Di Joellado, para mahasiswa kursus fesyen itu belajar tentang pakaian tradsional Korea, bermula daripada proses pembuatan kain sehinggalah terhasilnya sepasang Hanbok yang cantik. Mereka berada berhari-hari lamanya di sebuah kawasan perkampungan yang tidak mempunyai talian telefon bimbit. Kesibukan dan badan yang letih membuat Abriel terlupa pada Jaejoong dan Yoohwan.
Namun saat kembali ke kota, telefon bimbitnya kembali berdering tanpa henti, menghantarkan panggilan dan SMS dari Jaejoong yang tidak pernah dibalasnya. SMSnya berubah-ubah mengikut waktu, mempertanyakan tentang diri, keadaan dan alasan Abriel tidak menjawab panggilannya sehinggalah menceritakan apa yang telah dilakukannya sepanjang hari.
Walaupun dia tidak pernah membalas semua SMS-SMS itu, dia mula mempelajari betapa gilanya jadual dan aktiviti seorang Park Jaejoong. Jaejoong biasanya akan bangun jam lapan pagi, memulakan aktivitinya seawal jam sembilan dan hanya akan berakhir menjelang tengah malam. Kadangkadang Jaejoong mengatakan dia rindu pada nasi goreng buatan Abriel, seolah-olah dia pernah merasainya berkalikali dan bukannya cuma satu kali itu. Dan dari SMS-SMS itu juga dia baru sedar betapa popularnya lelaki itu di setiap pelusuk bumi. Peminatnya bukan saja dari benua Asia, malah ada dari benua Eropah dan Amerika.
Abriel sudah bertekad tidak mahu membiarkan Park Jaejoong memasuki hidupnya yang sudah sedia sibuk dan sulit. Walaupun kadang-kadang dia sudah mula ternantinanti SMS berikutnya. Perhatian yang diberikan Jaejoong memberi warna dalam hidupnya. Langit kehidupannya tidak cuma didominasi warna hitam, putih dan kelabu.
Ada beberapa kali dia terasa ingin membalas SMS dari Jaejoong. Contohnya saat sedang bersendirian di perpustakaan. Ketika telefon bimbitnya berdetar, dia membuka setiap SMS itu dan membaca ayat demi ayat yang ditulis oleh Jaejoong, menceritakan tentang kehidupannya, persiapan konsertnya, pakaiannya untuk konsert yang salah ukuran sehingga koyak. Kadang-kadang Abriel tertawa sendiri saat membaca SMS-SMS itu.
Ada masanya dia sudah menaip balasan kepada mesejmesej yang dihantar oleh Jaejoong itu. Namun saat mahu menekan butang Send untuk menghantar mesej itu, tibatiba dia teringat kata-kata Yoohwan malam itu. Kalau dia membalasnya, mungkin seolah-olah mengisyaratkan yang dia berminat menjalin hubungan dengan Jaejoong. Dan kemudian Yoohwan dan mungkin orang lain juga akan mengatakan dia mahu mengambil kesempatan. Jadi akhirnya Abriel memadam pesanan itu dan menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg. Hidup orang biasa sepertinya tidak sepatutnya bercampur dengan kehidupan selebriti seperti Park Jaejoong. Hanya akan memberikan masalah. Hanya memeningkan kepala. Itulah yang diulangulangnya kepada diri sendiri.
Tetapi entah kenapa seperti ada sesuatu yang hilang saat dia memutuskan untuk menyingkirkan terus Park Jaejoong dari ingatannya. Entah bagaimana lelaki itu telah melekat di fikirannya. Sementara bayang-bayang Ruben mula memudar dalam sinarnya.
jjj
Yoonmi sudah mendapatkan tiket konsert Blue untuk mereka berdua. Konsert itu akan diadakan minggu hadapan. Kata Yoonmi, selepas konsert, Blue akan membuat konsert jelajah ke Jepun selama tiga atau empat bulan. Abriel rasa mungkin itu kesempatan terakhirnya untuk melihat Jaejoong secara langsung, jadi dia bersetuju dengan ajakan Yoonmi.
Pada hari konsert, entah kenapa hati Abriel berdebar-debar. Duduk di tengah-tengah lautan manusia yang menjerit-jerit nama lelaki yang ingin ditemuinya itu tidak menenangkan perasaannya. Akhirnya dia memutuskan untuk menikmati saja suasana itu. Beberapa kali dia menjerit nama Jaejoong sehingga Yoonmi mentertawakan dan mengejeknya.
