Sebiji pil khayal direndamkan ke dalam air setan yang memenuhi separuh gelas berkaki itu. Diperhatikan dari luar gelas lutsinar di mana berbuihbuih air setan itu memenuhi permukaan bibir gelas. Dengan hanya sekali nafas habis diteguk tanpa tinggal setitis baki. Kepalanya mula terasa berpinar namun pertengkaran dengan Tunku Hardie masih lagi jelas bermain di layar mata.
Hardie! Satu hari kau akan jadi hak aku! bergema jeritannya dalam hingar muzik yang memekakkan telinga.
Bertahun lamanya, dia menyimpan rasa cinta namun budak hingusan itu juga yang Tunku Hardie ketagihkan. Siswa kolot yang datang dari kampung! Tiada langsung citarasa fesyen semasa setaraf dengan kerabat diraja itu. Asyik dengan baju kurung dan tudung. Kalau dulu, Tunku Hardie kejarkan penampilan seksi yang hampir menyerlahkan separa betis wanita. Sejak kemaruk cinta Qamra Ain, terus Tunku Hardie berubah citarasa ke arah kampungrian.
Hey babe! Lets dance with me. Dansa Kuduro! tegur seorang jejaka entah dari mana muncul sambil merayap tangan di atas pehanya yang gebu. Dia yang tersentak bila diperlakukan begitu mencerlung tajam pada tangan yang berani menyentuhnya.
Jelingan tajam tadi memerhatikan dari bawah sampai ke atas sehingga arah renungan hinggap ke wajah lelaki itu. Dia menepis kuat tangan lelaki tadi dan menarik rakus kolar kemeja hingga wajah lelaki itu betul-betul berdepan dengan mukanya.
Hati you dilukai lagi ke, sayang bisik lelaki itu ke telinga dengan suara menggoda.
Pergi jahanam! halaunya sambil mengetap gigi menahan geram. Dilepaskan kuat cengkaman kolar tadi sehingga terdorong lelaki itu ke belakang sedikit. Malam ini dirasakan tiada selera langsung untuk berdamping dengan sesiapa apatah lagi menari terkinja-kinja di lantai dansa. Dia hanya mahukan Tunku Hardie. Hanya Tunku Hardie, itu saja matlamatnya sekarang.
Aku hanya mahukan Hardie bukan kau!
Botol berisi air setan dicapai dan dituang ke dalam gelas berkaki tadi. Belum sampai memenuhi separuh ada pula tangan yang cuba menahan. Cepat-cepat dia menoleh ke tepi.
Datuk Zackry nak jumpa kau
Kalau pasal budak kampung tu, suruh dia berambus! Aku dah malas nak layan! Suruh dia pergi kejar sendiri kalau dah ketagih sangat! Hardie dan si tua tu sama aje, tak ada taste langsung! Dua-dua menyakitkan hati! Aku yang seksi ni, sekor pun tak pandang. Asyik budak kampung tu juga yang dicari! dia merentap kuat tangannya sehingga terlerai pegangan jejaka tadi, pembantu Datuk Zackry. Gelas berkaki tadi dibaling dengan kuat ke dinding hingga berderai kaca jatuh ke lantai.
Cik belum lagi habis mengomel, Datuk Zackry yang baru tiba di hadapan mereka berdua mengisyaratkan pada Pembantu Peribadi (PA), Sukardi supaya beredar pergi. Biar dia yang selesaikan sendiri masalah dengan bini peliharaannya.
Kalau dulu dialah bini peliharaan yang diangkat kelas pertama hinggakan tiada lagi perempuan yang berhak mendampingi si bujang tua lanjut usia itu. Selepas mengenali lelaki ini di kelab malam 3 tahun yang lalu, dia mula merasai hidup dalam kemewahan dek hamparan duit tunai yang tak pernah susut dalam akaun bank. Apa saja kemahuannya diikuti. Apa saja malah termasuk maruah juga sanggup digadaikan demi lelaki gersang itu asalkan hidupnya mewah dan hubungan dengan Tunku Hardie berjalan dengan lancar.
