Gelagat ikan-ikan yang sedang berenang diperhatikannya dengan penuh khusyuk. Kalaulah dia seekor ikan, pasti dia tidak akan sering mengeluh dan merungut memikirkan masalah yang dia alami. Ikan mampu berenang dengan gembira tanpa mereka perlu memikirkan apa-apa masalah yang menimpa kehidupan mereka.
Dia cuba mencapai mug air milonya tetapi mugnya seakan-akan telah bergerak jauh darinya kerana dia tidak dapat mencapai mug tersebut. Dia terasa pelik apabila mugnya berada jauh dari jangkauan tangannya.
Dia mula meraba dan kemudian menoleh lalu terkejut melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya itu.
Assalamualaikum Elzaara...
Waalaikumussalam... Eh, Kak Lisa Betul ke ni Kak Lisa Elzaara tergagap-gagap menjawab salam yang diberikan. Dia menggosokkan kedua-dua belah matanya tanda tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.
Mulutnya ternganga seperti sedang melihat hantu di hadapannya. Dia cuba mencubit pipinya bagi memastikan bahawa dia sebenarnya tidak bermimpi dan tetapi hanyalah kesakitan yang dia alami. Ternyata betul susuk tubuh yang berada dihadapannya kini adalah Lisa, Kakak sepupunya!
Yalah dik Elzaara oii. Ini Akaklah ni. El ada nampak orang lain ke dekat sini Tegur Lisa sambil tersenyum.
Meskipun tubuh dan suara Lisa kini benarbenar wujud dihadapannya, Elzaara masih lagi tidak mempercayainya. Dia seakan-akan blur seketika. Dia memegang tangan Lisa bagi memastikan Lisa benarbenar dihadapannya dan ini bukanlah khayalan dia di siang hari. Dalam sedang membelek Lisa, Elzaara tidak perasan bahawa mulutnya masih lagi ternganga.
El, kot ye pun tutuplah mulut tu. Masuk lalat nanti baru tau. Jatuh saham nanti kalau Mak Mertua tengok El menganga macam ni tau!
Elzaara menarik muka mendengar usikan Lisa. Dia amat sensitif kalau orang bercakap soal kahwin, mak mentua dan lain-lain yang berkaitan.
Lisa mengulum senyum, El dah tak kenal Akak rupanya, ya Sedihnya Akak. Tak apalah Akak nak baliklah kalau macam ni... usik Lisa.
Astghafirullahalazim! Kak Lisa ni mana El lupa
Akak. Cuma tergamam je tengok Akak yang dah makin cantik dan berseri-seri sekarang. Kulit pun makin mulus, makin putih. Memang padanlah kalau El tak cam Akak tadi!
Lisa ketawa mendengar usikan Elzaara. Pipi Elzaara dicubit geram!
Bila Akak balik daripada London ni Soal Elzaara sebelum mereka berpelukan erat.
Suara keduanya memecah kesunyian di waktu itu dengan gelak tawa. Rumah yang sunyi kini diserikan dengan usikan dan gelak tawa mereka berdua.
Dah seminggu Akak sampai Malaysia. Cadangnya nak jumpa El semalam, tapi last minutes cancel sebab Akak ada hal sikit. Banyak jugalah halnya sebab Akak sekarang kan dah habis study.
Yalah tu sibuk. Telefon kan ada. Kenapa tak call je Macamlah teknologi sekarang ni mundur tak ada telefon. Lyn pun satu, tak bagi tahu pun dekat El yang Akak dah balik Malaysia. El nak merajuklah macam ni...
Ala... janganlah merajuk... El sekarang macam mana Sihat ke Kenapa duduk termenung sorangsorang ni Pak Long dengan Mak Long mana Sunyi je rumah Akak tengok, Lisa memanjangkan lehernya menjenguk ke dalam rumah. Kelibat Encik Yusuf dan Puan Rahayu tidak kelihatan sejak dari dia tiba tadi.
