KAMU SANG PENCULIK - 7
AKU, Kak Zila dan Miza hanya melewati setiap barisan kedai berjenama di dalam pusat membeli-belah ini. Kami ke sini untuk bermain boling jadi aktiviti window shopping akan dilaksanakan selepas main boling nanti.

Eh, itu macam adik angkat Sha aje. Kak Zila tiba-tiba menghentikan langkahnya dan menuding ke dalam sebuah kedai pakaian.

Aku menoleh ke arah yang ditunjukkan Kak Zila. Memang benar itu Niel. Dia kelihatan sedang membelek topi.

Eh bukanlah. Adik angkat Sha rambut warna oren. Jomlah Kak Zila, Miza. Nanti kita lambat pula, sangkalku lantas menarik lengan Kak Zila dan Miza ke hadapan. Tidak mahu berlama-lama di hadapan kedai ini kerana bimbang Niel akan perasan kehadiran kami. Setelah melewati barisan kedai itu, aku terus menghela nafas lega sambil tersenyum. Fuh selamat!

Kak Sha!

Oh tidak, panggilan itu terus membunuh senyumanku. Aku buat-buat tak dengar dan terus berjalan sambil menarik lengan Kak Zila dan Miza.

Sha, betullah adik angkat Sha tu. Dia tengah pandang kita, bisik Kak Zila sambil meleraikan peganganku dan berhenti melangkah.

Aku mengeluh perlahan.

Hai akak-akak semua. Niel menegur ramah sambil tersenyum lebar.

Hai adik angkat Sha. Itulah tadi akak dah perasan dalam kedai tu, tapi kakak angkat awak ni menafikannya, ujar Kak Zila ramah sekali.

Gawat betul!

Dulu saya budak rambut oren, tapi sekarang dah bertukar jadi budak rambut hitam, jawab Niel riang.

Eh macam tahu-tahu pula dia yang aku memang memanggilnya budak rambut oren. Rasanya aku hanya panggil dalam hati. Entah-entah aku mengigau tersebut budak rambut oren kut.

Siapa nama adik ni Kakak angkat awak tak bagitahu pula, sambung Kak Zila bersama senyuman manis menghias bibir.

Aku pula semakin tidak senang berdiri.

Daniel, tapi boleh panggil Niel aje. Akak-akak semua nak pergi mana Sibuk pula si Niel ni.

Kami cadang nak main boling. Niel sorang aje Kak Zila baik sangat pula dengan Niel.

Ya sorang aje. Kasihan saya, kan kak Niel buat muka kasihan.

Lah, kalau macam tu apa kata join kami main boling. Kami bertiga aje. Pelawaan Kak Zila benarbenar tidak dapat kuterima dengan hati terbuka.

Tak boleh. Niel balik rumah. Dia kena study. Akhirnya aku bersuara juga.

Niel memandangku sambil tergelak kecil, Akak, sekarang ni saya tengah cuti semester. Nak belajar apa pula Niel merenungku dan aku balas dengan jelingan.

Nampaknya terpaksa juga aku terima kekalahan ini. Niel mengikut kami ke bowling centre yang terletak di tingkat atas sekali. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Aku dengan Kak Zila dan Niel dengan Miza. Kita tengok siapa yang menang nanti.

Kalau akak dapat strike, Niel kena berhenti ganggu akak. Aku sempat meluahkan seperlahan mungkin ketika kami sama-sama mengambil bola. Aku pilih bola ungu seperti biasa. Memang agak berat, tapi aku lebih selesa dengan yang ini.

Mak cik patut ambil pink. Larat ke nak guna bola tu Niel memerliku seperti biasa.

Ingat apa yang akak cakap tadi. Aku sempat berpesan.

Okey. Tapi, kalau saya yang dapat strike, mak cik kena tarik balik tuduhan tadi. Saya tak ganggu mak cik pun. Kita jumpa tadi pun secara kebetulan. Kawan mak cik yang ajak saya main boling sekali. Seperti yang kujangka, kata-kata yang menjengkelkan dari Niel.

