Dude! I'm Getting Married - 69
BAB 69

SERI belek album pernikahannya dengan Jai. Satu persatu foto ditatap penuh kasih. Akhirnya aku dapat juga menjadi isteri Jai. Lelaki yang selama ni aku cinta.

Kenapalah aku degil sangat Tak nak ikut Jai. Berkali dia ajak aku ke UK. Jai..aku rindukan kau.. Seri peluk foto Jai yang kacak dalam busana baju Melayu berona pucuk pisang.

Kalendar di atas meja dibelek sekilas. Sudah hampir tiga minggu Jai di bumi Eropah. Hampir setiap hari Jai akan menghubunginya melalui facebook. Hilang rindu di hati.

Jaiaku sangat cintakan kau.. Seri tatap pula foto Jai dalam profil facebook. Penuh dengan gambar pernikahan mereka yang dimuatnaik di situ.

Tuk! Tuk! Tuk!

Seri menapak ke arah pintu.

Ada apa abang Seri senyum. Acik dah senyum di situ.

Acik tak menjawab. Matanya dah meliar pada komputer dan album di atas katil.

Hmm..rindu kat Jai la tu.. Acik senyum.

Mana ada. Seri tunduk.

Habis dah kemaruk tengok gambar Jai tu. Sebelum ni pun sama. Ucu mengaku jelah yang Ucu dah jatuh cinta dengan Jai tu.. Usik Acik.

Memang betullah adik aku ni! Degilnya sampai tahap membohongi hati sendiri.

Err..abang kata nak ajak Ucu ke sekolah tahfiz, jadi tak Seri ubah topik. Acik tak boleh tahu pasal kejadian malam hujan lebat tu.

Jadi! Abang ingat hari ni kita pergi. Kalau Ucu dah bersedia, jomlah! Acik lihat jam di pergelangan tangan. 9.30 pagi. Hujung minggu macam tu, bertolak awal ke destinasi yang dituju lebih bagus. Tak sangkut dalam kesesakan jalan.

Sekejap, Ucu pakai tudung! Seri bergegas capai tudung dan dililit di kepala.

Amboi cepatnya! Acik senyum.

Yalah! Tak payah nak bersolek sangat. Janji ringkas dan tutup aurat. Seri tutup pintu bilik.

Acik menelan liur. Masih berfikir kalau Seri masih ingat yang mereka bukan adik-beradik kandung. Sejak Seri hilang ingatan, Seri selamba je buka tudung dalam rumah.

Mereka bersama melangkah ke kereta.

Dalam perjalanan, Seri banyak bertanya itu ini. Mana yang boleh jawab, dijawab sekadar yang boleh. Ternyata Seri begitu teruja bercerita kisah lalu.

Ha bang! Lisa mana ya Seri berpaling ke arah Acik yang asyik pandang ke depan.

Entah! Tapi dia dah berubah. Tak lagi gedik macam dulu. Kenapa Acik menoleh sekilas ke arah Seri yang dah tersenyum manis di sebelahnya.

Hmm..apa kata abang dan Lisa tu bercinta Seri kenyit mata.

HahAcik menelan liur. Kereta dibrek mengejut.

Kenapa dengan abang ni Seri gosok dahinya yang terhantuk di dashboard.

Sorry! Abang tak sengaja! Acik parkir di bahu jalan. Dahi Seri digosok perlahan. Ya Allah..janganlah jadi apa-apa kat adik aku ni. Janganlah dia hilang ingatan lagi. Acik dah panik.

Abang ni kenapa Ucu okey la.. Seri dah bingung dengan tindakan Acik.

Acik kembali memandu kereta menuju ke destinasi.

Err..kita singgah di simpang tu sekejap ya. Acik membelok ke arah kiri menuju ke simpang menuju ke kawasan perumahan bujangnya dulu. Dia dah berjanji dengan Koci. Koci akan tunggu di situ. Dah dua hari Koci pulang ke Malaysia.

Koci tersenyum dari bawah pokok kelapa gading. Senyum melihat kereta BMW hitam Acik perlahan mendekatinya. Datang jugak Acik ni. Ingatkan dah lupa!

Dah lama kau tungguAcik buka tingkap kereta.

Ada la dalam sepuluh minit. Seri pun ada Koci jenguk Seri di sebelah Acik.

Err..abang..biar Seri duduk di belakang. Seri buka pintu dan beralih tempat duduk. Koci pula mengambil tempat duduk Seri.

