Saya tengah mengemas rumah. Its just a small miniature terjatuh. Jawab Nadhirah sambil dia tunduk mengutip perhiasan meja yang terjatuh.
Awak perlukan pertolongan saya ke
Tak payah la, sikit aja barang-barang ni. Awak kan sibuk. Saya boleh buat semua sendiri. Tolak Nadhirah. Dia memahami niat baik Imran itu namun enggan menyusahkan teman lelakinya itu.
Ya, saya memang sibuk tapi kalau awak perlukan apa-apa bantuan, saya kan ada. Sekurang-kurangnya saya boleh hantar orang tolong awak kemas rumah. Tambah Imran.
Tahu. Nanti kalau saya ada benda nak minta tolong, saya cakap pada awak. Saya bukan buat apa-apa pun ni, cuma tengah menyelongkar luggage saya aja.
Dah siap ke belum mengemas tu
Belum lagi. Baru separuh jalan.
Tak apa lah kalau macam tu. Awak sambunglah dulu kerja awak, nanti malam saya call awak lagi.
Okey.
Take care, miss you.
Miss you too. Perbualan mereka terhenti di situ.
Laparlah pula, Nadhirah tiba-tiba mengomel sendirian. Setelah berjam-jam mengemas rumah dan menyusun atur segala barangannya mengikut cita rasa yang diinginkan, Nadhirah berjalan menuju ke dapur. Dia menyelongkar dapur barunya untuk membuat smoothie kegemarannya.
Dek kerana terlalu penat, Nadhirah terduduk di atas sofa barunya. Dengan perlahan dia menyedut smoothie yang berwarna hijau tua itu dengan penuh penghayatan. Nasib baiklah ada Alana yang sudi mengajarnya menyediakan resepi smoothie yang sedap ini.
Hatinya terasa begitu lapang setelah segala barang-barang yang disumbat ke dalam bagasi sudah pun selesai dipunggah dan diletakkan ke tempat yang sepatutnya kerana selepas ini banyak lagi perkara yang perlu diuruskan oleh Nadhirah. Lututnya terasa seakan ingin tercabut kerana lenguh mengangkut itu dan ini. Sambil duduk bersenang-senang di ruang tamu, Nadhirah memandang lama setiap sudut dan ruang di dalam rumah yang sepatutnya mempunyai tiga buah bilik tidur dan dua buah bilik mandi ini.
Rumah yang sepatutnya lengkap dengan bilik tidur dan sebagainya ditinggalkan kosong seumpama padang futsal sahaja layaknya, tempat tidur, ruang tamu, ruang kerjanya dan ruang dapurnya hanya dipisahkan dengan susunan perabot sahaja mengikut keselesaan Nadhirah. Rumah ini berubah luas seluasluasnya tidak seperti rumah-rumah lain.
Rumah yang berada di tingkat sepuluh bangunan lima belas tingkat ini benar-benar memuaskan hati. Setiap tingkat mempunyai empat unit rumah dan menurut pihak pengurusan, hanya dua unit sahaja yang dihuni di tingkat sepuluh. Bermakna, Nadhirah hanya mempunyai seorang sahaja jiran tetangga.
Bagaikan dalam mimpi akhirnya dia mempunyai rumah sendiri, ruang sendiri, miliknya seorang. Buat pertama kali dalam hidupnya dia mempunyai sesuatu yang merupakan milik mutlak dirinya. Satu kepuasan dirasakan Nadhirah saat ini.
Sejak balik ke Malaysia, selera Nadhirah bertambah-tambah. Tengoklah sekarang ini, elok sahaja dia membuka setin laici kegemarannya. Satupersatu buah laici dikunyah dan ditelannya. Senang benar hatinya. Belum habis dia mengunyah ke semua buah laici yang berada di dalam tin tersebut, telefon bimbitnya berdering minta diangkat.
Panggilan daripada setiausaha Papanya disambut segera dan Nadhirah sudah boleh mengagak akan isu apa yang bakal disampaikan oleh Encik Zaki. Tan Sri Malik mahu berjumpa dengan Nadhirah segera.
PMalik. Lama sudah mereka tidak berjumpa. APA sihat Nadhirah memeluk erat Tan Sri
Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika Tan Sri Malik melawatnya di Australia empat bulan lalu.
Well, macam biasalah Nadhirah, kadang-kadang sihat, kadang-kadang kurang. Hidup bergantung dengan ubat memang macam ni. Mengantuk je sepanjang hari. Tan Sri Malik mengukir senyuman buat Nadhirah.