Malas hendak melayannya, aku terus memulakan balingan dengan lagak profesional. Pinku hampir berjaya dijatuhkan kesemuanya. Hanya tinggal satu yang sedang bergoyang-goyang. Nampak seperti akan jatuh juga dan senyuman lebar mula terukir.

Yeah! Sorakku sambil bertepuk tangan dan berpaling ke belakang. Siap bagi high five dengan Kak Zila. Kegembiraanku terganggu apabila kedengaran tawa yang agak kuat dari arah belakang. Aku cepatcepat menoleh dan kelihatan Niel sedang memegang perutnya sambil ketawa terbongkok-bongkok. Mataku teralih pada lane.

Mulutku ternganga saat melihat pin yang tadinya bergoyang sedang elok stabil kembali. Ish, ingatkan jatuh. Beria aku gembira bagai nak rak. Niel masih ketawa terbongkok-bongkok dan akibatnya bolanya terlepas dari tangan dan elok sahaja bergolek masuk ke dalam longkang dengan bahagianya. Giliran aku pula yang ketawa sampai terbongkok-bongkok. Itulah namanya balasan. Niel hanya mampu melihat bolanya bergolek sayu di sepanjang longkang.

Tawaku masih belum dapat dihentikan. Sampai terduduk-duduk di kerusi bersebelahan Kak Zila. Nampaknya kedua-dua kami tidak berjaya mendapat strike. Sekurang-kurangnya aku jauh lebih bagus dari Niel yang masuk longkang.

Sha, kalau sibuk ketawa sampai bila nak habis game Kak Zila menepuk bahuku dan aku berusaha mengawal tawaku sambil bangun semula. Kak Zila dan Miza hanya mampu berpandangan sesama sendiri sambil mengangkat bahu.

Kalau akak dapat spare, Niel kena tunaikan permintaan akak tadi. Aku memandang Niel dengan wajah yang cukup yakin. Niel mengangkat bahu dan tidak semena-mena mengambil bola di tanganku. Bola digolekkan dengan sengaja ke dalam longkang laneku.

Ops, tak dapat spare. Niel buat muka tidak bersalah sambil tersenyum. Geram betul aku rasa macam hendak tumbuk giginya biar patah semua.

Ini main tipu namanya. Aku mendengus kasar.

Kenapa Mak cik nak saman saya Nak report polis Mak cik cuma cakap kalau dapat spare. Tak cakap pun kalau mak cik baling dan dapat spare. Pandai pula dia putar belitkan fakta kata-kataku.

Kalau saya dapat spare, mak cik juga kena tunaikan permintaan saya.

Kata-kata Niel membuatku tersenyum penuh makna. Bola di tangan Niel aku capai namun ternyata aku tersilap jangka. Niel lebih cepat menyorokkan bola itu di belakangnya. Aku tetap cuba mencapai. Tidak mahu mengaku kalah dengan budak kecil.

Mak cik nak main rebut bola ni sampai bila Semua orang tengah pandang kita. Niel buat isyarat mata dan aku terus menoleh ke belakang.

Memang semua orang sedang memandang kami. Ada yang ketawa, senyum malahan berbisik sesama mereka. Baiklah, kali ini aku kalah. Dengan langkah yang ganas aku kembali kepada Kak Zila yang sedang merenungku hairan. Sepatutnya sudah lama giliran Kak Zila membuat balingan, tetapi kerana perebutanku dengan Niel yang sangat kebudak-budakan semuanya jadi serba tidak kena.

Yeah! Suara Niel dan aku terus menoleh. Dia benar-benar berjaya mendapat spare. Senyuman bangga dilemparkan padaku dan dia terus berikan high five kepada Miza yang agak terkejut.

Tak payahlah nak high five sangat. Tak elok. Niel tak boleh bawa cara Niel dalam kalangan kawan-kawan akak. Kali ini suaraku tegas dan lebih matang. Perlu ditegur sebelum lebih parah.

Okey, saya minta maaf. Uncontrolled reaction. Niel angkat sedikit keningnya. Moga-moga nasihatku tidak masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja.

