EPILOG KITA - 7
YES! Berjaya juga aku sakitkan hati Nenek Kebayan tu! ujar Ryan diikuti dengan ketawa besar lelaki itu sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam bilik tidur Ryan.

Bengkek je muka Hani. Dia dah rasa seperti sedang melawat wad pesakit jiwa. Memang dah kronik lelaki bernama Ryan ni. Masuk-masuk aje bilik terus terjun atas katil. Lepas tu mulutnya menggumam ayat yang entah apa-apa dan diikuti dengan ketawa terbahak-bahak.

Bermacam-macam bunyi keluar dari mulut lelaki tu. Bunyi biawak mengeram, bunyi ayam berkokok, bunyi kambing mengembek semuanya keluar dari anak tekak lelaki tu. Gembira sangat lagaknya. Tapi, Hani sendiri tak nampak dekat mana yang kelakarnya sampai Ryan nampak geli hati.

Kau nampak tak muka orang tua tu Macam tertelan kulit kayu manis lima tan. Merah betul muka dia! Huh, memang... memang buat hati aku puas sungguh! Beritahu Ryan bersama ketawa yang semakin kuat.

Hani tercebik sendiri. Teringat balik muka Datuk Fatimah. Memanglah merah, tapi dia tak rasa benda tu lawak. Dia rasa cara Datuk Fatimah pandang dia macam pandang lipas yang menumpang dalam rumah. Gerun pun ada.

Baru dia tahu siapa aku. Benda yang dia tak suka tu yang aku akan buat. Biar dia sakit jantung. Kalau boleh aku nak tengok dia berkampung dalam hospital tu! Hambur Ryan. Namun hanya seketika sebelum dia kembali ketawa.

Hani mengeluh. Argh... Biarlah dia nak ketawa asalkan tak sakitkan hatinya. Hani mengambil tempat dibirai katil. Lemau mukanya memandang Ryan.

Kenapa awak tak cakap yang awak masih ada ibu

Ketawa Ryan mati. Hesy! Perempuan ni potong stimlah dia nak bergembira.

Ibu awak tu, sama juga dengan nenek awak tu ke Hani menyoal.

No... no... ibu aku tu baik, cuma... Ryan mula duduk dari meniarap.

Hani menunggu sambungan kata-kata Ryan yang sedang menyelesakan dirinya di atas katil bersaiz king ini.

Ibu aku tu pak turut cakap nenek. Jadi kau tak perlu bimbang pasal ibu aku. Ibu aku adalah orang paling baik dekat dunia ni, bagi akulah sebab dia memang jarang bersuara.

Hani lega. Jadi dia tak perlu bimbang pasal ibu Ryan.

Kau tahu, aku ni memang ada ibu. Tapi, aku tak rasa macam ada ibu langsung. Ryan seakan meluahkan perasaannya.

Tak baiklah awak cakap macam tu. Untunglah awak masih ada ibu.

Aku bukannya mengutuk ibu akulah. Aku memang bersyukur ada ibu macam tu. Macam patung hidup. Aku nak buat apa pun, tak ada nak kisah sangat. Kau tahu, dalam tempoh setahun, aku boleh kira berapa kali aje aku bercakap dengan ibu aku tu. Kau akan duduk sini, jadi nanti kau tahulah macam mana perangai ibu aku tu. Diam aje. Ikut je telunjuk nenek aku tu.

Mungkin kata-kata Ryan itu kedengaran sedikit kurang ajar, tapi kalau didengar dengan mata hati, nada itu sarat dengan kekecewaan.

Mendengar Ryan bercerita kadang-kadang buat hatinya seperti... Ah, susah nak cakap. Entah kenapa, setiap kali lelaki itu bersuara, dia seakan nampak sisi hidup lelaki itu yang penuh kekecewaan. Eh, dah kenapa pula dia ambil kisah Bukan ke selalunya dia bersikap tak kisah, tapi kenapa dengan Ryan dia jadi kisah pula Macam manalah dia boleh terkisah dengan mamat sakit jiwa ni pula...

Ah, tak kisahlah! Sekarang macam mana Saya nak tidur mana Tak kan kita kena sebilik kut Hani cuba menamatkan persoalan tentang Ryan.