Ayah dengan ibu keluar pergi mana entah. Rumah kawan mereka kot. Haziq pun tak ada, ikut pergi sama. Tu yang El tinggal sorang-sorang ni, ujar Elzaara yang masih berpura-pura merajuk.
Perasan dengan rajuk Elzaara, Lisa mengusap pipi gadis itu seakan memujuk.
Kalau Akak call, bagi tahu yang Akak dah balik tak jadilah surprisenya. Memanglah teknologi dah makin maju. Cumanya Akak sibuk sikit tu yang tak sempat nak pegang gadjet. So, amacam Surprise tak Akak dah balik Barisan gigi putih Lisa ditayang seperti dalam iklan Colgate. Dia berjaya membuatkan Elzaara terkejut dengan kepulangannya ke Malaysia.
Tak maulah kawan dengan Akak. El nak merajuklah macam ni. Sampai hati Akak buat El macam ni, kan...
Dah, dah. Tak payah nak merajuk bagai. Akak kenal awak macam manalah. Ni bukan style El yang Akak kenal. El yang Akak kenal tak macam ni, dia hati batu. Eh, Akak hauslah. Jom kita pergi minum kat luar nak tak Akak belanja. Sambil tu kita boleh sembang panjang. Lagipun Pak Long dengan Mak Long tak ada dekat rumah, kan. Lisa mengajak Elzaara untuk keluar minum di luar.
Ha, boleh juga! Akak tunggu sekejap ya El tukar baju. Tanpa berfikir panjang Elzaara terus bersetuju dan segera naik ke bilik untuk bersiap-siap keluar minum bersama Kak Lisa.
Lagipun memang dia sendiri tidak mempunyai rancangan apa-apa pun. Dari dia melayan bosan berada di rumah keseorangan, baiklah dia keluar dengan Kak Lisa. Pantas dia menarik t-shirt berlengan panjang dan jeans longgar menjadi pilihan Elzaara. Dipadankan bersama sehelai selendang pashmina yang dililit kemas di kepalanya. Ringkas sahaja gaya Elzaara.
Okay, done. El dah siap. Jom! Elzaara menutup dan mengunci pintu rumah.
Kenapa Kak Ada yang tak kena ke dengan pakaian El ni Kalau tak okey El nak pergi tukar balik baju lain, Elzaara terus membelek dirinya apabila dia terus direnung oleh Lisa.
Lisa seperti terkaku melihat penampilan Elzaara yang begitu ringkas. Dia bagaikan baru tersedar yang dah banyak yang berubah pada diri Elzaara sepanjang ketiadaannya di Malaysia. Nafas dilepaskan perlahan. Bahunya ditepuk perlahan, Kak Lisa...
Eh, tak ada apa-apalah. Dah siap ke Kalau dah siap jomlah gerak.
Lisa pantas bergerak menuju ke arah keretanya dan memicit alarm kereta untuk membuka kunci pintu kereta. Elzaara baru tersedar apabila melihat sebuah kereta Satria Neo R3 terparkir bersebelahan dengan kereta MyVinya. Ditangannya sudah tersedia kunci MyVi dan dia mengandaikan bahawa mereka akan menaiki MyVinya. Elzaara terkaku di situ.
El Kenapa Jomlah! Gamit Lisa apabila menyedari Elzaara tertinggal di belakang.
Hah... Yelah, yelah El datang. Elzaara bergegas mencapai kasutnya dan menyimpan kunci keretanya di dalam poket seluar. Pursenya juga disumbatkan ke dalam kocek jeansnya manakala handphone Samsung Galaxy SIII hanya tergenggam kemas dalam telapak tangannya.
Mereka berdua menaiki kereta Satria Neo R3 kepunyaan Lisa. Di dalam kereta Elzaara sibuk menaip mesej pemberitahuan soal dia keluar minum bersama Lisa kepada ibunya. Manakala Lisa pula sedang sibuk menetapkan lokasi yang akan mereka tujui di aplikasi GPSnya.
Elzaara:
Ibu, El keluar minum dengan Kak Lisa dekat luar dan mungkin window shopping sekejap.
