Arissa Daniel - 7
BAB 7

ARISSA masih memikirkan hal semalam. Perasaannya mula gelisah sejak bertemu lelaki kacukan itu. Siapa agaknya mamat tu Dari renungan lelaki itu, dia mengagak, tentu lelaki itu 'somebody' yang berpengaruh.

Kenapa aku rasa macam ni Ah! Gila! I dont even know him, not even know his name! Arissa luku kepalanya sendiri. Perasaan yang dirasainya sekarang ini tidak pula bertandang pada Tuah. Tuah yang tidak pernah putus asa mendekatinya selama ini. Terasa bersalah pula pada Tuah bila terasa hatinya mula terusik dengan kehadiran lelaki Inggeris itu.

Fail dari atas rak dicapai dan dibaca sekali lagi. Tidak susah untuknya memahami semua prosedur analisa.

Cik Arissa, yang ini nak buat test tak Suzana tunjuk sebuah bungkusan yang mengandungi serbuk susu.

Hmm..kat borang tu ada tulis apa-apa tak Arissa bingkas bangun. Borang di tangan Suzana diperhatikan seketika.

Tak ada pulak...kat sini hanya tulis nak buat test saja. Tak ada pulak specified test apa Suzana garu kepala.

Hmm..tak apa. Sampel tu letak dulu dekat rak unknown sample. Nanti saya confirmkan dengan klien. Arissa senyum.Rupanya dia menjadi bos muda di situ. Seramai empat orang ahli mikrobiologi dan dua orang juruteknik makmal di bawah kawal selia dan juga arahannya.

Err...dah siap ke analisa untuk projek air sungai tu Arissa teringat projek penyelidikan rawatan air sungai yang tercemar.

In progress. Lusa baru dapat keputusan cik Arissa. Suzana senyum.

Awak ni..panggil je kak Arissa. Arissa senyum. Sejak dulu lagi pekerja di makmal itu suka memanggilnya dengan gelaran cik. Macam terlalu ikut protokol!

Dia kemudian meneruskan bacaannya untuk mengetahui kaedah terbaik yang boleh digunapakai dalam penyelidikan air sungai tercemar.

Rawatan yang sesuai menggunakan bakteria. Siapa sangka, bakteria juga memberi manafaat pada manusia. Contohnya minuman yogurt.

Bakteria baik yang dimasukkan ke dalam minuman itu adalah sangat baik untuk perut di mana bakteria tersebut boleh membantu perut memproses makanan dengan lebih cepat dan menolong pembersihan perut dari bakteria bahaya. Banyak jenis bakteria yang sudah ditemui oleh para saintis. Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei yang paling popular untuk menghasil air minuman yogurt. Bifidobacteria contohnya, juga digunakan dalam penghasilan minuman baik ni. Bukan sedikit yang dimasukkan ke dalam minuman itu. Lebih dari lapan juta koloni bakteria!

Hmm..aku boleh buat kajian untuk penghasilan minuman yogurt ni..macam yakult, nitrogen dan vitagen tu. Buat research pada jenis bakteria baik ni dan aku akan hasilkan sejenis minuman yang kaya dengan bakteria baik. Tan Sri Johari pun ada kilang minuman ni..emm..apa aku nak letak nama minuman ni...JN yogurt drink Arissa senyum sendiri. Berangan lebih je aku ni. Telefon berdering kuat di atas meja.

Hello! Yes boss Ok!

Arissa menapak ke bilik Syed Faizal.

Ha..tadi Tan Sri call, macam mana kerjaTerus Syed Faizal tanya.

Erk! Tan Sri Johari call semata-mata nak tanya tu je

Err...okay boss. Everything is okay. Arissa senyum kelat.

Okey..saya kena up date Tan Sri. Hmm...boleh saya tanya sikit Syed Faizal pandang Arissa tak berkelip. Nak tahu sangat siapa Arissa pada Tan Sri Johari.

Awak ni..ada apa-apa ke dengan Tan Sri

Pantas Arissa mendongak. Mencerlung.