Kami habiskan game pertama dalam keadaan berpuas hati dengan jumlah jatuhan pin masingmasing. Niel di tempat pertama, aku kedua, diikuti Kak Zila dan Miza. Beza jatuhanku dengan Niel tidaklah banyak sangat. Hanya lima jatuhan. Kalau dia tidak main tipu awal-awal tadi, beza jatuhan pin kami hanyalah empat.

Sementara Kak Zila dan Miza membuat balingan masing-masing, aku ke kaunter makanan. Terasa dahaga pula. Sempat aku menambah dua fries. Selesai membayar, aku kembali ke tempat kami tadi. Kelihatan Kak Zila sedang membuat balingan. Lamanya. Mataku dialihkan pada scoreboard dan pusingan pertamaku telah diisi dengan strike.

Walaupun mak cik rasa saya jahat, tapi saya tetap tolong mak cik. Niel terus mengambil salah satu fries dan selamba menyuapnya ke dalam mulut. Memang tak tahu malu sungguh. Sudahlah ambil giliran orang, kemudian selamba makan makanan orang lain.

KAMI berkira-kira untuk terus pulang selepas makan di Pizza Hut. Kak Zila nampak begitu selesa dengan Niel. Macam-macam yang dipuji tentang Niel. Ramah, comel, baik hati, pemurah, kelakar dan macam-macam lagi. Banyak kali aku terpaksa menahan tawa di dalam hati saat mendengar setiap pujiannya.

Andai Kak Zila tahu hakikat yang sebenarnya memang sah dia boleh pengsan di tempat kejadian. Paling aku pelik ialah Miza juga nampak tidak kekok dengan Niel. Padahal setahuku Miza sangat susah hendak rapat dengan orang. Mantera apalah yang digunakan si Niel ini.

Seronok betul akak dapat jumpa Niel hari ni. Niel ni memang kelakarlah. Lenguh pipi akak ketawa. Untunglah Sha ada adik angkat comel, baik dan kelakar macam Niel ni, puji Kak Zila ketika kami berempat keluar dari Pizza Hut.

Kak Zila dahlah tu puji dia. Dah kali kelima ni, bisikku ke telinga Kak Zila, tapi rasanya mampu didengar oleh Niel.

Nanti kita main boling sama-sama lagi ya Kak Zila, Kak Miza. Niel kenyitkan mata.

Amboi mula dah gatal dia. Tetapi boleh pula Miza ketawa dengan perbuatan Niel.

Dahlah tu, jom kita balik. Nanti lewat nak solat zuhur kat rumah. Niel tu pun terus balik. Jangan nak merayap sangat. Aku sengaja berpesan. Bukan boleh percaya sangat dengannya.

Yalah kakak. Bawa kereta hijau elok-e

Niel sayang, sapa satu suara asing dan ia terus mematikan kata-kata Niel.

Kami berempat berpaling ke arah pemilik suara itu. Mahu terbeliak mataku saat melihat seorang wanita cantik yang memakai dress tanpa lengan dan hanya separas lutut. Nampak seperti sudah lewat 20-an usianya. Di tangannya penuh dengan beg-beg barangan berjenama. Mekapnya juga mengalahkan artis. Tebal berapa incilah agaknya.

Sayang keluar dengan siapa ni Wanita itu menghampiri Niel sambil cuba mengusap kepala Niel.

Niel pula laju sahaja mengelak. Jangan-jangan ini Aku menggeleng laju saat firasat negatifku mula berlegar-legar di minda. Kak Zila dan Miza hanya mampu memandang tanpa berkelip.

Jangan pegang saya dan jangan sibuk ambil tahu urusan saya. Niel menjauhkan dirinya dari wanita itu.

Akak-akak semua saya minta diri dulu. Usai berkata-kata Niel terus beredar meninggalkan kami yang masih tercengang.

Wanita cantik tadi sempat memandang kami bertiga dengan pandangan kerek sebelum turut beredar.

Sha, siapa perempuan tu Soal Kak Zila.

Entah, Sha pun tak kenal. Aku tersenyum nipis. Kemudian pandanganku dialihkan kepada Niel yang semakin jauh meninggalkan kami. Raut wajahnya nampak lain macam. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Aku jadi tidak sedap hati pula.