Mesej send. Tidak lama kemudian, balasan mesej diterima daripada Puan Rahayu.
Ibu:
Okey. Hati-hati keluar tu. Jangan lambat sangat
balik tu. Kirim salam ibu dengan Lisa.
Elzaara: Baik ibu
Kak Lisa, ibu kirim salam dengan Akak, sebaik sahaja mesej dibalas, Elzaara menyampaikan salam ibunya kepada Lisa.
Lisa hanya mengangguk dan menjawab salam di dalam hati.
Elzaara menutup aplikasi mesejnya dan handphonenya kini hanya terletak di dalam dashboard kereta Lisa. Dia merenung Lisa sebelum mengalihkan pandangannya ke hadapan. Dibelek Satria Neo baru milik Lisa. Dia tersenyum kerana kecekapan Lisa memandu kereta walaupun sebenarnya Lisa sudah lama tidak memandu di jalanraya Malaysia.
Lisa yang sedang khusyuk memandu sudah tidak keruan melihat Elzaara yang sudah tersengih-sengih bagaikan kerang busuk melihatnya memandu. El, kenapa sengih-sengih macam tu Akak drive salah ke Kalau salah, El jelah yang drive... Seraya dengan itu kereta diberhentikan di tepi jalan dan Lisa sudah mulai membuka pintu kereta untuk bertukar tempat memandu dengan Elzaara tetapi dihalangi oleh Elzaara. Lisa sudah semakin panik dan keliru melihat senyuman di bibir Elzaara.
Elzaara sudah menggelengkan kepala dan memberi isyarat supaya dia menutup pintu keretanya kembali. Dek kerana tidak tahan melihat mimik wajah Lisa yang kebingungan, Elzaara sudah terbahak-bahak ketawa. Ketawanya lepas di dalam kereta tanpa ditahan-tahan. Dia sudah dapat mengagak bahawa Lisa akan memberhentikan keretanya.
Lisa menepuk-menepuk bahu Elzaara supaya berhenti gelak. Elzaara yang ketawa bagaikan puntianak mengilai terus memberhentikan tawanya dan dia sempat berdehem memperbetulkan tekaknya sebelum dia memberikan alasannya yang ketawa bagaikan orang tak betul!
Elzaara mula membetulkan posisinya dan Lisa menutup radio bagi memberi ruang kepada Elzaara untuk bercakap.
Kak Lisa, El gelak tadi bukan sebab Akak salah drivelah, tapi El cuma tak sangka je yang Akak masih lagi cekap drive jalan sini walaupun dah lama Akak tak balik ke Malaysia. Tak nampak langsung pun Akak kekok. Lagi pun Akak kan ada pembantu yang hebat lagi canggih... katanya sambil menunjukkan kepada aplikasi GPS.
Huh Tu je ke sebabnya kenapa El gelak beria-ria sampai nak tercabut rahang tu Tipulah! Takkan sebab Akak masih boleh drive jalan dekat sini El dah gelak sakan macam ni. Cuba bagi tahu Akak betul-betul apa dia yang buatkan El lucu sangat tu... Lisa yang tidak berpuas hati dengan alasan Elzaara dan dia masih lagi cuba menagih jawapan sebenar. Mukanya sengaja diseriuskan.
Elzaara hanya tersenyum, Betullah Kak. El kagum dengan kecekapan Akak memandu. Yang El gelak sakan macam pontianak mengilai tadi tu sebab El cuma nak sakat Akak je. Akak ni masih macam dulu. Bila kena tenung dah mengelabah semacam. Tu sebabnya El sakat Akak. Jangan marah ya... Kedua-dua belah tangan Elzaara disusun seperti momohon maaf tetapi mulutnya masih lagi mengukir senyuman.
Bertuah punya budak. Hai lah Elzaara oii. Takut Akak dibuatnya tau. Eeii budak ni. Akak ingatkan apa bendanyalah tadi. Nasib baik Akak waras lagi, kalau tak erm... Lisa menggelengkan kepalanya dan tangannya laju untuk menyambung perjalanan mereka kembali.
