Rakaman video!
Bella mengangkat kepala. Dia mendengar satu ayat yang keluar daripada mulut Uzair.
Apa Rakaman video
Ya! Rakaman video. Tadi, pihak pendakwa menunjukkan satu rakaman video. Saya dikatakan telah masuk ke dalam pejabat Tuan Presiden dan menembaknya. Cukup jelas! Uzair menerangkan sedikit.
Gadis itu mengerutkan dahi. Dia tidak memahami apa yang tersirat dalam minda Uzair.
Jadi tanyanya.
Bella, awak ada sesiapa yang boleh tolong saya Seseorang yang pakar dalam komputer! Uzair berkata sambil memegang bahu Bella.
Dia berharap sangat gadis itu akan membantunya.
Bella mengeluh. Dia mendiamkan diri untuk berfikir sejenak.
Hmm... Ada! Ivan! Dia pakar dalam bab-bab komputer ni.
Bella menolak tangan Uzair ke tepi lalu menuju ke meja komputer. Dia menaip sesuatu di atas papan kekunci maya yang tertera pada meja belajarnya. Dia menunggu seketika sebelum skrin maya itu memaparkan sebuah kotak kecil. Di dalam kotak kecil itu, dia menaipkan sesuatu yang tidak difahami Uzair.
Ini adalah kod-kod rahsia kami antara pelajar di dalam universiti. Itulah satu-satunya cara untuk berhubung dengan kawan-kawan tanpa dipantau oleh pihak berkuasa. Para pemerintah Kota Raya Migi begitu skeptikal kepada mana-mana pertubuhan pelajar di universiti. Mereka takut akan ada pemberontak di kalangan kita yang bekerjasama dengan pembangkang! Bella memberikan pencerahan setelah melihat Uzair kebingungan melihat segala perkataan yang ditaip Bella.
Kenapa tidak bergabung sahaja dengan kami, badan yang berdaftar, yang diperakui oleh universiti dan kerajaan tanya Uzair.
Bella tergelak. Dia menoleh kepada Uzair sambil berkata, apalah guna mendapat pengiktirafan universiti mahupun kerajaan jika dipergunakan oleh mereka. Awak masih membela mereka lagi setelah awak dijadikan pelarian polis oleh mereka Awak tak sedar lagikah
Kelu lidah Uzair dibentak sebegitu oleh Bella. Dia menundukkan sahaja kepala ke bawah, tidak berani menentang mata gadis itu. Bella pula mengeluh sedikit lalu kembali kepada tugasnya yang terbengkalai tadi. Keluhannya berbaur penyesalan. Mungkin kesal memarahi Uzair tidak tentu fasal.
Baik! Ivan sudi menolong! Kita akan ke sana sedikit masa lagi! kata Bella lalu bangun daripada kerusi. Dia mengambil baju sejuk dari dalam almarinya. Uzair masih tercegat di situ, masih menundukkan kepala. Dia memandang ke atas apabila terasa bahunya disentuh.
Mari, Uzair! Kita ada misi yang perlu dilaksanakan. Saya akan cuba sedaya upaya membantu awak. Cuba membersihkan nama awak, Bella berkata, lembut sekali.
Bibir Uzair pecah dengan senyuman. Dia bingkas bangun dan mengekori gadis itu. Mereka menaiki kereta elektrik kepunyaan Bella melewati jalan raya yang mula lenggang. Malam semakin larut. Penghuni kota itu mungkin sudah lena dibaluti dengan mimpi-mimpi indah. Sesekali Uzair menyembunyikan sedikit wajahnya apabila dia melihat kereta polis lalu-lalang berdekatan dengan kereta Bella. Gadis itu nampak tenang sahaja.
Akhirnya, mereka sampai di hadapan sebuah bangunan lama yang mungkin ratusan tahun dahulu. Bangunan itu seperti tidak berpenghuni. Bella dan Uzair menghampiri anjung rumah sebelum mengetuk pintu rumah. Perlahan-lahan pintu rumah terbuka. Bella masuk dahulu sebelum diikuti oleh Uzair. Gadis itu tidak kekok berada di dalam rumah itu berbanding Uzair yang teragak-agak bergerak.
Mereka berdua berjalan terus sehingga berdiri di hadapan sebuah pintu. Tiba-tiba, lantai tempat mereka berdiri itu bergerak ke bawah bagai sebuah lif. Uzair menggelabah tapi Bella masih kelihatan tenang. Lantai itu berhenti pada satu tingkat yang dipenuhi dengan pelbagai peralatan komputer. Uzair kaget.
