PULANG dari tasik tadi, Izara mengurung diri di dalam bilik. Mukanya disembam ke bantal. Kehidupannya penuh dengan kepalsuan. Tiada satu pun yang memberi kebahagiaan. Kata-kata Anis masih terngiang-ngiang di cuping telinga. Tersentuh hati mendengar setiap butir kata dari bibir merah milik gadis manis itu. Selama ini dia buta hati, buta mata, buta segala-galanya.
Hanya keseronokan yang dikejar.
Jam di meja dijeling sekilas. Sudah menghampiri maghrib. Segera dia menapak ke bilik air dan membersihkan diri. Seusai solat maghrib, doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Kedua tangannya menadah memohon keampunan. Telekung yang dipakai mula basah dengan air mata.
Adik..boleh akak masuk
Izara menoleh ke arah pintu yang sedikit terbuka. Kakaknya sudah tersenyum di situ. Adik, panggilan manja untuk dirinya yang dilahirkan kembar. Kembarnya pula mesra dengan panggilan abang.
Masuklah kak..
Maaf kalau akak menganggu. Dah habis solat
Izara mengangguk lemah. Air mata yang membasah pipi disapu cepat-cepat. Bimbang Kak Irdina dapat menghidu masalahnya.
Telekung dilipat dan diletakkan di tepi.
Ada apa kak Izara mula duduk di sebelah kakaknya di atas katil. Perut Kak Irdina sudah mula kelihatan. Setahunya kandungan itu baru masuk tiga bulan.
Ni..akak nak tanya sikit. Akak tengok adik macam ada masalah je. Kenapa, tak sihat ke Irdina mula menyentuh dahi adik bongsunya dengan tapak tangan. Tiada rasa panas. Macam biasa.
Err..tak ada apalah kak. Adik okey je. Akak tu kena jaga kesihatan. Bayi dalam kandungan tu kena sihat. Jadi akak pun kena sihat. Izara cuba berjenaka dengan Irdina. Satu-satunya kakak yang dia ada selain abang kembarnya.
Yang tu akak tahu la..kalau adik ada masalah, jangan segan bagi tahu akak tau! Irdina mula mengusap lembut rambut blonde Izara yang diwarisi dari ayah mereka. Sama sepertinya.
Oh ya..akak beli kat mana somtam hari tu Izara mula teringat somtam yang pernah dibeli oleh kakaknya dulu sewaktu balik ke kampung menjenguk nenek.
Kenapa Adik pun mengidam jugak ke Irdina cuba mengusik.
Hish akak ni! Izara ketawa lucu. Entah kenapa sejak seminggu yang lalu tekaknya teringin makan somtam. Hari ini sepatutnya dia merasa somtam yang Anis buat. Alih-alih somtam yang dibuat tu diambil pula oleh lelaki yang digelar mamat gila oleh Anis.
Sebenarnya semalam adik suruh kawan adik yang buatkan tapi mamat gila tu pula yang ambil. Kempunan la nampaknya. Esok kawan adik dah janji nak buat lagi. Harap-harapmamat gila tu tak buat hal lagi. Izara mula bercerita kisah somtam Anis.
Mamat gila Siapa Irdina mula bingung.
Izara senyum dan mula ketawa. Aladia bukan gila tapi gila bayang! Mamat tu agaknya suka kat kawan adik ni. Pantang jumpa, pasti dia akan jadi mangsa buli dan usikan mamat gila tu. Tadi kat medan selera, sepatutnya adik jumpa dia, nak ambil somtam tu tapi mamat gila tu muncul dan rampas somtam tu darinya. Izara ketawa geli hati mengingati kisah lucu Anis pagi tadi.
Oh..akak ingat lelaki gila mana. Kelakar jugak kan Macam-macam cara nak pikat perempuan ni. Adik kenal ke mamat gila tu
Irdina turut ketawa mendengar cerita dari Izara.
Entah! Tak pernah jumpa pulak! Izara angkat bahu. Ketawanya masih belum reda.
Hmm..kawan adik tu pandai ke buat somtam
Sangat pandai. Apa yang adik tahu, setiap kali cuti semester dia akan jual somtam di gerai nasi lemak mak dia kat kampung. Izaramemuji Anis di depan kakaknya.
Hmmkampung dia kat mana
Kampungnya tak jauh dari kampung nenek. Izara senyum lebar. Teringat Anis pernah bercerita kisah hidupnya di kampung dulu.
Maksud adik..Kampung Pisang Sebatang Irdina mula terkejut. Teringat somtam yang pernah dibeli dulu masa balik kampung.