Maksud awak

Maksud saya..apa kaitan awak dengan Tan Sri, anak sedara ke, cucu ke...atau...kekasih Syed Faizal senyum sinis. Arissa diperhati atas bawah. Gadis secantik Arissa siapa yang tidak tergoda. Kulit putih gebu, pipi kemerahan. Walaupun pakai baju kurung tapi tetap nampak seksi.

Arissa membuntang! Kekasih Gila!

Kenapa

Sebab malam majlis di rumah Tan Sri Johari dulu tu, dia kenalkan awak sebagai anak gadisnya..betul ke Syed Faizal merenuang Arissa tidak berkelip.

Err..actually saya ni hanya anak kepada pekerja Tan Sri sahaja. Arwah ayah saya banyak menolong Tan Sri dulu.. Arissa tunduk. Eii..sibuk je mamat ni! Macam mana dia boleh jadi bos dalam usia muda macam ni Rasanya umur Syed Faizal ni mungkin dalam lingkungan tiga puluhan.

Oh..I see. Anyway, thanks. You may go now.Syed Faizal senyum. Lega.

TUBUHNYA dihenyak di kerusi. Kenapalah Tan Sri tak call aku direct Kan dah kena jelaskan kisah peribadi kau Arissa!!Arissa luku kepala sendiri. Mana tahu kisahnya dicanang di makmal tu. Dia tak mahu dituduh dapat kerja di sini atas belas ehsan Tan Sri Johari! Tidak!

Arissa! Miss you so much!

Arissa mendongak. Nelissa sudah tercegat di depannya.

Bila kau masuk

Saja aku nak surprise! Nelissa duduk di depan Arissa.

Oi Cik Nelissa! Kat sini ada peraturan! Please wear lab coat! Arissa tolak tubuh Nelissa ke arah almari baju putih makmal yang disediakan untuk tetamu.

Eiiyer! Nak kena pakai ke Nelissa mencebik.

Kat sini ada undang-undang! Mana tahu kau tu bawa bakteria dari luar tu! Environment kat sini bersih. Aku selalu pantau setiap hari. Arissa gelak melihat gelagat Nelissa yang menekup hidung.

ApasalTanya Arissa. Muka Nelissa sudah mencebik.

Eii! Bau macam bau hospital! Ni makmal ke hospital Sekali lagi Nelissa menutup hidung.

Dah!Jangan nak merepek! Kau kena pakai baju tu. Makmal di sini bersih. Setiap hari dibersihkan dengan dettol! Kau apa tahu! Arissa senyum lagi.

Nelissa melihat baju makmal yang berwarna putih yang sudah disarung ke tubuhnya.

Kau tak rimas ke pakai ni semua

Aku dah biasa beb. Sejak zaman universiti lagi. Kau apa tahu...kau tu ambik business study. Arissa menapak semula ke mejanya.

Nelissa membuntuti Arissa.

Beb..aku datang ni nak ajak kau keluar makan. Jom! Nelissa melihat sekitar makmal.

Baru pukul sebelas beb. Nanti apa pulak kata staf kat sini. Aku tak berdisiplin. Arissa jenguk jam di dinding.

Alah..sejam je lagi nak pukul dua belas. Lets go! Mereka tak akan kata apa la. Aku bos kat sini.

Kalau ada orang komplen, aku cakap kat papa aku!Nelissa buka semula baju makmal dan diletak di kerusi.

Ish! Kau ni! Letak la balik kat tempat asal. Makmal ni ada ISO tahu tak! Arissa terus capai baju makmal dari atas kerusi dan diletakkan semula dalam almari.

Banyaklah kau punya ISO! Kau sendiri pun tunggang langgang! Nelissa sengih. Teringat Arissa yang selalu gelabah bila ada lelaki cuba usik atau mengorat.

Maksud kau

Kau tu..bila lelaki nak dekat je..kau dah gelabah tahap gaban! Nelissa ketawa.

Apa kaitan dengan ISO pula Arissa geleng.

Yala..ISO kan kena ikut prosedur. Ikut standard procedure. Samalah tu cik Arissa oi! Bila dah berdepan lelaki, langsung tak ikut peraturan.

Menggelabah!

