Lukisan Asmara - 7
Keenam

ANGIN pagi itu bertiup sepoi-sepoi bahasa menemani mendung yang berarak menenggelami kemeriahan bumi. Sekali-sekala, hujan renyai dijemput membasahi tanah yang muram ketika itu. Suasana alam turut murung seiring dengan pemergian Allahyarham Sulaiman Bakhtiar yang menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan anak tunggal kesayangannya Nurul Alyssa, malam sebelumnya. Akhirnya, pergi jua seorang insan untuk menghadap penciptanya setelah diuji dengan musibah dan penyakit. Di perkarangan rumah Sulaiman Bakhtiar, kelihatan ramai kenalan dan jiran yang sudah memenuhi sejak awal lagi. Mereka sudah silih berganti datang bertandang setelah berita tentang pemergian Allahyarham Sulaiman sampai ke pengetahuan mereka. Di suatu sudut halaman pula kelihatan beberapa orang lebai sedang memberi arahan kepada petugaspetugas pengurusan jenazah dalam menyediakan segala kelengkapan urusan pengebumian.

Manakala di tanah perkuburan pula, penggali kubur yang lebih dikenali sebagai Tok Seman oleh masyarakat setempat, sudah siap menggali pusara mengikut ukuran yang telah diberikan. Segala-galanya kelihatan berjalan dengan teratur sekali. Di ruang tamu pula, terbujur kaku jasad Sulaiman dengan dilitupi kain batik lepas. Suasana begitu sedih sekali ketika itu. Setiap yang datang tidak putus-putus membacakan membaca surah Yasin. Paling tidak pun, mereka akan menyedekahkan surah al-Fatihah untuk arwah. Nurul Alyssa hanya mampu tunduk dan terus-menerus menatap wajah papanya yang tampak tenang sahaja. Tiada lagi air mata yang menghujani pipinya, cuma dia pilu kerana selepas ini dia tidak mungkin lagi dapat melihat senyuman papanya, apa lagi berbicara dengannya. Tuhan telah mengambil pergi orang yang paling disayanginya. Namun begitu, dia reda. Sekurang-kurangnya, derita sakit yang ditanggung papanya selama ini sudah berakhir. Dia bersyukur kerana papanya pergi dalam keadaan baik dan dia berkesempatan berada di sisi papa ketika di penghujung nyawanya.

Alyssa,

kedangaran jelas suara Imam Razak memanggilnya.

Macam mana sekarang Kita nak kebumikan jasad allahyarham dengan segera ataupun Alyssa nak tunggu ibu Alyssa dulu

tanya Pak Imam meminta keputusan Alyssa.

Kita kebumikan sahaja, Pak Iman. Tak perlu tunggu mama,

ujar Alyssa dengan tegas. Dia teringat akan pesanan papanya,

Alyssa, ingat ya sayang. Kalau terjadi apa-apa pada papa, termasuk jika papa mati, jangan sekali-kali beritahu pada mama. Papa tak reda kalau dia datang. Papa dah tak boleh tengok muka dia, apa lagi nak memaafkan dia.

Kita kebumikan segera, Pak Imam,

beritahu Alyssa sekali lagi. Setelah mendengar keputusan Alyssa itu, Pak Imam terus mengarahkan agar jenazah segera ditutup dan dimasukkan ke dalam keranda jenazah untuk diusung ke kawasan perkuburan. Begitu ramai sekali yang mengiring jenazah ke tanah perkuburan. Arwah Sulaiman amat dikenali oleh masyarakat setempat kerana pernah berkhidmat untuk jawatankuasa surau dan mukim semasa beliau belum uzur dahulu. Selain itu juga, beliau dikenali kerana sifat lemah-lembut dan peramahnya. Ramai yang suka bergaul dengannya. Begitulah sikap allahyarham, namun begitu, segalagalanya sudah berakhir kini. Tiada lagi senyum tawa dari insan yang tinggi budi pekertinya dan disenangi oleh penduduk sekitarnya. Suasana di tanah perkuburan juga syahdu ditemani cuaca mendung. Semua diselubungi kesedihan ketika jenazah diturunkan ke liang lahat. Sudah pastinya, Alyssa adalah orang yang paling sedih ketika kali terakhir memandang jasad papanya turun ke liang dan sekali lagi air mata bertamu tanpa diundang.