Seri apa khabar Koci menoleh ke arah Seri.

Baik Seri tunduk.

Seri lebih banyak diam sepanjang perjalanan ke negeri minang tu. Hanya Acik dan Koci saja yang tak habis-habis bercerita. Kadang-kadang mereka gelak ketawa sakan. Lebih bingit dari lagu yang melalak dari corong radio.

Kita dah sampai Koci! Acik berhentikan keretanya di lama sekolah.

Sekolah Koci buka pintu dan mendongak ke arah bangunan setingkat yang agak besar.

Ya sekolah! Acik turut pandang pada bangunan yang memberi banyak jasa pada budak-budak tahfiz.

Seri masih keliru. Masih samar-samar tentang suasana di situ. Rasanya dia pernah datang ke situ.

Kak Seri!! Mawaddah berlari ke arah Seri dan memeluk tubuh Seri.

Err..adik ni siapa Seri cuba tersenyum.

Mawaddah berkerut kening. Dia pandang Acik dan Koci.

Acik mendekati Seri yang nyata sudah lupa.

Ucu..nilah Awa. Ucu pernah datang sini dulu, Ingat tak Acik pegang bahu Seri yang dah keliru.

Tak apalah Acik..beri dia masa. Kau juga cerita kat aku yang Seri ni dah ingat masa lalu tapi lupa pula masa ni. Koci pula pegang bahu Acik.

Err..jemputlah masuk. Mawaddah pula tergamam.

Mereka bertiga membuntuti Mawaddah ke ruang tetamu di pejabat. Ustaz Fadzil dan Ustazah Hidayah juga turut sama berada di situ.

Ustaz..tujuan kami datang ni nak jumpa Salina. Dia ada tak Acik mulakan mukadimah.

Koci pantas pandang Acik. Salina Salina Hashim ke

Oh..Salina. Dia ada kat dalam kelas sedang mengemas. Saya dah suruh pelajar panggil dia. Errni siapa Ustaz Fadzil unjuk ke arah Koci.

Ni kawan saya ustaz. Dia sebenarnya bekas suami Salina Acik jeling Koci.

Ohha..tu pun Salina datang. Ustaz Fadzil jenguk ke arah tingkap.

Assalamualaikum..

Semua mata menala ke arah Salina. Koci menelan liur. Salina

Salina tergamam melihat Koci turut berada di situ. Ya Allahapa aku nak buat ni Tentu kemarahannya masih bersisa untuk aku!

Awak Koci bingkas bangun. Salina dipandang tak berkelip. Salina memang dah berubah 360 darjah. Betul kata Jai! Salina di depan matanya kini bukan Salina yang dulu. Salina dah bertudung labuh dan berjubah.

Ya sayaterima kasih kerana sudi datang. Saya yang suruh Acik dan Jai bawa abang ke sini kalau abang pulang ke Malaysia.Salina tunduk.

Titisan air mata menitis perlahan.

Err..berboraklah dulu. Awa, nanti sediakan makanan ya. Ustaz Fadzil dan Ustazah Hidayah beriringan keluar dari ruang tetamu di pejabat. Beri peluang kepada tetamu bersembang dengan Salina.

Acik hanya pandang Mawaddah berlalu pergi membuntuti kedua orang tuanya.

Weh! Tu ke surprise yang kau nak beritahu aku Bukan main lagi kau tenung budak tu! Koci usik Acik yang dah terlopong.

Acik senyum kelat. Dia jeling Seri di sebelah. Seri tak berkelip memandang Salina.

Awak Salina kan Seri mula bertanya.

Salina pandang Acik. Seri dah ingat

Acik angguk.

Alhamdulillah! Seri sihat Salina senyum meleret. Tubuh Seri didakap erat.

Err..sihat. Macam mana awak boleh ada kat sini Seri pandang sekitar sekolah. Matanya menala semula ke arah Salina.

Salina tunduk.

Ucu..Salina ni dah jadi pelajar kat sini. Belajar agama. Acik cuba menerangkan keadaan sebenar. Cerita Salina dipenjara disimpan kemas.

Tapibukan ke awak dan Farid ni dah bernikah Seri pandang pula pada Koci.

Salina jeling Koci yang dah tunduk. Wajah itu masih menjadi pujaan walaupun dia tahu Koci tak akan kembali kepadanya semula. Dia pasrah.

