Mencari Kiblat Cinta - 69
Sekali lagi loceng pintu di rumah itu berdenting beberapa kali. Mahu tak mahu, Danira cepat-cepat mengemaskan barang-barang di dalam kotak. Dia sempat mencapai tudung yang tersangkut di kepala katil, sebelum bergegas turun dari biliknya. Kakinya menapak laju ke muka pintu. Sebaik daun pintu terkuak, dia terpegun melihat kelibat seorang lelaki di hadapan muka pintu. Filman

Lelaki itu sedang tersenyum memandangnya.

Maaf, saya masuk sehingga ke dalam sebab pintu pagar depan tu tak berkunci. Beritahu Filman.

Danira terkedu. Pintu pagar tak kunci Alamak, aku lupa nak kunci masa Pak Maidin datang tadi!

Err..Encik Filman datang malam-malam ni nak jumpa Kak Mila ke Dia dah balik ke rumah dia. Beritahu Danira lurus bendul. Sangkanya Filman mahu bertemu dengan Kamila.

Filman pantas menggelengkan kepala. Tak, sebenarnya saya nak jumpa Danira. Boleh kita keluar sekejap Pinta Filman berterus-terang.

Danira tercengang. Jumpa aku Malam-malam macam ni

Dah lewat dah ni Encik Filman. Danira serba-salah.

Sebenarnya, saya nak bincang tentang sambutan harijadi Melly. Tapi kalau saya berdiri lama-lama kat depan ni, nanti apa pula kata jiran-jiran kat sini. Sebab tu saya nak ajak Danira keluar sekejap. Tak jauh, kita ke gerai mamak dekat hujung simpang tu aje. Ujar Filman.

Danira terkedu. Dia sudah mati kutu mahu mengatakan tidak. Lagipun Filman datang kerana mahu berbincang tentang harijadi anaknya. Mungkin ada sesuatu yang mahu dipesan lelaki itu agaknya!

Kita keluar sekejap ya Pujuk Filman benar-benar berharap.

Danira memandang lelaki itu. Wajah Filman kelihatan serius kali ini. Tanpa disedari kepalanya diangguk. Bibir Filman dengan pantas mengorak senyuman.

Kalau macam tu Danira bersiap, saya tunggu dalam kereta. Putus Filman lalu beredar meninggalkan Danira yang terkulat-kulat sendirian di situ. Hendak tak hendak, dia terpaksa naik semula ke biliknya lalu menggantikan baju lusuhnya dengan blaus lengan panjang. Lima minit kemudian dia sudah turun semula lalu segera menguncikan pintu rumah. Matanya sempat mengintai kelibat Filman yang sudah menanti di dalam kereta di hadapan rumah itu.

Dia benar-benar gugup bila menyedari anak mata Filman asyik memerhatikan wajahnya. Sesekali dia membetulkan posisi duduknya yang kelihatan kekok.

Seakan tahu apa yang bergolak di hatinya, Filman tiba-tiba melarikan pandangan. Kali ini lelaki itu memerhatikan ke arah beberapa orang India Muslim yang asyik lalu lalang menghantar hidangan di meja-meja berhampiran di kedai itu. Tangan lelaki itu diangkat tinggi.

Seorang pelayan segera singgah di meja mereka.

Ya, mahu order apa incik Tanya lelaki itu.

Filman tidak terus menjawab. Sebaliknya anak matanya menuju ke arah Danira semula. Danira nak makan apa Tanya Filman.

Saya dah kenyang. Jawab Danira.

Sikit pun tak mahu Soal Filman.

Gadis itu menggelengkan kepala.

Saya nak order teh tarik. Danira mahu Tanya Filman lagi.

Danira mengangguk. Dia tidak kisah sebenarnya. Apa sahaja dia minum, asalkan bukan racun! Entah kenapa dia tersenyum sendiri. Racun Kenapa tiba-tiba aku fikirkan fasal racun pula

Senyuman Danira sempat disorot sepasang mata milik Filman. Dia terpaku sejenak. Manisnya senyuman itu membuatkan fikirannya tiba-tiba melayang. Hampir dia terlupa pada si pelayan yang sedang menanti pesanan.

Encik tegur pelayan lelaki itu. Filman terkesima. Danira sudah memandang ke arahnya dengan wajah berkerut.

Err.. bagi teh tarik dua. Makan pulak, bagi saya roti canai telur dua keping. Pesan Filman separuh gugup. Malu pun ada kerana dalam keadaan begini, dia masih sempat melamun.

Sesudah pelayan itu beredar, mata Filman kembali mengintai wajah Danira di hadapannya. Tanpa bermekap, Danira seperti seorang anak sekolah. Wajah gadis itu polos dan bersih di sebalik tudung yang dikenakannya. Meskipun Danira tidak secantik Wirda, namun ada sesuatu pada Danira yang membuatkan dia tidak mampu mengalihkan pandangannya. Ada tarikan pada wajah itu yang membuatkan hatinya terbuai.

******

Dia sedar yang Danira agak malu ditatap begitu. Namun dia lagi tidak faham kenapa dia begitu berani memandang anak gadis itu sehingga tidak mampu melarikan anak matanya walaupun sesaat.

Encik Filman nak bincang apa dengan saya Soal Danira tiba-tiba. Filman segera menarik nafas panjang. Dia sebenarnya mahu bertanyakan lelaki yang dilihatnya di taska tadi. Namun entah kenapa dia bertukar fikiran secara tiba-tiba. Kalau dia menyebutnya, entah-entah Danira akan lebih takut lagi. Ah! Lagipun belum pasti lelaki di dalam kereta hitam itu berniat jahat. Mungkin dia yang menyangka yang bukan-bukan!

Encik Filman.. Panggil Danira dengan wajah berkerut. Filman terkejut lalu meluruskan pandangan. Melihat wajah gadis itu memandangnya, dia jadi resah. Namun otaknya dengan cepat segera mencari alasan. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Saku seluarnya diseluk.

bersambung

Bab akan datang:

Apa yang diseluk oleh Filman dari poketnya itu