nafsu marah kamu.
Tapi kita tahu, akhirnya, siapa yang masih lagi bahagia.
Tanpa benci,dan hasad.
Kan, Cinta