Seketika kemudian mereka berhenti di sebuah bangunan lama. Cemas melihat suasana tempat yang seperti sarang gengster dan agak tidak terurus. Namun Arissa kelihatan tenang keluar dari keretanya menuju ke satu arah dan hilang di sebalik bangunan lama itu.
Budak ni memang berani sungguh, Bos! Cemas Badrul memlihat Arissa yang begitu tenang masuk ke lorong-lorong kotor. Memang Arissa berani sungguh!
Hakimi senyap. Dadanya sudah tidak menentu. Rasa cemas dan bimbang bercampur. Ketenangan Arissa merungsingkannya. Cadangnya hendak menemani gadis itu, tapi dihalang oleh Arissa.
Kenapa lambat sangat ni Hakimi mula cemas.
Sudah hampir 15 minit berlalu dan Arissa masih tidak kelihatan. Masakan hantar duit begitu lama.
Mana dia ni Bad! soalnya mula tidak menentu.
Badrul senyap.
Lima minit dia tak ada, saya ke sana. Hakimi membuat keputusan.
Tali leher yang menjerut lehernya dilonggarkan. Penghawa dingin kereta tidak dapat mendinginkan hati dan tubuhnya. Berpeluh dahinya.
Tu haa... dia! Badrul menuding jari ke arah Arissa yang sedang berlenggang kangkung.
Hakimi menarik nafas lega. Bibirnya mula senyum. Lega melihat Arissa berjalan keluar dari bangunan usang di lorong belakang bangunan yang penuh dengan sampah sarap. Budak ni memang betul-betul berani sampai sanggup berbuat apa saja untuk duit!
Okey, dah selesai, kata Arissa sebaik masuk ke dalam kereta hotel yang digunakan oleh Hakimi.
Betul dia tak akan kacau awak lagi soal Hakimi memusingkan badannya untuk memandang Arissa bagi memastikan perkara itu. Dia tidak mahu ada gangguan-gangguan lain semasa rancangannya berjalan.
Itu yang dia orang janji. Bengang pula Arissa bila mendengar suara keras Hakimi.
Hakimi senyap. Pandangannya kembali menuju ke hadapan. Mereka kini sudah pun berada di jalan menuju ke Batu Feringgi untuk menghantar Arissa ke Pangsapuri Sri Embun yang terletak di Jalan Sungai Satu. Badrul kelihatan tenang memandu. Jalan pun tidak sesak ketika itu.
Encik Hakimi hantar je, tak payah tunggu. Nanti petang saya datang dengan teksi, kata Arissa.
Hakimi memandang Badrul yang senyap dari tadi. Awak jangan lari pula.
Ya Allah, lelaki ni ingat aku ni penipu ke Arissa mencebik.
Taklah, saya dah janji mana boleh lari. Ke mana saya nak lari lagi! Semakin geram dan sakit hati dia dengan amaran Hakimi.
Tiba-tiba dia rasa menyesal menyetujui rancangan Hakimi. Tetapi kalau dia tidak berbuat begitu pasti dia akan terus dikejar oleh si Along dan koncokonconya. Silap-silap mungkin hilang nyawa. Inilah yang dikatakan keluar mulut naga masuk ke mulut ular sawa pula. Bilalah masalahnya akan selesai rintihnya sendiri.
Hakimi senyum. Dia mengeluarkan dompetnya dan menghulur beberapa keping not RM50 kepada
Arissa.
Tambang teksi.
Lama Arissa membiarkan Hakimi menghulurkan duit itu kepadanya. Murah sangatkah dirinya
Saya ada duit, jawab Arissa perlahan.
Ya, adalah dalam beberapa ratus untuk hidup. Duit sewa nak kena bayar lagi. Tak apa, nanti gaji sebagai isteri upahan Hakimi, dia akan bayar sewa rumahnya. Mujurlah dia kerap membayar in advance, jadi taklah pening nak mencari duit untuk bayar sewa. Dia tidak bercadang hendak ke mana-mana. Dia suka dengan pangsapuri yang didudukinya sekarang. Lagipun pemandangan dari situ amat cantik dikala hari cerah.
