KILL ME WITH LOVE - 7
KHAIRUL RASHEED bangun awal pagi.

Lampu di kamar tidurnya menyala pada jam enam pagi.

Kharlissa sudah arif dengan jadual harian Khairul Rasheed sekiranya lelaki itu tidak bekerja. Dia akan pergi jogging selepas subuh dan pulang jam tujuh setengah. Keluar semula pada pukul sembilan untuk minum pagi.

Dah beli cerek tanya Khairul Rasheed tepat pada jam sembilan pagi.

Sebelum turun ke tingkat bawah, dia mengetuk pintu rumah Kharlissa. Sudah acap kali juga dia mengajak Kharlissa minum di gerai. Kadang-kadang hati Kharlissa mendesak supaya menerima pelawaan itu namun kerap kali jua dia menolak dengan baik.

Selepas itu dia menyesal kerana kerap jua menolak. Untuk menerima dia jadi terlalu takut. Jika boleh tidak ingin berenggang dengan lelaki itu, tetapi dia amat bimbang suatu hari nanti satu per satu rahsia diri jatuh ke tangan Khairul Rasheed. Terkadang dia ragu dengan keikhlasannya.

Kharlissa tersenyum mesra, Belum.

Jadi belum minum pagi

Dah minum jus oren.

Makan

On diet.

Wow, dah kurus, dah cantik masih berdiet, keluh Khairul Rasheed. Sudah habis usaha untuk mengajak keluar minum bersama.

Kalau kau rayu aku keluar, aku akan ikut... bisik hati Kharlissa.

Begitulah untuk kekal langsing, harus ikat perut, balas Kharlissa.

Awak tahu, waktu makan adalah waktu paling senang untuk seseorang kenal pada temannya. Seperti apa makanan kegemarannya, minuman yang disukainya dan banyak lagilah!

Tak payahlah. Awak tanya sajalah apa makanan kegemaran saya.

Tak seronok macam tu! Jom lah keluar. Awak tak bosan ke duduk di rumah sepanjang hari

Tak bosan langsung. Sebab saya ada buat kerja, kata Kharlissa.

Kerja Khairul Rasheed menjeling sedikit ke dalam rumah Kharlissa melalui pintu yang renggang.

Saya sedang melukis, beritahu Kharlissa lagi.

Khairul Rasheed menganggukkan kepalanya beberapa kali. Pelukis Bisik hatinya sambil berjalan menghala ke lif. Dia bukan seperti seorang pelukis tetapi katanya dia sedang melukis. Oh! Moga satu hari nanti aku dapat melihat lukisan-lukisannya.

Kharlissa mengintip di celah langsir sekali lagi. Dia melihat wajah Khairul Rasheed yang kecewa apabila pelawaannya ditolak. Esok... bisik hati Kharlissa. Esok dia akan menerima pelawaan lelaki itu sekiranya ada pertemuan dan rezeki.

Tidak lama selepas Khairul Rasheed beredar, pintu rumah Kharlissa diketuk. Dia terus menghala ke pintu dan membukanya.

Cik Kharlissa Yusuf

Ya.

Tolong tandatangan di sini, Sebuah bungkusan

kecil di tangan pemuda itu beralih ke arahnya.

Kiriman Maxy sudah pun tiba tidak sampai pun seminggu.

Di dalam kotak itu terdapat kunci kereta, kad pengenalan dan lesen memandu. Kharlissa melonjak riang. Dia terus menuju ke pintu, buru-buru menghala ke lif. Dia terus turun dan berjalan laju menghala ke ruang parkir depan kondo. Tapi kereta apakah yang dihadiahkan Maxy kepadanya. Dia terlupa melihat segala dokumen kereta yang terdapat dalam kotak kirim lelaki itu. Dia terlalu gembira kerana akhirnya dapat memiliki kereta.

Sejak tinggal di situ, pergerakannya agak terbatas. Dia harus menggunakan perkhidmatan awam seperti teksi dan tren. Dia menekan punat pada kunci dan mendengar bunyi tweet tweet di satu arah. Dia berjalan laju menghala ke arah datangnya bunyi itu.

Namun langkahnya yang terburu-buru jadi terhenti. Dia melihat Khairul Rasheed sedang berdiri di belakang sebuah kereta mercedes sport berwarna merah. Memang sangat bergaya kereta itu. Dan hanya orang yang seksi seperti Kharlissa layak memilikinya.

Wajah Khairul Rasheed kelihatan tegang sekali. Namun dia menoleh apabila menyedari kereta yang parkir di sebelah keretanya itu mengeluarkan bunyi tweet.

Wajah Kharlissa tegang namun dia segera menenangkan diri sendiri.

Kereta ni kereta awak

Hmmmm, ya! jawabnya sambil memegang pipi. Hampir tidak percaya.

Maxy! Mercedes sport merah untukku

Mujurlah awak punya. Kalau orang lain saya dah saman!

Amboi! Garangnya!

Saya memang tengah marah gila ni. Tengok! Letak kereta rapat sangat macam ni, sampai saya tak boleh masuk ke kereta saya. Macam orang baru belajar memandu, parking pun tak betul!

Sorry... sorry! Sebenarnya kereta ni kawan saya pinjam. Dia baru pulangkan pada saya pagi ni, Kharlissa menipu lagi.

Padahal kereta itu baru dihantar orang-orang Maxy. Entah siapa. Kharlissa tidak peduli. Perkara paling penting kereta sudah pun menjadi miliknya.

Oh, awak ada kawan di KL Dulu awak kata awak tak ada kawan.

Saya tak pernah kata saya tak ada kawan. Saya cuma tak ada keluarga di sini, Kharlissa berkata sambil matanya menentang mata Khairul Rasheed.

Kawan tu... lelaki ke perempuan tanya lelaki itu, sambil matanya ikut mencerlang ke arah wajah Kharlissa.

