Ramlan terpandang Suhaili yang sedang berjalan ter gesagesa di seberang jalan. Suhaili kemudiannya berhenti dan bertanyakan arah kepada seorang anggota polis yang sedang meronda.
Ramlan terus berlari dan melintasi jalan tersebut. Mu jur lah tiada kenderaan yang menggunakan jalan itu. Jika lau tidak, sudah pasti dia akan kehilangan Suhaili.
Syukurlah! At last aku jumpa kau juga, kata Ramlan sambil termengahmengah. anggota polis yang ditanya arah oleh Suhaili sebentar tadi sudah berjalan jauh me ning galkan mereka.
Suhaili merenung dengan tajam. Jangan dekati aku! namun Ramlan tetap mengekori langkah pantas Suhaili menuju ke kediaman mereka.
Ketika di pintu masuk banglo, Ramlan memegang tangan Suhaili.
Positiflah sikit, Suhaili. ada sesuatu yang istimewa tentang lelaki tu. Dia tak bermata tapi dia boleh tengok kita. Tengok kau... kenapa kau tak mahu ambil tahu semua tu
Pergilah! Tinggalkan aku sendiri.
Suhaili masuk dan pintu banglo dihempas kuat di ha da pan batang hidung Ramlan.
Ramlan merenung liar sekitar ruang tamu banglo yang hanya disinari lampu suram. Ramlan bergerak ke rak mi numan yang terletak di satu sudut, mengambil sebotol minuman ringan dan berjalan ke arah sofa lembut di tepi jen dela bercermin gelap. Sebelum sempat dia mengh a biskan minumannya, dia terlena. Dan dalam lenanya dia bermimpi. Mimpi tentang ular dan lelaki buta.
Tengah malam, dia terjaga. Dia merenung sekeliling. Tiada sesiapa di situ kecuali dia dan seorang jaga yang sudah tua sedang tersengguksengguk menahan kantuk.
Ramlan merenung jam di tangannya. Hampir pukul satu pagi. Dia teringatkan sesuatu. Ramlan bangun dan ber jalan mendapatkan jaga tua di tepi pintu yang tertutup.
ada sesiapa mencari saya
Maaf tuan, sekarang dah tengah malam, balas pengawal tua sambil menekup mulutnya yang ternganga. Dia kelihatan bengal. barangkali terkejutkan soalan Ramlan.
Saya ada suruh seseorang datang ke sini... aa... uh! Seorang tua penjinak ular. Ramlan cuba tidak berasa malu untuk menyebutnya; gagal.
Tuan! ini kawasan persendirian. Orang luar dilarang masuk. Kecuali mereka yang mendapat keizinan dan me nye wa banglo ini saja. ada nada megah terkandung di dalam pertuturannya.
Saya yang suruh dia datang. ada hal penting yang perlu dibincangkan, Ramlan cuba menyanggah.
Jaga tua tersenyum, menyindir.
Dia ada datang, tak Penjinak ular buta, ada dia datang
Saya rasa tak ada orang seperti yang tuan sebutkan tu, datang.
Ramlan termenung. Dia tidak ada sebab untuk terus mendesak jaga tua itu. Jaga tua itu tidak tahu apaapa. Wajahnya membayangkan keikhlasan hatinya. Jikalau pun benar pengemis tua itu datang, tentu dia sudah lama pergi.
Ramlan memarahi dirinya kerana tertidur sebentar tadi. alangkah baik jikalau dia tidak terlena.
Ramlan melangkah ke anak tangga yang menghubungkan tingkat atas bilik tidurnya dengan tingkat bawah ruang tamu banglo tua itu. Dia terpandang sebuah lampu kristal berwarna merah berukir sepohon kayu rendang, di tepi anak tangga pertama.
Dia kembali mendapatkan jaga tua yang masih meman dangnya. Jaga itu tersenyum. Mungkin gembira kera na mendapat teman untuk berlawan sembang.
Maafkan saya, pak cik. boleh saya tahu nama pak cik
Khalid, tuan.
Pak cik Khalid... dah lama pak cik kerja di sini
Sejak Tuan Mansor membinanya 40 tahun lampau.
banglo ni masih kelihatan cantik. Tidak sepadan dengan usianya, kata Ramlan sambil memandang siling banglo tersebut.
Jaga tua kelihatan bangga. Hidungnya sedikit kem bangkempis.
Pak cik ingat tak, siapa yang buat lampu kristal ber ukir ni tanya Ramlan sambil menuding ke arah lampu kristal di tepi anak tangga.
Kalau tak salah saya, ada dua orang yang membuatnya.
Lelaki dan perempuan suaranya seperti mengharap kesilapan telah berlaku.
Saya tak ingat, Tuan Ramlan.
Ramlan termenung. Sesuatu terlintas di fikirannya. Ramlan terpaksa menyeluk kocek bajunya sambil menge luar kan wang kertas dan meletakkan ke riba Khalid. Khalid memandang sejenak kemudian dengan pantas memasukkan duit tersebut ke kocek bajunya.
cuba pak cik ingat balik. Mereka tu dua orang. Tentu pak cik masih ingat muka mereka.
Khalid hanya tersenyum. Ramlan semakin gelisah. Dia memandang duit yang berada di kocek baju Khalid. Jikalau Khalid tidak mahu memberitahu apa yang dia mahu tahu, sudah tentu pelaburannya akan siasia.
namun penantian Ramlan berakhir jua. Khalid men ce ritakan peristiwa yang telah berlaku dua puluh tahun silam.