Sudah beberapa kali dia cuba menghantar mesej pada kepada lelaki itu namun tidak mampu menekan butang Send. Kali terakhir, dia menaip perkataan fighting dalam huruf Hangul. Yang tinggal hanya menekan butang Send atau Delete. Saat dia masih menimang-nimang pilihannya, tiba-tiba ada seseorang terlanggar tangannya dari belakang dan dia tertekan butang Send! Abriel menjadi panik tiba-tiba. Adakah lelaki itu akan tahu yang dia ada di tengah-tengah penonton, sedang memerhatikan setiap gerak langkah dan menjerit namanya
Di belakang pentas, Jaejoong kaget. SMS yang diterimanya dari Abriel itu sangat mengejutkan. Walaupun cuma sepatah perkataan, tetapi maknanya besar untuknya. Semangatnya benar-benar meningkat. Ada sesuatu yang membara di dalam dadanya. Rasa bahagia. Adakah gadis itu sedang menonton konsertnya Melalui kaca TV atau ada di konsert ini
Hyung! Cepat! Kibum menyentuh lengan Jaejong.
Baik! jerit Jaejong penuh semangat.
Semua orang memandangnya kehairanan. Semangat Jaejoong nampaknya begitu membara sehingga dia separuh berjalan, separuh berlari menuju ke posisi permulaannya. Pengarah mula menghitung undur. Semua orang di belakang pentas tergesa-gesa menguruskan persiapan terakhir. 321
Dan konsert pun bermula. Lagu demi lagu beralun. Sepanjang persembahan, mata Jaejoong tidak berhentihenti mencari kelibat gadis yang paling ingin dilihatnya itu. Di sebelah kiri, kanan dan hadapan pentas. Dia berharap Abriel tidak menonton dari teres atas kerana dia bukanlah robot yang mempunyai sistem pengesan yang canggih. Selepas beberapa ketika, dia mengalah. Mungkin gadis itu tidak menyaksikannya di sini. Mungkin gadis itu menyaksikan dia di kaca televisyen daripada ruang tamu rumahnya yang kecil tetapi selesa itu. Atau mungkin langsung tidak menonton persembahannya. Dia tahu Abriel bukan peminatnya. Bahkan saat pertama kali mereka bertemu, gadis itu langsung tidak mengenalinya.
Namun jauh di sudut hati entah mengapa dia rasa gadis itu ada di situ, di tengah-tengah ribuan peminat, sedang menyaksikannya beraksi sambil bersorak. Mungkin dia juga turut menjerit namanya Jaejoong tersenyum sendiri memikirkannya. Mustahil. Sesuatu yang mungkin hanya akan terjadi saat gadis itu terperangkap dalam kebakaran dan hanya ada dia yang boleh menyelamatkannya.
Suara pengarah konsert di dalam fon telinganya mengarahkan Jaejoong bergerak menuju platform yang akan membawanya ke tengah-tengah dewan sebentar lagi. Masa untuk menyanyikan lagu kesukaannya, Youre In My Heart. Lagu ini membuktikan kemampuannya sebagai penyanyi terhebat dengan julat vokal yang besar dan nadanada tinggi yang akan mencabar mana-mana penyanyi professional sekalipun.
Matahariku, kau menyinari hatiku yang gelita
Memberi warna pada kehidupanku yang suram
Jaejoong mula menyanyikan bait-bait awal lagu itu. Kemudiannya disambung baris berikutnya oleh Yoohwan. Saat itu pandangannya jatuh kepada seorang gadis berbaju putih yang sedang fokus kepadanya. Senyum mula mengembang di wajahnya.
Saat kau ada di sisiku
Aku tetap membayangkanmu
Yang kumahu adalah selalu mendengar suaramu
Mengalun bagaikan muzik di telingamu
Membaca surat-suratmu
Memelukmu erat sepanjang malam Apakah kau pun begitu, kekasihku
Saat bait itu dinyanyikan, Abriel tersenyum. Mungkin gadis itu menyedari betapa tulusnya lirik yang dinyanyikannya. Itulah yang ingin dilakukan oleh Jaejoong kepada Abriel. Dia mengenyitkan mata pada gadis itu dan gadis itu spontan tertawa. Ketawanya yang paling jujur, ditujukan khas untuk dirinya.
Tubuhnya terasa melayang-layang kerana bahagia. Telinganya bagai tidak mendengar lagi suara-suara yang menjerit-jerit melaungkan namanya. Saat itu hanya ada dia dan Abriel. Dipisahkan jarak namun momen itu milik mereka berdua. Tidak ada sesiapa yang menyedarinya.
Dia menyanyikan lagu itu dengan penuh penghayatan. Semua orang merasa lelaki itu menyanyi dengan sepenuh jiwanya. Ada sesuatu yang berbeza dengan nyanyian Jaejoong malam ini walaupun ini bukan kali pertama dia menyanyikan lagu ini. Seolah-olah ia ditujukan kepada seseorang di dalam ribuan gadis yang sedang menjerit namanya. Mungkin masing-masing berharap lagu itu ditujukan kepada mereka.