Masih marah lagi rupanya dia, bisik hati Kharlissa. Tapi kali ini kemarahan sudah bertukar cemburu. Kau ni memang gilalah! Asyik cemburukan aku ni kenapa

Lelaki, balas Kharlissa sengaja hendak meniup api cemburu yang lebih besar dalam dada Khairul Rasheed.

Yalah... Orang cantik dan seksi macam awak dah tentu ramai lelaki suka. Tapi hati-hati dengan lelaki yang suka ambil kesempatan. Hari ni pinjam kereta esok lusa entah pinjam apa pula, rungutnya.

So macan mana sekarang Keluarkan kereta awak dulu! katanya agak tegas.

Dia kedengaran masih marah.

Relakslah. Jomlah naik kereta saya, pelawa Kharlissa.

Ajak-ajak ayam atau ajak betul-betul

Ajak betul-betullah. Saya belanja awak makan pagi. Sebab awak masih marah, biar saya pujuk awak. Okey Kharlissa tersengih menggoda.

Jadi, saya boleh marah-marah selalu sebab nak

bagi awak pujuk! gurau Khairul Rasheed semasa sudah pun berada dalam kereta sport Kharlissa.

Kereta mercedes sport itu berlari laju di atas aspal membelah Jalan Pahang, masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kemudian membelok ke Jalan Raja Laut. Perjalanan diteruskan ke Jalan Ipoh. Kharlissa masuk ke ruang basement parking Hotel Dynasty. Mereka masuk ke cafe Biscotti.

Citarasa mewah... bisik hati Khairul Rasheed sambil memerhati aksi Kharlissa yang kelihatan terlebih gembira pagi ini.

Selepas makan mereka masih belum pulang. Kharlissa memandu laju mengelilingi kota.

Slow! Slow sikit! Awak nak kena saman ke

Tak apa. Saman aje lah. Saya suka. Dapat saman tu macam dapat tiket wayang, jawab Kharlissa sambil tertawa kecil.

Sebut pasal tiket wayang, sebenarnya saya dapat banyak tiket free.

Oh ya ke

Ya. Awak suka tengok wayang

Antara aktiviti Kharlissa kalau dia bosan sememangnya menonton wayang. Semasa di New York, dia selalu menonton seorang diri. Filem-filem baru tidak pernah lepas dari tontonannya. Sesekali dia pergi jua tengok konsert-konsert tertutup.

Petang ni, kita pergi tengok wayang. Tu pun kalau awak free, kata Khairul Rasheed.

Petang ni saya free, kata Kharlissa sambil disambut senyuman Khairul Rasheed yang lebar hingga ke telinga.

Lelaki itu mengajak Kharlissa keluar selepas waktu asar. Mereka berjalan-jalan di sekitar KLCC. Kebetulan ada pameran lukisan di Galeri Petronas. Mereka pergi melihatlihat lukisan yang terpamer di situ. Kharlissa kagum dengan hasil seni dan kreativiti karya pelukis tempatan. Semasa di Paris dia pernah mengunjungi banyak galeri lukisan. Karya Rambrant menjadi kesukaannya. Malah dia mengetahui sejarah hidup Rambrant dan memiliki lukisan wajah Rambrant. Lukisan wajah Rambrant itu adalah lukisan tiruan yang dibelinya di Paris. Pun kepakaran pelukisnya meniru lukisan Rambrant hampir 99 peratus menyamai lukisan asal.

Rambrant pernah melukis di Pavillion. Dia melukis tanpa henti tidak peduli siang ataupun malam. Dia melukis di Pavillion dengan sepenuh hati, melukis laksana orang yang lapar. Rakus dan penuh nafsu.

Suatu hari dia ditanya oleh seseorang, bilakah lukisannya itu akan siap. Tempoh yang panjang membuat orang yang menunggu menjadi bosan. Rambrant lalu membakar tangannya sendiri. Dia tidak suka orang menegur kerja-kerja seninya. Dia bukan mesin. Dia melukis dengan perasaan.

Boleh tahan mahalnya lukisan ni. Ribuan ringgit, komen Khairul Rasheed sambil matanya merenung lukisan yang tergantung di dinding galeri.

Lukisan itu seni. Jangan dipersoalkan hal-hal lain, terutama sekali wang. Hilanglah seninya jika wang menjadi penghalang untuk memiliki sesuatu lukisan. Kalau berminat beli saja, jangan berkira, balas Kharlissa.

Awak berminat nak beli

Kharlissa berfikir sejenak. Lantaran dia berniat hendak tinggal buat selama-lamanya di Malaysia, dia harus membeli beberapa keping lukisan untuk hiasan dinding ruang tamu. Sebuah lukisan yang dibelinya di Paris dulu, tidak pernah dibingkai dan digantung. Mungkin nanti, dia akan membingkaikannya dan menggantungkan lukisan wajah Rambrant di kamar tidur.

Saya lupa awak pandai melukis, kata Khairul Rasheed lagi apabila Kharlissa tidak menjawab pertanyaannya.

Kharlissa merenung Khairul Rasheed sekilas. Menyindirkah dia atau benar-benar ikhlas memuji

Saya akan beli kalau saya jumpa yang benar-benar menarik, Kharlissa berkata dengan sepenuh hati.

Yang ni nampaknya menarik, kata Kharlissa lagi sambil memandang ke arah sebuah lukisan pemandangan desa. Tasik, teratai dan pondok kecil. Terdapat juga lukisan laut yang membiru dengan pohon kelapa berjajaran sepanjang pantai. Sebuah perahu nelayan tersadai di gigi air. Elemen-elemen yang menarik hati Kharlissa. Segalanya menggamit kenangan tentang peristiwa silam semasa dia masih kecil. Kala dia masih menetap di sebuah perkampungan di pulau kecil dan terpencil.

Saya rasa macam nak beli yang ni, kata Kharlissa lagi sambil menunjuk ke arah lukisan perahu, pantai dan laut, Pendapat awak macam mana

Kalau berminat beli saja. Jangan berkira, Khairul Rasheed berkata, sengaja menyindir Kharlissa.