Apa punya soalanlah. Mestilah kita tidur sebilik. Kau kena tidur sekali dengan aku. Atas satu katil. Ryan perlahan-lahan menyelak rambutnya sambil mengigit bibir. Gayanya dah macam penggoda.

Uwekkk... Rasa macam nak muntah!

Hei, awak jangan buat perangai macam tu boleh tak Dah macam pondan je saya tengok. Eh, tak naklah saya! Saya tak nak tidur dengan awak. Lagipun awak cakap kita ni ibarat satu pasukan. Satu pasukan, mana boleh tidur bersama.

Wah, pandai kau menjawab ye Tak da... kau tinggal dalam bilik ni dengan aku! Meh duduk sama-sama atas katil ni. Mehlah... ruang katil di sisinya ditepuk-tepuk dengan gaya ibu sedang menggamit anak kecilnya untuk mendekatinya.

Tak nak! Tak nak! Tak nak! Saya tak nak satu katil dengan awak kecuali awak tidur lantai, saya tidur atas kalau tak... Saya beritahu nenek awak yang saya ni cuma rakan sepasukan rela paksa yang awak gunakan untuk sakitkan hati dia. Ugut Hani sambil berpeluk tubuh.

Terjojol biji mata Ryan. Hesy! Perempuan Mulut Wisel ni memang bingitlah!

Kau ugut aku Ryan seakan tak percaya.

Yes, I am. Saya tengah ugut awak macam mana awak ugut saya hari tu. I learn from the best. Now, deal Awak bawah, saya atas. Langsung tak ada ketakutan dalam riak Hani.

Ryan berdiri saat mendengar ucapan penuh bersahaja dari Hani. Cis! Perempuan ni tak makan saman. Mulut bising! Mulut suka melawan tak kira apa dia kata. Tanpa kata, Ryan berlalu ke arah sebuah pintu di satu sudut dalam bilik ini. Laju tangannya membuka pintu itu.

Kau ingat aku nak biarkan kau sekatil dengan aku Dan biarkan mulut bising kau tu ganggu privasi aku Memang tak lah! Hah! Kau boleh buat tempat ni jadi bilik kau.

Hani bangun. Terkebil-kebil dia memandang Ryan sebelum menapak masuk ke dalam sebuah ruang yang agak luas. Cuma ruang itu kosong! Yang ada cuma rak-rak buku dan meja kerja. Itu pun meja tu menyepi betul-betul di tepi penjuru.

Kenapa dalam bilik awak ni ada dua bilik Soal Hani perak.

Kau cuba tengok aku. Aku ni pemilik syarikat tahu, jadi aku perlukan ruang lain dalam bilik aku untuk menyiapkan kerja-kerja pejabat di rumah. Sebenarnya ni bilik kerja aku, tapi dah kau wujud dalam rumah ni, aku kosongkanlah bilik ni. Mulai sekarang kau boleh tidur dalam bilik ni. Sombong gila gaya suara Ryan.

Macam dia seorang je pemilik syarikat. Ramai lagilah pemilik syarikat lain. Tak payah nak over sombong sangat!

Katil mana, katil Hani mencari katil untuk merebahkan badannya. Tak kan dia kena tidur berlapikkan lantai kut. Memang tak nak lah dia.

Tak payah berangan nak katil. Bilik ni tak ada katil, tapi...

Ryan tolak tubuh Hani sedikit ke dalam. Bila Hani terdorong ke dalam bilik tersebut, dia tarik pula bahu Hani ke satu sudut. Terdorong gadis tu seperti almari beroda.

Tu ada tempat tidur kau. Nampak tak alas tidur tu Tu untuk kau.

Lemah muka Hani memandang alas tidur yang berlipat di satu sudut. Kejam betul la mamat ni! Dah tahu aku akan datang, belilah katil. Kaya, tapi kedekut!

Tak payah nak buat muka lemah sangat. Kau ingat murah alas tidur tu. Aku tempah khas untuk kau, tahu Aku bukannya jahat sangat nak bagi alas tidur cokia dekat kau. Aku beli mahal tau dan orang kedai tu cakap, gerenti dapat tidur nyenyak atas tu. Ujar Ryan lagi bila menangkap muka lemau milik Hani.