Ambillah! desak Hakimi.
Perlahan-lahan dia mengambil duit dari tangan Hakimi.
Sewa sebulan berapa soal Hakimi ingin tahu.
Lima ratus, jawab Arissa sepatah. Duit di tangan digulungnya lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya.
Sepi antara mereka.
Sesekali saya boleh balik ke rumah sewa, kan Boleh Hakimi mengangguk perlahan.
Sekali lagi senyap antara mereka.
Balik awal, tau. Masak apa yang patut untuk makan malam kita. Sengaja dia berkata begitu hanya untuk melihat reaksi Arissa.
Amboi, aku ni tukang masak dia ke
Ya, jawab Arissa meleret bosan.
Hakimi senyum.
Ada banyak yang kita nak bincangkan malam ni. Dia sudah menyenaraikan apa yang patut dilakukan oleh Arissa semasa gadis itu menjadi isterinya kelak.
Arissa menghela nafasnya. Seboleh-bolehnya dia mahu perkara itu berlalu dengan pantas dan dia mahu mulakan hidup baru. Namun dia belum memikirkan ke mana dia harus pergi kelak. Patutkah dia berhijrah atau kekal tinggal di Pulau Mutiara itu. Dia sukakan suasana di sini sebab dia berhijrah ke pulau yang sedang membangun ini.
Jangan lupa balik ke rumah saya, pesan Hakimi semasa mengiringi Arissa sehingga ke pintu lif pangsapuri setinggi dua belas tingkat.
Encik jangan bimbang, saya akan balik petang nanti selepas saya kemas barang-barang yang nak bawa ke sana. Saya pun kena kemas rumah saya, jelas Arissa sambil memandang lelaki yang berdiri tidak jauh darinya.
Hakimi mengangguk-angguk.
Saya naik dulu, kata Arissa sebaik pintu lif terbuka.
Ya. Hakimi mengangguk.
Seketika Arissa hilang ditelan lif yang membawanya ke tingkat 8. Hakimi kembali melangkah menuju ke kereta mewah yang sedang menunggunya.
Ke pejabat ke Bos soal Badrul ingin tahu.
Yalah. Kenapa Awak ingat kita half day ke soal Hakimi memandang lelaki di sebelahnya dengan ekor mata.
Badrul hanya tersengih. Mana tahukan, usik Badrul.
Esok pagi kita ke pejabat agama. Tolong ingatkan saya, pesan Hakimi sebaik kereta yang dipandu oleh Badrul mula bergerak meninggalkan apartment tempat tinggal Arissa.
Baik Bos, balas Badrul.
LAMA dia memandang tanda pangkah berwarna merah di pintu pangsapurinya. Kemudian memandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa di ruang foyer itu. Sekejap lagi dia kena mencuci pintu itu. Marah pula tuan rumah tu kalau tahu. Mustahil tak tahu. Tuannya tinggal di tingkat lima.
Home sweet home, kata Arissa selepas pintu kayu dibuka.
Perlahan-lahan dia mengunci pintu besi dan mengunci pintu kayu pula. Dia melangkah ke arah sofa dua tempat dua berwarna merah cili. Itulah tempat kegemarannya sambil menonton TV dan berehat sambil menatap matahari terbenam dari situ.
Pintu gelangsar yang bertirai diselak, lalu dibukanya. Hembusan angin panas menerpa masuk memenuhi setiap ruang. Lama dia memandang laut lepas yang terbentang luas. Segera dia melabuhkan punggungnya di sofa sambil melepaskan penat beberapa hari itu. Tangannya menyambar beg tangan untuk mencari telefon bimbitnya. Cadangnya hendak menelefon Shima.
Hello.
Dah bayar duit Along tu Shima bertanya di sebelah sana.