Elzaara pula sudah tersengih-sengih dapat mengenakan Lisa. Sepanjang perjalanan keadaan yang riuh tadi kini bertukar menjadi senyap kembali. Yang kedengaran hanyalah suara celoteh DJ di radio sahaja.
Kita nak ke mana ni Kak Gaya Akak macam nak pergi jumpa buah hati je
Aah, kita nak pegi jumpa buah hati. Lepas tu nak carikan calon untuk El sekali.
Hah! Alaaaa... Kenapa Akak tak bagitau El awalawal Kalau tak...
Kalau tak kenapa Kalau Akak bagitau awal-awal El nak bersiap cantik-cantik ke
Ish, bukanlah. Kalau Akak bagitau awal-awal tak adalah El nak ikut. El tak nak ganggu Akak date.
Pandai jelah El ni. Mana Akak nak jumpa buah hati pula. Kan kita nak dating berdua ni. Kan tadi Akak cakap Akak nak belanja El minum kat luar. Lupa ke dik oii..
Eh Lupa. Sorry.
Lisa hanya tersengih.
Akak nak bawa El pergi lepak dekat satu kafe ni. Akak Google dalam website semalam lepas tu Akak terjumpa kafe ni. Orang kata Kafe tu best! Sebenarnya kafe tu kawan Akak yang punya. Cuma Akak tak pernah tau pun pasal dia ada buka kafe. Tu yang Akak nak try tengok tu, Lisa tersenyum melihat gelagat Elzaara dan meneruskan pemanduannya.
Elzaara hanya menganggukkan kepala mendengarkan jawapan Lisa lalu dia hanya melayan perasaan sambil mendengar radio. Tiba-tiba, di pertengahan jalan Lisa menjerit kegirangan.
Eh, eh. Lagu kesukaan Akak ni! Wahhh bestnya! Keterujaan Lisa terserlah apabila sebuah lagu Korea kesukaannya yang sedang didendangkan di corong radio dan tanpa teragak-agak dia mengikut menyanyi bersama.
Because you naughty, naughty, Hey! Mr. Simple Because you naughty, naughty, Suju kanda!
Elzaara yang sedang mengelamun tiba-tiba terkejut dan terperanjat apabila Lisa menjerit lagi kesukaan sambil memandu. Dia mengerutkan wajahnya cuba mengecam lirik lagu yang sedang diputarkan di radio. Dia langsung tidak memahami sepatah pun lirik lagu yang sedang didendangkan. Lebih menghairankannya, Kak Lisa seronok ikut menyanyi bersama lagu yang entah apa-apa itu.
Kak Lisa, lagu apa yang Akak dengar ni Pelik semacam je El dengar. Tegur Elzaara.
Ini namanya lagu Korea, El. Tajuknya Mr. Simple. Penyanyi dia SuJu.
SuJu Peliknya nama dia. El yang dengar ni pun macam terkial-kial nak fahamkan sebutannya tapi Akak siap boleh nyanyi lagi lagu pelik ni. Tak tergeliat ke lidah nyanyi lagu tu Kak Elzaara yang sudah kebingungan bertanya kepada Lisa.
Taklah sebab akak dah biasa dengar lagu-lagu Korea ni. Dekat London pun akak layan. Pelik sangat ke Actually SuJu tu diringkaskan dari Super Junior. Lagu-lagu KPop ni memang kegilaan remaja sekarang tau. Boleh dikatakan seluruh Asia, Eropah dan meratarata tempatlah orang kenal kumpulan KPop ni. El tak layan KPop ke Best tau lagu-lagu KPop ni, terang Lisa. Taklah kak. Akak macam tak kenal El pula, kan. El tak layan lagu pelik-pelik macam ni. Nak sebut satu perkataan pun dah tergeliat lidah. Nasib baik lidah tak bertulang, kalau tak harus retak tulang lidah nak sebut perkataan Korea ni. El layan lagu rock orang putih je.