Huh! Tidur yang nyenyak konon! Kalau nyenyak sangat kenapa kau je tak tidur atas tu dan bagi aku katil kau yang besar tu Cakap besar betul la mamat ni!

Kau tengah mengutuk aku dalam hati, kan Mesti kau cakap aku tipu. Aku tak tipu, memang sedap tidur atas alas tidur tu. Aku dah testing. Aku tak kan biar badan kau sakitlah. Badan kau tu, aku nak pakai lama tahu Seperti tahu apa yang hati Hani berceloteh, Ryan membuka mulut sekali lagi.

Pakai lama Spontan Hani peluk tubuh dengan mata membesar.

Hesy! Aku bukan maksudkan apa dalam kepala otak kau tu lah! Maksud aku, kau kena sentiasa sihat supaya kau boleh berlegar-legar dua puluh empat jam dalam rumah ni. Biar orang tua tu sakit hati bila terserempak dengan kau. Ryan betulkan kenyataannya bila Hani melihatnya seakan pencabul.

Dua puluh empat jam Mamat ni gila ke Kalau dua puluh empat jam dia berlegar-legar, masa bila dia nak tidur Aneh betul mamat ni. Ryan, awak ni lelaki tulen ke tak Ryan terhenyak dengan pertanyaan Hani.

Tulenlah!

Ye ke tulen Selalu lelaki bukan ada nafsu ke Kalau dah tinggal sebilik mestilah ada rasa... Pap!

Auch! Hani mengaduh saat tapak tangan Ryan melekap atas dahinya sebelum dia habiskan ayatnya.

Macam mana kau boleh tanya soalan direct macam tu hah Mestilah aku lelaki tulen yang ada nafsu dekat perempuan, tapi dengan kau... Ryan pandang Hani dari atas hingga bawah sebelum menggeleng laju tiba-tiba.

Tak mungkin!

Dengan kau, aku tak mungkinlah tergoda. Kalau aku tergoda sekali pun, mesti aku tersedar bila teringatkan mulut kau yang bising tu. Huh, memang taklah aku berselera. Aku ada taste tahu. Aku suka perempuan yang lemah lembut. Bila dia bercakap, kelembutannya akan meresap terus dalam hati aku. Bukan macam kau. Mulut tu nak menjawab je kerjanya. Tanpa izin, jari telunjuk Ryan galak menujuh mulut Hani yang tertutup. Terdongak kepala Hani beberapa kali ke belakang.

Geram pula hati Hani. Pantas tangan Ryan ditepis kasar.

Apa main tujah-tujah Saya tujah dahi awak baru tahu! Giliran Hani angkat jari dengan niat nak menujah kepala Ryan namun tangan lelaki tu lebih pantas.

Hei pendek! Jangan berangan nak tujah-tujah kepala aku. Ni kepala mahal tahu!

Ye la tu mahal. Berapa nilai Sepuluh juta sindir Hani.

Ryan ketap bibir. Tengok! Kan dah kata, mulut perempuan ni bising. Semua benda dia nak menjawab!

Hesy! Sakit otaklah layan kau. Aku masuk bilik aku dulu. Kau pandai-pandailah susun baju kau dekat mana-mana penjuru. Jangan berangan nak kongsi almari dengan aku. Ryan meninggalkan pesanan sebelum berlalu ke biliknya. Pintu yang menghubungkan biliknya dan bilik Hani, ditutup.

Betul ke sakit otak, bang Bukan abang memang hari-hari sakit otak ke Eh silap, sakit jiwa! Jerit Hani sengaja nak sakitkan hati Ryan. Ye la, tiba-tiba main tolak orang lepas tu blah. Dia ingat aku ni almari beroda yang sesuka hati dia nak tolak. Cis!

Abang Dia tahu Hani sengaja menyakat!

Ryan menekup kedua-dua belah telinganya dengan tangannya sendiri. Sempat lagi perempuan tu nak mengomel. Nasib kaulah Ryan, dapat isteri macam tu.

Isteri Tiba-tiba saja Ryan ketawa. Macam mimpi!