DIAGNOSIS2: PROGNOSIS - 7
O&G: KAMI

JUGA DAlAM DIleMA

Perbahasan demi perbahasan berlangsung apabila timbulnya kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung dengan isu doktor merawat pesakit yang berlainan jantina. Masyarakat juga mula mempersoalkan kewajaran pelajar perubatan lelaki mempelajari ilmu Obstetric & Gynaecology, atau singkatannya O&G kerana dirasakan tidak patut dengan agama digunakan sebagai hujah.

Ada juga junior yang mengadu kepada saya di mana mereka bertelingkah dengan ahli keluarga mengenai isu ini apatah lagi keluarga begitu syadid untuk tidak membenarkan ahli keluarga wanita dirawat oleh lelaki khususnya sewaktu menyambut kelahiran bayi.

Dalam meneliti isu ini dengan mengambil kira pandangan ulama lama dan kontemporari, saya melihat bahawa terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama berhubung isu ini. Bagi saya sendiri, saya bersetuju dalam sesetengah hal dan juga tidak bersetuju dengan sesetengah hal.

Apa yang saya tulis ini adalah merupakan pendapat peribadi dan bukannya satu ketetapan yang harus diikuti oleh pembaca. Pendapat ini saya ambil berdasarkan kepada penelitian terhadap penulisan dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh golongan agamawan dan diserasikan dengan penilaian saya selaku pelajar perubatan. Andai ada yang berpendapat bahawa penulisan saya tidak syarie, maka saya akan berlapang dada dengan kritikan itu dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Saya melihat isu ini dari beberapa aspek. Pertama adalah mengenai hukum perawatan dilakukan oleh doktor berlainan jantina secara umum. Kedua adalah isu perawatan yang melibatkan pendedahan aurat kepada doktor berlainan jantina khususnya dalam bidang O&G. Ketiga adalah berhubung kewajaran pelajar perubatan lelaki turut sama menyambut kelahiran bayi, melihat aurat wanita dan menyentuh wanita. Terakhirnya adalah berkenaan wajar ataupun tidak doktor lelaki menjadi pakar perubatan O&G.

Berkenaan persoalan pertama, suka kiranya saya membawakan kisah yang berlaku di zaman junjungan kita iaitu Rasulullah SAW khususnya sewaktu berlakunya peperangan. Pada masa itu, sudah ada sistem sokongan perubatan yang diwujudkan untuk merawat tentera yang cedera. Golongan ini digelar sebagai asiyat ataupun perawat wanita. Golongan ini merawat tentera yang cedera di dalam khemah yang dibina khusus untuk tujuan ini. Isu berkenaan bahagian mana yang tercedera tidak ditimbulkan dan mereka menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan rasa bertanggungjawab.

Kerana itu, ulama sejak zaman dahulu lagi bersetuju bahawa rawatan berlainan jantina boleh dilaksanakan. Akan tetapi, isu ini juga berkait dengan persoalan kedua, yakni apabila proses perawatan itu melibatkan aurat.

Sesetengah ulama membahaskan bahawa hukum perawatan berlainan jantina pada asalnya adalah haram melainkan dalam keadaan darurat. Menurut kaedah fiqh, apabila berlakunya darurat, sesuatu yang haram menjadi harus dengan syarat darurat tersebut tidak kurang berbanding perkara yang diharamkan itu. Takrifan darurat pula adalah berbeza mengikut pandangan ulama.

Ibn Baaz umpamanya mengatakan bahawa doktor wanita mesti hanya merawat pesakit wanita dan doktor lelaki mesti hanya merawat pesakit lelaki melainkan dalam keadaan yang sangat mendesak.

Di dalam al-Fatawa al-Hindiya, yang menjadi rujukan mazhab Hanafi, dinyatakan bahawa adalah haram untuk doktor lelaki melihat kecederaan pada badan wanita melainkan muka, tangan dan tapak kaki. Adalah haram untuk doktor lelaki merawatnya dan doktor wanita harus diarahkan untuk merawatnya. Sekiranya tidak ada doktor pakar wanita atau mana-mana doktor wanita, maka barulah dibolehkan untuk doktor lelaki merawatnya dengan syarat rawatan itu benar-benar perlu. Selain itu, anggota badan yang tidak berkaitan harus ditutup dan doktor lelaki tersebut haruslah merendahkan pandangan seberapa banyak yang boleh.

Ibn Qudama yang merupakan ulama mazhab Hambali menulis di dalam kitabnya Al Mughni menyatakan bahawa adalah dibenarkan untuk doktor lelaki memeriksa manamana bahagian tubuh wanita yang diperlukan untuk tujuan perawatan. Pendapat ini turut disokong oleh Ibn Muflih yang juga merupakan ulama mazhab Hambali di dalam kitabnya Al- Adab Al Shariyaa.