Kharlissa pantas mencubit lengan lelaki itu, terasa dia disindir pedas.

Akhirnya dia membeli lukisan itu, sambil membayangkan dia akan menggantungkannya di satu ruang kosong. Ruang tamunya masih belum ada sebarang hiasan ataupun lukisan. Pasti ruang tamu rumahnya akan bertambah seri.

Selepas keluar dari galeri mereka makan di Nandos. Khairul Rasheed meminta diri sejenak untuk bersolat. Waktu maghrib sudah pun masuk. Kharlissa menanti dia kembali dengan makan perlahan-lahan.

Sepuluh minit kemudian lelaki itu kembali muncul. Awak tak nak solat tanya Khairul Rasheed.

Biasalah, orang perempuan. Kharlissa sengaja mengelak.

Dia tidak tahu bersolat. Pelajaran agama waktu kecil dahulu dia sudah lupa. Dia tidak ingat langsung walaupun sedikit. Dia tidak mahu menyusahkan diri sendiri dengan memikirkan sesuatu yang dia sudah lupa sama sekali.

Mereka menonton pada jam sembilan malam. Kharlissa duduk tenang di sisi Khairul Rasheed sambil matanya merenung ke layar putih. Lelaki itu juga duduk dengan selesa, bersedia untuk menonton dengan sepenuh hati. Tidak banyak yang mereka bualkan sepanjang tayangan. Masing-masing diam, benar-benar menikmati tayangan filem yang berlangsung selama dua jam.

Namun semasa adegan kucupan antara hero dan heroinnya di bawah pohon di pinggir sebuah taman, spontan mereka saling menoleh. Kemudian Kharlissa cepat-cepat mengalih matanya kembali ke layar perak. Rasa hatinya tidak keruan. Dia nampak bayangan wajah nakal Khairul Rasheed. Lelaki itu tersenyum melihat adegan tersebut.

Kenapa dia tersenyum Apa yang sedang dia fikirkan Soalan itu berapungan dalam kepala Kharlissa. Mereka bergerak pulang pada jam 11 malam dan tiba di rumah sejam kemudian.

Nak minum kopi di rumah saya pelawa Khairul Rasheed.

Kharlissa merenung lelaki itu tidak percaya. Mengajak ke rumah pada waktu yang sudah lewat begini Apakah agaknya tujuan dia Adegan dalam wayang tadi kembali bermain di mata Kharlissa.

Kat rumah awak belum ada cerek kan Dia senyum nakal mengusik.

Terima kasih sajalah! Saya tak suka minum kopi tengah-tengah malam. Nanti susah nak tidur. Good night! ucap Kharlissa sebelum menutup pintu.

PAGI-PAGI buta datang jumpa aku ni, kenapa Apa mimpi

Ada hal ni. Aku nak minta tolong sikit, kata Khairul Rasheed sambil merenung wajah temannya.

Baru lima minit dia berada di situ. Bilik kerja lelaki itu besar, selesa dan dingin. Di belakang meja, terlihat deretan sijil yang tergantung di dinding. Di satu sudut pula terdapat almari berisi pelbagai pingat.

Aku nak minta tolong kau. Aku nakkan sikit maklumat tentang seorang perempuan. kata Khairul Rasheed.

Perempuan Hal kerja atau peribadi

Peribadilah, Shuib. Kalau hal kerja takkan aku datang jumpa kau hari ni. Aku boleh call saja untuk dapatkan apa-apa maklumat, jawabnya dengan wajah serius.

Siapa dia tanya Shuib sambil mengerut dahi.

Khairul Rasheed memerhati ke arah meja Shuib yang kelihatan agak semak dengan fail dan kertas. Di hadapan meja tertera nama dan jawatan Shuib di situ. Jawatannya besar dan dia boleh mengarahkan pekerja bawahannya untuk melakukan kerja untuknya dengan mudah.

Nama perempuan tu Kharlissa Yusuf. Aku cuba cari kat web tapi tak jumpa maklumat pasal dia. Aku yakin kalau aku datang sendiri ke sini, aku akan dapat maklumat tu dengan cepat. Mungkin maklumat data peribadi dia tak ada dalam sistem.

Susah juga tu. Sebab semua nama-nama yang berdaftar di sini ada dalam sistem. Lainlah kalau orangnya dah berumur. Memang tak adalah. Berapa umur dia

Katanya dua puluh enam.

Maknanya lahir pada tahun lapan puluhan. Mesti dah ada dalam sistem, kata Shuib sambil bangun. Kau tunggu kejap. Aku akan minta staf aku carikan. Siapa namanya tadi

Kharlissa Yusuf.

Shuib keluar dari bilik dan menemui salah seorang pekerjanya. Tidak lama kemudian dia kembali ke dalam bilik. Dia meminta setiausahanya menyediakan kopi untuk Khairul Rasheed. Kemudian setiausahanya yang manis masuk membawa dua cawan kopi bersama sepiring biskut.

Kenapa kau nak tahu sangat maklumat pasal perempuan tu tanya Shuib selepas setiausahanya keluar.

Khairul Rasheed diam sejenak. Entah mengapa hatinya begitu mendesak untuk mengetahui perihal Kharlissa.

Kau jangan gelak kalau aku beritahu, kata Khairul Rasheed sambil mengulum senyum.

Okey, aku takkan gelak. Shuib buat muka serius.

Aku sukakan dia. Malah sebenarnya aku dah jatuh cinta padanya. Tapi aku rasa pelik, curiga. Susahlah nak dekati dia, like a mystery girl. I am dying to know about her past. Aku betul-betul curious. Aku nak tahu serba sedikit tentang asal-usul dia tanpa bertanya dengannya sebab dia takkan cerita. Dia pandai bermain kata-kata. Kau tahulah aku kan... Susah nak suka pada perempuan. Tapi kalau dah suka, dah terpikat aku akan kejar sampai dapat.