Kami dah bercerai Koci mencelah. Dia pandang pada Salina yang masih tunduk. Mata Salina dah berair.

KenapaSeri pandang pula Koci.

Koci jeling Acik dan Salina. Buntu. Tak tahu apa nak jawab.

Err..Ucu..mereka dah tak ada jodoh. Acik pegang tangan Seri yang masih merenung Salina.

Seri..aku minta maaf. Aku yang bersalah. Sebelum aku tutup mata, aku harap kau dapat maafkan aku. Salina pula pegang tangan Seri yang masih terpinga-pinga.

Kau buat salah apa Kan aku dah benarkan Koci nikah dengan kau.Seri berkerut kening. Tak faham.

Bukan pasal tuni pasal kemalangan. Kau kehilangan kawan baik kau.. Salina menyeka air mata.

Acik dah gelisah. Dia pandang Salina yang mungkin akan cerita tentang arwah Ojie. Entah apa Seri akan buat nanti kalau dia dapat tahu yang Salina dalang di sebalik semua tu.

Err..itu semua kehendak Allah. Bukan salah awak. Acik cepat-cepat mencelah.

Tapi.. Salina pandang Acik.

Salina..kalau awak dah sedar perbuatan awak, syukurlah. Sekurang-kurangnya Allah telah beri peluang kepada awak untuk berubah. Honestly, saya bahagia tengok awak macam ni. Koci turut menyampuk.

Abang..saya mohon maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut. Halalkan makan minum saya selama kita jadi suami isteri dulu. Saya harap abang jumpa seorang perempuan yang solehah yang boleh membahagiakan abang kelak. Cuma apa yang saya harapkan, abang dapat maafkan saya. Salina dah sebak. Koci dipandang tak berkelip.

Saya tak berdendam pun dengan awak. Saya pun harap ada seorang lelaki yang sudi menerima awak dan membahagiakan awak. Koci tunduk.

Turut sebak. Nyata Salina masih memanggilnya dengan gelaran abang.

Salina melemparkan senyuman hambar. Koci dipandang penuh kasih. Rasa cinta masih membara di hatinya untuk Koci. Aku tak akan bernikah lagi. Biarlah aku habiskan sisa-sisa hidup aku dengan mengabdikan diri kepada Allah dan Rasul.

Saya tak faham. Apa maksud awak tadi Apa kaitan awak dengan kematian Ojie Seri masih tak berpuas hati.

Salina menelan liur. Dia pandang Acik dan Koci silih berganti. Patutkah aku berterus terang dengan Seri

Ucu Acik pegang lagi tangan Seri.

Saya bukan tanya abang! Saya tanya Salina! Seri dah tinggi suara.

Seri..maafkan aku. Aku yang suruh orang potong brek kereta Ojie. Aku buat macam tu sebab aku sakit hati dengan Ojie yang tak pernah mahu maafkan aku. Dia berdendam dengan aku sejak zaman sekolah. Aku pun manusia. Aku juga ada perasaan. Aku sedar aku banyak buat salah pada Ojie tapi aku dah insaf. Saat aku nak berubah jadi baik, Ojie bongkar rahsia aku pada Ikhwan dan Farid. Aku hilang pertimbangan. Aku tak nak rumah tangga aku hancur kerana rahsia tu. Aku sayang Farid! Salina menekup muka. Teresak-esak menangis.

Jadi kaulah punca semua ni Kau tahu tak, aku hilang ingatan. Aku hilang kawan baik aku. Aku hilang pekerjaan.Perempuan jenis apa kau ni hah Seri bingkas bangun.

Ucu..sabar! Benda dah jadi. Salina pun dah terima hukuman yang setimpal. Acik turut bangun. Tenangkan Seri yang dah menyinga.

Hukuman Hukuman apa Seri dah merah padam muka.

Salina kena penjara tiga tahun. Koci turut bangun.

Habis, dengan hukuman tu dia boleh bawa balik Ojie ke dunia Seri dah mengamuk.

Ya Allah Ucu! Mengucap! Itu semua sudah kehendak Allah! Acik pegang kedua bahu Seri.

Kau tahu tak, Ojie tu sebatang kara! Dia tak ada sesiapa di dunia ni! Dan kau pulak senang-senang bunuh dia! Seri tepis tangan Acik.

Ucu! Dahlah tu! Kan Salina dah minta maaf tadi! Acik pegang semakin kuat bahu Seri.