Tu la Papa, selalu sangat fikirkan pasal kerja. Rehat lah juga sekali sekala. Jangan asyik kerja aja memanjang. Nadhirah memberi nasihat.
Sebab itulah Papa bagi abang Aidid jawatan Timbalan Pengarah Emerald Group. Dia yang bantu Papa hal urusan syarikat sekarang. Papa cuma memantau perkembangan syarikat dari rumah aja.
Good for you. Papa memang kena banyak berehat. Eh, ubat Papa dah makan ke Soal Nadhirah.
Dah. Awal pagi tadi Papa dah makan. Malam ni pula lagi sekali.
Hubungan anak beranak ini baru sahaja mula rapat sejak beberapa tahun lepas. Nadhirah mula diterima dengan ikhlas sebagai darah dagingnya apabila anak ini bersetuju mendermakan sebahagian hatinya buat Tan Sri Malik.
Masalah hepatitis yang dialami oleh Tan Sri Malik berjaya menjernihkan hubungan mereka. Sejak itu, layanan Tan Sri Malik terhadap Nadhirah mula berubah, tiada lagi layanan dingin seperti dahulu. Nadhirah dilayan selayaknya sebagai anak sendiri.
Nad belikan roti jala. Papa nak makan sekarang atau tunggu sekejap lagi
Sekejap lagilah kita makan sekali. Papa baru je makan tadi. By the way, kenapa nampak macam dah kurus sangat ni
Biasa lah Papa. Hidup sendiri. Tidur tunggang langgang, makan tak tentu, malas nak memasak. Malas nak makan. Inilah hasilnya.
Tak bagus layan badan sendiri macam tu. Kalau sakit nanti kan susah. Nad ada nak makan apa-apa ke Papa suruh maid masakkan.
Tak nak lah. Nad dah kenyang pun. Sebelum datang tadi Nad dah makan. Nadhirah menolak. Dia tidak mahu berlamaan di dalam rumah agam ini. Dia sebolehnya mahu keluar segera dari rumah ini.
Menjadi penderma organ kepada Tan Sri Malik merupakan jalan terakhir yang Nadhirah sanggup lakukan untuk diterima oleh Tan Sri Malik setelah Aidid, Ammar dan Adelia enggan menjadi penderma pada tahun 2007.
Setelah melalui beberapa peringkat pemeriksaan Nadhirah akhirnya disahkan sebagai penderma yang bersesuaian. Hanya Allah yang tahu betapa dia gembira kerana keputusan berkenaan secara automatik membuktikan dirinya sah sebagai salah seorang anak Tan Sri Malik. Kecurigaan Puan Sri Munirah tentang kesahihan dia sebagai anak Tan Sri Malik juga akhirnya berjaya dinafikan.
Dalam diam Nadhirah akui dia sendiri takut dengan keputusannya namun apalah sangat nilai secebis hatinya itu kerana tanpa budi baik Papanya mungkin dia sudah mati di Australia dahulu. Dia hanya mahu diiktiraf sebagai anak dan diterima selayaknya oleh Papanya sendiri yang selama ini langsung tidak mengendahkan kewujudannya.
Mak Cik mana Pa Keadaan rumah yang sunyi sepi menandakan tiada sesiapa yang berada di rumah.
Biasalah, kalau tak ke galeri dia, dia pergi jumpa kawan-kawan. Tak ada maknanya dia nak stay dekat rumah ni lama-lama. Rungut Tan Sri Malik sambil dia memerhatikan gelagat Nadhirah yang sibuk mengemas beberapa fail yang berselerakan di atas mejanya.
Begitulah dia selalu, bilik bacaan ini sudah menjadi pejabat mininya sejak dia memutuskan untuk menguruskan Emerald Group dari rumah sahaja. Keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan sejak akhir-akhir ini tidak membenarkan Tan Sri Malik untuk terus aktif seperti dahulu.
Abang Aidid Family dia
Hari ni hari kerja Nadhirah. Dia di pejabat lah. Kak Bell pula bawa anak-anak dia balik kampung.
Tinggal Papa aja di rumah hari ni. Jawab Tan Sri Malik pada Nadhirah.
Kakak Adelia pula sekarang dah jadi kurator seni. Mak Cik lantik dia sebagai salah seorang kurator di Galeri Emerald Group. Abang Ammar pula sekarang dah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pemasaran
Dan Komunikasi di Emerald Group.
