Complete Me - 7
Bab 7

LAMA Afiqa merenung akhbar Harian Panas tentang berita susulan mengenai dirinya dan

Airish yang akan melangsungkan pernikahan mereka lebih kurang seminggu sahaja lagi. Tidak sangka pula, begini suratan takdir kisahnya. Sungguh mengerikan, dia sendiri langsung tidak terlintas dalam benaknya untuk bersuamikan seorang selebriti.

Kau kenapa Monyok aje ni. Pengantin mana boleh tayang muka monyok-monyok macam ni. Hilanglah seri nanti!

Katrina datang membawa dulang yang berisi penuh dengan makanan. Wajah sugul Afiqa ditenungnya.

Aku memang dah hilang seri pun, sejak hari aku dipaksa untuk berkahwin lagi, perlahan sahaja intonasi suara Afiqa, umpama suara orang yang sedang berserah.

Katrina memandang dengan penuh perasaan simpati.

Fiqa, janganlah macam ni. Cuba kau terima hakikat ni. Seronok tau! Bukan semua orang bernasib baik macam ni. Hebat kau, Fiqa!

Usikan berbaur sindiran Katrina itu dibuat endah tak endah sahaja oleh Afiqa. Malas mahu mengambil pusing tentang apa yang dibicarakan Katrina itu.

Entahlah, Rina. Aku sendiri tak tahu. Dah buntu aku dibuatnya. Apa yang aku rasakan sekarang ni, aku memang tak nak kahwin dengan dia! Sumpah! Aku langsung tak teringin nak bersuamikan lelaki macam tu serik!

Katrina menghembuskan nafasnya lembut. Dia sedar siapa yang dimaksudkan Afiqa itu.

Fiqa! Bukan semua lelaki sama, okey. Kau tak boleh samakan Airish tu dengan Rayhan! Walaupun keduaduanya selebriti, tapi mereka bukan orang yang sama. Lagipun, kau belum kenal lagi Airish macam mana, pujuk Katrina panjang lebar.

Namun, Afiqa terus mencebik. Aduhai.

Tengok cara dia pun aku dah tahu. Lelaki ni semuanya sama! luah Afiqa. Geram.

Itulah kau. Cubalah jangan fikir negatif sangat. Dah! Makan ni. Nanti kau nak kena pergi spa, pulak kan

Afiqa mengangguk.

Kata tak nak kahwin, tapi persiapan sama aje macam orang kahwin! omel Katrina.

Afiqa yang mahu menyuap bubur ayam itu meletakkan kembali sudu itu. Lengan gadis itu dicubit geram.

Mana ada! Kalau tak disebabkan si mamat tu yang suruh, aku pun tak teringinlah!

Sakitlah! Dasar tangan ketam!

Mengadalah kau ni! Afiqa tergelak sakan.

Katrina tersenyum lega. Boleh ketawa lagi rupanya.

SUNGGUH Airish terpaku saat melihat Afiqa ber-

pakaian seperti itu. Gaun labuh yang disarungkan ke tubuh sangat cantik pada pandangan matanya. Solekan nipis di wajah Afiqa jelas menunjukkan betapa cantiknya gadis manis itu. Solekan nipis begitu menyerlahkan lagi air muka ayu bakal isterinya.Tidak sangka gadis selekeh itu boleh tampak begitu cantik sekali. Mana tidak selekeh Afiqa sentiasa mengenakan t-shirt lengan panjang dan jeans lusuh!

Nampak lain ke

Afiqa gundah. Tidak pernah dia bergaya seperti ini. Solekan pada wajahnya terasa mahu dibilas segera. Gatalnya, Ya Allah!

Airish berdehem seketika, tidak mahu Afiqa perasan akan rasa tergamamnya sebentar tadi. Biasa aje.

Afiqa mencebik kecil. Kedekut! At least, pujilah sikit. Orang make-up ni pun untuk dia jugak!

Jom! arah Airish.

Afiqa di belakangnya naik gementar seluruh tubuh saat penjaga pintu membukakan pintu itu. Terjenguk puluhan manusia pemburu berita di hadapan mereka. Liur ditelan sejenak, memandang para wartawan di situ. Di sisinya setia beberapa orang pengawal sedang menjaga laluan untuk naik ke pentas bersama Airish. Dengan perhatian sebegini rupa, sungguh Afiqa terasa tidak keruan pula jadinya.