Kami bertiga berjalan ke arah yang bertentangan dengan Niel untuk ke lif. Ketika sedang menunggu pintu lif terbuka, mindaku sibuk memikirkan Niel.

Kak Zila dengan Miza balik dululah. Nanti Sha balik naik teksi.

Sha nak pergi mana Soalan Kak Zila tidak kujawab dan aku terus berlari anak ke arah yang dilalui Niel.

Setelah puas berpusing dan melilau, sepuluh minit kemudian aku berjaya menemui Niel. Dia sedang duduk di salah sebuah bangku dengan wajah yang ditundukkan. Tangannya digenggam kemas. Aku menapak perlahan ke arahnya. Kebetulan terdapat kiosk menjual minuman yang berdekatan, jadi aku singgah sekejap. Dua gelas jus oren sempat kubeli.

Ketika aku sudah di tepi Niel, dia masih dengan gaya duduknya yang tadi. Langsung tidak perasan akan kehadiranku. Aku hulurkan jus oren ke arahnya namun dia tidak memberi sebarang reaksi. Entah apa yang difikirkannya sampaikan jus oren tepi telinga pun tak nampak. Spontan aku dekatkan jus oren ke pipinya.

Arghhh. Dia menjerit perlahan sambil menyapu pipinya yang basah sedikit. Kemudian wajahnya didongakkan.

Mak cik buat apa lagi dekat sini Kata nak balik. Dia merenungku seketika sebelum kembali tunduk.

Niel tu kenapa duduk termenung jauh sorangsorang kat sini Macam orang ada masalah dunia. Ni minum air. Sejukkan perasaan marah tu. Gelas plastik tadi kuhulurkan semula ke arahnya.

Niel terus mengambil dan mula menyedut jus oren. Aku pula duduk di sebelah Niel dalam jarak yang agak jauh. Sengaja aku duduk di hujung bangku.

Terima kasih mak cik.

Wah adakah aku tersilap dengar. Hari ini dalam sejarah Niel mengucapkan terima kasih. Menyesal pula aku tidak merakamnya tadi.

Kenapa ni sebenarnya Akak tak ada niat nak masuk campur urusan Niel, tapi Aku termati kata.

Mak cik risaukan saya Niel menoleh untuk memandang wajahku semula.

Taklah risau, cuma pelik sikit. Macam ada yang tak kena. Takut juga Niel buat benda bukan-bukan.

Mak cik ingat saya ni tak waras ke sampai nak buat benda bukan-bukan

Boleh pula dia tanya kita semula. Dia ingat kerja menculik anak dara orang kerja yang waras agaknya. Niel kembali menyedut jus oren. Aku juga turut menikmati jus oren. Sedaplah pula.

Perempuan tu mak tiri saya.

Terus tersedak aku mendengar kata-kata Niel. Sudahlah tengah enak menikmati jus oren. Niel nampak seperti ingin menepuk belakangku, namun aku terus buat isyarat tangan supaya jangan. Setelah keadaanku reda, aku kembali memandang Niel.

Mak cik dah okey Soal Niel teragak-agak. Aku balas dengan anggukkan.

Akak ingatkan Niel dengan dia

Dia sugar mummy saya Atau kekasih ala-ala bimbo Pandai betul Niel meneka sangkaan negatifku tadi. Dengan jujur aku mengangguk.

Mak cik ingat saya ni keji sangat ke nak pergi kikis harta mana-mana perempuan kaya Saya ni bukannya spesies gigolo. Apa yang saya miliki ni semuanya dari daddy. Dengan nada kecewa Niel menjelaskan.

Sorry, manalah akak tahu. Baguslah tu kalau dari daddy sendiri. Niel kenalah jadi anak yang berguna untuk mewarisi harta daddy Niel. Belajar rajin-rajin, jangan buat perkara tak senonoh. Selamba aku menasihati. Tidak mahu budak kecil ini terus hanyut dalam arus yang salah.

Apa yang bagusnya Mak cik ingat harta boleh beli kebahagiaan Dengan mak tiri yang entah apa-apa tu. Mak cik ingat saya suka semua ni Niel seperti sedang melepaskan geramnya.