Dah... malas sahaja Arissa menjawab. Tangannya menyambar remote control TV yang terdampar di atas meja kopi dan ditekannya salah satu punat di situ.
Alhamdulillah... maknanya konco-konco Along tak akan ganggu kau lagilah ya Shima terus menyoal seperti ingin memastikan keselamatan teman baiknya.
Itulah yang dia orang cakap.
Alhamdulillah... panjang ucap syukur Shima. Lepas ni jangan nak menggatal pinjam dengan Along lagi, faham!
Ya, jawab Arissa sambil memandang TV yang entah apa siaran dipaparkan di situ.
Kau kat mana ni
Apartment aku. Nak ambil baju-baju dan barangbarang penting, jelas Arissa.
Ada rasa berat hendak pulang semula ke rumah Hakimi. Rindu hendak tidur di situ dan rindu dengan katilnya yang sudah beberapa hari tidak berhuni.
Berapa lama kau kat situ Kita tak jumpa lagi sejak bulan lepas. Lama dah tak lepak-lepak ni, keluh Shima bernada sedih.
Nantilah aku beritahu bila. Buat masa ni sibuk dengan jadual Bos aku tu.
Mengingatkan Hakimi hatinya kembali resah tidak menentu. Idea gila. Sememangnya gila.
Berapa lama jadi isteri upahan Bos kau ni kembali Shima ketawa di hujung sana.
Entahlah, katanya sampai Uminya balik ke Doha.
Kalau tak balik
Janganlah kau... biarlah dia balik! Rasa nak meraung mendengar soalan maut Shima.
Shima ketawa lagi.
Okeylah tu... terus jadi isteri Encik Hakimi.
Kau ni sengaja nak seksa jiwa aku kan selar Arissa bengang. Dia tahu Shima mengusiknya namun kata-kata Shima membuat dia bimbang sangat.
Kira okeylah tu... sekurang-kurangnya kau dah bertemu jodoh dengan dia.
Banyaklah jodoh kau! bentak Arissa.
Betullah... jodoh kau dan dia, usik Shima.
Arissa senyap. Kalau dilayan memang melarat usikan Shima yang menyakitkan hatinya. Lebih baik dia sepi dan senyap dari terus berbalah.
Alamak! Okeylah... Big Boss aku panggil. Apa-apa kita Whatsapp. Bye! kalut Shima memutuskan talian.
Ya, bye, balas Arissa.
Diletak telefon bimbitnya di atas meja kopi. Kemudian melangkah masuk ke biliknya. Beg pakaian ditarik dari atas almari dan berdentum jatuh ke lantai. Mujurlah beg jenis tahan lasak. Berat pula tu. Macam mana dia hendak bawa turun nanti. Nampaknya dia terpaksa memanggil teksi Pak Mat.
Almari empat pintu dibukanya. Lama dia memandang baju-bajunya yang bergantungan di dalam almari. Ada setengah yang masih belum di pakainya lagi, bukan apa, tak sempat sebab semasa kerja dahulu dia hanya memakai pakaian seragam sahaja kecuali bahagian management level, iaitu pengurus dan ke atas, seperti Hakimi. Ahh... tinggal kenangan Hotel Sweet Arena. Rasa rindu sangat-sangat.
Arissa duduk di birai katil. Tidak tahu di mana patut dimulakan untuk berkemas. Baju yang bergantungan di tatapnya semula. Bawa apa yang perlu je, bisiknya sendiri. Ya, bukan lama pun. Mungkin dua ke tiga bulan.
Huwaa! Dua, tiga bulan tu lama. Itu pun kalau dua tiga bulan kalau Umi Hakimi tak pulang ke Doha, haruskah dia terus menjadi isteri Hakimi. Macam mana ni Nak tarik diri dalam drama arahan Hakimi tak boleh. RM10,000 sudah dilangsaikan oleh lelaki itu.
Buat jelah Arissa. Reda, reda ...