Orang ramai beransur-ansur melangkah pergi dari kawasan perkuburan tersebut setelah selesai mengaminkan talkin yang dibaca Iman Razak. Masingmasing mengucapkan takziah dan memberikan katakata semangat kepada Alyssa. Sementara itu, di bawah sebatang pohon kemboja di sudut pintu masuk kawasan perkuburan, berdiri seorang wanita yang pernah hidup bahagia bersama Allahyarham Sulaiman suatu ketika dahulu. Mariana, yang lengkap bertudung putih itu hanya mampu memandang dari jauh dan meratap pemergian suaminya itu. Dalam hati, terdetik juga sedikit penyesalan kerana meninggalkan Sulaiman dalam keadaan uzur. Berita kematian Sulaiman disampaikan kepadanya melalui panggilan telefon dari Roziana. Roziana menghubungi Mariana tanpa pengetahuan Alyssa kerana dia berasa bertanggungjawab untuk menyampaikan berita kematian itu. Baginya, Mariana wajar tahu akan pemergian suaminya itu. Alyssa tidak menyangka akan bertembung dengan mamanya ketika keluar dari kawasan perkuburan itu. Dia tidak dapat mengawal perasaannya ketika itu dan terus mendapatkan mamanya kerana tidak berpuas hati dengan kehadirannya di situ.

Mengapa mama ada dekat sini Siapa beritahu mama fasal berita ni Baik mama pergi dari sini, sebab papa tak suka mama datang tengok dia. Mama dah buang papa dari hidup mama, kan Jadi jangan terkejut kalau papa juga dah buang mama dari hidup dia,

ujar Alyssa dengan marah tetapi cuba ditenangkan oleh Roziana dan Elly. Mariana tidak mampu menjawab semua persoalan Alyssa itu. Dia tahu, sudah tentu Alyssa marah akan segala perlakuannya terhadap mereka berdua sebelum ini. Sebagai isteri, dia berdosa besar kepada suaminya kerana berlaku curang dan derhaka dan sebagai ibu, dia telah gagal melaksanakan tanggung jawabnya kerana menyisihkan anaknya sendiri. Alyssa punya alasan yang kukuh untuk menolak kehadiran Mariana ketika itu. Tidak hairan juga jika Alyssa juga turut membuang Mariana dari hidupnya.

Sekarang ni, Lyssa minta, Cik Puan Terhormat Mariana, tolong pergi dari sini dan jangan sesekali datang ke sini lagi. Saya takkan reda,

pinta Alyssa, seperti terlupa bahawa dia sedang berbicara dengan mamanya. Melihatkan keadaan Alyssa yang makin semarak kemarahannya, Roziana mengambil jalan pintas minta Mariana menurut sahaja kehendak Alyssa, sekurangkurangnya buat masa itu.

Kak Mariana, saya tahu kakak ada hak untuk mengunjungi pusara Allahyarham Abang Sulaiman. Tapi, saya minta kakak baliklah dulu sebab Lyssa pun tengah marah tu. Saya cuma pinta dari kakak supaya tidak keruhkan keadaan di sini. Lyssa sudah cukup berasa tertekan dan sedih sekarang,

nasihat Roziana. Akhirnya dengan lemah, Mariana mengangkat kakinya lalu beredar. Terbit sesal dihatinya kerana tidak dapat mendekati pusara Sulaiman, apa lagi untuk menyedekahkan doa pada lelaki yang pernah membahagiakannya dahulu. Namun, masa tidak mungkin diputar kembali.

Selamat tinggal, abang. Bersemadilah dengan tenang di sana. Maafkan Mar, abang, kerana telah membuatkan abang derita selama ini,

sekilas Mariana mengerling pusara suaminya dengan titisan air mata.

Astaghfirullahhalazim, betul ke Bila tu

soal Tuan Fahreen apabila menerima suatu panggilan di telefon bimbitnya. Ada seseorang di talian yang memaklumkan tentang kematian seorang saudara yang mungkin dikenalinya.