Bunyinya dia macam seorang perempuan yang menarik. Kalau aku pun tertarik nak tahu, kata Shuib kemudian tergelak juga.

Kau belum tengok wajah dia lagi, kata Khairul Rasheed sambil gelak kecil, Tak boleh tidur malam aku dibuatnya.

Shuib juga tergelak.

Cantik sangat ke tanya Shuib dihujung tawa.

Bagi aku dia sangat cantik. Suaranya, badannya... Aduhai, semua sempurna!

Hai, betul-betul dah terpikat nampaknya. Tak ada manusia sempurna, Kay. Sekarang kau tak nampak kekurangan dia. Nanti bila dah kahwin banyaklah kekurangan yang akan muncul. Bila dah duduk satu bumbung macam-macam hal yang buruk baru kita ketahui.

Aku rasa kalau kita ikhlas sayangkan seseorang, kekurangannya hanya satu perkara kecil, tak akan menjejaskan perhubungan. Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan.

Betullah tu, jawab Shuib sambil mengangguk.

Tapi kau rasa dia sukakan kau tak Soal Shuib seperti mencabar.

Entahlah. Mungkin suka dan mungkin juga tak, jawab lelaki itu termenung jauh sejenak. Dia diam beberapa saat. Jangan-jangan hanya aku yang tergilagilakan dia Soal hatinya sendiri.

Shuib menyergah agak kuat.

Oi! Beranganlah pula.

Khairul Rasheed mengerdipkan matanya beberapa kali. Dia memandang cawan kopi yang belum berusik. Dia mencapai tangkai cawan dan meneguk kopi dengan rakus.

Mereka meneruskan perbualan tentang hal-hal lain. Banyak perkara yang disentuh dari kerja beralih ke soal politik negara hinggalah kebobrokan masalah remaja sekarang yang semakin berani dan hilang nilai-nilai ketimuran.

Sejam kemudian, perbualan mereka menemui titik noktah secara serentak apabila terdengar ketukan di pintu bilik Shuib yang bertutup rapat. Shuib menyuruh pekerjanya masuk. Muncul seorang gadis membawa sebuah fail yang sudah agak usang.

Saya cari kat bilik rekod tadi. Puas cari akhirnya jumpa fail nama yang encik minta tu, katanya sambil menghulurkan fail yang dimaksudkannya.

Shuib menyambut fail itu dan mengucapkan terima kasih.

Nah! Beleklah fail buah hati kau tu! kata Shuib sambil tertawa kecil.

Khairul Rasheed membuka fail itu dengan hati-hati. Di dalamnya terdapat dokumen pendaftaran kelahiran Kharlissa Yusuf Takamura. Di dalam borang bertulisan tangan itu, Khairul Rasheed membacanya dengan teliti. Nama bapa dan ibu Kharlissa terpamer di situ. Yusuf Takamura Tapi mengapa wanita itu menyatakan namanya hanyalah Kharlissa Yusuf. Tapi kalau dilihat dengan betul wajahnya memang ada iras-iras gadis Jepun. Berkulit putih gading, halus dan gebu. Matanya bulat tapi kelopak matanya bagaikan terbenam ke dalam. Hidungnya mancung dan bibirnya tipis dan comel.

Khairul Rasheed membacanya dengan teliti. Lahir pada 25 Oktober 1987, di Pulau Gancong, daerah Pekan, Pahang. Ibunya bernama Saodah, berusia 18 tahun semasa melahirkan Kharlissa. Bapanya Yusuf Takamura Abdullah, berusia 32 tahun ketika itu.

Tiada maklumat lain. Hanya itu sahaja yang ada dalam fail.

Bermakna dia tidak punya kad pengenalan tanya Khairul Rasheed.

Kau nak minta aku tolong check dalam komputer aku

Ya, cubalah. Aku pernah cuba hari tu tapi memang tak adalah!

Shuib menekan keyboard, matanya memandang

ke arah skrin. Dia memasukkan nama Kharlissa Yusuf, menanti beberapa saat. Dia merenung maklumat di hadapannya dengan mata terbeliak. Tertera gambar dan maklumat tentang Kharlissa Yusuf. Memang cantik orangnya. Patutlah temannya itu angau semacam!

Ni ke orangnya tanya Shuib sambil memusingkan monitor komputernya ke arah Khairul Rasheed.

Khairul Rasheed memerhati dengan mata liar. Benar, wajah itu wajah Kharlissa. Dan maklumat tentang dirinya ada di dalam sistem. Dahi Khairul Rasheed berkerut. Mengapa hari itu dia tidak menemuinya. Pelik!

Ya, memang dia.

Dah puas hati kan Orangnya memang wujud, bukan penyamar ataupun pendatang tanpa izin. Okey puas hati Aku banyak kerja ni!

Weh, macam halau aku je!

Jangan terasa lah, aku cakap terus terang dengan kau ni, Kay. Aku memang banyak kerja.

Terima kasih Shuib. Aku hargainya. Terima kasih.

Dua kali terima kasih diucapkan menandakan dia benar-benar menghargai masa yang diluangkan oleh temannya itu.

Okey. Makan nasi minyak nanti jangan lupa jemput

aku! Shuib bergurau sambil bangun dan menghantar Khairul Rasheed hingga ke pintu kamar kerjanya.

Kalau ada jodoh, balas Khairul Rasheed lalu terus beredar keluar dari pejabat Shuib.

Aku mulai yakin tentang sesuatu tapi keyakinan itu bukan sepenuhnya, bisik hati Khairul Rasheed semasa dia memandu pulang.

