Tika Cinta Berbisik - 7
Bab 6

ABANG tak setuju! bantah Khairul. Harlina terkejut mendengar suara suaminya yang lebih berupa jerkahan.

Dengarlah dulu, bang. Saya ada sebab untuk semua ni.

Apa yang awak buat dah melukakan hati saya. Ada awak tanya pendapat saya dulu

Saya minta maaf, bang. Saya tak berniat nak menyakiti hati abang. Abang sendiri mahukan anak daripada benih abang sendiri, malah mak beriya-beriya mahukan cucu anak abang.

Bukankah kita dah setuju takkan ungkit hal ini Suara Khairul kedengaran seperti halilintar.

Sebak dada Harlina mendengar tengkingan Khairul. Mengapa Khairul enggan memahami rancangan dan tujuannya. Apa yang Harlina lakukan adalah untuk masa depan mereka sendiri.

Harlina, hidup abang dah terisi dengan kehadiran Lina. Memang abang akui anak adalah penyeri rumah tangga tapi Tuhan belum beri kita rezeki lagi.

Lina dah tak sanggup dihina dan dicaci lagi. Lina ni menantu mak. Tapi Lina tak pernah merasai kasih sayang dari mak abang. Dulu sebelum kita kahwin, abang juga yang cakap Lina akan dapat merasai kasih sayang dari mak.

Sabar, sayang. Mak mungkin ambil masa yang lama untuk terima orang baru dalam keluarga ni. Sabarlah, pujuk Khairul.

Hanya kerana Lina dibesarkan di rumah kebajikan yang tak tahu asal-usul, semua orang memandang hina pada Lina. Lina pun ada hati bang, ada perasaan. Lina cukup jaga hati orang di sekeliling, tapi hati Lina ni tak ada siapa yang peduli.

Jangan cakap macam tu. Abang kan ada. Selama ini tak cukupkah perhatian yang abang berikan pada Lina Tak cukupkah sayang

Bang, hanya kali ini saja, rayu Harlina semula.

Sabarlah sayang, abang yakin tentu kita mampu lahirkan cahaya mata kita sendiri. Mungkin tak lama lagi, pujuk Khairul menenangkan isterinya.

Setelah keadaan isterinya kembali tenang, Khairul kembali ke bilik perpustakaan yang dibuat khas untuknya. Fikirannya masih teringat katakata isterinya yang sedaya upaya memujuk agar bersetuju dengan rancangannya.

Hai, bilalah mak dapat menimang cucu. Benih dalam rumah ni tak subur agfaknya, kata ibunya sewaktu berkunjung ke rumah mereka.

Memang dia akui ibunya teringin benar nak menimang cucu. Tapi tak sangka pula dia sanggup mengeluarkan kata-kata seperti itu. Dia masih ingat peristiwa yang membuatkan hati isterinya terluka.

Khairul, kau dah lama kawin. Mak ni semakin tua. Bilalah kau dapat hadiahkan mak cucu. Rumah sebesar ni tak elok duduk berdua saja, rungut Datin Rafeah suatu hari.

Sabarlah, mak. Kami belum ada rezeki, suara khairul kedengaran lemah.

Alah, belum ada rezeki atau kau yang tolak rezeki Mak bukan menolak takdir tapi kau yang cari penyakit. Dari dulu mak tak berkenan dengan Harlina tapi kau nak juga. Kalau ikutkan kata hati mak, mak kawinkan kau dengan Liza. Bukan kau tak kenal sepupu kau tu.

Dahlah mak. Benda dah jadi tak payahlah diungkit-ungkit. Saya dan Harlina tak ada masalah. Kami boleh melahirkan zuriat kami sendiri. Mungkin Tuhan nak duga kami agaknya.

Sudah! Kalau dalam masa terdekat ni isteri kau tu masih tak mengandung lagi, mak nak kau kawin dengan Liza. Dia pun tak kahwin lagi. Agaknya dia kecewa dengan kau.

Apa ni, mak, Harlina saya nak letak kat mana Dia isteri saya, dialah satu-satunya wanita yang berjaya mencuri hati saya. Saya tak setuju dengan cadangan mak tu. Mak tak kesian kat Harlina ke

Khairul, mak ni macam tunggu buah kelapa yang tak gugur. Kita jaga elok pun tapi tak guna kalau tak boleh diperah santannya!

Pada waktu itu juga dia melihat Harlina berlari ke bilik. Dia tahu Harlina telah mendengar segalanya. Datin Rafeah yang perasan kelibat Harlina akhirnya meminta diri untuk pulang. Itupun setelah memberi kata dua kepada Khairul.

Malam itu puas dia memujuk Harlina, namun tangisannya masih belum berhenti. Dia tahu perasaan Harlina. Kalau dia berada di tempat Harlina pun pasti hatinya diragut pilu.

Betul kata mak, bang. Lina ni macam kelapa yang dijaga tapi santannya tak bernilai.

Dahlah Lina, mak terlalu ikut perasaan. Janganlah ambil hati dengan kata-kata mak.

Senangnya abang cakap. Lina yang tanggung, bang. Lina tak mampu beri abang anak dan cucu pada mak. Bukan Lina nak semua ni berlaku. Lina dah cuba sebaik mungkin untuk beri yang terbaik pada abang. Tapi Lina tak mampu.

Khairul terkedu. Dia tersepit antara ibu dan isterinya.

Harlina tahu semuanya berpunca daripada Lina. Malah, Lina tahu mak selalu marah abang. Abang, beritahulah apa yang Lina harus buat sekarang. Cakaplah, bang!