Izara angguk. Kenapa kak
Tak ada apa.. Irdina senyum kelat. Teringat, dulu dia juga beli somtam di situ.
Oh ya! Abang Kamarul mana Izara mula bertanya abang iparnya.
Mana lagi..outstation la. Sebab tulah akak tinggal di sini sementara abang Kamarul balik dari kerja luar nanti.
Oh ya!Lupa la! Lamanya abang Kamarul outstation. Kakak tak rindu ke Izara mula usik kakaknya sambil tersenyum. Memang selalunya kak Dina akan tidur di rumah mama kalau abang Kamarul ada kerja luar atau ke luar negara.
Irdina senyum mendengar usikan Izara. Dia kemudian minta diri untuk ke biliknya semula.
Kak! Mama mana Izara pandang Irdina yang sudah menghampiri pintu bilik.
Entah! Tadi dia ada kat bilik. Kenapa Irdina pandang Izara yang masih duduk di birai katil.
Saja tanya. Balik dari kampus tadi, adik tak nampak pun mama. Abang mana Izara bertanya pula kembarnya.
Kan dia pergi kampus juga tadi. Tak pergi sekali ke Irdina renung Izara yang sengih dari tadi.
Alah akak ni! Macamlah akak tak tahu abang tu! Bukannya nak pergi saing. Malu konon pergi ke kampus berdua dengan adik. Kalau dengan makwe boleh pulak. Izara mula mencebik.
Irdina hanya senyum. Sejak dulu lagi, Izara selalu bergaduh dengan kembarnya. Tetapi bila salah seorang ada masalah, seorang lagi tentu ambil berat.Selalunya Izara lebih banyak bercerita pada kembarnya sendiri.Agaknya mereka berdua berkongsi rahim pada masa yang sama. Mungkin sebab itulah juga kedua adik kembarnya lebih rapat antara satu sama lain.
Izara pandang kakaknya yang mula melangkah keluar dari situ. Dia jeling pula ke arah rak buku di sebelah kiri meja belajar.
Matanya tertancap pada satu buku pemberian Anis dulu semasa pada tahun dua pengajian. Dia mula bangun dan mencapai buku itu di celah-celah susunan buku rujukannya. Begitu lama dia tidak menyentuh buku itu. Habuk di kulit buku disapu perlahan-lahan. Halaman diselak dari lipatan di mukasurat yang ditanda. Setiap ayat dalam mukasurat itu dibaca perlahan. Air mata mula bergenang. Betapa selama ini dia begitu jauh dan hanyut dalam dunia keseronokan.
Terima kasih Anis.. Izara mendakap erat terjemahan al Quran. Titisan jernih sekali lagi membasahi pipi. Terasa diri terlalu banyak dosa. Hatinya mula lega. Walaupun hanya dengan memeluk terjemahan al Quran, dia sudah dapat merasa sesuatu di hati. Satu perasaan lega dan tenang.
Izara mula melangkah ke dapur. Sempat dia jeling ke arah abang kembarnya yang sedang asyik menonton di ruang tamu. Dia geleng. Waktu macam ni pun abangnya masih leka menonton sedangkan azan maghrib sudah lama berkumandang. Dia mengeluh. Sememangnya sejak dulu lagi kehidupan keluarganya hanya acuh tidak acuh pada suruhan agama termasuklah dirinya sendiri. Alhamdulilah, kini dia berubah sedikit demi sedikit kerana Anis yang banyak menyedarkannya tentang kehidupan sementara dunia dan kehidupan kekal abadi di sana. Dia terus melangkah ke ruang dapur.
Eh..apa pula dalam bekas ni Izara merapati meja makan. Dia pandang pula ke arah ibunya yang sibuk menyediakan makan malam.
Mama masak apa Izara merangkul pinggang ibunya dari belakang. Kak Leha, pembantu rumah turut senyum melihat gelagat anak gadis Puan Zaharah.
Terkejut mama! Bertuah betul anak mama sorang ni! Ni ha..mama nak bersihkan ikan siakap. Adik kan suka makan siakap kukus! Puan Zaharah senyum melihat anak bongsunya begitu manja dengannya sejak kecil.
Apa yang adik boleh tolong Izara mula melihat-lihat sayur dan bawang yang berada di atas meja.
Kupas bawang putih dan halia ni. Kak Leha hulurkan kepada Izara.
Mama..dalam bekas ni apa Izara ambil bekas plastik di atas meja makan.
Oh..tu somtam!