Dulu, kini dan selamanya Rock Inggeris! Tapi, kan kak... dahsyat betul mat saleh dekat sana pun layan lagu-lagu pelik macam ni.
Biasalah El. Sekarang ni memang fenomena KPop. Mana-mana pergi pun orang akan dengar lagu KPop. Tak berubah lagi taste El, kan. Eh, El ada dengar lagu Taylor Swift tak yang tajuknya I Knew You Were In Trouble. Akak suka lagu tu. Komen Lisa.
Taylor Swift Oh! Dengar, dengar. Melodi dia sedap. El suka dengar lagu-lagu dia sebab suara dia sedap, Elzaara membalas komen Lisa mengenai taste lagu kegemarannya.
Lisa mengangguk laju.
Kak, dah lama kita tak pergi hiking, kan Last kita pergi hiking pun sebelum akak further study dekat London dulu. Jom kita hiking dekat Broga Hill nak El dah lama tak hiking, gian pula rasanya. Nak hiking tak ada geng, Lyn tu bukan minat aktiviti rekreasi macam kita ni... Saran Elzaara mengubah topik.
Hah, bila nak buat Akak ok je kalau nak hiking tapi kena tengok jadual kerja Akak dulu sebab lepas ni Akak dah start kerja. Akak pun dah lama tak hiking ni. Bolehlah, nanti kita plan betul-betul. Oh, by the way, Akak ada kumpulan untuk aktiviti masuk keluar hutan ni tau. Nanti Akak tanya dia orang bila nak buat event. Bolehlah El ikut sekali.
Oh yeah! Dapatlah El lepas gian. Kak, kumpulan Akak tu memang biasa buat aktiviti ke
Selalulah juga dulu masa Akak dekat London. Kita orang selalu buat aktiviti masa cuti semester. Macam-macam aktiviti kumpulan Akak buat. Yelah, ramai geng-geng Akak yang jenis kaki lasak macam kita. Minat kita orang sama tu yang tertubuhnya kumpulan tu. Tapi, geng-geng Akak semuanya orang Malaysia juga sebab tu tak risau sangat kalau nak buat aktiviti lasak lepas ni. El nak join kumpulan Akak tu pun boleh juga. Nanti Akak masukkan nama El dalam kelab Akak tu.
Eh, tak apa ke kalau El join Kak Kang apa pula geng-geng Akak tu cakap kalau El join. Yelah El kan bukan budak universiti Akak, Elzaara melahirkan kegusarannya.
Ada pula El fikir macam tu. Kumpulan Akak tu bukannya semua daripada budak-budak universiti Akak je, ada je daripada budak-budak universiti tempatan juga. Alah, kumpulan Akak tu memang terbuka pada semua orang. Jangan risaulah. Akak antara ajk tertinggi kelab tu, so El takyahlah risau sangat ok
Deal Kak! Elzaara tersengih panjang.
Hah, kita sembang-sembang ni dah sampai pun kita dekat tempat yang ditujui. Jom, kita lepak-lepak dekat kafe ni dulu lepas tu kita window shopping. Jangan risau, Akak yang ajak kan, so Akaklah yang belanja El. Okey, jom! Lisa mencuit bahu El sambil menanggalkan tali keledar.
Punat kunci kereta ditekan.
Wah, kecil tapak tangan, besar stadium, El tadahkan Murah rezeki El hari ni sebab dapat merasa juga orang jauh belanja. Jimat duit El... Sempat lagi Elzaara berseloroh sambil bibirnya sudah tersenyum lebar, selebar pintu pagar stadium.
Lisa hanya tersenyum dan tidak membalas usikan Elzaara. Elzaara menggarukan kepalanya yang tidak gatal kerana Lisa tidak membalas usikannya. Dia cuba mengejar dan menyaingi langkah Lisa yang sudah jauh melangkah ke dalam kafe tersebut. Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam kafe, Elzaara terpaku dan tergamam melihat keunikan dekorasi dalamannya.