Zainura yang sedang menonton televisyen segera menghalakan pandangan pada wajah Syakila. Hah, apa dia Baru balik, ek Maaf, aku tak dapat ambil kau tadi. So, macam mana Naik teksi macam biasa
Naik turun nafas Syakila. Dia mengambil tempat di sisi kawannya itu.
Kau buat apa ni Tangan Zainura dipegang. Syakila menyuruh gadis itu supaya menghadapnya. Wajah Syakila kelihatan serius.
Aku buat apa Apa maksud kau Aku tak faham Kerutan di dahi mula terpamer.
Kau buat kerja gila apa ni, Nura Apa yang kau dah buat dengan akaun Instagram aku! Suara Syakila sudah naik satu oktaf. Wajahnya makin bertambah serius.
Berubah riak wajah Zainura. Alamak, dah terkantoi ke
Maksud kau Zainura ulang perkataan maksud sekali lagi.
Jangan buat-buat tak tahu, Nura! Kau dah buat kerja gila tau. Kau tengok, aku terpilih menjadi pemenang. Apa motif kau buat semua ni! Wajah Zainura berubah ceria.
Serius, kau menang Yeay! Akhirnya, hasrat aku tercapai juga!
Hoi! Bukan masalah tu. Masalahnya kau sekarang ni dah salah guna akaun aku!
Ala, aku tak ada Instagram masa tu. Jadi, aku terguna kau punya. Sebab model terkenal tu ada buat giveaway kat akaun dia. Aku nak join sebelum tarikh tamat.
So, bila dah menang Kau nak pergi keluar dengan model tu
Mestilah. Aku minta maaf sebab terguna hari tu. Zainura tayang sengih. Tak sabar agaknya nak jumpa dengan Zairis.
Tapi
Tapi, apa Zainura tidak sabar. Teruja terlebih, memang macam tu!
Dia ajak aku keluar esok!
Apa!
Esok aku tak boleh. Esok aku dah ambil cuti. Kena balik kampung, sebab Sabtu dengan Ahad ni saudara aku nak nikah.
Ohh habis tu Kau tak nak keluar dengan si Zairis tu Wajah Zainura mula bertukar hampa.
Nampaknya, macam tulah. Kau ni, esok keluar dengan dia, tak kerja ke
Tak, sebab bos aku ada buat majlis kesyukuran esok. Sempena anak dia, baru lahir. Jadi, dia bagi cuti untuk semua staf. Tapi untuk hari esok sajalah.
Macam tu pula ek Aneh betul bos kau tu,
Heh, biasalah. Susah tau dia nak bagi cuti macam ni. Kadang-kadang, nak approve cuti pun dia kedekut. Alang-alang, dah dapat cuti apa lagi. Lepak-lepaklah, jalan-jalan ke
Untunglah. Dahlah dapat keluar dengan model kesukaan aku! Hei, jealousnya
Tak payah nak jealous sangatlah!
Takkan kau nak keluar macam ni aje Nanti dia perasan yang kau tu minah gangster macam mana Baik kau ubah gaya rambut kau tu. Jangan nampak sangat.
Alah, malaslah.
Buat ajelah! Lepas solat maghrib dengan isyak, kita pergi saloon. Ubahlah, buruk aku tengok!
Hmm, yalah.
SYAKILA melontarkan badannya ke atas katil. Zainura ni betul-betul buat kerja gila. Tak pasal dia yang terjerat. Aduhai macam mana
sekarang ni Tangan diletakkan di atas kepala, sertamerta ingatannya terimbau pada perbualannya bersama Alisa dan Mariana.
Macam mana kau boleh menang serang Alisa tiba-tiba.
Syakila gelisah dengan pertanyaan Alisa yang seakan tidak berpuas hati dengan kemenangannya. Kelu lidahnya hendak membuka mulut.
Cakaplah! Kenapa kau tiba-tiba menang ni Pokok takkan bergoyang kalau angin tak bertiup. Cuba cerita dekat aku sebabnya aku dengan Alisa pun masuk giveaway ni. Suara Mariana pula bergema.
Reaksi Marina lebih kurang sama sahaja dengan Alisa. Bezanya, Marina memeluk tubuh sambil melemparkan pandangan tajam ke arah Syakila. Err aku masuk untuk suka-suka aje. Tak tahu pula boleh menang.
Tapi, bukan ke kau tak minat benda-benda macam ni
Aku pun nak cuba sesuatu yang baru.
Hmm, okeylah kalau macam tu. Nanti kau tolong tangkap gambar Zairis tu. Aku nak buat lepas rindulah.
Alahai, handsomenya dia. Geram aje aku tengok tau.
Yalah.
Woi! Tidak sedar begitu lama termenung sehingga Zainura sudah terpacak di hadapan pintu.
Terhenti lamunan Syakila. Dia toleh malas pada Zainura, Apa
Cepatlah siap! Aku dah mandi ni. Jangan lambat.
Aku nak solat kejap. Okey, putusnya mengejut.
Zainura menghadiahkan senyuman dan terus berlalu dari bilik Syakila.
Kejap. Betul ke apa yang aku buat ni Jumpa Zairis Haikal Lelaki yang aku tak suka Erghh! Digaru kepala yang tak gatal.
