CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 7
IDLAN merengus kasar. Tubuh dihenyak ke sofa. Wajahnya tegang. Mengingati peristiwa tadi, hatinya tak tenang. Arash. Terpacul nama itu di bibirnya secara tak sengaja. Sungguh, dadanya sesak. Hampir-hampir hilang sabarnya ketika Irdiana melayan Arash dengan mesra. Tahulah bekas kekasih, tapi jangan over sangat. Dengan dia sendiri Irdiana dah tak mesra macam dulu. Tapi, bila Arash tunjuk muka, tiba-tiba pula Irdiana berubah laku.

Kenapa dengan you ni Tak habis-habis nak baran tak tentu fasal! Bentak Irdiana sambil berdiri di hadapan Idlan yang berwajah bengis.

Tak ada angin tak ada ribut, taufan pula yang melanda Idlan. Nasib baik gunung berapi tak meletus sekali. Kalau tak, buat malu depan Arash saja. Tentu Arash fikir dia tak bahagia bersuamikan Idlan. Alah, kalau Arash fikir begitu, dia memang suka. Biarlah lelaki itu tahu.

Idlan kacip gigi. Rahang pipi bergerak-gerak. Sudahlah bengang belum reda. Kini, Irdiana pula menambah. Lantas, dia bingkas dari sofa. Wajah diraup sebentar untuk mereda perasaan marah.

Mesra sangat you layan lelaki tu. Jangan ingat I tak tahu apa yang ada dalam kepala dia!

Irdiana berpeluk tubuh. Tertanya-tanya dengan telahan dan amukan Idlan, Ada apa dalam kepala dia yang you tahu

Dia cuba nak rapat semula dengan you. Takkan itu pun you tak boleh nampak Dah rabun agaknya Irdiana ni. Takkan tak perasan macam mana Arash memandang dan memberi senyum Gatal semacam aje lelaki itu dengan isteri orang.

Irdiana merengus kasar, I tak nampak apa yang you nampak sebab I tak bersangka buruk pada orang!

Idlan tarik nafas dalam-dalam sebelum menghamburkan kata, Tak salah kalau I berhati-hati dengan orang macam Arash. Lagipun, dia bukan baik sangat. You dah lupa apa dia buat pada kita dulu Kita hampir-hampir tak jadi kahwin!

Idlan cuba mengingatkan Irdiana dengan kisah lama. Masih segar dalam ingatan bagaimana Arash sengaja menfitnahnya tidur dengan perempuan mat saleh. Untung saja Irdiana tak percaya. Kalau tak, memang tak jadilah dia kahwin dengan Irdiana.

Irdiana mencebik. Dia masih ingat perkara itu. Mana boleh dia lupa. Segala kenangan ketika belajar di luar negara, masih tersimpan kemas dalam kepala.

Macamlah you tu baik sangat You yang rampas I dari dia. Takkan you dah lupa Sindir Irdiana dengan senyum sinis. Bukan Idlan tak tahu ketika itu dia bercinta dengan Arash, tapi berani pula Idlan mengurat.

Idlan beristighfar. Cuba menenangkan hati yang sedang marah. Tapi, dalam masa yang sama you pun cintakan I. Kita sama-sama suka, Ir. Tak timbul isu rampas merampas. Allah dah takdirkan kita untuk bersatu. Itu ketentuan Dia, bidas Idlan secara lembut. Tak mahu bertikam lidah.

Keadaan jadi sunyi. Perang mulut berlaku tanpa henti kini bertukar sepi. Irdiana seolah-olah mati kata. Tak tahu macam mana nak membalas. Cuma yang hadir adalah perasaan kesal.

You tahu tak apa yang I rasa sekarang Soal Irdiana sinis. Kedua-dua tangan disilang ke dada.

What Idlan menyoal lambat-lambat.

Irdiana menarik nafas kasar, I menyesal kahwin dengan you. Sepatutnya, I masih kekal dengan Arash. Biar dia terus-terang. Untuk apa disimpan-simpan andai perkara itu benar. Biarlah kalau Idlan marah. atau nak anggap apa sekali pun. Dia malas nak ambil tahu soal hati dan perasaan Idlan. Kalau Idlan terguris, tak menjadi kudis buat dirinya. Kejam kau Ir

Idlan terpanar dengan luahan Irdiana. Sungguh tak menyangka Irdiana sanggup mengeluarkan katakata begitu, Apa maksud you Suaranya mengendur. Terkejut pun ada.

