Dude! I'm Getting Married - 7
BAB 7

JARI Jai mengetuk keyboard komputer. Banyak data perlu dimasukkan ke dalam sistem. Dah seminggu dia di KL. Semua data perlu dihabiskan.

Jai, macam mana kerja Mr. PCK dah senyum.

Ok! Jai turut sengih.

Hmm..apa cerita lucu Saya punya team, manyak kena kejar sama itu anjing. Adoimanyak takut wo.. Mr. PCK ketawa.

Team saya pulak, kena sondol dengan babi hutan maa.. Jai teringat Seri yang laju je panjat pokok bila nampak babi hutan meluru ke arahnya.

Hai meh

Jai angguk.

You punya team kerja dalam hutan ka Mr. PCK dah tercengang. Keliru.

Tak..kami kena buat survey di kampung orang Siam. Dia orang tu banyak bela babi hitam tu.. Jai mula sibukkan diri. Dia tak nak cerita banyak pasal babi ni. Sensitif.

Oh

JAI melangkah malas ke dalam rumah. Motosikal Kawasaki sengaja diletakkan di luar kawasan rumah.

Sekejap lagi Koci dan Acik balik dari kerja.Dia rebahkan tubuh di sofa. Baru tadi dia terima panggilan dari syarikat yang dipohon. Dia berjaya diterima sebagai pegawai penyelidik di situ.

Hmm..aku kena belanja dia orang ni. Aku dah janji dulu lagi. Jai capai remote control tv.

Deruman kereta Koci jelas kedengaran. Jai panjangkan leher menjenguk.

Dah balik sorang. Tinggal sorang lagi Matanya beralih pada kaca tv semula.

Awalnya kau balik Jai terteleng. Koci dah menapak ke arahnya.

Aku bosanlah. Kalau tak ada site visit macam ni..bosan. Koci mengendeng sebelah Jai.

Eh..kan ramai awek cun kat pejabat tu Jai usik.

Cun apanyaamoi je ramai. Melayu pulak, semuanya dah jadi bini orang. Koci sandar di kerusi. Dia lempar kunci kereta atas meja kecil di sebelah sofa.

Jai sengih. Kau nimacamlah perempuan ni kat pejabat je ada. Kat luar sana tu ramai lagi.

Kau cakap senang la..ingat ni nak memancing ikan ke Koci bingkas bangun. Dia kembali semula dengan segelas jus oren di tangan.

Satu gelas je

Kau ambik sendiri! Koci teguk jus sampai habis.

Huih! Pentingkan diri sendiri! Jai kalih cerita lain. Petang-petang macam tu, banyak drama meleleh je.

Jai..kau bila nak kahwin

Aku

Koci angguk.

Kerja pun entah mana hala lagi.. Jai sandar kepala di sofa. Kaki kanannya diletak atas lutut kaki kiri. Digoyang-goyang ikut rentak irama muzk dalam kaca tv tu.

Kau tu yang memilih. Syarikat bapak kau ada apa!

Memang la..tapi aku kalau boleh nak berdikari. Kau ni sibuk hal aku, hal kau macam mana Jai ambil majalah sport atas meja. Dibelek sekali imbas.

Aku dengar ramai jugak pekerja perempuan yang sama-sama bekerja dengan kau duluboleh la kau kenalkan kat aku.. Koci kenyit mata.

Gila punya gatal Koci ni. Tak habis-habis nak mengurat tapi tak pernah lekat satu pun.

Kenapa kau diam

Dia orang tu belajar lagi la..kau ni pun..dah gatal nak kahwin sangat ke Jai siku lengan Koci.

Mestilah..aku dah ada kerja..apa lagi nak fikir, kahwin la! Calon je tak ada lagi ni.. Koci angkat kening.

Nak kahwin bukan setakat ada kerja je..kena sediakan mental jugak..

Mental

Jai angguk.

Mental macam mana Koci dah garu kepala. Dia betulkan duduknya.