Ivan! panggil Bella. Gadis itu melangkah ke depan melewati beberapa wayar yang berselirat. Uzair mengekori sahaja.
Ivan! panggil Bella lagi.
Ya, aku kat sini!
Kedua-duanya dapat melihat seorang lelaki sedang tekun melakukan kerja-kerja elektrik di atas meja. Badannya sedikit gempal dan berambut kerinting. Bella dan Uzair mampir ke arah lelaki itu.
Sibuk betul kau! ujar Bella lembut.
Straight to the point! Aku ada urusan lain nak dibuat! balas Ivan acuh tak acuh. Dia tidak mengalihkan pandangan daripada kerjanya.
Kau kenal lelaki ini tanya Bella memaksa Ivan memandang ke arahnya. Muka Ivan berubah apabila terpandangkan Uzair.
Bagaimana kau boleh bawa dia ke mari Bukankah dia patut dihukum Ivan bertanya pula. Dia memerhatikan susuk tubuh Uzair dari atas ke bawah.
Kau jangan khuatir. Dia tidak akan apa-apakan kau. Dia datang ni pun nak cari bukti bahawa dia tidak bersalah! sambung Bella lagi. Uzair tidak memberikan sebarang reaksi. Dia menyerahkan segala-galanya kepada gadis itu.
Nak guna medium apa
Rakaman video! Cuba semak balik apa yang berlaku pada waktu kejadian. Pihak mahkamah mungkin menunjukkan rakaman yang berlainan daripada yang asal! kata Bella.
Ivan bangun dan menghadap komputernya. Dia menaip sesuatu pada papan kekunci mayanya.
Aku akan cuba membantu. Aku akan menggodam sistem komputer di pejabat Tuan Presiden dan cuba dapatkan rakaman video itu. Kita akan bandingkan dengan rakaman yang ditayangkan di mahkamah dahulu! ujar Ivan.
Selang beberapa ketika, pada skrin maya terpampang kembali apa yang telah dipaparkan siang tadi di mahkamah. Uzair dikatakan membunuh Tuan Presiden. Kemudian, Ivan menaip lagi di atas papan kekunci. Pada skrin sekarang, dipaparkan pula satu lagi video.
Video ini aku dapat godam daripada simpanan pejabat Tuan Presiden. Dua minit sebelum waktu kejadian, kata Ivan.
Semua diam. Masing-masing memberikan fokus sepenuhnya. Dua minit berlalu, kedengaran bilik dirempuh. Tuan Presiden yang berada di dalam tergamam. Dia yang sedang tekun menulis sesuatu terhenti seketika tugasnya. Dia berkata sesuatu yang tidak jelas.
Ivan, kuatkan sedikit suara! pinta Bella. Ivan mengangguk-angguk tanda faham.
Kenapa anak muda Ada apa-apa yang saya boleh bantu tanya Tuan Presiden.
Ya! Saya datang hendak menuntut apa yang tuan janjikan sebelum ini. Tuan Presiden tidak tunaikan!
Kedengaran satu suara lelaki yang membuatkan semua yang ada di dalam bilik Ivan itu tersentak. Lebih-lebih lagi Uzair dan Bella.
Apa yang tidak saya tunaikan Cuba anak bertenang dan ceritakan satu persatu. Saya sedia mendengarnya! ujar Tuan Presiden lagi.
Ah, buang masa sahaja! Dulu, Tuan dah berjanji hendak mengisytiharkan bahasa negara ini sebagai bahasa rasmi di universiti kami. Tuan Presiden sendiri yang tandatangan surat persetujuan itu. Tapi sekarang, Tuan Presiden sendiri yang hendak tarik balik. Apa ni, Tuan
Satu persatu lelaki tadi yang masih belum menonjolkan diri di dalam video itu mengeluarkan kata-kata. Uzair kenal suara itu. Bella juga kenal. Ivan menelan air liurnya sendiri. Dia memandang ke arah Bella, kemudian, kepada Uzair.
Akhirnya lelaki misteri itu muncul. Wajahnya jelas membuatkan bertambah terbeliak biji mata Uzair. Bella menutup mulut dengan tangannya. Ivan semakin cemas.
Sabar, anak muda! Kita boleh bawa berbincang! sambung Tuan Presiden mula cemas. Tangan kanannya meraba-raba sesuatu di atas meja yang tidak dapat dilihat dengan jelas apakah bendanya. Lelaki tadi mengeluarkan sepucuk pistol laser dari belakang badannya. Diacukan tepat kepada Tuan Presiden.