Cuma, sejak kebelakangan ini Datuk Zackry mula berubah sikap. Semenjak pertama kalinya terserempak dengan Qamra Ain yang entah di mana terlepasnya budak kampung itu, mulalah hati legend si tua itu berubah drastik sekelip mata. 24 jam Qamra Ain! Qamra Ain! Qamra Ain! Naik jelak gegendangnya menadah nama itu. Sudahlah lelaki yang dikejari masih lagi belum berjaya diikat, ditambah pula dengan masalah Datuk Zackry yang kemaruk benar hendak berjumpa dengan budak kampung itu. Yang dia pula
Tak ubah seperti kerbau dicucuk hidung, mengikut saja kehendak mengarut si tua ganyut itu.
Kalau pasal budak kampung tu, baik you berambus sebelum I siram you dengan air setan ni! Pergi berambusss! jeritnya sekuat hati sambil jari telunjuknya yang runcing lurus menunjuk ke arah pintu keluar.
Please, aturkan temujanji I dengan dia. Hanya sekali aje, lepas ni I takkan kacau dia lagi. I I akan ikut segala kemahuan you, please. pinta Datuk Zackry separuh merayu. Dia terpaksa berlembut walhal jika diikutkan hati mahu saja dicekik batang leher bini peliharaannya yang sudah berani melawan cakap.
You ni tak faham bahasa ke, Zack I sarankan you pergilah cari betina lain, ramai lagi yang ketagihkan duit you di luar sana. Bukan ke you ni gigolo terhangat di pasaran KL. Bukan setakat petik jari tangan, you petik pakai jari kaki sekali pun ramai betina sanggup sujud di kaki you, semakin sinis kata-kata yang didaskan oleh bini peliharaan yang paling top dalam hidupnya. Selama ini secara rahsia dia mengintip hubungan sulit bini peliharaanya dengan Tunku Hardie, anak sulung tokoh koporat Tun Tunku Harith yang terkenal serantau Asia itu.
Ya! Dia tahu gadis bertudung itu punyai teman lelaki namun entah kenapa susah benar dilupakan niat di hati dari hari ke sehari. Bagaikan ada suatu aura yang mengikatnya untuk mengenali Qamra Ain. Datuk Zackry naik berang. Semakin berani perempuan ini menguji kesabarannya di samping terpaksa mendengar kata-kata sinis yang menjengkelkan.
Baik kau ikut arahan aku atau aku dedahkan siapa kau sebenar pada Hardie! pantas Datuk Zackry mencengkam batang lehernya dari belakang. Dia mengadu kesakitan sehingga menimbulkan kesukaran untuk bernafas.
You you nak buat apa! Mana you tau tentang Hardie tanyanya takut-takut. Kedengaran tersekatsekat suara di kerongkong.
Aku akan bunuh dia depan mata kau sendiri kalau kau tak ikut cakap aku! ugut Datuk Zackry keras yang berbisik perlahan di tepi telinga.
Ba... baik aku ikut cakap kau lepaskan aku! cepat dia mengaku, sekadar menyelamatkan diri dari mati dicekik oleh tangan Datuk Zackry yang tiba-tiba menggila di malam ini. Setahunya, si tua ini merupakan seorang lelaki harum yang lembut. Tapi, sekelip mata boleh bertukar menjadi kejam hanya kerana kemaruk terhadap Qamra Ain.
Dia memerhati dengan penuh rasa benci. Datuk Zackry berlalu pergi diekori PAnya dari belakang. Belakang tengkuknya yang masih terasa sakit diurut perlahan-lahan. Kuat benar cengkaman lelaki yang tak padan dengan tua itu.
Qamra! Satu hari aku pastikan kisah cinta kau berakhir depan mata aku! katanya perlahan yang hanya didengari oleh telinga sambil tersenyum sinis.