You dengar sendiri, kan I rasa menyesal kahwin dengan you. Arash adalah kekasih pertama I. Sepatutnya, dia yang kahwin dengan I dan bukannya you! Irdiana segera meninggalkan ruang tamu. Bergegas dia ke tingkat atas tanpa sedikit rasa bersalah selepas menghambur kata-kata itu pada Idlan. Malaslah nak tengok muka kecewa suaminya itu. Muka kesian!

Idlan melurut kasar rambutnya sebelum menghenyak tubuh ke sofa semula. Nafas berat dihela perlahan. Sakit dadanya apabila Irdiana membuat pengakuan. Kedua-dua tangan diletak atas kepala. Dahi dipicit-picit seketika. Sampainya hati Irdiana meluahkan itu semua. Tak terfikirkah Irdiana perasaannya sebagai suami

IDLAN menyapu muka. Doa diaminkan dengan sesungguh hati. Dia meletak kebergantungan seratus peratus pada Sang Pencipta langit dan bumi. Malam tadi, banyak perkara dia fikirkan. Perkara paling utama masalah rumahtangganya yang semakin pincang. Dia mati akal untuk menjernihkan semula hubungan dengan Irdiana. Ditambah lagi apabila mendengar pengakuan Irdiana, ia benar-benar merobek hati.

Kata-kata Irdiana buat dia terluka. Sanggup Irdiana membuat pengakuan begitu. Langsung tak menghormatinya sebagai suami dan ketua keluarga. Tak pandai nak menjaga hatinya.

Selesai melipat sejadah, dia mendekati katil. Sekujur tubuh Irdiana diperhatikan dengan penuh kesal. Keluhan dilepas sebentar sebelum bertindak mengejutkan Irdiana, Ir, bangun sayang. Subuh dah lama ni.

Hari-hari nak kena kejutkan. Tak reti nak bangun sendiri. Kalau mampu buat Irdiana terjaga, itu merupakan satu kejayaan untuknya. Tapi, Irdiana ni bukan tahu nak bangun. Menghabiskan air liur saja.

Irdiana keras mengeluh. Tubuh bergerak-gerak. Selimut dibuang kasar, You sembahyang sorangsorang tak boleh ke Janganlah kacau I! Eeeii... menyampah betul Idlan ni. Kalau nak sembahyang, sembahyang ajelah. Buat apa sibuk-sibuk nak kejutkan dia. Tak boleh tengok orang senang!

Idlan menggeleng. Tak tahu bila Irdiana mahu berubah. Liat sungguh Irdiana kalau diajak bersolat.

I dah solat. Jom bangun.. giatnya lagi. Tak mahu mengalah dengan kedegilan Irdiana. Dah macam budak-budak pula Irdiana kalau disuruh bersolat. Nasib baik dah besar panjang. Kalau masih budakbudak, harus disimbah dengan air sejuk satu baldi. Hee... you ni tak reti bahasa ke Berapa kali I nak cakap I period! Bentak Irdiana dengan alasan serupa. Dah tak ada alasan lain dia nak bagi. Itu saja alasan yang ada walau terpaksa menipu.

Period apa dah seminggu lebih Keras Idlan menyoal. Bengang dengan jawapan sama. Ingat dia ni bodoh sangat ke Irdiana nak tipu bulat-bulat

Irdiana diam membisu. Selimut ditarik semula hingga ke paras tengkuk. Tubuh diiring menghadap dinding. Tak kuasa nak tengok Idlan yang masih berkopiah putih. Alim sangat. Meluat!

Idlan picit dahi. Mati akal hendak memberitahu Irdiana kewajipan menunaikan salah satu dari rukun Islam itu. Dia sebagai suami, rasa tercabar dengan tingkah Irdiana. Sudahlah semalam Irdiana berani mempersendakannya. Hari ini, Irdiana berani mempermainkan hukum Allah pula. Apa nak jadilah!

Idlan berdiri. Rasa lelah nak kejutkan Irdiana lagi. Langkah dihayun keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu. Di atas sofa panjang, dia berbaring. Sebelah tangan naik ke dahi. Seperti jauh dia berfikir.