Ternyata malam itu Khairul gagal untuk memujuk Harlina. Rasa kasihan benar-benar menyelubungi dirinya. Khairul cuba membuang jauh bisikan kata-kata jahat dari ibunya.

Tidak, Harlina tak bersalah. Oh Tuhan, jangan lah kau ambil Harlina dariku. Berikanlah sinar kebahagiaan pada kami. Khairul berdoa dalam hatinya.

ESOKNYA, Datin Rafeah datang lagi ke rumah mereka, namun kali ini kedatangannya dengan membawa seorang wanita muda yang cantik dan berpakaian seksi. Kebetulan hari itu, Khairul bertugas di luar daerah.

Mak nak minum apa Harlina bertanya penuh sopan. Walaupun letih kerana baru pulang dari pejabat, dia tetap bermanis muka dan cuba melayani tetamunya itu dengan baik.

Tak payah susah-susah. Aku datang ni pun sekejap saja. Hm, Khairul mana

Dia tak ada. Out-station.

Mata Harlina memandang wanita di sebelah Datin Rafeah. Wanita itu memaut tubuh ibu mentuanya dengan manja.

Saya Liza, wanita itu menghulurkan tangannya. Harlina menyambut salamnya.

Hah, inilah Liza yang aku nak jodohkan dengan Khairul dulu, Datin Rafeah berterus-terang tanpa berselindung.

Jadi Harlina berpura-pura tidak faham. Dia terus bersikap tenang.

Jadi apa Tengoklah perbezaan kau dengan dia. Kau tu nama saja pegawai tinggi, tapi gaya ma cam orang kampung! Jauh berbeza dengan Liza yang moden ni. Kau tak rasa malu ke

Kenapa saya kena malu, mak Saya pakai pakaian yang menutup aurat. Saya tak nak Abang Khairul menanggung dosa kerana saya, jawab Harlina.

Liza yang hanya mengenakan gaun pendek itu terasa seakan terbakar mendengar kata-kata Harlina. Dia terus melenting, Ish, macam manalah Khairul boleh pilih kau ni Tutup aurat konon! Setakat blaus labuh dengan seluar panjang ni, dah macam orang tua kau tau tak

Macam perempuan kampung! Mak pun tak tahu apa nak jadi dengan Khairul tu. Agaknya kau ni dah guna-gunakan dia tak suara Datin Rafeah bagaikan halilintar yang memecahkan hati Harlina.

Ya Allah, saya tak pernah terniat nak buat perkara khurafat tu, mak, mata Harlina sudah mu la berkaca. Hatinya terkilan dengan kata-kata ibu mentuanya.

Khairul tu dah buta! Buta memilih yang mana satu intan dan mana satu kaca. Kami ini keturunan orang ternama. Kau apa Asal-usul pun tak tahu. Mak bapak jauh sekali! Aku tak suka perempuan macam kau ni jadi menantu aku! Datin Rafeah melemparkan kata-kata kesat kepada Harlina.

Mak, saya tahu yang saya ni membesar di rumah anak yatim. Tak kenal mak bapak. Sebab tulah saya harapkan yang mak akan menjadi mak saya. Saya harap mak boleh bagi tunjuk ajar pada saya dan sayangkan saya macam anak sendiri. Memang saya tak pandai bergaya macam Liza ni. Tapi apalah guna bergaya kalau di akhirat nanti semua yang terdedah ni akan dibakar dalam neraka Harlina kembali bertenang.

Jawapan Harlina itu ternyata semakin menambahkan kemarahan ibu mentuanya. Api yang sedia menyala semakin membara.

Kau tengok, Liza! Perempuan tak sedar diri ni nak mengajar mak pula. Kau ingat kau pakai labuh-labuh ni kau pasti akan masuk syurga ke

Orang macam ni memang hipokrit, mak! Perasan baik sangat padahal agaknya anak haram! Sebab tu kena campak di rumah anak yatim! Liza terus menghasut. Dia sebenarnya berasa tercabar melihat ketenangan yang ada pada Harlina. Semakin dihina, Harlina semakin tenang. Sedangkan kata-kata Harlina ibarat selumbar yang menusuk ke hatinya!

Harlina sekadar tersenyum mendengar kata-kata Liza. Dia tahu tidak guna dia bertegang urat dengan kedua-dua wanita itu. Ibarat mencurah air ke daun keladi, langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Syurga neraka tu milik Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita semua ni. Sudahlah tu, mak nak minum apa Harlina terus berlembut.

Tak payah! Aku datang sini bukan nak minum. Kalau kau buat air pun tak ingin aku! Aku cuma nak cakap, kalau dalam masa setahun ni kau tetap tak mengandung, aku akan paksa Khairul kahwin dengan Liza! Dasar perempuan mandul! Datin Rafeah terus melangkah keluar selepas memuntahkan kata-kata yang sungguh memedihkan itu.

Liza tergedik-gedik mengekori langkah Datin Rafeah keluar. Dia sempat melemparkan flying kiss kepada Harlina, bertujuan untuk menyakitkan hati wanita itu.

Sebaik sahaja pintu rumah tertutup, Harlina terduduk di sofa. Air mata yang ditahan dengan sedaya-upaya tadi akhirnya terus-menerus membanjiri pipi. Kata-kata Datin Rafeah terlalu melukakan jiwanya.

Harlina semakin terdesak. Dia hanya mampu berdoa supaya Nurul akan bersetuju dengan tawar an nya. Dia tidak sanggup lagi menerima peng hinaan. Hati wanitanya tidak kuat.