Memang kebahagiaan tak boleh dibeli, tapi boleh dicari kerana kebahagiaan tak akan datang bergolek. Kita kena berusaha untuk dapatkan kebahagiaan tu. Lembut sekali aku menasihati. Rasa macam kena guna kaedah psikologi dengan Niel.

Nak usaha macam mana Panjat Gunung Everest Berenang merentasi Selat Inggeris Niel menyoalku sambil tersenyum nipis. Orang serius, dia boleh pula main-main.

Itu usaha nak harumkan nama negara. Mungkin Niel kena usaha dengar cakap daddy, jangan balik lewat malam, jangan keluar bersosial dengan kawankawan tanpa batas, rajin belajar. Itulah usaha nak bahagiakan daddy. Kalau daddy bahagia, Niel pun akan bahagia, pujukanku diiringi senyuman manis.

Mak cik tak tahu apa-apa tentang keluarga saya. Niel mengeluh berat.

Memanglah akak tak tahu. Kalau Niel rasa nak luahkan masalah, akak sudi jadi kaunselor percuma untuk Niel. Jangan risau, akak tak akan bocorkan apaapa. Pasal Niel culik akak tu pun tak ada siapa yang tahu sampai sekarang. Bersungguh-sungguh aku menawarkan khidmat.

Niel ketawa perlahan.

Eh, dah kenapa tiba-tiba aku rasa sedap pula memandang wajahnya yang sedang ketawa. Niel tiba-tiba merenungku. Terasa bagaikan ada renjatan elektrik meresap terus ke jantungku. Cepat-cepat kualihkan pandangan sambil berdehem dua tiga kali.

Mak cik suka saya ya Selamba Niel menyoal dan membuatkan aku ternganga tiga saat.

Hello, tolonglah jangan nak perasan. Belajar pun tak habis lagi, umur tak cukup dua puluh lagi ada hati nak cakap pasal tu. Inilah budak zaman sekarang, langsung tak tahu malu bercakap pasal suka, cinta walaupun usia baru setahun jagung, bebelku sambil merenungnya tajam.

Kalau saya budak zaman sekarang, mak cik tu zaman apa Zaman Paleolitik Rasanya kita duduk dalam zaman yang sama. Beza kita lima tahun aje, bukannya 500 tahun, usik Niel sambil ketawa nakal.

Dah asyik sangat ketawa ni maksudnya dah okeylah kan Akak balik dululah. Aku terus bangun. Malas hendak melayan budak kecil ini lebih lama.

Mak cik, jom kita pergi gerai Nek Timah. Niel cepat sahaja menghalang niatku.

Tadi kan dah makan. Lapar lagi ke Aku kecilkan mataku.

Kita orang Melayu, tetap kena makan nasi. Lagipun Nek Timah dah banyak kali tanya pasal mak cik. Niel merenungku penuh mengharap.

Aku berfikir dua tiga saat sebelum mengangguk.

Tapi, kita pergi solat dulu. Dah pukul dua ni. Permintaanku dibalas dengan anggukkan Niel. Kami terus ke surau. Harap-haraplah Niel juga solat dan bukan sekadar menunggu aku di luar.

KETIKA kami sampai di gerai Nek Timah, pelanggan memenuhi setiap meja dan kerusi.

Malah ada yang sedang beratur mengambil makanan. Nek Timah nampak sibuk membancuh minuman.

Mak cik jom. Niel menarik hujung beg tanganku.

Ramai oranglah. Mana ada kerusi nak duduk, balasku sambil menggeleng.

Bukan jom makan, jom tolong Nek Timah. Niel tersenyum lebar sambil mengangkat kening.

Aku merenungnya dengan mata yang dikecilkan. Apa lagilah yang hendak dibuatnya. Macam-macam. Namun, aku terus mengekorinya ke arah Nek Timah.

Nek, Niel tolong hantar air dan ambil pesanan. Nek bancuh air aje. Tanpa memberi salam Niel terus menegur Nek Timah.

Ish, budak bertuah ni. Bila sampai Nek Timah tersenyum lebar.