Ada juga pendapat yang menggariskan bahawa terdapatnya hierarki doktor yang dibenarkan merawat pesakit wanita iaitu pertamanya adalah doktor wanita muslim yang thiqah, keduanya adalah doktor lelaki muslim, ketiga adalah doktor wanita bukan Islam dan terakhirnya doktor lelaki bukan Islam.

Shaikh Amjad Rasheed yang merupakan seorang tokoh agamawan Palestin yang mengkaji mazhab Shafie pula menggariskan beberapa kelonggaran untuk membenarkan doktor lelaki merawat pesakit wanita. Ini adalah berkecuali sekiranya pesakit tersebut mempunyai pertalian nasab dengan doktor tersebut di mana soal aurat tidak timbul. Antaranya adalah;

1) Apabila doktor lelaki itu sama ada muslim mahupun tidak lebih berkemahiran dalam merawat kes.

2) Apabila doktor wanita atau doktor yang mempunyai pertalian nasab mengenakan cas rawatan yang lebih tinggi.

Atas alasan inilah, sesetengah ulama mengharuskan untuk wanita mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang dikendalikan oleh doktor lelaki sekiranya tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Ini kerana, doktor di hospital kerajaan baik di Malaysia ataupun di luar negara tertakluk kepada undang-undang di mana mereka harus merawat pesakit tanpa diskriminasi terhadap jantina, bangsa ataupun taraf sosial. Keengganan mereka untuk merawat pesakit dianggap sebagai satu kesalahan besar dan boleh dijatuhkan hukuman.

Dalam hal ini, Shaikh Amjad Rasheed menjelaskannya dengan berpandukan pendapat daripada Shaikh Muhammad al-

Khatib bahawa polisi sebegini termasuk dalam perihal darurat. Kebenaran ini walau bagaimanapun tertakluk kepada beberapa garis panduan syarak iaitu;

1) Sekiranya penyakit tersebut boleh didiagnos dan dirawat dengan hanya mendengar perincian lisan dari pesakit, maka adalah tidak dibenarkan untuk melihat atau menyentuh aurat wanita.

2) Sekiranya memerlukan doktor melihat anggota badan wanita tetapi tidak perlu untuk menyentuhnya untuk membuat diagnosis, maka adalah tidak dibenarkan untuk doktor menyentuh anggota tersebut.

3) Melihat atau menyentuh kawasan yang hanya diperlukan untuk membuat diagnosis atau membuat rawatan.

4) Doktor harus mengawal diri dari menyimpan apa-apa perasaan atau nafsu sewaktu melihat atau menyentuh pesakit wanita tersebut.

5) Tidak berkhalwat dengan pesakit dan memastikan adanya chaperone ataupun peneman wanita di sepanjang proses perawatan berlangsung. Sesetengah ulama pula mengatakan bahawa waris terdekat yang sama jantina dan suami boleh dijadikan saksi.

Dalam meneliti isu ini juga, saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh golongan ustaz dengan mengatakan bahawa temujanji ante-natal lebih afdhal dilakukan oleh doktor wanita kerana tidak ada unsur darurat berlaku di sini melainkan di hospital kerajaan yang mungkin hanya ada doktor lelaki yang bertugas pada masa pesakit wanita mendapatkan rawatan. Isu ketiga adalah sama ada boleh ataupun tidak seorang pelajar perubatan lelaki menyambut kelahiran bayi dan pelbagai hal lagi dalam ilmu perubatan O&G. Saya tidak mahu menyempitkan isu ini kepada O&G sahaja kerana dalam disiplin lain pun kami perlu untuk melihat aurat wanita.

Dalam disiplin surgery, kami terpaksa berlatih untuk melihat dan memeriksa payudara pesakit untuk belajar tentang pelbagai jenis ketumbuhan dan penyakit berkait dengan ketidaknormalan payudara.

Dalam disiplin internal medicine umpamanya, kami terpaksa membuka baju pesakit untuk membuat pemeriksaan penuh sistem respiratori dan kardiovaskular.

Dengan itu, saya rumuskan kesemua masalah yang saya nyatakan sebelum ini di bawah satu topik iaitu kewajaran pelajar perubatan memeriksa aurat pesakit berlainan jantina untuk tujuan pembelajaran.