Nad ingat dia masih di Seremban. Ujar Nadhirah.
Dia masih ingat sebelum dia ke Australia, Ammar sedang menjalani rawatan pemulihan dadah di Seremban kerana Tan Sri Malik sudah tidak mampu lagi melihat keadaan Ammar yang semakin teruk dengan ketagihan dadah.
Itu cerita bertahun-tahun dulu. Sekarang dia dah elok. Tapi, Papa masih lagi memantau hidup dia. Susah nak kawal sebenarnya. Pantang ada peluang dia akan ambil juga barang-barang tu. Cuma sekarang Papa dah hadkan elaun dia, Papa pastikan ada pengawal yang akan sentiasa ikut dia, cuba larikan perhatiannya daripada dadah dengan bagi dia kerja.
Owhh, I see.. Nadhirah tidak terkejut.
Walaupun dia tinggal jauh sebelum ini, ke semua yang terjadi di dalam keluarga ini memang diketahuinya. Keluarga yang memang sudah berantakan semestinya diselubung masalah tak berpenghujung.
Papa dengar Nad dah balik dua hari, Nad tinggal dekat mana Kaca mata yang dipakainya diletakkan di atas meja. Tan Sri Malik menyandarkan tubuhnya sedikit.
Nad tinggal dekat area Shah Alam. Seksyen 23. Nadhirah sedikit ragu-ragu untuk bercerita kerana dia hanya membuat keputusan sendiri. Papanya langsung tidak dirujuk sebelum ini.
Kenapa tiba-tiba nak tinggal ditempat lain pula Nadhirah Rumah ni kan besar, kalau Nad balik tinggal di sini pun rasanya tak ada masalah. Nak tak Lembut intonasi yang digunakan Tan Sri Malik saat menyoal anaknya Nadhirah.
Tak naklah. Nad nak ubah angin. Bagilah Nad peluang hidup sendiri pula. Nad nak belajar hidup sendiri. Urus makan minum sendiri.
Empat tahun Nad belajar, lepas tu terus tinggal di Australia, takkan tak cukup lagi masa untuk Nad belajar hidup sendiri. Nad baru dua hari balik sini tau. Tinggal lah dengan Papa dulu dekat rumah ni. Pujuk Tan Sri Malik lagi.
Nad bukan tinggal jauh sangat pun, dekat je. Nad janji kita akan selalu jumpa okey. Nadhirah cuba memujuk ayahnya yang masih lagi ragu-ragu.
Macam dengan tawaran Papa Dah pertimbangkan ke belum Tan Sri Malik mahukan jawapan dari anaknya ini.
Puas sudah dia memujuk Nadhirah pulang dan akhirnya Nadhirah menurut katanya. Kini, dia mahu Nadhirah berkhidmat di Emerald Group pula. Tan Sri Malik mahu Nadhirah memperoleh apa yang sepatutnya diperoleh selaku anak kepada Tan Sri Malik.
Tak apa lah Pa, buat masa ni Nad masih nak tumpukan perhatian pada business arwah Mama.
Papa rasa, Nadhirah lebih dari mampu untuk uruskan business di Australia dan uruskan kerjaya di Emerald Group. Papa yakin Nad boleh. Ujar Tan Sri Malik penuh harapan.
Nad bukan tak mahu ikut cakap Papa, tapi Nad tak nak nanti, Papa susah hati nanti kalau abang Aidid dengan kakak Adelia buat perangai disebabkan Nad Nad tak nak Papa peningkan kepala Papa sebab Nad. Nadhirah berusaha untuk menyedapkan hati Papanya. You should be there to stand for your right. Papa kalau boleh nak semua anak Papa ada di Emerald Group. Dengan nada lembut Tan Sri Malik cuba memujuk lagi.
Nad langsung tak ada niat nak masuk dalam Emerald Group. Papa tahu yang Nad balik disebabkan permintaan Papa. Nad kalau boleh tak nak sangat jumpa dia orang. Kekoklah Pa nak berdepan dengan dia orang hari-hari. Tangan Papanya disentuh meminta sedikit persefahaman.
Tan Sri hanya diam mendengarkan alasan Nadhirah. Susah benar nak meyakinkan Nadhirah ni.
Abang Aidid tak suka Nad, abang Ammar tak pernah pun bercakap dengan Nad, kakak Adelia benci Nad dan Mak Cik memang tak nak tengok muka Nad langsung. Papa tahu famili kita macam mana, kan Nad tak nak keruhkan keadaan. Keluh Nadhirah perlahan.