Kharlissa memang wujud. Dia tidak berbohong tentang namanya. Tapi aku curiga pada pekerjaannya yang dahulu. Dia terlalu mewah. Dia bukan anak orang kaya. Berasal dari kampung kecil di sebuah pulau. Bapanya berbangsa Jepun. Mungkin kekayaan dan kemewahan itu diwarisi daripada bapanya

Agh! Khairul Rasheed merengus sambil memukul stering kereta. Kenapa aku tak boleh berhenti berfikir tentang Kharlissa Yusuf Takamura

Khairul Rasheed terlihat sebuah kedai bunga di jalan yang baru dilaluinya. Dia memusing kereta menghala ke kedai itu. Dia keluar dari kereta lalu terus masuk ke kedai bunga. Dipilihnya sejambak bunga mawar merah. Bunga mawar dua puluh empat kuntum itu dibungkus cantik dan dihiasi dengan reben. Sekeping kad diselitkan.

Khairul Rasheed membawa pulang bunga mawar itu dengan hati yang senang. Dia yakin Kharlissa akan menyukainya. Dia mengetuk pintu rumah Kharlissa sebaik sahaja tiba. Tanpa menunggu Kharlissa membuka pintu dia meninggalkan jambangan bunga di situ. Kemudian dia berlari ke satu sudut tersembunyi, sambil mengintai dari jauh.

Dia lihat Kharlissa membuka pintu. Kharlissa mengenakan overall warna biru cerah. Kelihatan overall itu agak comot dengan warna cat minyak. Dia sedang melukis rupanya! Berus lukisan pun masih ada di tangan.

Kharlissa mengerut dahi apabila mendapati tiada sesiapa di luar. Dia memandang ke bawah dan di tepi pintu terlihat sejambak mawar merah. Dia terus mengambil jambangan bunga sambil menggelengkan kepala. Spontan matanya memerhati ke arah rumah Khairul Rasheed. Dia mencapai kad yang diselitkan dicelah bunga itu dan membacanya perlahan.

Kau memang pemuda nakal! Kharlissa bercakap sendiri, merenung mawar merah itu.

Tapi aku tak suka mawar merah. Boleh tak kau at least tanya apakah bunga kegemaran aku Soal Kharlissa seorang diri.

LAGU Strangers In The Night berkumandang dari sudut pentas kecil coffee house. Kharlissa dan Khairul Rasheed sedang menikmati makan malam. Mereka makan sajian barat.

Kita ni macam orang asing yang baru berjumpa, bukan tanya Khairul Rasheed.

Taklah. Saya rasa kita agak rapat walaupun kita baru saja kenal.

Agak rapat Hmmm, rasanya sikit sangat yang saya tahu pasal diri awak, Lissa. Saya nak kenal awak dengan lebih rapat lagi. Saya mahu tahu segala-galanya tentang diri awak.

Huh! Rupanya soalan perangkap. Macam mana aku boleh terkena ni Itulah, berhati-hati bila jawab soalan dia!

Ya, boleh saja awak tahu tentang diri saya. Tapi ada syaratnya.

Ada syarat pulak Apa dia

Awak ceritalah tentang diri awak dulu. Awak lelaki. Bukan ke lelaki harus mula dulu

Ambil kau! Nak main-main ayat dengan aku ya Kharlissa tertawa di dalam hati.

Garfu dan pisau diletakkan di tepi pinggan. Khairul Rasheed mencapai gelas dan meneguk minumannya perlahan-lahan. Dia meneguknya dengan penuh nikmat, sambil matanya menatap tepat wajah Kharlissa.

Dia nak main-mainkan aku rupanya... Tapi malam ni kau sangat cantik Kharlissa, puji Khairul Rasheed sambil matanya tidak lepas dari merenung Kharlissa yang mengenakan dress berwarna merah jambu. Lehernya kosong tanpa kalung ataupun rantai, seolah-olah menanti hadiah daripada Khairul Rasheed. Di telinganya jelas terlihat subang berlian yang indah, berkilauan apabila dipanah cahaya lampu.

Rambutnya yang pendek diwarnakan dengan warna perang tua, tersisir dengan kemas. Khairul Rasheed terpaksa mengakui bahawa dia yang harus mula dahulu.

Ya, awak betul. Saya akan ceritakan serba sedikit tentang diri saya. Tapi bukan sekarang. Kita makan dulu, okey

Kharlissa mengangguk setuju. Suka hati kaulah Khairul Rasheed! Kharlissa tersenyum manis.

Fikiran Kharlissa bekerja keras untuk menyediakan persembahan jawapan terbaik pada setiap soalan lelaki itu kelak. Dia harus melakukannya dengan baik, menghentikan setiap soalannya dengan air mata. Lelaki akan kalah apabila melihat air mata seorang wanita. Lebihlebih lagi kalau dia punya hati pada wanita itu.

Selepas makan malam, mereka berdua bergerak keluar dari coffee house. Khairul Rasheed memandu ke satu tempat, di tepian jalan berbukit dia memberhentikan kereta. Mereka duduk di dalam kereta, sambil memerhati ke bawah bukit. Bandaraya Kuala Lumpur kelihatan jauh dan sayup di bawah sana. Kelihatan kota raya ini hidup dan meriah dengan kerlipan lampu. Di langit pula cukup indah dengan taburan bintang.

Saya anak tunggal lelaki tapi saya ada kakak angkat yang tinggal dengan kami sejak saya berumur dua belas tahun, Khairul Rasheed memulakan sejarah hidupnya.

Saya juga anak tunggal tapi saya tak ada kakak angkat atau abang angkat, kata Kharlissa dengan lancar.

Khairul Rasheed tergelak kecil kerana Kharlissa seperti meniru ceritanya. Dia berharap cerita itu bukan satu penipuan.

Ibu bapa saya masih ada, tinggal di Gombak. Suatu hari nanti saya akan bawa awak jumpa mereka.

Ibu saya... suara Kharlissa tiba-tiba tersekat, lidahnya kelu sejenak kemudian menyambung, Dah meninggal sejak umur saya sepuluh tahun. Dia tinggalkan saya sebatang kara, menumpang kasih orang.

Ayah saya juga sudah pergi tanpa sempat saya mengenalinya. Meninggal sebelum saya lahir ke dunia ni. Kata ibu, dia sedang mengandungkan saya lima bulan masa ayah saya pergi, air mata Kharlissa tergenang dan beberapa titis mulai gugur dari sudut matanya.