Baru aje. Ha, akak nampak tak sinki tu Niel menuding jari ke bahagian belakang.

Aku mengikut arah tangannya dan kelihatan sinki yang penuh dengan pinggan dan gelas kotor. Macam dapat agak sahaja apa yang ingin disuruh Niel.

Okey adik. Aku ketawa pendek sebelum beredar ke bahagian sinki. Baru sahaja hendak mencurahkan sabun basuh pinggan terasa sesuatu melekap ke badanku. Aku menoleh dan terus nampak Niel.

Pakai apron, nanti baju basah. Tak payah pandang saya macam nak telan. Saya tak pegang mak cik pun. Niel mencebek sebelum beredar meninggalkanku yang terpinga-pinga.

Hai, memang kena banyak bersabar dengan Daniel Izdihar ni bila dia dengan selamba menyarungkan apron ke badanku. Apa pula kata orang lain kalau nampak keadaan kami tadi.

Mak cik, kerjalah! Bukan berangan. Niel muncul semula bersama gelas dan pinggan kotor. Semuanya dihulurkan kepadaku sambil tersenyum lebar.

Aku masamkan muka dan kembali bertugas. Sejam kemudian barulah pelanggan yang datang ke gerai Nek Timah semakin berkurangan. Aku tersenyum puas dengan tugasanku hari ini.

Niel kelihatan sedang sibuk mengelap meja makan. Senyuman terukir di wajahnya. Bagaikan ada magnet yang menarik mataku untuk terus melihat senyumannya. Benarkah dia ini yang menculikku dulu Yang berada di tempat asing persis kelab malam. Yang begitu sombong. Yang tak tahu menghormati orang yang lebih tua. Tapi, kali ini dia nampak benarbenar berbeza.

Niel tiba-tiba menoleh ke arahku dan dia pastinya nampak aku yang sedang merenungnya. Aku tidak sempat alihkan pandanganku tadi. Sambil tersenyum nakal dia berjalan ke arahku.

Saya tahulah saya hot, tak payahlah nak curi-curi tengok. Cakap ajelah mak cik nak tengok saya. Saya boleh duduk depan mak cik berjam-jam sampailah mak cik puas.

Aku ternganga mendengar kata-kata Niel. Menyesal pula aku puji dia tadi. Ha, yang ini memang sah budak kurang didikan yang menculik aku. Ah, geramnya!

Tak ada maknanya nak tengok Niel. Baik akak tengok anak semut. Huh! Aku terus mengambil gelas di tangan Niel dan berpaling ke sinki semula.

Niel, Sha. Pergilah berehat dulu. Tak berhentihenti buat kerja dari tadi. Nek Timah memanggil kami dan aku menarik nafas lega.

Aku terus duduk di salah sebuah meja. Niel muncul beberapa saat kemudian dengan muka tidak bersalah. Namun, aku langsung tidak memandangnya.

Mak cik, anak semut! Niel tiba-tiba menjerit perlahan dan mengangkat tangannya mendekat ke mukaku. Gila agaknya budak ni. Aku jauhkan mukaku dari tangannya.

Tadi kata nak tengok anak semut. Dah saya tolong cari anak semut ni langsung tak berterima kasih.

Lepaskanlah anak semut tu. Kasihan dia nak hidup, balasku dengan suara yang tegas.

Saya bukannya nak bunuh dia pun. Saya cuma angkat dia nak tunjuk pada mak cik. Suara Niel kedengaran merajuk. Dia kemudiannya bangun dan berlalu ke salah sebuah pasu di tepi gerai.

Aku tidak dapat menahan tawaku saat melihat Niel dengan berhati-hati meletakkan anak semut itu ke atas daun bunga kertas. Aduh, sabarlah dengan kerenah Niel yang kadang-kadang tak tercapai dek akal.

Niel kembali sambil tersenyum ke arahku, Kan lagi elok ketawa macam tu. Mak cik kalau masam, perghhh takut saya tengok. Dahlah tak berapa cun, buat pula muka ketat.

Tawaku terus mati saat mendengar kata-kata Niel. Mahu sahaja aku baling selipar dekat dia.