Akhirnya Nadhirah berterus terang. Setelah begitu lama meninggalkan rumah ini dan tinggal di luar negara, Nadhirah sudah tidak betah lagi mahu menjejakkan kaki ke rumah yang penuh kenangan pahit ini. Dia kembali hanya kerana Tan Sri Malik yang memintanya pulang ke Malaysia.
Papa tak nak memaksa, tapi kalau boleh Papa nak Nad ada dalam Emerald Group macam anak-anak Papa yang lain. Tak apalah kalau tak bersedia lagi cuma Papa nak Nad pertimbangkan lagi benda ni. Give a deep consideration over this matter. Boleh
Bukan sekarang ya Pa I need time.
Okay. Take your time. Kita tukar tajuk pula sekarang. Nad dah ada rumah ke Tan Sri Malik seolah-olah mengalah lantas menukar tajuk. Bimbang juga dia mahu membiarkan anak bongsunya ini sendirian di luar.
Dah, Nad tinggal dekat SP Utama. Nad beli rumah
tu guna duit yang arwah Mama tinggalkan untuk Nad. Pa, Nad dah besar, jangan risaukan Nad sangat, ya Nadhirah berterusan cuba meyakinkan Papanya.
But still, I am not feeling at ease to let you stay all alone out there. Kalau Papa hantar pengawal untuk jaga Nad di sana boleh Empat orang Masih ada keraguan yang beraja dihati Tan Sri Malik.
Pa, tolonglah. Bantah Nadhirah. Dia enggan hidup seperti Adelia. Setiap langkah ditemani para pengawal. Langsung tiada kebebasan padanya.
Dua orang
No Papa.
Papa risau. Papa tak nak Nad diapa-apakan. Itu sahaja.
Nad tahu Papa risau, tapi rumah yang Nad beli tu selamat. Ada pengawal, ada cctv, kawalan ketat. Jangan risau, Nad takkan apa-apa.
You make me worry.
Tolong faham Nad, Pa. Nad dah banyak sangat menyusahkan Pa. Dah tiba masa keluarga Papa kembali semula macam dulu. Tanpa Nad, tanpa keluarga kedua Papa. Mak Cik berhak dapatkan semula kehidupan dia dengan anak-anak macam dulu sebelum Nad muncul dalam keluarga ni.
Kalau Nad dah buat keputusan, rumah pun dah ada. Papa izinkan Nad tinggal di luar tetapi Papa nak Nad terima hadiah Papa ni. Papa tak pernah bagi apaapa pada Nad dan kali ni Papa nak Nad ambil kunci ni. Gugusan kunci yang berada di dalam laci disuakan kepada Nadhirah.
Kunci apa ni Pa Nadhirah sedikit kaget kerana dia seakan-akan boleh meneka apa yang berada dalam fikiran Papanya.
Kunci kereta, Nad ambil aje. Papa dah belikan Nad sebuah kereta dan Papa tak nak Nad tolak pemberian Papa ni. Kereta Mini Cooper kuning yang ada dekat parkir dibawah tu Nad punya.
Tapi, Pa Nadhirah mahu menolak.
No more tapi-tapi, kalau Nad tak nak terima kereta tu, Nad kena pindah balik duduk rumah ni. Nad pilihlah yang mana satu. Tan Sri Malik terpaksa mendesak begitu jika mahu Nadhirah menerima pemberiannya.
Nadhirah tiada pilihan, dia terpaksa juga menerima pemberian Papanya kerana dia tak mungkin mahu pulang ke rumah itu lagi.
Thanks Pa. Dengan berat hati Nadhirah menerima juga pemberian Papanya. Bukan dia tidak mahu menerima hadiah ini namun, Nadhirah rimas jika hal ini diketahui Adelia. Pasti dia akan terus mengungkit dan mempersoal itu ini.
Nad tak sibuk kan hari ni Papa nak Nad jumpa seseorang.
Tak. Hari ni Nad nak lepak di rumah aja. Papa nak Nad jumpa siapa
Dato Majid, Peguam Papa. Ada benda yang kita nak bincangkan.
Hari ni ke
Ya. Sekejap lagi dia datang. Jawab Tan Sri Malik.
Nadhirah mengerutkan dahinya. Apa pula yang perlu mereka bincangkan sehingga peguam Papanya dijemput sekali. Hairan dia.