Khairul Rasheed terpegun. Langsung dia tidak menyangka rasa ingin tahu yang begitu besar dalam diri, akhirnya mengusik hati Kharlissa. Lalu menumpahkan air mata. Dia tidak berniat untuk membuat wanita itu menangis. Tidak! Dia menyesal kerana mengungkit sesuatu yang amat pahit bagi Kharlissa. Maafkan aku! Spontan tangan meraih bahu Kharlissa lalu terus dipeluknya dengan erat.

Maafkan saya. Saya tak sepatutnya tanya.

Kharlissa teresak perlahan, membiarkan baju kemeja putih lelaki itu basah oleh air matanya. Air mata itu bukan air mata pura-pura walaupun ceritanya sedikit menyimpang daripada kebenaran. Dia yakin ibu bapanya belum mati. Nalurinya berkata mereka masih hidup dan ada hutang yang perlu mereka lunaskan.

Sebagai kawan awak berhak tahu kan kata Kharlissa mengangkat kepalanya dari dada Khairul Rasheed.

Wajah lelaki itu direnungnya dalam samar-samar cahaya malam yang datang dari lampu yang berbaris di sepanjang jalan.

Sekurang-kurangnya awak tahu dengan siapa awak berkawan. Saya seorang wanita yang bernasib malang, kata Kharlissa lagi.

Shhh... Sudah! Jangan cakap lagi.

Khairul Rasheed terburu-buru meletakkan jari telunjuknya di bibir comel Kharlissa. Jika diikutkan hati dia ingin mengucup bibir itu semahunya. Walaupun imannya setipis kulit bawang tetapi dia masih berjaya menghindar dari pujukan syaitan.

Tak boleh! Tak boleh melebihi batasan, Khairul Rasheed mengingatkan dirinya. Dia sangat takut kehilangan persahabatan dengan Kharlissa. Dia bimbang Kharlissa menjauhkan diri di atas kesilapannya sendiri.

Kharlissa tersenyum. Dia menegakkan badannya kembali, duduk dengan selesa dan menyambung,

Teruskanlah dengan cerita tentang diri awak. Saya yakin awak punya cerita yang manis untuk dikenang.

Ya, awak betul, kata Khairul Rasheed mulai lancar bercerita lagi.

Cerita semasa kecil yang indah dan lucu. Beralih ke cerita masa remaja yang agak gila-gila. Dia ada ramai kawan-kawan. Kalau ikutkan ceritanya, mereka semua gila-gila sepertinya.

Awak tahu masa saya sekolah menengah, ada satu peristiwa yang betul-betul gila. Kalau kawan-kawan tahu hari tu hari jadi awak, siaplah! Pasti awak akan kena! kata Khairul Rasheed. Dia tertawa sendiri, Kawan saya, Shuib sampai tak berani masuk ke kelas pada hari jadinya.

Kenapa pula tanya Kharlissa ingin tahu.

Kalau masuk kelas, akan kena pukul. Semua orang serbu, pukul kat sana sini. Mana-mana sempatlah. Tapi taklah pukul kuat sangat. Pukul main-main je. Tapi kalau dah kena pukul satu kelas lebih kurang 30 orang, masak jugalah!

Wah, teruk jugalah ya! Budak perempuan pun ambil bahagian juga

Mereka ambil kesempatan juga. Tapi kami tak pernah pukul budak perempuan pada hari jadi mereka.

Kesian. Kami pakat-pakat bagi hadiah.

Hadiah apa

Katak, lipas... Kadang-kadang cicak. Letak dalam kotak, balut cantik-cantik.

Wah! Nakalnya!T erkejut Kharlissa mendengarnya sambil tergelak kecil, Masa kat sekolah awak tak pernah ada makwe

Saya ramai peminat tapi saya susah sikit nak minat kat orang, kata Khairul Rasheed jujur.

Agh! Perasanlah awak ni! ejek Kharlissa.

Betul, tapi kalau saya dah suka pada seseorang tu, susah pula saya nak lupakan dia.

Awak jenis lelaki setia. Jarang nak jumpa lelaki yang setia zaman sekarang.

Khairul Rasheed menjeling dan bertanya, Awak ada apa-apa kenangan manis masa remaja

Aduh, Khairul Rasheed masih ingin mencungkil

cerita lagi. Tapi Kharlissa sudah tak ada air mata nak ditumpahkan. Kharlissa kelu, dia terdiam beberapa saat seolah-olah cuba mengingat zaman lampau.

Selama tiga hari dia merayau-rayau tidak menentu selepas ditinggalkan oleh ibunya di Puduraya. Dia menangis sepanjang hari. Setelah lelah menangis, dia berjalan mencari tong-tong sampah apabila perutnya kebuluran. Dia tidur di satu sudut, di bahagian bawah Puduraya. Tempat itu sangat kotor dan bising. Kepulan asap hitam sentiasa memenuhi ruang udara di situ, hingga lubang pun jadi hitam.

Bas-bas yang besar sentiasa bergerak masuk dan keluar siang malam. Tidurnya tidak pernah lena, diganggu nyamuk dan agas.

Terkadang dia dikejar anjing-anjing liar. Dia benar-benar hidup dalam ketakutan. Dia merayau lagi tidak menentu meninggalkan Puduraya. Kaki kecilnya membawa dia ke kawasan Chow Kit. Suatu malam ketika melalui satu lorong yang kelam di Lorong Haji Taib, dia diganggu. Walaupun umur baru sepuluh tahun, tetapi seorang lelaki mabuk telah cuba mencabulnya. Ketika itulah Maxy dan beberapa orang yang tidak dikenalinya muncul.

Lelaki mabuk itu terbunuh dihujung pisau rakan Maxy. Kharlissa terkulai pengsan, terkejut melihat insiden itu. Apabila tersedar dari pengsan, dia berada di sebuah hotel di Jalan Raja Laut.