Acik..saya faham kalau Seri tak nak maafkan saya. Saya memang manusia yang paling banyak dosa. Dosa pada tuhan, dosa pada Ojie, semua! Salina semakin kuat menangis.

Kenapa kau kejam sangat Seri masih tak puas hati.

Err..maaf. Makanan dah siap. Mawaddah muncul di muka pintu. Dia menghampiri Salina yang dah menangis tersedu-sedu.

Kakkenapa ni

Awa..kejap lagi kami datang. Acik menoleh ke arah Mawaddah yang dah terpinga-pinga.

Saya boleh maafkan awak tapi Ojie Seri mengetap bibir. Geram dengan tindakan bodoh Salina sehingga meragut nyawa Ojie.

Sudahlah tu..jom kita makan. Makanan dah siap tu. Acik pegang tangan Seri yang digenggam kuat. Muka dah merah padam.

Seri!Seri! Kenapa ni Acik sempat peluk Seri yang dah pengsan. Kenapa dengan adik aku ni Takkan nak marah pun sampai pengsan macam ni!

Salina turut membantu Seri yang dah terjelepok jatuh.

Baringkan atas sofa tu. Biar saya yang jaga. Awa tolong ambilkan air! Panggil ummi sekali! Perlahan Salina buka tudung Seri. Dia jeling Koci dan Acik, beri isyarat supaya keluar dari pejabat.

Acik dan Koci menapak perlahan keluar dari ruang tetamu di pejabat. Terjenguk-jenguk Acik dan Koci melihat keadaan Seri.

Kau jangan nak mengada tengok rambut Seri! Acik luku kepala Koci.

Ala..sikit je. Tak boleh Koci sengih.

Sekali lagi kepala Koci disekeh.

Eh! Kenapa Seri tu tiba-tiba pengsan Koci pandang Acik yang dah mundar-mandir di situ.

Entahlah! Aku risau la! Dulu pun dia pengsan banyak kali selepas kemalangan tu Acik menekup muka. Ya Allah..janganlah jadi apa-apa pada Seri! Apa aku nak jawab dengan ma dan pa Dengan Jai

Kenapa dengan Seri Ustaz Fadzil dan Ustazah Hidayah berlari anak ke arah Acik dan Koci.

Dia tiba-tiba pengsan. Acik semakin gelisah. Seri belum sedar.

Ustazah Hidayah dah meluru ke ruang tetamu dalam pejabat.

Sementara tunggu Seri tu sedar, marilah kita ke dewan dulu. Makanan dah siap tu. Alah..jangan bimbanglah pasal Seri tu. Ustaz Fadzil mengajak Acik dan Koci menikmati hidangan tengah hari.

Acik dan Koci terpaksa mengikut ustaz Fadzil ke dewan makan.

USAI solat zuhur berjemaah, mereka mula minta diri. Salina dan Seri dah mula berbaik. Siap berpeluk bagai.

Salina..saya minta maaf sebab tinggikan suara tadi. Mulanya saya tak dapat terima atas apa yang telah terjadi pada Ojie tapi saya sedar semua tu kehendak Allah. Saya doakan awak bahagia di sini. Seri peluk sekali lagi Salina yang dah reda tangisannya tadi.

Terima kasih Seri. Abang..terima kasih kerana maafkan saya. Acik pun. Tolong kirim salam saya pada Jai. Tahniah juga untuk Jai! Salina cuba mengukir senyum.

Acik dan Koci saling berpandangan.

TahniahAcik pandang Salina yang tersenyum simpul. Matanya menala pula pada Seri.

Seri dah resah. Sempat Seri cuit lengan Salina agar tidak beritahu apa-apa pada Acik dan Koci.

Err..kami minta diri dulu. Seri cepat-cepat bersalam dengan Mawaddah dan ustazah Hidayah.

Jangan buat kerja lasak sangat tau! Ustazah Hidayah senyum meleret.

Hah..errya..ya..kami balik dulu. Assalamualaikum! Seri cepat-cepat tarik tangan Acik ke kereta.

Acik dan Koci hanya mengikut rentak Seri.

Sepanjang perjalanan pulang, Seri tidak bercakap sepatah pun. Acik dan Koci saling berpandangan.

Acik jeling Seri di kerusi belakang. Muka Seri dah pucat. Apa kena pulak adik aku ni Ke dia hilang ingatan pulak Choi!! Minta jauh!! Apa pulak maksud kata-kata ustazah tadi Jangan lasak Ah! Pening