Abriel memandang Jaejoong lagi. Sejak mula bertemu pandang dengan lelaki itu tadi, jantungnya sudah seakan berhenti berdenyut. Dia lupa keadaan sekeliling. Fokusnya hanya untuk lelaki itu. Yang membawanya kembali ke alam sedar adalah saat merasa telefonnya bergetar di dalam poket depan seluarnya. Telefon dikeluarkan. HOME. Panggilan dari Kuala Lumpur.
Dia mendekatkan telefonnya ke telinga. Suara Mama. Tetapi kerana keriuhan di sekelilingnya, dia tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakan ibunya. Yang didengarnya cuma Papa sakit balik sekarang.
Hampir tercabut jantungnya mendengar kata-kata itu. Dia menggoyang bahu Yoonmi dan menjerit, memberitahu dia harus pulang segera. Yoonmi mengangguk dan menawarkan diri menemaninya. Walaupun dia berusaha menolak namun Yoonmi berkeras. Katanya konsert juga sudah hampir tamat. Apa yang terjadi selanjutnya berlaku begitu pantas sehingga Abriel gagal mengingati semuanya. Yang diingatnya, mereka berdua menaiki teksi ke rumahnya. Abriel mengemas barang seadanya sementara Yoonmi menempah tiket penerbangan untuknya melalui telefon. Mujur ada penerbangan dalam tempoh dua jam lagi. Kemudian dia menaiki teksi ke lapangan terbang. Ketakutan membuatnya hilang kata-kata. Dia hanya sempat memeluk Yoonmi dan berjanji akan memaklumkan perkembangan selanjutnya secepat mungkin.
Sembilan jam selepas menerima panggilan itu, Abriel sudah berada di bumi Kuala Lumpur.
jjj
Sudah seminggu Abriel berada di Kuala Lumpur. Ternyata Papa diserang sakit jantung ringan dan baru saja keluar dari hospital dua hari lalu. Saat ini, Abriel sedang duduk di meja makan di rumah ibu mertuanya, memerhatikan asap yang mengepul nipis dari cawan kopi di hadapannya.
Macam mana kehidupan kamu di Korea, sayang Okey soal ibu mertuanya lembut.
Abriel mengangguk dan tersenyum. Dia mula menceritakan tentang kampusnya serta pasangan suami isteri Kim yang menganggapnya seperti cucu sendiri serta keluarga Yoonmi yang juga sudah dianggap seperti saudara.
Tak ada teman lelaki
Soalan itu agak mengejutkan Abriel, apatah lagi kerana ditanya oleh ibu mertuanya. Haruskah dia bercerita tentang Jaejoong Diakah lelaki yang dimaksudkan ibu mertuanya itu Tapi mereka tidak ada sebarang hubungan istimewa. Dan sudah seminggu dia langsung tidak berhubungan dengan lelaki itu. Telefon bimbit Koreanya tidak boleh digunakan di Malaysia. Apakah lelaki itu sedang merinduinya sekarang
Melihat reaksi di wajah Abriel, ibu mertuanya menghela nafas panjang. Sayang, ibu tak nak kamu rasa ada halangan untuk kamu bercinta dengan sesiapa. Ibu setuju bila kamu kata mahu pergi belajar di Korea sebab ibu nak kamu teruskan hidup. Demi diri kamu sendiri dan demi Ruben. Dia pasti nak seseorang hadir dan menggantikan dirinya di dalam hatimu. Orang yang menyayangi kamu, boleh menjaga kamu dan sebagainya. Mesti dia nak kamu bahagia, ujarnya penuh kelembutan seorang ibu.
Abriel terdiam sejenak. Dia agak ragu. Dia juga belum yakin pada perasaannya. Namun kemudian dia merasakan yang lebih baik dia jujur. Ada seorang lelaki. Namanya Park Jaejoong. Dan kemudian dia bercerita mengenai lelaki itu. Lega rasanya, walaupun terbetik sekelumit keraguan di hati, adakah aku telah curang
jjj
Selepas menghabiskan dua minggu di Kuala Lumpur, Abriel kembali ke Seoul. Benda pertama yang didengarnya dari Yoonmi adalah tentang kumpulan Blue yang sudah bertolak ke Jepun. Dia hanya mengangguk saat Yoonmi memberi perkhabaran itu padanya.
Dan ternyata keadaan berbeza sekarang. Dia tidak lagi menerima panggilan atau SMS dari Jaejoong. Mungkin lelaki itu sibuk. Atau mungkin dia sudah bosan dengan tingkah Abriel yang tidak pernah membalas sebarang mesej atau panggilannya. Atau mungkin dia memutuskan mahu melupakan saja kewujudan Abriel.