Maxy ada bersamanya. Maxy bertanya bermacam soalan padanya tetapi satu pun dia tidak faham. Maxy bercakap bahasa yang tidak difahami. Maxy membawa dia naik kapal beberapa hari kemudian.

Mereka menaiki kapal pada waktu malam.

Selama beberapa bulan berada di lautan, Kharlissa sudah tidak ingat lagi. Dia dibawa ke Amerika. Dia mendapat pendidikan di Amerika dan diberikan identiti baru sebagai Carra Carson Maxwell. Anak angkat Maxy. Lelaki itu bangsa caucasian, warga Amerika.

Dalam kepayahan dan ketakutan Kharlissa belajar. Akhirnya dia semakin betah dan selesa. Dia cuba menguasai segalanya dengan cepat. Dia mahu hidup. Dia mahu menjadi Carra, anak perempuan Maxy. Maxy hidup mewah dan sedikit sebanyak kemewahan itu tempias pada Carra. Dia menamatkan kolej pada usia lapan belas tahun. Namun tidak melanjutkan pelajaran ke universiti. Sejak berumur lima belas tahun dia dilatih menggunakan senjata api. Mulanya Kharlissa tidak mengerti kenapa dia harus belajar segala ilmu mempertahankan diri.

Kemudian dia mengerti. Tugasan sudah menunggu selepas menyambut ulang tahun kelahiran yang ke lapan belas tahun.

Saya dibesarkan oleh bapa angkat. Dia tak tinggal di Malaysia. Dia mengembara ke merata dunia. Saya selalu berpindah-pindah sekolah. Saya tak ingat lagi apa-apa peristiwa lucu, Sebenarnya dia malas hendak bercerita.

Semuanya cerita pahit.

Semasa remaja, di kolej Kharlissa tersisih kerana dia orang Asia. Kulitnya seperti kulit orang Jepun. Kawankawan sekelas tidak pernah memanggilnya dengan nama Carra. Dia digelar Stupid Asian Girl. Dia sering dibuli. Dia tidak pernah menceritakannya pada Maxy, tetapi lelaki itu tahu kenapa dia sering dibuli dan dipukul.

Sebab tu lah kau harus belajar ilmu mempertahankan diri. Kau mesti pandai jaga diri supaya tidak dibuli dan dipukul. Kau tidak boleh rasa rendah diri, tak boleh rasa lemah. Selagi kau rasa lemah dan rendah diri, selagi itulah orang akan memijak kau. Walaupun kau tidak sama kulit dengan mereka, tapi kau juga manusia. Kau istimewa. Kau mesti ingatkan diri kau selalu, kau istimewa dan hebat. Bila kau sudah menyimpan ingatan dalam kepala bahawa kau seorang yang istimewa dan hebat kau akan jadi hebat! Percayalah! Maxy selalu meniup semangat kepadanya.

Dia bawa awak mengembara ke merata dunia Khairul Rasheed kelihatan tertarik dan semakin besar tanda tanya bermain dalam kepalanya.

Agh! Kharlissa kau akan terperangkap akhirnya! Lelaki ini terlalu dahagakan pengetahuan tentang diri kau. Lebih baik kau lakukan sesuatu, nalurinya menyuruh. Tapi apa yang harus aku lakukan

Ya.

Dia kerja apa

Aduh! Tengoklah, dia dah tanya soalan yang akan buat kau terpaksa bekerja keras berbohong lagi! Kharlissa menggigit bibir.

Dia jadi kelasi kapal. Kerana sayangkan saya, dia akhirnya singgah di satu pelabuhan di England. Kami menetap di Southampton. Bapa angkat saya bersara dari kerja kapal. Duit yang dikumpulnya dijadikan modal untuk berniaga kecil-kecilan. Dia berkahwin dengan rakyat tempatan. Hingga sekarang dia masih ada di sana, Cerita rekaan yang paling sempurna! Gumam Kharlissa dalam hati.

Berapa lama awak tinggal di Southampton Bila berpindah ke Singapura

Dari umur saya sepuluh tahun hingga dua puluh tiga. Tiga tahun lepas saya dapat kerja di Singapura. Itulah kisah hidup saya. Dah tak ada rahsia lagi. Semuanya awak dah tahu, kata Kharlissa, ingin menutup isu itu secepat mungkin.

Selepas tiga tahun di Singapura, apa yang buat awak datang ke KL tanpa sebarang kerja

Ingin beralih angin. Itu saja. Ada orang kata pada saya, kehidupan di Singapura lebih liar dan mencabar berbanding KL. Terkadang menakutkan bagi seorang wanita seperti saya. Saya akui kata-kata orang tu ada juga benarnya.

Khairul Rasheed tertawa. Dia ingat itu adalah katakatanya sendiri kepada Kharlissa semasa mereka pertama kali berkenalan.

Awak menyindir saya! Spontan Khairul Rasheed mencuit hidung Kharlissa.

Kharlissa terdiam kaku, matanya merenung lelaki itu. Khairul Rasheed juga diam, jelas dia menyesal kerana tindakannya yang amat spontan. Dia menyentuh kunci kereta dan menghidupkan enjin. Beberapa saat kemudian kereta sudah pun berlari di atas jalanraya, mencari jalan pulang.

Saya enjoy malam ni. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk kenal dengan awak lebih dekat, kata Khairul Rasheed sambil berdiri di hadapan pintu rumah Kharlissa.

Sama-sama.

Lain kali awak akan terima ajakan saya lagi

Sebenarnya awak tak perlu tanya macam tu. Awak ajak saja saya akan terima.

Khairul Rasheed tersenyum lebar.

Terima kasih, ucapnya dengan mulus.

Oh ya! Saya terlupa! Saya ada satu hadiah untuk beri pada awak, Khairul Rasheed menyeluk poket seluar.

Sebenarnya dia ingin memberikan hadiah itu semasa di coffee house tadi, tapi dia benar-benar tidak ingat.