Tanpa semena-mena, satu mesej masuk ke dalam telefon pintarnya.
Zairis_Haikal_Official: Jangan lupa, esok kita jumpa dekat Taman Botani, Putrajaya. Pukul 4 petang. Dekat Botanical Garden. Boleh
Satu keluhan kedengaran dari bibir Syakila.
Putrajaya Mamat ni dah gila ke apa Jauhnya!!
Shi_Ka: Suka hatilah.
Satu mesej masuk lagi.
Zairis_Haikal_Official: Macam tak suka aje Jangan macam tu. Kesian saya tunggu awak nanti.
Syakila mengeluh. Sengaja betul mamat ni buat dia rasa bersalah!
Shi_Ka: Jumpa nanti.
Itu yang dibalas Syakila buat kali terakhir, sebelum aplikasi Instagram ditutup. Dia terus mengambil tuala lalu menuju ke bilik air.
SELESAI menuju ke saloon, mereka berdua terus balik. Niatnya mahu berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah itu, tetapi apabila sudah
larut malam mereka terasa malas pula.
Ha, kan cantik macam ni. Lurus aje rambut kau, lembut aku tengok. Barulah ada ciri-ciri perempuan melayu terakhir
Yalah tu perempuan melayu terakhir. Syakila melabuhkan punggung di sofa. Lain benar rambutnya dengan yang dulu.
Eh, betul apa aku cakap.
Kau ni, beria-ia tolong aku kenapa Ni mesti ada apa-apa
Mestilah! Aku nak kau minta autograph daripada Zairis tu.
Boleh, tapi sebelum kau bertolak balik kampung. Kau kena hantarkan aku dekat majlis kesyukuran bos aku dan kat Taman Botani, Putrajaya.
Amboi, dah macam aku ni driver kau pulak
Sekali-sekala, Nura. Esok kalau kau nak ikut majlis kesyukuran tu pun, boleh juga.
Ha, yalah. Sebab sebelum pukul 5 petang, aku kena sampai ke kampung. Nasib tak jauh, dekat Negeri
Sembilan aje.
Okeylah tu.
Esok kau tolong ingatkan aku sekali lagi. Kadangkadang aku cepat lupa.
Cepat lupa Hmm memang banyak makan
semutlah mak cik sorang ni.
Hahaha.
DISEBABKAN Zainura perlu menghadiri majlis kesyukuran di rumah bosnya, dia terpaksa mencuri masa untuk menghantar Syakila ke Taman Botani, Putrajaya. Sampai sahaja di sana, cepatcepat Zainura mohon diri untuk beredar kerana dia perlu kembali ke majlis kesyukuran tersebut.
Dalam kelam-kabut tersebut, sempat juga Nura menjerit, Jangan lupa minta autograph!
Yalah, Nura. Minat sangat dekat Zairis sampai nak ingatkan berkali-kali. Syakila menggelengkan kepala. Cuaca pada petang itu, tidak terlalu panas. Redup sahaja.
Syakila menapak ke hadapan, menuju ke Botanical Garden. Tubuh seorang lelaki mula terlayar di ruang mata. Membelakangi sambil memandang tasik yang terbentang di hadapan. Tahulah dia, lelaki itu ialah model yang selalu diperkatakan oleh Zainura.
Tiba-tiba kedengaran seperti seseorang bermain gitar. Sedap bunyinya. Merdu saja. Dan Syakila pula, terasa berdebar-debar. Aduhh, perlu ke dia jumpa lelaki itu
Satu idea mula muncul. Syakila berjalan, dengan cara membelakangi ke arah lelaki itu. Nasib baik jaraknya tidak jauh. Sehingga sampai, lelaki itu seperti dapat merasakan kelibatnya. Terhenti dari terus bermain gitar.
Hai. Zairis memusingkan tubuh. Menghadap Syakila yang membelakangi pula.
Kenapa membelakangi ni Erm, malu ke
Apabila soalannya tidak dijawab, terpaksalah Zairis bersuara lagi.
Tak nampak wajah lagi pun, dah tahu awak ni sangat cantik. Selamat berkenalan.
Dada Syakila semakin berdebar-debar. Ditambah pula dengan pujian lelaki itu. Dasar lelaki mata keranjang. Kepala pun sama dah macam bola keranjang. Huh!
Syakila memalingkan tubuh perlahan-lahan.
Erk Wajah Zairis berubah seratus peratus. Dia tersentak! Automatik gitar terjatuh dari tangannya.
Minah gengster a.k.a minah beruk
Syakila mengetap giginya, dah ayu macam ni pun dipanggilnya minah gengster a.k.a minah beruk
Kau buat apa kat sini Bukan kau sepatutnya berada di hutan ke
Kurang ajar! Disikunya belakang tubuh lelaki itu. Sakitlah, sengal! Aku tarik balik kata-kata aku. Tak cantik langsung. Buruk seburuk-buruknya! Teramat buruk!
Memang kau nak kena dengan aku! Disikunya perut lelaki itu pula.
Tak guna bila berjumpa, asyik nak cari pasal aje.
Hah, kan dah mendapat!