Somtam Izara cepat-cepat buka penutup bekas plastik. Dia capai pula sudu dan terus menyuap ke mulut.
Eh! Kenapa makan somtam tu Irdina pula muncul di dapur.
Kenapa kak Tak boleh ke Izara pandang kakaknya yang melarang dia menjamah somtam itu.
Bukan tak boleh tapi somtam tu abang yang bawa balik. Entah-entah makwe dia yang kasi. Yang adik makan tu kenapa Irdina mendekati Izara yang begitu berselera mengunyah somtam.
Makwe abang Izara terkejut. Selama ini, tidak ada seorang pun teman wanita abangnya yang pandai masak. Semuanya hanya tahu pasang badan saja!
Itu yang abang bagi tahu kat akak tadi! Adik tanyalah dia sendiri. Irdina mula menolong ibunya menyediakan makan malam.
Ah! Tak mungkin makwe abang! Semua makwe abang yang adik kenal, semuanya tak pandai masak. Hari tu, masa abang bawa balik salah seorang makwe dia ke rumah kita, goreng ikan pun hangus! Izara mula ketawa.
Tak baik tau cakap macam tu! Adik tu apa kurangnya! Goreng telur pun hangus!Puan Zaharah mula menyampuk.
Hah, dengar tu! Kak Leha turut ketawa.
Izara muncung. Tak apa! Aku akan buktikan yang aku juga pandai masak!
Apa yang riuh sangat ni
Tiga kepala menoleh ke arah pintu dapur.
Adik kesayangan abang ni, mengata orang, dia sendiri pun sama! Irdina masih ketawa sambil memandang ke arah Izara yang dah muncung.
Sedap tak somtam tuImran mula menghampiri Izara.
Mana abang dapat ni Izara mula bertanya. Sudah hampir separuh somtam itu dimakan.
Adalah Imran sengih. Sempat Kenyit mata.
Entah-entah abang beli tak
Kalau nak tahu, somtam nilah yang abang belikan untuk kak Dina dulu! Imran pandang pula Irdina yang sedang menyusun pinggan atas meja makan.
Ya ke Kalau macam tu akak nak sikit! Irdina segera menarik bekas plastik dari tangan Izara. Satu sudu somtam dikunyah perlahan.
Imran tersengih-sengih. Wajah gadis somtam yang sedang marah mula terbayang di ruang mata.
Yalah! Sedap! Sama macam somtam yang akak pesan dulu masa di kampung. Macam mana abang.. Kata-kata Irdina terhenti. Dia pandang Imran. Keliru.
Imran tersenyum lebar. Dia pandang wajah-wajah kaum hawa di depan matanya satu persatu.
Errtentulah dari gerai jual somtam! Imran mula tergagap-gagap. Tak perlu berterus terang. Baginya minah somtam itu tidak penting.
Memanglah! Takkan kat kedai buku pulak! Kita serius dia pulak nak main-main! Kat mana Irdina masih ingin tahu.
Imran pandang semua yang ada di situ. Masing-masing dah tak sabar nak tahu, Penting sangat ke
Err..abang nak ke bilik dulu. Esok kena hantar tugasan. Imran cuba mengelak. Dia melangkah laju menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
Masing-masing berpandangan melihat tingkah Imran.
Adik rasa abang tu sorokkan sesuatu. Mungkin somtam tu dia curi. Mana tahu Atau..mungkin dia ambil dari seseorangmakwe baru ke Selalunya abang tak pernah macam ni.Izara mengetuk jarinya di atas meja makan.
Abang tu bukannya serius! Dulu pun kata jatuh cinta juga, bawa balik rumah jumpa mama, lepas tu dah tak ada khabar berita! Puan Zaharah mencelah sambil menggeleng.
Malam itu, selesai makan malam, masing-masing mula buat hal sendiri. Izara mula masuk ke bilik. Esok ada kelas Profesor Hamdan. Dan esok juga dia tidak sabar merasa somtam Anis.
Jangan lupa esok bawa somtam tu
Izara menekan butang send dari telefon bimbitnya. Teks mesej dihantar kepada Anis. Dia senyum sendiri. Kali ini dia ingin perkenalkan somtam Anis kepada keluarganya. Biar abangnya tahu, somtam Anis lagi sedap dari somtam makwe abangnya!
Tak sabar aku nak rasa somtam Anis.. Izara senyum sendiri.