Erk!Tak ada kena mengena langsung! Arissa menjeling Nelissa.

Dah!Jom kita keluar makan! Aku lapar ni. Jauh aku datang tau! Nelissa segera tarik tangan Arissa.

FAIR LADY PUTIH meluncur laju menuju ke Damansara Utama. Nelissa mula membelok ke bangunan The Curve.

Okey,kita dah sampai!

Kau nak makan apa kat sini Arissa jenguk.

Banyak tanya la kau ni. Ikut je!

Mereka berdua mula melangkah masuk ke restoran Bumbu Desa.

Hmm..okey juga makanan kat sini. Arissa senyum.

Ha...tadi bukan main tak nak. Aku bawa kat restoran halal tau. Aku tak nak kau pot pet pot pet! Nelissa sengih.

Arissa dan Nelissa mula menikmati makanan. Waktu makan tengahari macam ni, restoran penuh sesak.

Nely...kau tak kerja ke hari ni Arissa mulakan perbualan. Dari tadi masing-masing diam menikmati juadah tengahari.

Tak..aku malas. Papa aku tu..tak habis-habis nak membebel. Bosanlah!

Membebel pasal apa

Pasal aku tuang kerja la. Aku rimas la kerja macam tu. Nelissa teguk jus tembikai.

Laa..aku ingatkan apa la tadi. Nely..itu untuk kebaikan kau jugak. Kaulah satu-satunya pewaris papa kau. Kau kena ambik tahu semua tu. Kau kena ingat, dunia perniagaan ni banyak mainan kotor. Mana tahu, papa kau ada musuh di luar sana. Kau nak papa kau mati dibunuhArissa cuba mengugut Nelissa.

Apa kau cakap ni Bunuh bagai! Aku tak terfikir langsung benda tu semua. Lagi pun,aku tak suka la bisnes gila ni. Penat otak tahu tak! Nelissa mengeluh lagi.

Habis,yang kau ambil course bisnes studi tu kenapa Arissa jeling Nelissa yang sudah monyok.

Papa aku suruh!

Arissa geleng. Inilah padahnya bila dimanjakan sangat. Semuanya nak tersedia depan mata! Tak nak bersusah payah dan belajar selok belok perniagaan dari bawah. Dia tahu Nelissa ditempatkan bekerja di bawah Encik Malik dan dikawal selia dengan ketat. Nelissa kena buat kerja kerani dulu. Belajar dari situ.

Aku kerja kat makmal boleh Boleh la kita keluar hari-hari Nelissa kenyit mata.

Arissa geleng. Dah buat dah minah ni!

Kau jangan nak merepek! Papa kau dah letak kau kat syarikat induk, JN Berhad. Kau tu salah seorang pemegang saham syarikat tahu tak.

Mengada-ngada! Arissa habiskan nasi dalam pinggan. Sempat dia menoleh pada seseorang. Gulp!

Weh! Apa hal kau ni Pucat muka tu!Nelissa teguk lagi jus tembikai.

Tak..tak ada apa.. Arissa tunduk. Dia sengaja sembunyikan wajahnya di sebalik pokok bunga yang agak rendang yang sememangnya ada di situ.

Hmm..dia tengok siapa Nelissa turut melihat sekitar restoran. Terlalu ramai orang yang memenuhi restoran itu.

Beb..jom kita balik. Dah kenyang kan Arissa bingkas bangun.

Eh, kenapa nak cepat sangat Kita shopping dulu la. Nelissa turut bangun.

Shopping nenek kau. Aku kerja la beb!Arissa merengus. Sebenarnya dia takut bertembung dengan lelaki kacukan tadi.

Ni yang leceh ni. Kan baik kau tak kerja je. Payah dah aku nak ajak shopping. Nanti jap, aku nak ke tandas.Nelissa melangkah ke arah tandas.

Arissa masih tercegat di situ. Dia terpaksa menapak ke muka pintu restoran bila mejanya digunakan oleh orang yang ingin menjamu selera di situ. Sengaja dia membelakangi dari arah restoran. Mengadap ke arah luar restoran. Tidak mahu lelaki itu menyedari kehadirannya di situ.