Dari poket seluar dia mengeluarkan seutas rantai tangan. Rantai tangan mutiara itu dibelinya di Sabah beberapa bulan yang lalu. Khairul Rasheed tidak tahu kenapa dia membeli rantai tangan itu. Sudah agak lama ianya terbiar di dalam kotak. Tetapi malam ini dia berhajat ingin memberikannya kepada Kharlissa, Hulur tangan awak.

Kharlissa menghulurkan tangan bagi membenarkan Khairul Rasheed mengenakan rantai mutiara di pergelangan tangan gadis itu.

Rantai ni murah je harganya. Harap awak sudi pakai.

Kharlissa tersenyum manis, Dah tentu saya akan pakai. Cantik. Terima kasih.

Mereka berpisah selepas mengucapkan selamat malam.

Sekitar jam lima pagi esoknya, Khairul Rasheed menerima panggilan. Dia diminta bertugas, secepat mungkin melapor diri. Dia bergegas bangun dan mandi. Kemudian melaporkan diri di ibu pejabat. Ada arahan baru dari ketua jabatan yang mengarahkan dia menangani satu kes penculikan yang melibatkan duta dan rakyat Malaysia di Indonesia.

Selepas taklimat, dia bergegas pulang untuk mengemas pakaian. Dia akan berangkat segera ke Indonesia. Semasa dia keluar dengan beg pakaian yang besar, Kharlissa keluar daripada rumah.

Awak nak ke mana dengan beg besar tu Kharlissa bertanya.

Kerja. Dah dua minggu saya cuti.

Ke mana kali ni

Err... Dekat je. Kenapa Awak rindukan saya ke kalau saya pergi jauh

Kharlissa tertawa. Kau bijak mengelak untuk menjawab soalan aku. Hmmm, tak apa. Kharlissa mendekati Khairul Rasheed. Lelaki itu berdiri sahaja, memerhati dia yang semakin mendekati. Tiba-tiba Kharlissa bertinjit, lalu terus melepaskan ciuman di pipi Khairul Rasheed.

Selamat jalan, Ucapnya lunak.

Kemudian terus berpaling pergi meninggalkan Khairul Rasheed yang terpegun kaku. Sebenarnya

Kharlissa tidak berniat pun untuk mencium pipi lelaki itu. Tindakan spontan. Tiba-tiba dia rasa kehilangan dan mahu lelaki itu segera kembali. Dia mahu berteman.

Khairul Rasheed tidak sangka Kharlissa akan memberikan ciuman sekilas dan terus berpaling pergi. Dia meraba-raba pipinya yang baru dicium. Terasa seperti mimpi. Mimpi yang paling indah.

Kharlissa! Panggil Khairul Rasheed.

Awak buat saya rasa berat hati nak pergi bertugas.

Pergilah! Saya kan dah berikan awak bekalan tenaga yang tak perlu dicas! Usik Kharlissa.

Khairul Rasheed ketawa.

Tapi saya mungkin perlukan bekalan tenaga tu bila balik nanti. Sudah tentu saya akan letih gila.

We will see about that! balas Kharlissa sambil mengenyit mata.

Perempuan nakal! Kau buat aku rasa tak sabar untuk balik ke sini semula. Kau buat aku jadi bertambah angau dan gila. Khairul Rasheed bergegas menghala ke lif, menyedari dia sudah terlambat.

Dia harus berada di lapangan terbang sejam sebelum waktu berlepas. Kereta dipandu laju menghala ke KL Sentral. Dia menaiki ERL menghala ke KLIA. Di dalam keretapi laju itu dia terlihat beberapa orang anak buahnya. Mereka yang berbalas pandang dari jauh. Seboleh mungkin anggota unit Khairul Rasheed beraksi seperti orang awam. Mereka tidak boleh menonjolkan diri langsung.

Mereka bergaul dan berada di tengah-tengah masyarakat. Tetapi apabila tiba di pangkalan nanti, mereka akan mengenakan uniform dan memulakan tugas yang diamanahkan.

Sebaik tiba di KLIA, sempat lagi Khairul Rasheed menelefon salah seorang rakannya.

Weh, kau tolong aku boleh tak

Tolong apa tanya temannya itu ingin tahu.

Aku tak ada di KL ni. Kau tolong tengoktengokkan sorang perempuan.

Belum habis bercakap kawannya itu terus tergelak dan memotong; Weh, kau dah ada makwe Kau nak suruh aku intip, takut dia main kayu tiga masa kau tak ada.

Bukan! Tu la jangan main terjah je. Dengar dulu boleh tak

Temannya itu terus terdiam.

Kau duduklah kat rumah aku sepanjang masa aku tak ada. Kunci aku dah letak bawah alas kaki tepi pintu.

Kau tarik je alas kaki tu dari luar, kunci itu akan terkeluar.

Okey.

Kau tolong intip perempuan yang duduk betul-

betul depan rumah aku. Setiap perkara yang dia buat, jangan terlepas dari pandangan engkau.

Weh! Aku tak payah kerja la ni Duk intip perempuan tu 24 jam! Siapa dia Suspek ke

Bukan suspek. Dia orang biasa. Namanya

Kharlissa.

Hmm...

Kau pergi je kerja macam biasa. Cuma bila malam-malam tu kalau dia keluar kau ikut dia. Biasanya dia duduk berkurung dalam rumah je sepanjang hari. Manalah tahu kalau-kalau dia keluar, Khairul Rasheed memberi arahan lagi.

Okeylah! Dapat juga aku duduk kondo mewah kau tu! Siap kolam renang lagi. Nanti aku ajaklah dia mandi kolam ke, main boling kat kelab ke... Kalau dia sudi, aku akan ajak dia pergi tengok wayang sekali!

Man! Kau jangan ngada-ngada. Kau jangan mengorat dia! Setengah membentak Khairul Rasheed bersuara.

Norman di hujung talian tertawa besar. Takut sangat.