Ramlan berpuas hati. Ketika dia hendak melangkah dan mendaki anak tangga tersebut, bahunya dipegang oleh Khalid.
Seorang pengemis dijumpai mati di sebatang lorong. Kata saksi, kali terakhir mereka tengok, dia didatangi se orang lelaki dan seorang perempuan. Dari gambaran yang diberikan, jelas menunjukkan lelaki dan perempuan itu adalah tuan dan Puan Suhaili, kata Khalid dengan tenang.
Seperti ada halilintar yang membelah dadanya, Ramlan terhenyak. Dia kembali mengingati peristiwa tersebut. Dia bingung. ingin rasanya dia menjerit dan memberitahu bahawa dia bukanlah pembunuh. Dia tidak tahumenahu tentang pembunuhan tersebut. Dia tidak terlibat dan dia juga tidak membunuh.
Dan dia cukup yakin, Suhaili juga tidak melakukan pem bunuhan tersebut.
Tapi tuan jangan risau, pihak polis tak dapat mengait kan kematian pengemis tersebut dengan tuan dan Puan Suhaili. Seorang saksi lain telah melaporkan bahawa ada seorang lelaki berjaket kulit hitam menghampiri pengemis tersebut dan ketika dia berlalu, pengemis itu jatuh dan terus mati, kata Khalid lagi.
Ramlan menarik nafas panjang.
Dia ke mari adalah di atas urusan kerja. Dia adalah seo rang peguam. Seringnya, seorang peguam adalah pem bela keadilan, bukannya pelaku jenayah. Dia adalah se orang peguam yang baik. Di dalam kerjayanya dia telah bersumpah akan mempertahankan keadilan biarpun ter paksa berpisah dengan nyawa.
Tak apalah kalau begitu. Ramlan cuba tersenyum biarpun senyumannya tidak seikhlas mana.
Khalid mengangguk. Mungkin untuk menunjukkan dia memahami apa yang dimaksudkan dengan katakata Ramlan itu.
Ramlan mendaki anak tangga dengan pantas. Dia ha rus menyampaikan berita tersebut kepada Suhaili. Khalid pula tersenyum sambil mengeluarkan wang kertas dari da lam kocek baju dan mengiranya.
Sesampai di tingkat atas, Ramlan terus berjalan ke pintu bilik Suhaili dan mengetuknya.
Suhaili! panggilnya setelah ketukannya tidak berjawab.
Seketika kemudian, kedengaran tapak kaki diheret di lantai bilik tersebut. Pintu bilik renggang dan kepala Suhaili menjengah di celah renggangan pintu. Lama ke mu dian, Suhaili mengangkangkan daun pintu tersebut hanya semuat tubuhnya. Dia berdiri di celah renggangan tersebut dan merenung Ramlan dengan tajam.
Suhaili masih cantik, bisik hati Ramlan.
buat beberapa ketika dia hanya memandang bentuk badan Suhaili yang kabur di sebalik pakaian tidur yang nipis dan lembut. Suhaili mengenakan lingerie berwarna putih berkain lembut.
apa lagi yang kau hendak dari aku tanya Suhaili. Sua ra nya agak keras. Mungkin masih mengingati sikap Ramlan ketika di pasar sebelum itu. atau boleh jadi juga cu ba menyedarkan Ramlan daripada terus melamun ten tang bentuk badannya.
ada sesuatu yang perlu aku beritahu kau. Mata Ramlan tidak lekang dari bahagian tubuh Suhaili yang membuatkan dia mencecap air liur sendiri.
apa dia Suhaili seperti tidak senang. Pasal pengemis buta dan banglo ini. Suhaili terdiam.
Kenapa dengan kau ni Kau masih mengingati keja dian di pasar tu
Maafkan aku pasal kejadian tu. Masa tu aku tengah marah. aku...
Suhaili! Mereka pernah berada di banglo ini.
Suhaili kelihatan terperanjat. Matanya dibulatkan. Dia tidak mengerti.
Siapa Salimah dan kawannya ke
Ya! Mereka datang ke sini dua puluh tahun dulu... maksud aku, Salimah dan Shariman. Ternyata kita tak membutatuli. Mereka memang pernah datang ke sini.
Suhaili menguap panjang. Matanya berair.
Kita cerita esok pagi sajalah. aku tak boleh bagi per hatian kalau dah mengantuk sangat.
Suhaili! Mereka dah pergi ke kawasan pergunungan tu. Mereka dah mengukir sebuah lampu kristal berwarna merah untuk banglo ini. Selepas itu, mereka menghi langkan diri di kaki gunung puaka tu.
Ya...
Tempat yang disebutkan oleh pengemis buta dengan bakul ular itu. Kita harus ke sana. Ramlan merenung wajah Suhaili dengan tajam. Segala bayangan seksual te lah hilang dari fikiran dan hatinya.
Ramlan... aku tak boleh tangkap apa sebenarnya yang kau nak cakapkan dengan aku. Kau ceritalah lagi masa kita sarapan nanti, okey
Tanpa menunggu balasan jawapan daripada Ramlan, Suhaili terus menutup pintu tersebut. Ramlan tersentak dengan tindakan Suhaili. Dan dia menyesali kerana tidak sempat memberitahu Suhaili yang pengemis buta tersebut sudah meninggal dunia.