Mencari Kiblat Cinta - 7
Kamila tergaman. Bulat matanya memandang ke arah Danira. Gadis itu kelihatan lesu, namun keayuan wajah itu tetap terserlah, ditambah dengan tudung yang dikenakannya.Tak mungkin gadis semanis ini membunuh orang! Desis hati kecil Kamila.

Danira, ini kakak saya Kamila. Dia pengetua di taska ni. Zulbhan memandang gadis itu. Perlahan-lahan Danira menghulurkan tangannya. Bersalaman tanda hormat dan rendah dirinya.

Panggil Kak Mila saja. Maaf, kakak tak ingat yang Nira nak datang ke mari hari ni. Ujar Kamila ramah-tamah.

Danira sekadar tersenyum. Entah kenapa, wajah tenang wanita di hadapannya itu cepat sahaja disukainya. Kamila ternyata bukan jenis wanita yang sombong. Malah senyuman wanita itu juga bukan seperti sengaja dibuat-buat.

Kakak harap Nira tak kisah bantu kakak di taska ni. Ujar Kamila.

Tak apa, Nira tak kisah kak. Lagipun Nira bersyukur sangat yang kakak sudi terima Nira bekerja di sini. Lagipun banduan macam Nira ni, susah nak diterima orang. Suara Danira bertukar nada.

Jangan cakap macam tu. Bukan semua orang macam tu. Kalau Nira nak tahu, suami kakak Ketua Warden di Penjara Seremban. Baru bulan lepas dia ditukarkan ke sana. Sesekali sahaja dia balik ke mari. Zulbhan pula adik kedua kakak. Dia ni inspektor polis. Cerita Kamila.

Danira tersentak. Terkejut apabila mendengar lelaki itu seorang pegawai polis. Tiba-tiba dia rasa segan silu terhadap Zulbhan. Lelaki itu seorang pegawai polis, tapi masih sudi membantunya. Kenapa Salmi tidak pernah bercerita dengannya tentang pekerjaan Zulbhan

Nira jangan bimbang, keluarga kami berfikiran terbuka. Kami tak pernah pandang rendah pada orang macam Nira. Sebaliknya kami gembira dapat membantu apa yang terdaya. Lagipun makcik kakak Salmi, dipenjarakan atas kesalahan yang dilakukannya kerana terpaksa. Suaminya mendera dia. Walaupun dia hanya cuba mempertahankan diri, tapi dia harus menerima hukumannya. Begitulah adat di dunia ni Nira. Keluh Kamila.

Nira faham itu semua kak. Dia mengangguk. Menyetujui kebenaran kata-kata wanita itu.

Baguslah. Kakak harap Nira dapat mulakan hidup baru. Jangan fikir benda yang dah lepas. Lupakan semua yang dah berlaku. Lagipun Nira masih muda, peluang untuk Nira berjaya masih terbuka luas. Ujar Kamila memberi nasihat.

Danira tersenyum hambar. Mungkin orang lain boleh melupakannya dengan senang, tapi tidak dia. Semua yang terjadi dalam hidupnya, takkan begitu mudah mahu diluputkan dalam fikiran.

Dah lama kakak buka taska ni Sengaja dia mengalih topik perbualan.

Lama sangat tu taklah, tapi dah nak masuk empat tahun. Sebelum Nira datang, dah dua orang bekerja dengan kakak. Tapi lepas mereka dapat kerja lain, mereka berhenti. Ujar Kamila.

Zulbhan yang tiba-tiba muncul dari suatu arah, segera mencelah. Kakak ada bilik kosong kan dekat tingkat atas Zulbhan menyoal.

Ada, kenapa

Danira tunduk. Dia tahu Zulbhan mahu membantunya.

Boleh kakak sewakan bilik tu pada dia Mata Zulbhan menghala ke arah Danira. Kamila terpegun. Matanya berbalas pandang dengan Zulbhan dan Danira silih berganti.

Nira tak tinggal dengan keluarga Kamila bertanya.

Danira tersentak. Keluarga Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Kamila mengerutkan dahinya.

Mereka dah tak ada Kak Mila. Ayah dan umi saya dah lama meninggal. Jelas Danira. Kamila terkejut. Bulat matanya memandang ke arah Zulbhan yang terus terdiam.

Matanya menerawang di setiap sudut bilik, memerhatikan keadaan bilik yang kelihatan teratur dan agak selesa. Bilik itu lengkap berperabot dengan katil dan almari pakaian yang sederhana besar. Dia menyusun langkah ke arah jendela. Tirai jendela di hadapannya ditarik perlahan. Dia dapat melihat dengan jelas rumah-rumah di kawasan itu.

Bibirnya mengeluh kelegaan. Lega kerana sebahagian besar masalahnya sudah selesai. Segala-galanya sudah diuruskan. Mujur ada Zulbhan yang nampak bersungguh-sungguh mahu membantunya. Begitu juga dengan Kamila yang sangat peramah. Beruntungnya Kak Salmi, masih punya dua anak saudara yang tidak pernah membuangnya. Tapi aku Apa yang aku miliki Aku hanya Danira yang kosong dan sepi tanpa sesiapa, monolog Danira sendirian.

Melihat jarum jam pendek kini beredar ke angka dua, dia segera ke bilik air mengambil wuduk. Lagipun dia sudah biasa untuk tidak melewat-lewatkan waktu sembahyang. Tidak baik, kata ustazah Halimah yang mengajarnya fardhu ain di Penjara Wanita Kajang. Berdosa jika sengaja melambat-lambatkan sembahyang. Hilang pahala amal ibadat.

Sewaktu Danira bersolat, Kamila menerpa masuk. Tergamam seketika wanita itu apabila melihat Danira yang sedang kusyuk menunaikan solat. Agak lama matanya terpaku pada gerak geri gadis itu. Rukuk dan sujud gadis itu, entah mengapa membuatkan hatinya tersentuh. Dia segera beredar, dengan niat tidak mahu menganggu gadis itu bersolat.

Mana dia Zulbhan bertanya sebaik melihat Kamila turun dari tingkat atas. Ketika itu dia begitu asyik menikmati kopi pekat bersama kuih lepat pisang dan putu mayam.

bersambung

Bab akan datang :

Adakah Kamila kan bertanyakan tentang kes Danira