Kenapa kau nak nikah Jai perlahankan suara tv. Satu ruang tamu bergema.

Sebab..aku rasa dah sampai seru..err..I guess.. Koci senyum kelat.

Jawapan klise.. Jai senyum sinis. Dulu pernah ayah tanya dia jugak fasal tu, itulah jawapan yang dia jawab. Seru! Masa tu umur baru sembilan belas tahun. Ada makna ayahnya tanya macam tu. Rupanya dia kena bertunang tahun berikutnya.

Kenapa kau nak nikah Jai ulang lagi.

Kalau kau Koci dah buntu. Sengaja dia tanya Jai semula. Hihihihi.. biar Jai sendiri jawab. Senang-senang kata kat aku jawapan klise.

Jawapan aku tak sama dengan jawapan kau. Kalau kau tanya seribu orang pun, tak semuanya sama. Jai kunyah kacang goreng yang dihulur Koci.

Hmm.. Koci usap dagu. Dia jeling Jai di sebelah.

Macam nilah..kalau kau rasa dah sampai seru..sebenarnya kau silap. Kau belum bersedia sepenuhnya. Rasa nak menikah tu ada tapi kau teragak-agak sebab kau masih tak pasti apa yang perlu kau lakukan lepas nikah.. Jai mengalih pandangan ke arah Koci.

Itu pun nak kena fikir jugak ke Koci dah berkerut dahi. Jai ni banyak pulak falsafah dia.

Lepas nikahlah kena banyak fikir. Kena banyak tahu dan sedar. Ramai orang yang tahu tapi tak sedar. Tak ramai yang sedar walaupun tahu. Jai kunyah lagi kacang goreng. Dah tinggal separuh.

Eii..makin pening aku. Cuba kau cakap straight to the point! Senang aku nak hadam! Koci garu kelapa lagi.

Nak nikah memang senang, jumpa calon yang sesuai, bercinta lepas tu nikah. Habis cerita. Tapi sedar tak, lepas nikah tu sebenarnya bermulanya tanggungjawab dan kehidupan sebenar. Nikah ni bukan setakat nak meramaikan umat nabi je tapi lebih dari tu. Kena fikir macam mana nak bina rumah tangga yang bahagia, anak bini nak kena didik, semua tu kena ada ilmu. Jai bingkas bangun. Dia kembali semula dengan satu jag air kosong.

Jadi maksud kau kena ada ilmu dulu baru nikah Koci semakin tak faham. Memang kalau bersembang dengan Jai, segala mak nenek mamat tu bagi hujah.

Kau rasa Hmm..ilmu apa yang kau maksudkan

Eh, mamat ni..tanya lagi ilmu apa Takkan nak ajar anak bini ilmu mechanical Engineering! Jai dah sengih.

Kenapa kau sengih

Soalan kau tu lawak! Ketawa Jai mula pecah.

Apa yang lawaknya

Sudahlah..kau ni blur semacam je.. Jai bingkas bangun. Dah nak maghrib. Dia jenguk keluar tingkap. Acik baru sampai. Dia melangkah menaiki anak tangga.

Jai! Kau belum jawab soalan aku!

To be continued Jai laung dari tingkat atas.

USAI solat isyak, Jai buka komputer riba. E-mel dari syarikat makmal yang dipohon dibaca penuh minat. Hmm..akhirnya aku jadi microbiologist!!

Eh..siapa Kosong ni

Aku tak kenal dia ni. Dahlah letak nama Kosong. Jai klik pada butang accept. Kosong nak jadi rakan facebook.

Adehmacam-macam..mana dia dapat nama aku ni.. Jai dah gelak sendiri.

Eh, dah ada mesej

Kosong > Selamat berkenalan

Hmmkalau dah nak berkenalan ni..tak ada orang lain nimesti perempuan.. Jai mengusap-usap dagu. Ah..tak payah layan.

Komputer ditutup. Lusa dia kena daftar di syarikat baru. Kerja yang diidamkannya sudah dalam genggaman.