ANIS pandang telefon bimbit. Ada teks mesej dari Izara. Bibirnya mula menguntum senyum. Mesej Izara dibalas kembali. Selesai solat isyak, Anis mula ke dapur menyediakan somtam untuk kawan-kawannya dan juga untuk dijual di gerai makcik Senah. Balik dari kampus tadi, dia segera singgah di kedai runcit yang terletak di hujung taman perumahan rumah sewanya. Tiga biji betik muda dibeli bersama lima biji mangga muda.
Wah! Banyak betul kau buat somtam kali ni Sarah sudah terjongol di muka pintu dapur.
Kawan sekelas aku pesan. Untuk pengetahuan kau juga, aku dah dapat tapak untuk menjual somtam kat kampus! Anis menutur dengan nada ceria. Teruja! Senyuman di bibirnya sudah sampai ke telinga.
Eh, kau nak berniaga ke Kat mana Sarah mula duduk di kerusi. Dia turut mengupas kulit betik dan mangga.
Kat medan selera la!
Medan selera Habis tu kelas kau macam mana
Bukan aku yang jaga, aku tumpang letak somtam aku ni kat gerai makcik Senah. Alagerai yang jual nasi campur dan banyak menu kerabu tu! Anis jeling Sarah yang masih kebingungan.
Makcik tu terima ke
Dah! Aku dah cakap dengan makcik tu. Nanti aku bagi la komisen hasil jualan tu! Anis semakin teruja.
Aku tabik la kau Anis. Otak kau tu memang bergeliga! Tak macam aku ni..menghabiskan boreh yor!! Sarah sengih sendiri. Dah terkeluar loghat Negeri Sembilannya.
Alah..kau tu anak orang kaya. Tak ada masalah kewangan. Aku ni kenalah tolong mak aku kat kampung. Hanya ini je yang aku mampu jual. Nak jual makanan lain, tak ada masa la. Lagipun tesis aku tu banyak lagi yang tak siap. Laju tangan Anis menyagat betik muda dan mangga muda yang telah dibuang kulitnya.
Aku sokong kau seratus peratus! Kalau somtam kau ni laku, aku rasa baik kau buka gerai sendiri kat depan jalan besar rumah kita ni. Kat tepi bus stop tu ke.. Sarah mula menyarankan kepada Anis.
Amboi-amboi! Kau ingat senang ke nak buka gerai. Nampaknya je kecil tapi kena ada modal jugak! Anis senyum melirik melihat Sarah yang beria-ia terlebih.
Hihihiaku bagi cadangan je sebab aku rasa somtam kau ni sedap. Mana tahu satu hari nanti somtam kau ni boleh diperkenalkan ke peringkat antarabangsa! Sarah berkata penuh semangat. Anis yang duduk di sebelah dijeling sekilas.
Entahlah Sarah..boleh ke somtam aku ni dibuat secara komersial Anis mula teragak-agak akan kebolehan sendiri.
Belum cuba belum tahu!
Anis mengangguk. Memang benar apa yang dikatakan oleh Sarah. Belum cuba belum tahu. Dia jeling Sarah yang rajin menolongnya di dapur. Zarina pula jarang melekat di rumah. Jadi, hanya Sarah yang rapat dengannya. Sarahlah tempatnya mengadu dan teman berbual bila tiada aktiviti lain pada hujung minggu.
Sarah..kau ada berapa orang adik-beradik Anis mula berminat mengetahui susur galur keluarga Sarah.
Aku hanya ada seorang abang. Dia dah kerja tapi aku tak berapa rapat dengan dia. Entahlah..mungkin sebab aku terlalu berdikari. Jadi aku tak mengharapkan apa-apa bantuan dari dia. Sarah mula berbicara.
Oh..jadi kau dua beradik jelah! Samalah macam aku tapi kakak aku dah meninggal. Anis mula berubah nada setiap kali kisah arwAh kak Aiza diungkit kembali.
Oh..innalillahi wainnailaihi raajiun Sarah pandang Anis yang mula sugul.
Bila dia meninggal
Empat tahun dulu, masa arwah melahirkan Aira, anak buah aku.. Nada Anis mula berubah. Air mata mula bergenang.
Oh..habis tu Aira tinggal dengan siapa sekarang
Dengan mak ayah abang ipar aku..abang ipar aku tu sambung belajar ke Australia. Tahun ni tahun akhir.. Anis menutur lirih.
Oh Sarah turut simpati.
Aku sayang sangat kat anak buah aku tu. Dialah satu-satunya kenangan yang arwah kakak aku tinggalkan. Anis menyapu air mata yang mula tumpah. Air mata yang cuba ditahan dari tadi.
Kau kahwin jelah dengan abang ipar kau tu. Senang cerita! Sarah sengih. Dia pandang Anis yang mula berubah riak.