Tak apalah bang, mungkin sudah suratan takdir dan ajalnya. Terima kasih sebab sampaikan berita ini,

ucap Tuan Fahreen lagi dan sesaat selepas itu, talian telefon dimatikannya. Innalillahi-wainailaihirajiun. Fail yang sedang diteliti sebentar tadi, segera ditutupnya untuk bertafakur seketika bagi menyedekahkan al-Fatihah untuk si mati. Dia sendiri tidak menyangka, terlalu cepat beliau pergi. Namun, kalau sudah kehendak Ilahi, siapalah kita untuk menghalangnya. Tuan Fahreen mula menyelak laci peribadinya dan mengeluarkan satu album lama. Di dalam album itu, terdapat gambar allahyarham ayahnya bersama seorang saudara rapat yang amat disayanginya. Namun, kerana suatu insiden yang tidak dapat dielakkan, mereka telah terpisah. Sejak sekian lama, ayahnya tidak pernah putus asa mencari saudaranya yang dianggapnya seperti darah dagingnya sendiri. Sememangnya hubungan dua saudara ini ibarat aur dengan tebing, umpama pungguk dengan rembulan yang tidak bisa dipisahkan. Hubungan akrab mereka telah membuahkan perasaan kasih sayang yang amat mendalam sehinggalah apabila salah seorang darinya pergi membawa diri kerana kecewa dengan kenyataan hidupnya.

Tinggallah ayahnya yang sarat dengan perasaan rindu pada saudara, sahabat dan teman. Tiada sebarang perkhabaran dikirimkan semenjak saudara itu meninggalkannya. Kali terakhir dia mendengar berita, saudaranya sudah pun mendirikan rumah tangga dan berjaya dalam kerjayanya. Walaupun sedih kerana tidak dapat bertemu orang yang dirindunya, tetapi dia tetap bersyukur apabila mengetahui bahawa saudaranya itu sudah mampu berdikari dan membina penghidupannya sendiri. Sahabat yang dianggap sebagai adik itu, tidak menoleh ke belakang lagi semenjak dia mengangkat kaki keluar dari rumah keluarganya. Tetapi, si abang tetap merindu pada si adik sehingga nama si adik sentiasa meniti di bibirnya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya. Tuan Fahreen teringat akan pesanan dan amanah allahyarham ayahnya.

Ayeen,

panggilan manja yang diberikan kepada Tuan Fahreen ini.

Ini adalah gambar Pak Cik Yuyu. Ayeen simpan gambar ni baik-baik. Andai kata ayah sudah tiada nanti, Ayeen cuba cari dia. Perkenalkan diri Ayeen pada dia dan jika dia berada di dalam kesusahan, Ayeen bantulah dia sedaya upaya.

Tapi ayah, siapa Pak Cik Yuyu, ni Mengapa sebelum ni, ayah tak pernah pun kenalkan dia pada Ayeen

soal Tuan Fahreen pada ayahnya. Dia pelik mengapa ayahnya menyebut dan menitipkan amanah buatnya untuk menjejaki seseorang yang tidak pernah dia kenali.

Orang ini adalah adik kesayangan ayah. Sudah lama kami terpisah. Masa tu Ayeen pun belum lahir lagi. Terlalu banyak kenangan manis antara kami berdua,

ujar Tuan Tajul menjawab kemusykilan anaknya.

Tapi, setahu Ayeenlah, ayah ni kan anak tunggal dalam keluarga Macam mana ayah boleh kata yang ayah ni ada adik Arwah atuk dulu pun, tak pernah sebut pun pasal Pak Cik Yuyu ni,

tanya Tuan Fahreen lagi seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapan ayahnya sebentar tadi.

Memang benar, arwah atuk Ayeen tak pernah sebut pasal dia kerana ada terjadi persengketaan antara mereka. Tetapi sebenarnya, itu semua hanya salah faham sahaja. Tetapi atuk Ayeen terus menghukum Pak Cik Yuyu tanpa usul periksa akibat termakan fitnah orang. Sudah lama ayah cuba mencarinya untuk menebus segala kesalahan allahyarham atuk, tapi gagal,

terang Tuan Tajul lagi.

Apa persengketaan tu, ayah

tanya Tuan Fahreen lagi. Akhirnya, Tuan Tajul menghulurkan satu surat pada anaknya itu.

Segala-galanya terkandung dalam warkah tersebut. Baca surat ini bila ayah sudah tiada nanti. Disebalik itu, ayah ada kepilkan sekali satu wasiat khas untuk dia. Ayah amanahkan semua ini pada Ayeen dan ayah percaya Ayeen boleh melaksanakannya dengan baik,

kata Tuan Tajul sambil mengurut-ngurut dada kirinya. Tuan Tajul sudah lama menghadapi masalah jantung yang kronik. Dia juga pergi menyahut panggilan Ilahi dek kerana penyakitnya itu.

