Abstrak Cinta Aku & Dia - 7
BAB 7

JAM di tangannya sudah menunjukkan pukul tujuh malam. Maknanya, sudah hampir setengah jam Farizah menanti. Orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Beberapa panggilan dibuat tetapi tak berjawab. Tiga pesanan ringkas juga sudah ditinggalkan di telefon bimbit namun, tiada balasan.

Mana dia ni Kan dah cakap, pukul enam setengah. Janji tak boleh pakai langsung. Sudah berkali-kali Farizah merungut. Wajahnya tampak masam namun tidaklah menjejaskan kecantikan yang dimiliki.

Memang nak kena mamat ni Bertambah-tambah sakit hati Farizah apabila panggilannya masih lagi tidak dijawab. Badli sudah berjanji untuk menghantarnya pulang ke rumah. Kalau dia tahu beginilah jadinya, sudah pasti dia pulang dengan orang lain saja.

Thats it, Badli. Aku takkan keluar lagi dengan kau lepas ni. Farizah merengus geram sambil kepalanya tertoleh-toleh ke arah jalanraya. Kepenatan setelah melakukan penerbangan dari Paris ke Kuala Lumpur menambah sebalnya.

Pin! Pin!

Sebuah kereta Mazda X5, membunyikan hon, meraih perhatian Farizah. Keningnya berkerut, memerhatikan kereta tersebut. Dia cuba mengingati sekiranya itu adalah salah sebuah kereta milik Badli. Tidak, itu bukan Badli. Cermin yang agak gelap, menyukarkan Farizah untuk meneka siapa pemandunya. Si pemandu memberhentikan kereta betul-betul di hadapannya lalu menurunkan cermin.

Hey sweetie. Sapa si pemandu.

HeyAaron. Farizah tersenyum membalas sapaan.

Kenapa ni Masam aje muka Soal Aaron.

I tunggu kawan I, tak sampai-sampai lagi ni. I call banyak kali pun, dia tak angkat phone Farizah seperti mengadu pula.

Kawan Aaron seperti berfikir seketika. You tunggu Badli kan

Farizah hanya senyum sebagai jawapan.

Dah berapa lama you tunggu Badli

Hmm. Dah setengah jam Jawab Farizah. Aaron tersenyum.

Come

Comewhat Where Farizah kurang memahami maksud Aaron.

I hantar you balik..

Serious

Yup. Anything for you, sweetie Balas Aaron. Farizah tersenyum. Badli tak ada, Aaron pun boleh juga.

Aaron keluar dari tempat duduk pemandu. Bagasi milik Farizah dimasukkan ke bahagian tempat duduk belakang. Pintu di sebelah pemandu, dibukakan untuk Farizah. Setelah Farizah masuk, pintu ditutup kembali.

Dinner Soal Aaron apabila berada kembali di tempat pemandu.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Dengan senang hati Farizah mengangguk setuju. Aaron tersenyum. Kereta miliknya meluncur meninggalkan tempat itu.

FARIZAH sampai di rumah sewanya di Cheras ketika jam hampir menunjukkan pukul sepuluh malam. Permintaan Aaron untuk ditemani lebih lama ditolak dengan baik. Bukan tidak mahu, tetapi dia terlalu penat untuk berhibur malam ini. Cukuplah sekadar makan malam. Dia ingin segera pulang dan berehat dan tidur.

Kereta milik Aaron berhenti di hadapan kawasan pangsapuri yang disewa Farizah. Aaron lalu keluar, membuka pintu untuk Farizah. Bagasi milik gadis itu dikeluarkan dari bahagian tempat duduk belakang.

Nasib terjumpa you. Kalau I tunggu Badlientah-entah I tak sampai rumah lagi. Kata Farizah.

Aaron tersenyum cuma, memerhatikan si cantik di hadapannya.

Thanks Aaron. Ucap Farizah.

Its a small matter.

Farizah angguk. Berkira-kira untuk melangkah naik ke rumah.

Izzy Panggil Aaron. Farizah mengangkat kening.