Afiqa memaniskan wajahnya sehabis mungkin. Hari ini, mereka akan adakan sidang media untuk menjelaskan sebarang persoalan yang menjadi tanda tanya selama ini kepada masyarakat di Malaysia ini. Naik lemah lutut Afiqa berjalan dengan tumit tinggi itu. Nak terjatuh pun ada. Hampir beberapa kali juga dia terpaksa berhenti seketika untuk imbangkan dirinya. Dan tanpa sedar, tiba-tiba, tubuhnya dirasakan seakan hilang imbangan lantas tangan Airish digenggamnya. Sorry, Airish! Terpaksa!

Sorry! Terpaksa! bisik Afiqa dek perasan akan jelingan tajam Airish yang menikam lembut matanya.

Fuh! Nasib baik Airish tidak melenting. Ingatkan mamat itu akan melepaskan genggaman tangannya namun lain jadinya pula apabila Airish memimpin tangan Afiqa sehingga naik ke atas pentas. Genggaman lembut darinya ternyata semakin dieratkan Airish pula. Kerusi Afiqa ditarik sebelum gadis itu melabuhkan duduknya.

Awak berdua bertemu di Bali tempoh hari, betul Adakah itu pertemuan kali pertama antara kamu berdua, atau sebaliknya Boleh jelaskan soalan pertama sudah dilepaskan.

Ya, kami jumpa di sana. Afiqa meminta pertolongan saya untuk membuang pasir dalam matanya. Sebenarnya, situasi tu agak lucu bagi saya. Afiqa sebenarnya tak tahu saya yang tolong dia masa tu. She exactly look so nervous at that time. Nak menangis pun ada saya tengok. Jadi, saya ambil keputusan untuk bantu dia. Itulah kisahnya bagaimana kami bertemu.

Soalan seterusnya saya tujukan untuk Cik Nora Afiqa.

Afiqa mengangkat kepalanya.

What do you think that youre different from the others women, to been paired up with the men who been adored by millions of women in Malaysia and Indonesia

Afiqa tersenyum manis dengan soalan yang diutarakan oleh para wartawan-wartawan itu.

Saya sendiri pun tak pasti sebenarnya. Apa yang pasti, saya tidak memaksa dia untuk mengahwini saya, selamba jawapan Afiqa.

Jadi, kenapa awak menggoda dia Adakah awak ni perampas

Afiqa terdiam. Rasa seperti benda berat yang menghempap kepalanya ketika ini. Soalan jenis apa ni

Afiqa sedikit resah apabila berdepan dengan soalan maut seperti ini. Apa yang perlu dia jawab

Istilah perampas bagi saya tak wujud. Ia cuma berkaitan antara hati dan perasaan sahaja, Airish mencelah. Cuba menyelamatkan keadaan. Dia sedar Afiqa pasti terkedu untuk menjawab soalan seperti itu.

Jadi Airish, awak cuba nak jelaskan bahawa terjalinnya ikatan antara awak dengan Dhia Anna sebelum ini bukan atas dasar cinta

Kali ini, Airish pula terdiam. Ah, sudah! Mampuslah aku.

Apa yang paling penting jodoh itu sudah ditetapkan. Tentang kisah bakal suami saya dengan Dhia, itu semuanya sejarah, spontan ayat itu terkeluar daripada mulut Afiqa.

Di hujung ayatnya, bibir Afiqa sedang tersenyum bangga. Ada rupa macam isteri seorang selebriti tak Airish pula sempat menjeling pada Afiqa. Selamba badak jawapannya. Namun, hatinya tiba-tiba disapa degupan kecil tatkala Afiqa melabelnya sebagai bakal suami.

Perkahwinan kamu berdua nampak macam tergesa-gesa. Macam ada sesuatu berlaku. Mohon penjelasan.

Tak ada apa-apa. I love her. Benda yang baik ni tidak perlu ditangguh-tangguhkan, betul

Afiqa menelan liur.

Lagipun, saya tak sabar nak jaga dia untuk sepanjang hayat. Jadi peneman dia di kala susah dan senang, Airish menjawab tenang dengan renungan redup pada Afiqa.

Oh, mamat ni, pandai betul berlakon. Huh!