Ayeen tahu tak mengapa ayah panggil adik ayah tu dengan panggilan Yuyu

tanya Tuan Tajul sambil tersenyum.

Tak tahu Mengapa ayah

soal Tuan Fahreen pula.

Masa kecik-kecik dulu, dia suka tangkap ikan puyu, lepas tu dia mesti beri ikan-ikan puyu yang dia tangkap tu pada seorang budak perempuan yang dia minat. Namanya Khadijah. Suatu hari, ayah Khadijah dapat tahu. Apa lagi, mengamuklah orang tua tu. Terus dia baling balang ikan puyu tu pada adik ayah. Sejak itulah, ayah panggil dia, Yuyu,

sambung Tuan Tajul lagi seraya tersenyum mengimbas kenangan lamanya. Tuan Fahreen turut tersenyum sendirian ketika mengenangkan cerita arwah ayahnya itu. Sejak pemergian ayahnya, dia cuba menjejak Pak Cik Yuyu untuk menyampaikan amanah ayahnya. Lama dia mencari, baru kini orang yang dimaksudkan ayahnya itu, dia temui. Namun, ketika dia sudah hampir untuk menjejakinya, Pak Cik Yuyu pula dikhabarkan sudah meninggal dunia. Hebat sungguh dugaan dua sahabat ini. Mungkin tuhan telah mentakdirkan mereka bertemu di syurga agaknya.

Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua-duanya. Amin,

doa Tuan Fahreen dalam hatinya dan tanpa dia sedari air matanya mengalir tanpa diundang. Kini, dia perlu mencari waris Pak Cik Yuyu supaya dia dapat menyampaikan amanah yang telah diwasiatkan. Gelap, suram, malap, sunyi dan hiba sekali perasaanya, setiap kali menatap gambar papa yang terpapar di mejanya. Sukar sekali untuknya melelapkan mata sejak pemergiannya. Setiap kali dia cuba memejamkan matanya, wajah papanya tetap muncul dan setiap kali dia membuka mata, kelibat ayahnya seolaholah ada bersama-samanya. Alyssa amat sugul. Tubuhnya seakan-akan tidak berdaya untuk menongkat penghidupannya lagi. Tulang belakangnya yang menjadi pendorong dan penyokongnya telah tiada di muka bumi ini. Segala apa yang dilakukannya serasa seakan tidak sesempurna dahulu.

Mengapa papa pergi terlalu cepat Papa tak kasihankan Lyssa ke Lyssa sunyi sangat papa. Lyssa rindukan papa,

tangis Alyssa dengan mukanya disembamkan ke bahagian hujung katilnya. Sudah seminggu Alyssa tidak ke pejabat. Dia diberikan cuti ehsan kerana kematian papanya selama tiga hari dan selebihnya, dia dinasihatkan mengambil cuti tahunan bagi memberi ruang ketenangan untuknya. Jika diikut jadual, hari ini adalah hari terakhir Alyssa bercuti dan sepatutnya esok dia harus melaporkan diri semula ke tempat kerjanya. Walau bagaimanapun, keadaan Alyssa yang masih murung tidak memungkinkan dia untuk hadir semula ke pejabat.

Assalamualaikum,

sapa Elly, sahabat baiknya. Dia datang berkunjung setelah diminta berbuat demikian oleh Roziana.

Waalaikumsalam. Ha Elly, masuklah,

ujar Roziana sambil membuka pintu. Semenjak kematian Sulaiman, Roziana mengajak Alyssa untuk tinggal bersamanya. Dia tidak sanggup untuk membiarkan Alyssa tinggal sendirian, apatah lagi dalam keadaan emosinya yang tidak stabil itu. Baginya, biar apa pun yang terjadi, dia harus sentiasa berada disisi Alyssa untuk menjadi pembakar semangatnya meneruskan kehidupan. Bertambahan pula, Roziana tahu Alyssa masih muda dan sukar untuknya menerima dugaan itu.