You sudi tak, nak keluar dengan I lagi Aaron menyatakan hasrat tanpa berkias.

Matanya tak lepas dari memandang Farizah. dia tahu, Farizah adalah teman wanita Badli, rakan baiknya. Tetapi, dia juga tahu, Farizah bukanlah satu-satunya teman wanita Badli. Dan setahunya juga, Badli bukanlah satu-satunya lelaki yang keluar dengan Farizah.

Maybe Farizah memberi jawapan jinak-jinak merpati.

Senyuman sinis terukir di bibir Aaron setelah mendengar jawapan Farizah.

Okay Aaron, see you next timebye. Farizah pantas meminta diri, tak mahu melayan Aaron lebih lama. Dia sudah masak dengan perangai lelaki. Dia tahu, lelaki seperti Aaron, bukan boleh dipercayai sangat, sama macam Badli. Tetapi Badli ada kelebihan lain.

Badli banyak duit.

Bye sweetie. Tanpa berbicara lebih panjang, Aaron kembali ke bahagian pemandu. Kereta dipacu meninggalkan tempat itu.

Farizah memerhati sehingga kereta milik Aaron hilang dari pandangan.

Aaron. Farizah tersenyum sinis. Ada rupa, ada gaya dan tak kurang berharta. Namun hakikat sebenar, hatinya tidak pernah terbuka untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki sama ada Aaron, Badli atau sesiapa saja. Lelaki-lelaki ini hanyalah tempat untuk dia melepaskan rasa sunyi. Dan dendam.

EhSecara tiba-tiba, mata Farizah terpandangkan seseorang.

Walaupun di bawah lampu suram, dia dapat mengenali lelaki itu dengan mudah. Itu adalah Farid, teman lelaki Amy. Farid asyik dengan telefon bimbit. Tampak tak keruan. Dia yakin, Farid sedang menunggu Amy atau mungkin, sedang cuba menghubungi Amy. Tekanya, mereka bergaduh lagi.

Nasib kaulah Farid. Farizah berjalan masuk ke kawasan pangsapuri.

Amy. Tegur Farizah ketika melangkah masuk ke rumah. Pintu dikunci kembali.

Amy yang sedang menonton televisyen di ruang tamu ketika itu berpaling seketika ke arah Farizah, sekadar mengangkat kening tanda tanya.

Penatlah.Farizah berkata lagi. Bagasinya di letakkan saja di tepi dinding lalu dia berjalan ke arah Amy, melabuh duduk di atas sofa, menghilangkan letih.

Badli hantar kau balik ke Tanya Amy, tanpa memandang Farizah.

Tak. Jantan tak guna tu tak datang pun. Jawab Farizah.

Habis tu, siapa yang hantar kau balik Amy memulakan soal-siasat.

Tekalah

Kening Amy berkerut kala ini. Senarai nama teman lelaki Farizah mula terbit dalam kepala - itupun kalau mereka boleh dikategorikan sebagai teman lelaki Farizah. Yang terbaru, Tengku Badli. Entah dari kerabat mana, Amy tak berminat untuk mengambil tahu. Sebelum itu Azman, Shahir, Helmi, Bob, Razlan, Farihin, Taufiqdan senarai berterusan.

Malas aku nak tekaBalas Amy. Ramai sangat

Farizah tergelak. Aaron yang hantar

Kening kiri Amy terjongket sebelah. Harun mana pulak

Aaronlah! Ada pulakHarun. Marah Farizah. Amy tergelak.

Aaron Dominic Low. Farizah terus memberikan nama penuh menyebabkan tawa Amy makin panjang. Gigih sungguh dia mahu mempertahankan, yang dia tak keluar dengan lelaki bernama Harun.

Siapa pulak Aaron tu Soal Amy lagi.

Aaron tu...kawan Badli. Nasiblah ada dia. Kalau tak, aku balik naik teksi aje

Lepas sorangsorang. Amy menggeleng.

Amy. Aku nampak Farid kat bawah. Kata Farizah, menukar topik.

Aku tahu. Biarlah dia Jelas kedengaran suara Amy yang bengang.