Saya tak boleh bersabar lagi, Tuan Presiden! Bertahun-tahun saya berjuang dengan rakan-rakan saya di universiti. Saya sanggup mengulang semester demi memberikan sepenuh masa untuk bahasa bangsa saya. Tapi, Tuan Presiden musnahkan segala-galanya! Tuan Presiden buta bangsa, buta bahasa! jerkah lelaki itu penuh dengan kemarahan.
Tuan Presiden mengangkat kedua-dua belah tangan. Dia cuba menyelesaikan secara diplomatik.
Sabar, anak muda! Masih ada ruang untuk dibincangkan! pujuk Tuan Presiden terketar-ketar.
Tak payah! Dah lama saya bersabar! Inilah akibatnya apabila pemerintah negara tidak mendengar suara rakyat. Patut mati sahaja daripada hidup! balas lelaki itu lagi.
Jangan!
Jeritan Tuan Presiden disusuli dengan beberapa das tembakan laser yang keluar daripada muncung pistol laser itu.
Tidak! Bukan aku yang bunuh dia! Uzair menjerit. Dia mengundur ke belakang. Dia meramas-ramas rambut seperti orang hilang akal. Pengundurannya terhenti apabila badannya menyentuh dinding.
Bella memandang ke arah Ivan. Ivan membalas pandangan Bella.
Ivan, laporkan kepada polis! Penjenayah tu ada di sini! pinta Bella, perlahan.
Jangan laporkan kepada polis! Aku tak bersalah! jerit Uzair. Dia menjadi tidak keruan. Badannya menjadi terketar-ketar. Anak matanya bergerak-gerak.
Uzair, awak tak boleh berselindung lagi. Bukti yang ada sudah jelas! Apa lagi yang awak nak sangkalkan Bella berkata. Nadanya seperti merayu agar bekas kekasihnya beralah kepada keadaan.
Betul tu, Uzair! Menyerah sajalah! Aku dah cuba tolong kau tapi bukti yang ada ni tak boleh diubah lagi! Ivan cuba menambah. Dia cukup khuatir Uzair bertindak ganas di dalam biliknya.
Kau diam! Kamu berdua tak tahu apa yang berlaku! Pihak kerajaan mesti dah gunakan teknologi mereka untuk mengenakan aku! Aku kena lari! Tak ada sesiapa yang boleh halang aku. Aku akan cari sendiri siapa dalang semua ini!
Perangai Uzair semakin menjadi-jadi. Tangan kanannya merabaraba pistol laser yang disisipkan di belakang pinggangnya. Diacukannya kepada Bella dan Ivan. Kedua-duanya tergamam.
Sabar, Uzair! Jangan bertindak melulu! Kita boleh fikirkan semula bagaimana untuk membantu awak. Mesti ada cara lagi, Bella yang kekagetan cuba memujuk Uzair. Tidak disangkanya lelaki itu akan mengacukan pistol kepada dirinya.
Penipu! Aku tak percaya pada kau lagi, Bella! Kau pun sama juga, Ivan! Kau berdua sama! jerit Uzair. Tangannya kejap memegang pistol laser itu. Bila-bila masa sahaja dia boleh menarik picu untuk menembak.
Ivan bergerak ke hadapan sedikit demi sedikit. Dia cuba untuk merampas pistol itu daripada tangan Uzair. Namun, dia tersilap langkah apabila Uzair dapat mengesan tindakan Ivan. Satu das tembakan dilepaskan, tepat mengena dada lelaki itu. Darah membuak keluar. Bella pula menjerit. Uzair yang terkejut melepaskan satu lagi tembakan. Kali ini, Bella pula yang rebah. Kedua-duanya terkulai layu ke atas lantai. Darah mengalir laju dari tubuh badan mereka.
Uzair melutut. Air matanya mengalir laju. Pistol laser yang dipegangnya terlepas daripada genggaman. Perasaan menyesal menerpa ke dalam dirinya. Dia seperti sudah tersedar apa yang telah dilakukan sebelum ini. Dia ingat benar, dialah yang telah membunuh Tuan Presiden tempoh hari. Agak pelik baginya kerana tidak mengingati semua itu dan dia tidak faham kenapa.
Lamban-lamban, dia menyeka air mata yang masih berjujuran dan bangun daripada melutut tadi. Dia melewati kedua-dua mayat yang sudah tidak bernyawa itu. Dia mahu keluar, mencari jawapan kepada setiap yang berlaku.
Mindanya cuma dapat mengingati sesuatu. Amnesia! Adakah dia mengalaminya Dia tidak tahu. Kakinya terus melangkah, menuju keluar dengan malam masih lagi gelap. Gelap!