Mengapa Kak Rozi suruh Elly datang ni Alyssa sakit ke Mana dia

tanya Elly ketika Roziana menghidangkan minuman untuknya.Tengkuknya pula panjang sahaja menjengah-jengah ke ruang bilik, manalah tahu, kalau-kalau dia boleh terlihat kelibat Alyssa itu.

Akak suruh Elly datang supaya Elly dapat tengoktengokkan keadaan Lyssa tu. Kalau nak ikutkan, esok dia sudah mula bekerja balik. Tapi, memandangkan keadaanya itu, akak risaulah nak lepaskan dia pergi kerja. Akak rasa, emosi dia tak berapa stabil lagilah. Sejak papanya meninggal sampailah ke hari ini, dia asyik termenung saja dalam bilik. Bercakap tak mahu, makan pun tak mahu,

ujar Roziana panjang lebar mengenai keadaan Alyssa.

Tak bolehkah dilanjutkan lagi cuti Lyssa tu, Elly

Saya ni serba salahlah, Kak Rozi. Saya kasihan tengok keadaan Si Alyssa tu. Tetapi, pejabat tetap mahu dia pulang bekerja esok, sebab banyak kerjakerja dia yang tertangguh. Lagi pun, sekarang dah hujung tahun. Tak lama lagi syarikat nak close account. Semua kerja-kerja tu, dia yang kena uruskan,

terang Elly, bimbang campur kasihan dengan keadaan Alyssa sekarang. Roziana pula melepaskan keluhan sambil menjeling ke arah bilik Alyssa

Begini sahaja Kak Rozi, apa kata Elly cuba pujuk dia pula. Mana tau kalau-kalau dia mahu dengar,

ujar Elly lagi. Roziana hanya menganggukkan kepalanya seraya memandang Elly bangun menuju ke bilik Alyssa.

Beb, sudahlah tu. Aku tahu, kau sedih sangat fasal peristiwa itu. Tapi, sampai berapa lama kau nak macam ni, beb

soal Elly sambil mengusap belakang Alyssa. Elly hampir-hampir mahu mengalirkan airmata ketika melihat keadaan Alyssa, tetapi ditahannya. Dia tidak mahu menambah duka sahabatnya itu. Lagipun, dia berasa bahawa sekarang adalah masanya untuk memberikan semangat kepada Alyssa.

Kau tak faham apa yang aku tanggung sekarang. Aku sudah kehilangan orang yang paling penting dalam hidup aku,

esak Alyssa terus-menerus menitiskan airmata.

Engkau lupa ke, beb Aku pun pernah alami apa yang alami sekarang. Alyssa, nasib kita ni serupa. Kita sama-sama anak yatim,

ungkap Elly. Dia mengingatkan Alyssa bahawa status mereka adalah sama sekarang. Apa yang ditempuhi oleh Alyssa sekarang sudah dirasainya suatu ketika dulu.

Kau tak boleh biarkan kenangan bersama papa kau terus menerus menguasai emosi kau. Aku faham, kau sedih sangat dan rindu sangat pada papa kau. Tapi beb, yang pergi tetap pergi. Kita yang tinggal ni harus teruskan kehidupan. Life goes onlah, beb,

kata Elly cuba menasihati Alyssa.

Kalau papa kau tahu keadaan kau yang macam ni, tentu dia sedih. Bukankah dia dah pesan pada kau hari itu supaya jaga diri baik-baik dan teruskan kehidupan seperti biasa.

Macam mana aku nak teruskan hidup aku, Elly. Separuh nyawaku sudah pergi meninggalkan aku. Aku cuba mencari sisa-sisa yang tinggal, tapi tak berjaya kutemui. Aku tidak sekuat engkau Elly. Engkau begitu tabah menempuhi saat-saat kehilangan ayah kau, sebab kau punya ibu untuk engkau berpaut. Tapi aku, dari dahulu hanya hidup berpayungkan bebayang papaku. Dialah segala-galanya. Engkau sendiri tahu kan, bagaimana layanan mama pada aku. Aku dah tak punya siapa-siapa lagi di dunia ni, Elly,

tangis Alyssa, kali ini dengan lebih kuat lagi.