Ingatannya beralih pada Dato Arshad. Mungkin ayah mentuanya dapat memberi nasihat untuk dia terus bersabar. Kadang-kadang, nasihat Dato Arshad boleh digunapakai juga. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket baju melayu. Nombor Dato Arshad dicari.

Pa...

Erm... Lan. Ada hal apa call Papa pagi-pagi ni Soal Dato Arshad di hujung talian.

Saya nak jumpa Papa hari ni, boleh

Ada hal penting ke

Aduhai... nak cakap macam mana ni Resah terpamer di wajah saat menghitung dan mencongak bagaimana cara nak memberitahu.

Sangat penting. Saya tak tahan lagi dengan Ir.

Saya buntu. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak luah kat mana, adu Idlan. Jelas di wajah terpamer riak sugul dan kesal. Sebelum ini bukan main lagi dia sembunyikan masalahnya dari Dato Arshad.

Tapi, pada hari ini, lain pula kisahnya. Mungkin sabarnya dah habis. Mungkin dengan luahan hati Irdiana semalam, buatkan dia hampir berputus asa. Irdiana dah tak sayang diakah Dah tak cintakan dia lagi Dia tak mahu mendengar kenyataan itu andai benar sekalipun. Dia masih sayang dan cintakan

Irdiana. Itu hakikat.

Papa dah agak kamu berdua ada masalah. Tapi, kamu juga yang tak nak mengaku, balas Dato Arshad.

Idlan mengeluh berat. Kata-kata si ayah mentua tak dapat nak disangkal, Boleh tak Papa luangkan masa untuk saya

Iyalah. Kamu datang rumah. Tak perlu ajak Ir.

Kamu datang seorang dah cukup.

Okey, Pa. Thanks.

Talian dimatikan. Dia ke tingkat atas untuk bersiap. Berat kaki memijak anak-anak tangga. Berat lagi rasa hati hendak berjumpa Dato Arshad. Namun Idlan tiada pilihan. Pberpisah sementara, usul Dato Arshad APA nasihatkan... baik kamu berdua

sambil membetul cermin mata. Itu saja cadangan boleh dia berikan. Kalau nak suruh Idlan merancang bulan madu kali kedua, ia mungkin buatkan Irdiana makin naik kepala.

Dia tahu Irdiana terlalu cintakan kesenangan dan kemewahan. Takkan setiap kali mereka bertengkar, setiap kali itulah Idlan mahu sogokkan Irdiana dengan pakej bulan madu atau melancong ke luar negara

Boleh bankrap menantunya.

Apa maksud Papa Soal Idlan tak mengerti. Berpisah sementara Takkanlah... sanggup ke dia

Dato Arshad mengambil tempat di sebelah Idlan. Bahu Idlan disentuh lembut dengan lagak memujuk.

Berpisah sementara. Duduk asing-asing.

Hesy budak ni. Itu pun tak faham. Atau Idlan buatbuat tak faham Bukan dia tak kenal Idlan. Sayang benar pada Irdiana. Boleh ke Idlan hidup tanpa Irdiana depan mata Ah, boleh ke tak boleh ke, Idlan mesti mencuba. Kalau tak, sampai bila masalah rumahtangga anak menantunya akan selesai

Idlan mengeluh lemah. Berat lidah hendak

bersetuju. Tapi, Pa...

Cuba fikir dalam-dalam. Ada kebaikannya kalau kamu berdua tinggal berasingan. Tentu kamu dapat berfikir dengan lebih tenang.

Papa rasa rancangan ni akan berjaya Soal Idlan tak yakin. Was-was mahu menurut.

Kenapa kamu tak nak cuba Belum apa-apa dah mengalah. Cuba dulu tinggal berjauhan. Mana tahu, nanti Ir akan teringat dan rindukan kamu. Barulah dia akan rasa kehilangan dan tak mustahil dia akan cari kamu, usul Dato Arshad lagi dengan bersungguhsungguh. Payah sungguh Idlan ni. Bukan dia suruh bercerai.