Mana la Nely ni. Berak batu ke apa Arissa jenguk jam di pergelangan tangan. Sudah sepuluh minit berlalu.

Hi! We meet again!

Arissa pantas mendongak dan menoleh. Sah! Lelaki tadi tersenyum kepadanya.

Dia hanya senyum hambar.

So, whats your nameDaniel menegur ramah.

Arissa diam seribu bahasa.

Ok....well, nice meeting you! Daniel mula melangkah pergi meninggalkan Arissa di situ.

Arissa hanya memerhati dengan ekor mata. Lega. Tanya nama aku Mimpi apa dia nak tahu nama aku Nampak gaya macam playboy!Aku kena berhati-hati. Tambah dia bukan muslim. Bukan kira halal haram ni!

Eii! Mana la cik Nelissa ni Arissa jenguk ke dalam restoran semula.

Sorry beb! Aku touch up makeup kejap tadi. Nelissa sengih sambil menapak ke arahArissa.

Makeup Setengah jam Arissa bulatkan mata.

Nelissa sengih. You know girls!

Nelissa menghantar Arissa ke makmal semula. Dia pula memecut kereta ke Pavillion.

Arissa geleng. Begitu senang hidup Nelissa. Bosan dengan kerja, pergi shopping. Merayap dan melepak kat kompleks beli belah.

Arissa menapak ke makmal. Pertemuannya dengan lelaki tadi pun sudah cukup membuat hatinya resah. Pandangan lelaki itu begitu tajam.

DANIEL menapak semula ke bilik pejabat. Jam di pergelangan tangan hampir dua petang. Dia henyakkan tubuh di kerusi empuk. Teringat pada gadis tadi. Perasaannya mula terbuai-buai. Pelik!

First time aku jumpa perempuan yang tak layan aku.. Daniel menyandarkan belakangnya ke kerusi. Mata menala ke siling. Kalaulah aku dapat gadis tu. Dia senyum lagi. Memang tak ada masalah untuknya menyiasat siapa gerangan gadis tadi tapi bukan waktu sekarang ini. Deringan telefon kuat mematikan lamunan Daniel. Dia capai gagang telefon.

Yes Gagak!You got it Ok! Good!

Gagang diletak semula. Gagak sudah mendapat maklumat yang diingininya. Robin yang diupah untuk menyiasat kes pelaburan ayahnya sudah pun mendapat maklumat itu. Segala maklumat itu diserahkan kepada Gagak, pengawal peribadinya yang bertubuh sasa. Robin memang boleh diharap bila membuat kerja seperti ini. Tak sia-sia dia ke Cameron Highlands tempohari.

Hmm...tak sabar aku nak tahu. You will know your fate!Daniel mengetap bibir. Kedua tangannya digenggam kuat. Dia bingkas bangun.

Sekejap lagi dia perlu ke utara. Gagak sudah berjanji akan memberi maklumat itu di rumah rehatnya di Batu Feringghi.

Sherry! Ill be away for two days. Anything, please update me. You know my cellphone number. Daniel interkom Sherry.

Ok boss!

Daniel mengemas sekejap mejanya dan mula menapak keluar. Kereta Lamborghini kelabu dipandu laju menuju ke Pulau Pinang.

DANIEL mengambil udara segar dari balkoni bilik mengadap pantai di Batu Feringhi. Angin sejuk dari pantai bertiup lembut. Pajamas yang tersarung di tubuhnya dibuka perlahan. Hanya tinggal boxer brief. Daniel membuat tekan tubi. Perlahan dia bangun. Matanya melirik pada sampul yang diberi Gagak tadi sebaik tiba di situ. Sampul itu dibuka perlahan. Satu persatu maklumat dalam sampul itu dibaca.

Hmm...interesting. Daniel senyum lebar. Semua maklumat mengenai gadis itu dibaca penuh minat.

Hmm..so, her name is Nelissa. Theres no photo Sampul itu ditonggeng berkali-kali, mencari gambar anak gadis Tan Sri Johari. Mana tahu foto terselit di celah sampul.. hampa..