Kesibukan di kampus membuat Abriel tidak sempat menghubungi keluarga, apatah lagi memikirkan tentang Jaejoong. Perlahan-lahan dia mula menganggap kehadiran Park Jaejoong dalam hidupnya hanyalah sebuah episode indah yang sudah berakhir. Kehidupannya sudah kembali normal. Selain dari Yoonmi, dia kini sudah mempunyai satu kumpulan teman yang merupakan rakan sekelasnya juga. Mereka selalu menghabiskan waktu bersama selepas kelas, berbincang tentang pelajaran, makan-makan, berbual, berhibur dan sebagainya.
Saat ini mereka sedang beratur untuk masuk ke sebuah kelab bernama Rave. Kelab yang dikatakan paling hip di Seoul. Ada desas-desus mengatakan banyak selebriti di dalam sana, menempati ruangan paling elit dan tersembunyi daripada peminat dan wartawan yang memburu mereka. Dengan kemajuan teknologi kamera dan telefon bimbit, bagi Abriel adalah tidak pelik untuk para selebriti bersembunyi agar kehidupan peribadi mereka tidak menjadi bahan gosip dan paparan tabloid.
Sebaik salah seorang teman mereka, Yongwung datang, mereka segera dibenarkna masuk. Sebenarnya tadi pun mereka bukan berbaris dalam erti kata yang sebenar.
Mereka cuma menunggu Yongwung datang kerana ayah Yongwung mempunyai pegangan saham di dalam kelab itu. Dan dengan mudah mereka dibenarkan masuk tanpa perlu membayar apa-apa kerana penjaga pintu sudah membuka pintu saat melihat kelibat Yongwung muncul sebentar tadi. Saat berjalan masuk ke dalam, Haegyo berbisik di telinga Abriel. Katanya Yongwung kelihatan hebat sekali. Abriel hanya tersenyum. Dia tidak pernah menganggap yang kekuasaan kerana wang adalah sesuatu yang hebat dan menakjubkan. Mungkin sebab itulah saat Yongwung meluahkan perasaan pada Abriel tidak lama dahulu, dia mudah menolaknya tanpa perlu berfikir panjang. Haegyo pernah marah pada Abriel kerana menolak cinta Yongwung tetapi kemudian dia kembali tenang selepas mengetahui prinsip Abriel.
Mereka berjalan melewati sekumpulan manusia yang sedang menikmati muzik sambil minum dan menonton orang menari di dalam disko itu. Ada beberapa kali Yoonmi cuba mengintai menerusi pintu-pintu yang separuh terbuka di sepanjang lorong yang mereka lalui dan ada beberapa kali dia tersentak dan membisikkan nama-nama selebriti yang dilihatnya sedang berhibur dengan penuh semangat.
Yoonwing menarik tangan Yoonmi, menyuruhnya berhenti daripada memalukan diri dan rakan-rakannya sementara Hyeon sibuk meminta maaf dan menunduk berkali-kali kepada beberapa orang selebriti yang kelihatan kurang senang dengan tindakan Yoonmi sebentar tadi. Abriel hanya tersenyum melihat gelagat teman-temannya. Namun senyuman itu tiba-tiba pudar saat terlihat seorang lelaki berkemeja gelap yang sedang duduk sambil menyuakan gelas berisi minuman keras ke bibir. Sebatang rokok terjepit di antara dua jarinya. Lelaki itu didakap seorang perempuan yang berpakaian begitu singkat sehingga menampakkan sebahagian dari tubuhnya. Sesekali gadis itu berbisik di telinganya dan lelaki itu tersenyum.
Jantung Abriel seakan terhenti. Yoohwan! Kalau Yoohwan ada di sini, mungkinkah Jaejoong juga ada Masihkah lelaki itu ingat padanya Tanda-tanya itu bergulir di fikiran Abriel sehinggalah mereka sampai di sebuah bilik VIP yang sederhana luasnya di hujung.
Kamu semua duduk dulu. Aku ada surprise. Aku nak introduce kamu semua dengan seseorang. Mesti ramai perempuan akan sukakan dia. Tunggu sekejap ya Yongwung berlalu. Yoonmi dan Haegyo mula berbisik sesama sendiri, cuba meneka siapakah orang yang akan dikenalkan Yongwung pada mereka. Hyeon dan Joongmin pula menghampiri mini bar dan mula mencampurkan minuman. Joongmin menawarkan segelas minuman keras kepada Abriel namun ditolaknya dengan sopan.
Kenapa ni. Datang ke kelab tapi tak minum, protes Joongmin sambil menggeleng-geleng. Hyeon yang duduk di sebelahnya hanya tersenyum.
Bukan aku tak suka minum. Tapi aku tak suka sakit kepala lepas tu, sahut Abriel selamba, membuat dua lelaki itu tertawa besar.
Bijaknya, ujar Hyeon sambil menggosok kepala Abriel.