Gaduh lagilah tu

Hmm Amy mencebik bibir.

Dah berapa lama si Farid tu tunggu kau, Amy

Dua jamada kut Jawab Amy.

Kau biar dia tunggu macam tusampai dua jam

Baru dua jam. Masa kau pergi Paris, lagi lama dia tunggu. Balas Amy, selamba.

Farizah gelak. Sanggup dia tunggu macam tu, ek

Amy memutarkan biji mata. Biarkan! Tak faham bahasa punya orang. Nada jengkel kedengaran terluah bersama ayat yang dituturkan oleh Amy.

Ya, dia memang jengkel dan bengang dengan Farid. Sepanjang hubungannya dengan Farid, mereka selalu bergaduh. Sikap Farid yang terlalu cemburu buta, amat merimaskan. Dan setiap kali dia mahu menamatkan hubungan, Farid merayu untuk diberi peluang. Setiap kali itu juga, Farid berjanji untuk berubah sikap. Hubungan yang putus sambung, putus sambung sebegitu, berulang-ulang. Dia sudah jelak.

Dua hari lepas, mereka bergaduh lagi. Farid memarahinya hanya kerana dia tidak mengangkat panggilan telefon. Alasan sebodoh itu juga, Farid jadikan modal untuk bergaduh. Sangat kebudak-budakan!

Aku kan, tak fahamlah Amy. Macam manalah kau boleh sangkut dengan mamat psiko macam tu Farizah cuba mengorek cerita.

Dulu, dia tak berapa psiko sangat.Jawab Amy.

Habis tu, macam mana Farid boleh bertukar jadi sangat psiko

Amy menarik nafas panjang. Dia pernah ajak aku kahwin.

So

Aku tak nak.

Kenapa kau tak nak kahwin dengan Farid

Sebenarnya, aku bukanlah tak nak langsung. Aku sayang Farid. Aku beritahu Farid, kalau betul nak kahwin, ubahlah sikap. Kau pun tahukan, perangai Farid yang kuat cemburu, marah-marah tak tentu pasal tu

Farizah mengangguk, sudah sedia maklum tentang itu. Bukan sekali dua Amy mengadu tentang Farid kepadanya.

Aku cuma cakap, bagi aku masa, nak fikir masak-masak dulu. Terus dia tuduh aku ni ada lelaki lain. Makin lama, makin teruk perangai dia. Sampaikan aku nak pergi kerja pun, dia kata aku sengaja nak menggatal. Boleh Amy melepaskan rasa yang terbuku di dada.

Farizah menggeleng.

Psiko semacamlah si Farid ni. Kau putus ajelah dengan Farid, Amy. Bukan Farid sorang aje lelaki yang wujud dalam dunia ni Kata Farizah.

Dah minta putuslah ni. Tu yang Farid meroyan. Eeeetension aku dengan perangai dia. Balas Amy.

Hmm Farizah menggeleng sekali lagi.

Okeylah Amy. Aku nak rehat dulu. Penat Sambil menguap, Farizah bersuara. Dia bangun, melangkah malas menuju ke bilik. Bagasinya diheret sama.

Amy memerhatikan Farizah hingga hilang dari pandangan. Kemudian, dia cuba menumpukan kembali perhatiannya kepada rancangan CSI Miami yang disiarkan di televisyen tetapi, fokusnya sudah tergendala. Wajah Horatio Cane sudah bertukar menjadi wajah Farid.

Amy memandang telefon bimbitnya diletakkan di atas sofa. Telefon bimbit itu sudah dimatikan seawal tiga jam yang lalu. Dia tahu, sekiranya telefon itu dihidupkan semula, pasti beratus-ratus panggilan dan mesej yang akan dia terima dari Farid. Dia melepaskan keluhan lagi dan kemudiannya bangun perlahan-lahan, menuju ke arah tingkap. Dari tingkap ruang tamu, dia dapat melihat Farid walaupun hanya dengan cahaya samar berbalam.

Kali ini, entah berapa lama lagi Farid mahu menunggu di situ