Kahwin Kau gila ke Aku anggap abang ipar aku macam abang kandung jelah! Tak lebih dari tu. Anis jeling pula Sarah dengan wajah masam.
Kau ni..aku bagi pendapat saja. Ke..kau dah ada buah hati Sarah kenyit mata.
Aku tak nak fikir semua tu.yang penting sekarang, aku kena kerja dulu, cari duit tolong mak aku di kampung. Anis senyum hambar.
Mulut kata lain tapi hati siapa tahu Sarah senyum melirik melihat Anis yang lincah menyediakan somtam.
Anis hanya melemparkan senyuman kelat. Dibiarkan saja pertanyaan Sarah tidak berjawab. Dia mula mengemas
meja yang kelihatan bersepah dengan bahan-bahan somtam tadi. Somtam yang telah siap dibuat dimasukkan ke dalam dua bekas berasingan.
Hmm..dah siap. Ni, aku tinggal sikit untuk kau! Ina tak ada kan Anis menghulur sepinggan somtam kepada Sarah.
Sarah angguk. Tak ada. Dia tu kan suka keluar malam!
Aku nak ke bilik dulu. Esok pagi-pagi lagi aku kena hantar somtam ni kepada makcik Senah tu! Anis menyimpan somtam ke dalam peti sejuk.
Sarah hanya senyum. Somtam dalam pinggan dimakan dengan penuh selera.
DI BILIK, Anis segera menyiapkan pula tugasan yang diberi pensyarah siang tadi. Kerja tesis pula masih banyak yang perlu dikemaskini. Jam di atas meja belajar sudah menghampiri sepuluh setengah malam. Komputer riba dibuka dan mula menaip tugasan dan menyambung kerja tesis.
Siapa pulak yang call ni..
Anis jeling telefon bimbit yang mula berdering. Jantungnya mula berdegup bila melihat nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin. Perasaannya mula berbelah bahagi untuk menjawab. Dibiarkan saja berdering sehingga tidak lagi berbunyi.
Tangannya laju menekan papan kekunci komputer riba. Buku rujukan pula diletak dan dibuka memenuhi meja belajar.
Mana satu ni nak rujuk Semua bagus.. Anis mula membaca mukasurat yang ditanda dengan sekeping kertas warna.
Telefonnya berdering sekali lagi. Anis hanya jeling. Hish! Bising pulak telefon ni!
Hello! Anis jawab dengan nada geram.
Mak ni! Anis sihat
Anis mula rasa bersalah meninggikan suara begitu semasa menjawab tadi. Tidak sangka mak pula yang menelefon.
Oh..maaf mak. Anis ingat siapa tadi. Ada apa mak Anis mula berubah nada.
Bulan depan Anis ada cuti tak Abang Man kamu balik dari Australia nanti. Jadi mak ingat, kamu jelah yang ambil dia kat lapangan terbang. Dia tulis surat kat mak, dia nak jumpa kamu di KL dulu, kemudian balik sama-sama ke kampung.
Abang Man balik Lama ke mak Anis mula gelisah.
Tak..dia balik sekejap saja. Katanya dia nak kembali ke Australia lepas seminggu bercuti di Malaysia. Nanti Anis jemput dia kat lapangan terbang ya!
Err..baiklah mak. Tutur Anis tanpa nada perasaan.
Jangan lupa tau ambil dia kat lapangan terbang nanti! Oh! Ya! Dia dah beli tiket kapal terbang balik ke kampung. Nanti Anis tanya dia.
Baiklah mak
Talian putus.
Anis mula termenung. Jiwanya sudah kacau. Apa mimpi abang iparnya nak jumpa Selalunya dia terus balik ke rumah mak ayah dia. Aduh! Apa nak buat ni
Anis mula rasa serba tidak kena. Lampu bilik ditutup. Dia cuba pejam mata. Masih tidak mahu lelap. Lampu dibuka semula.
Ya Allah! Kenapa dengan aku ni Kenapa aku asyik nampak muka dia je Rasa pelik apa pulak ni Berkali-kali Anis meluku kepalanya sendiri. Bingung dengan perasaan sendiri.Jam di atas meja belajar dijeling sekilas. Sudah sebelas setengah malam.
Dia ke bilik air untuk berwuduk sebelum tidur. Sempat jeling bakul di tepi bilik air. Baju Imran masih di situ. Berlumuran dengan sisa somtam.
Lantaklah! Tak kuasa aku nak basuh! Anis terus melangkah masuk ke bilik air.