Tengok tu, muka ketat lagi. Niel kecilkan matanya sambil menggeleng. Aku mengetap bibir sambil berpeluk tubuh.

Nah ambil ni. Niel tiba-tiba menghulurkan telefon pintarnya ke arahku. Aku terus kerutkan dahi.

Saya tahu mak cik sekarang ni mesti tengah membuak-buak geram. Rasa nak pukul saya dengan something. Ni saya dah cukup baik offer telefon saya.

Telefon pintar jenama Samsung itu kucapai dan terus aku ketuk ke lengannya. Padan muka! Niel hanya ketawa dan siap hulurkan kedua-dua tangannya lagi ke arahku.

Kamu berdua ni ada-ada aje ya. Ni minum dulu. Mesti dahaga sebab asyik bertekak je dari tadi. Nek Timah muncul bersama dua gelas Teh O Ais. Sedapnya. Sudahlah cuaca memang tengah panas terik.

Terima kasih nek. Teh O Ais nenek memang terbaiklah. Niel angkat ibu jari kanannya.

Nek Timah sempat mengusap kepala Niel sebelum turut duduk.

Nek, kalau perlukan pekerja cakap aje dekat Niel. Kasihan tengok nenek bertungkus-lumus sorangsorang macam ni. Niel merenung tepat ke wajah Nek Timah. Wajahnya serius kali ini.

Niel kan selalu ada dekat sini. Lagipun kalau tambah pekerja nak kena bayar gaji mereka lagi. Nek Timah tersenyum nipis.

Nek ni tetap nak bagi alasan macam-macam.

Niel jangan lupa bawa balik makanan yang nenek dah bungkuskan tadi. Nenek ada letak dekat tepi peti ais. Nek Timah halakan jari telunjuknya ke belakang.

Niel dah cakap jangan susah-susah bungkuskan. Nanti Niel makan aje apa yang ada dekat rumah tu. Wajah Niel nampak sedikit sugul kali ini. Pasti teringatkan masalahnya di rumah.

Dalam keadaan sekarang aku hanya mampu mendengar apa yang dibualkan mereka. Mataku sekejap terarah kepada Nek Timah, sekejap terarah kepada Niel. Samsung Niel yang masih di tanganku tiba-tiba bergetar. Spontan aku melihat nama yang tertera di skrinnya.

Presiden. Mulutku turut menyebut.

Niel terus mengambil telefon pintarnya.

Jawablah, mana tahu penting. Nek Timah mengusap lembut bahu Niel.

Niel mengangguk lesu sebelum beredar meninggalkan kami berdua. Nek Timah memandangku sambil tersenyum.

Niel tak pernah bawa mana-mana perempuan datang sini. Sha yang pertama. Nek Timah memulakan perbualan kami.

Sha suka datang sini, nek. Makanan nenek sedap sangat. Aku balas dengan senyuman lebar.

Bukan itu yang nenek nak maksudkan. Niel nampak selesa dengan Sha dan nenek dapat rasakan Niel perlukan Sha. Kata-kata Nek Timah membuatkan bulu romaku meremang.

Kami baru kenal dua minggu nek. Lagipun Sha ni kakak angkat dia aje. Dia lebih perlukan orang lain. Lagipun nenek nampak kan kami asyik gaduh aje kalau jumpa. Aku ketawa pendek di hujung ayatku, cuba menutup kegusaran yang sedang melanda.

Tapi, dia nampak selalu ketawa bila dengan Sha. Nenek tahu Niel tu kadang-kadang nakal, suka mengusik. Rambut pun dulu warna oren. Kata-kata Nek Timah disusuli dengan tawa kami berdua.

Jari Nek Timah bertaut dengan jemariku. Terasa hangat kasih sayang yang mengalir.

Sebenarnya dia tu budak yang sangat baik. Dia cuma perlukan perhatian dan kasih sayang. Nenek harap sangat Sha akan terus bahagiakan dia. Buat dia ketawa. Begitu mendalam sekali permintaan Nek Timah. Seram sejuk aku dibuatnya.

Insya-Allah, nek. Hanya itu yang mampu kubalas.