Ya Allah, mengapa engkau cakap begitu, Lyssa Engkau masih ada aku dan Kak Rozi. Bukankah kami telah berjanji untuk terus bersama engkau membina semula kekuatan yang hilang itu. Yang lebih penting lagi, bukankah kita masih punya Allah yang sentiasa berada disisi kita,

nasihat Elly lagi dengan lebih panjang lebar. Dia tidak bersetuju dengan kenyataan Alyssa yang merasakan dirinya bersendirian kini. Mengapa Alyssa tidak boleh lihat akan kasih sayang yang cuba disemaikan oleh Kak Rozi dan dia. Baginya sendiri, Alyssa sudah diangkat menjadi teman yang amat disayanginya dan menjadi orang kedua penting selepas ibunya di kampung. Jasa dan kebaikan Alyssa padanya suatu ketika dahulu, tiada galang gantinya. Kerana itulah, dia bertekad untuk berdiri teguh di belakang Alyssa untuk menjadi penyokong jiwa yang rapuh itu.

Tuhan tak adil, Elly. Mengapa dia ambil papa aku, mengapa tidak papa orang lain. Pasti tuhan tahu bahawa aku hanya punya papa sahaja di dunia ini. Tapi, mengapa dia tetap rampas papa dari aku

sambung Alyssa, kali ini seolah-olah hilang akal pula.

Masya-Allah, mengucap Lyssa. Mengapa dengan engkau ni Jangan mempersoalkan kejadian dan dugaan Allah. Kerana pada setiap dugaannya pasti akan terselit seribu kemanisan yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Jangan jadikan kematian papa engkau, sebagai alasan untuk engkau menyalahkan-Nya kerana engkau tidak layak langsung untuk itu. Engkau hanya hambanya yang lemah, beb,

ujar Elly cuba menyedarkan Alyssa. Dia tahu, Alyssa tidak sengaja mempersoalkan tentang musibah Allah. Emosinya tidak sekental dahulu. Jika gagal dikawal pasti menjebak permasalahan yang lebih besar lagi.

Begini sajalah, beb. Engkau ambillah lebih masa lagi untuk menenangkan perasan kau. Mengenai soal kerja, nanti aku cuba jelaskan pada bahagian admin mengenai keadaan engkau sekarang ni. Tetapi ingat, apa yang penting sekarang adalah diri engkau sendiri. Tiada seorang pun yang dapat membantu engkau sekarang jika engkau sendiri biarkan jiwa tu jadi kacau. IngatAllah banyak-banyak ya, beb,

itulah ungkapan akhir sebelum Elly bingkas bangun dan meninggalkan Alyssa yang terus-terusan melayan perasaannya.

Bagaimana Elly Berjayakah Elly nasihatkan Alyssa tu

tanya Roziana sejurus apabila terpandang Elly yang baru keluar dan menutup pintu bilik Alyssa.

Entahlah, kak. Dia macam dah hilang semangat. Tapi akak jangan risau sangat. Nanti Elly cuba tengok apa yang Elly boleh buat. Insya-Allah, dua atau tiga hari lagi eloklah tu,

janji Elly, walaupun dia sendiri kurang pasti. Di dalam bilik pula, air mata Alyssa masih terus berderaian. Kata-kata Elly tadi, ada benarnya. Lantas dia teringat akan segala pesanan arwah papanya. Dia tidak boleh tinggal sedih terus-terusan begini. Hidup harus diteruskan. Tetapi bagaimana Hanya tuhan yang tahu. Keadaan Alyssa sekarang umpama tunggul mati yang bernyawa. Pancainderanya penuh dengan kemarahan dan kekesalan. Jiwanya memberontak dengan segala permasalahan jiwa yang dihadapinya. Tetapi hidup, tetap harus diteruskan.

Ya benar, hidup harus diteruskan. Aku tidak boleh tinggal sedih begini, pasti papa akan turut sedih di kuburnya. Aku perlu bangkit menyambung hidupku,

tiba-tiba datang kekuatan di dalam diri Alyssa. Dia sedar, hidup tidak ada maknanya jika dia terus-terusan berdukacita. Perancangan sudah tersusun di hadapannya. Cuma jalannya sahaja yang perlu dia pilih. Kini, dia bersendirian dalam menentukan corak hidupnya. Kalau dahulu, ayahnya banyak membantunya mencari identiti, kini, walaupun tanpa bantuan mamanya, dia tetap akan bangun berdiri walaupun dengan hanya bertongkatkan ranting kayu yang rapuh.

Selamat datang dunia baru. Aku kembali ke dadamu,

ujar Alyssa dalam hatinya.