Idlan gigit bibir. Nampak masih berfikir-fikir. Boleh berjaya ke rancangan Papa ni

Kamu jangan bimbang. Soal Ir, serah pada Papa dan Mama. Tahulah macam mana kami nak nasihatkan. Kerja-kerja di pejabat, tak perlu kamu fikir. Papa akan beri cuti selama mana kamu nak. Cuba pulang ke kampung dan berehat di sana, Bahu Idlan ditepuk untuk menghilang rasa sangsi yang mungkin bersarang di hati menantunya itu.

IDLAN masuk ke rumah dengan perasaan berbelah bahagi. Separuh hatinya mahu mengikut rancangan

Dato Arshad, tapi separuh lagi rasa tak sanggup berjauhan dengan Irdiana. Kenapa susah benar dia nak buat keputusan Bingung jadinya.

Namun, dalam keterpaksaan dia harus berkorban demi membaikpulih hubungan dengan Irdiana. Sampai bila dia mahu hidup dalam keadaan begitu Sentiasa bermasalah dengan Irdiana, dia tak sanggup lagi.

Almari pakaian dibuka. Sebuah bagasi ditarik keluar. Beberapa helai pakaian diambil lalu dimasukkan ke dalam bagasi berkenaan. Idlan nekad. Dia harus pergi. Pergi jauh dari Irdiana buat sementara waktu ini.

Idlan melangkah ke arah Irdiana yang masih nyenyak tidur. Sejak dia ke rumah mentuanya awal pagi tadi hinggalah sekarang, Irdiana belum bangkit. Dia menggeleng. Tangan diletak atas pinggang Irdiana yang sedang berdengkur halus.

Ir, bangun sekejap. Ada perkara I nak cakap.

Tubuh Irdiana bergerak-gerak. Sesekali Irdiana menguap sambil garu-garu telinga, Ada apa ni Aduhai... Idlan lagi. Tak habis-habis nak mengacau.

Kita tak boleh macam ni lagi, Ir. Kita harus buat sesuatu untuk selesaikan masalah kita, ujarnya terusterang. Inilah masa untuk dia tetap pendirian.

Kata-kata Idlan buat Irdiana terpinga. Lantas dia duduk bersila. Apa masalahnya dengan kita

Sikap you.

Irdiana separuh ternganga. Tak faham maksud Idlan, You maksudkan apa Pagi-pagi buta dah nak membebel ke Lebih baik you pergi kerja sekarang.

Idlan mengeluh sesaat, Buat masa ni, I tak kerja. Papa bagi cuti panjang... I... Idlan terhenti. Bagaimana mahu diterangkan yang mereka perlu tinggal berasingan untuk sementara

Hee... cakap pun tersekat-sekat, marah Irdiana. I kena pergi dari sini.

Wajah Irdiana berkerut. Masih tak jelas dengan bicara Idlan, Apa sebenarnya you nak cakap ni

Idlan tunduk sebentar. Cuba mencari kekuatan untuk menjelaskan keadaan.

I buat keputusan nak tinggal berasingan dengan you. Kita akan tinggal berjauhan untuk bagi ruang pada diri masing-masing. Kita sama-sama akan fikir macam mana nak jernihkan semula hubungan kita, terang Idlan dengan lancar. Kata-kata itu amat berat diluahkan. Demi kebaikan mereka di masa depan, dia terpaksa keraskan hati.

Irdiana tersenyum sinis. Baguslah macam tu. I dah tak kuasa nak tengok muka you lagi.

Yes! Inilah yang dia mahu sebenarnya. Hatinya bersorak riang. Rasa nak bertepuk tangan. Tapi, tak boleh tunjuk depan Idlan. Semuanya harus dikawal.

Tersentap dan tercalar mendengar jawapan isterinya. Namun ditepis rasa yang bersarang, Sanggup ke you berpisah dengan I

Irdiana menjuih bibir, Sanggup ke tak sanggup ke, dah you buat keputusan macam tu. Nak tak nak, I kenalah terima, bidas Irdiana sinis. Sebenarnya, dia langsung tak hairan dengan keputusan Idlan.

Lantaklah. Dia lagi suka. Buat apa pening-pening kepala nak merayu supaya Idlan tak tinggalkan dia Sedangkan dia sendiri meluat hari-hari tengok muka Idlan. Muka lelaki stock masjid. Setiap hari ingatkan dia jangan tinggal solat, jangan tak puasa, jangan boros. Semuanya jangan. Mahunya dia tak gila dengan jangan Idlan tu Sangat menjemukan.

I sayangkan you, Ir. Dari dulu, perasaan kasih I pada you tak pernah luak.

So what Irdiana menjeling. Kata-kata Idlan langsung tak berbekas di hati.

Berat untuk I buat keputusan ni. Tapi, I fikir untuk kebaikan. Mana tahu kalau hubungan kita pulih lepas ni.

Pergilah, Lan. I tak hairan pun. Malah, ada I peduli I tak kisah langsung! Sinis kata-kata Irdiana menampar pendengaran Idlan. Kalau nak blah, blah ajelah. Cakap banyak pula.

Idlan terangguk-angguk. Berjauh hati dengan katakata Irdiana, cuba disembunyikan sebaik mungkin, Bila I tak ada, I nak you jaga diri baik-baik. Jangan lupa solat. Kita ni kalau tak solat, hidup langsung tak ada erti. Idlan menitip pesan sambil mengusap pipi Irdiana sebelum tangannya ditepis perlahan.

Apa, you ingat I ni budak-budak ke Tahulah I jaga diri, tempelak Irdiana. Sempat pula tu Idlan ingatkan dia tentang solat. Menyampah sungguh.

Idlan melepas keluhan. Tak sangka penerimaan Irdiana begitu. Dia fikirkan, Irdiana akan merayu supaya dia tak ditinggalkan. Tapi, sebaliknya pula berlaku. Dia seolah-olah dihalau. Apa nak buat, Idlan. Terima sajalah.

Idlan berdiri. Bagasi di hujung katil ditarik ke bawah. Sampai di muka pintu bilik, langkahnya terpasak. Dia berpaling dan melangkah semula ke arah Irdiana. Berat rasa hati nak tinggalkan isteri. Entah apa Irdiana akan buat kalau dia tiada di rumah Siapa nak masak untuk Irdiana kalau bukan dia Siapa nak cuci pakaian Irdiana kalau bukan dia juga Irdiana tak tahu berdikari. Semua bergantung harap pada dia. Dia menggeleng perlahan. Cuba diusir jauh-jauh perasan bimbangkan Irdiana.

Tangan dihulur untuk bersalam, tapi Irdiana hanya memandang kosong. Idlan menarik semula tangannya yang tak disambut Irdiana. Tak mengapalah. Sabar selagi mampu.

Kalau ada apa-apa berlaku, jangan lupa call I, pesannya lagi.

Takkan ada apa-apa yang berlaku pun... balas Irdiana penuh yakin. Dia mencebik memandang Idlan yang masih berdiri di muka pintu. Pergilah cepat. Menyemak aje duduk kat sini lama-lama.

I pergi dulu.. ucap Idlan dengan rasa sayu. Wajahnya pilu. Berat hati mahu meninggalkan Irdiana, tapi dia benar-benar tiada pilihan. Idlan melangkah setapak, tapi terhenti disaat telinga menjamah panggilan Irdiana. Dia berpaling semula.

You tahu sesuatu tak Sebenarnya, I dah malas nak layan you. Kalau you tak puas hati sangat dengan cara I sampaikan you nak tinggalkan rumah, lebih baik you kahwin lain ajelah. Senang hidup I sebab tak perlu nak menghadap muka you 24 jam! Cabar Irdiana.

Idlan terpanar dengan kata-kata Irdiana. Sungguh, kali ini hatinya benar-benar terluka. You jangan cabar I. Dia genggam kedua-dua tangan.

Irdiana mencebik. Sinis memandang Idlan, You rasa tercabar Hah, baguslah. Lepas ni you boleh buat apa saja you suka. You nak kahwin lagi Terserah. I lagi happy! Bentak Irdiana dan terus berlalu ke bilik air.

Nak kahwin lain sangat, kan Kahwin ajelah Lan. Aku tak peduli pun fasal kau. Sinis hatinya menyindir.

Idlan tunduk memandang lantai. Pandangan sayu dan berjauh hati dilempar ke situ. Kalau tak diikutkan sabar, memang Irdiana akan berasa pedih di pipi. Nak aje tangannya naik ke wajah itu.

Tak berfikir dan malas hendak berpaling lagi, dia melangkah keluar dari rumah. Kedua-dua kaki bagai dirantai. Berat terasa hendak meninggalkan rumah yang dibeli atas nama Irdiana.