Hukum menuntut ilmu perubatan adalah fardhu kifayah di mana mesti ada sebahagian umat yang mendalaminya. Dalam mempelajari ilmu perubatan, adalah sesuatu yang mustahil untuk seseorang pelajar hanya mempelajari ilmu yang berkaitan dengan jantina mereka semata-mata. Adalah sesuatu yang tidak logik untuk mengasingkan pelajar perubatan lelaki dan wanita serta menyuruh mereka bertemu pesakit yang sama jantina dengan mereka.

Ini kerana, setiap pelajar perubatan harus melengkapkan diri dengan ilmu perawatan untuk penyakit yang berkaitan dengan kedua-dua jantina. Sekiranya mereka gagal melakukannya, natijahnya akan dapat dilihat apabila mereka menjadi doktor nanti.

Saya ingin pembaca menilai isu yang ingin saya bawakan ini. Andaikan anak perempuan anda, ibu anda mahupun isteri anda mengalami pendarahan melalui vagina yang teruk dan berada dalam keadaan nazak dan hanya terdapat seorang doktor lelaki yang bertugas, adakah anda mahu doktor lelaki tersebut menjalankan perawatan

Sudah tentu anda bersetuju. Namun demikian, apa agaknya perasaan anda sekiranya doktor tersebut mengemukakan alasan tidak tahu untuk merawat pesakit kerana agama menghalang beliau mempelajari ilmu berkaitan perubatan wanita sewaktu beliau bergelar pelajar perubatan

Akibat daripada itu, pesakit akhirnya mati di hadapan doktor serta saudara maranya. Siapa yang harus dipersalahkan Dalam keadaan tertekan, adalah tidak mustahil waris pesakit akan menyalahkan agama dan mengatakan bahawa Allah itu tidak adil kerana membiarkan perkara sebegini berlaku.

Baik, andaikan terdapat doktor wanita yang belajar dalam ilmu perbidanan tetapi tidak dapat bertugas di atas beberapa faktor. Maka adakah ia sesuatu alasan yang boleh diterima pakai

Oleh kerana itu, adalah dibenarkan untuk pelajar perubatan belajar tentang penyakit yang berkaitan dengan wanita atau untuk memeriksa bahagian badan yang dikira sebagai aurat. Ini merupakan langkah untuk mencegah bala yang bakal berlaku apabila mereka bekerja nanti.

Akan tetapi, garis panduan yang selari dengan Islam haruslah dipatuhi pelajar perubatan tersebut antaranya mempunyai chaperone wanita, hanya mendedahkan bahagian yang patut, memastikan diri bebas dari nafsu dengan mengikhlaskan niat untuk belajar kerana Allah dan akhirnya menundukkan pandangan mereka.

Oleh itu, adalah wajar universiti-universiti yang menawarkan kursus perubatan untuk mengadakan sistem tarbiyyah bagi melahirkan pelajar perubatan yang faham agama dan ikhlas belajar demi untuk kemasalahan ummah.

Persoalan terakhir adalah berkaitan dengan kewajaran seorang doktor lelaki mengkhususkan kepakaran mereka dalam bidang O&G. Adakah ia dibenarkan

Saya kurang bersetuju dengan pendapat seorang ustaz tempatan yang mengatakan bahawa terdapatnya agenda Yahudi dalam meramaikan pelajar lelaki dalam bidang sakit puan dan pelajar wanita dalam bidang sakit tuan. Hakikatnya umat Melayu kita agak sensitif dengan perkataan Yahudi hingga mengaitkan seribu satu macam keburukan dengan Yahudi. Mungkin kita lupa bahawa ramai Nabi datang dari kalangan bangsa Yahudi!

Namun pada umumnya, saya bersetuju bahawa adalah lebih afdhal sekiranya pengkhususan dalam bidang O&G diterajui oleh doktor wanita. Saya sendiri membuat perjanjian dengan diri sendiri untuk tidak membuat pengkhususan dalam bidang

O&G.

Akan tetapi, wanita itu diciptakan bersama dengan emosi yang dibawa bersama mereka. Bukan hendak merendah-rendahkan mereka tetapi ia adalah kenyataan pahit yang harus kita telan.

Kerjaya dalam bidang O&G pula merupakan bidang yang paling stres kerana melibatkan dua nyawa yang harus diberi perhatian serius iaitu ibu dan anak. Sedikit kesilapan sahaja boleh menyebabkan kesalahan besar yang membawa kepada kematian.

Kaum wanita juga mempunyai ketelitian yang kurang dan mereka juga mempunyai keupayaan yang lebih rendah berbanding lelaki dalam menangani stres.

Hal ini diakui sendiri oleh pensyarah saya yang merupakan pakar perubatan O&G. Kerana stres, mereka mudah melenting, serabut dan kuat berleter. Ada masanya, kata-kata leteran turut dihambur pada pesakit yang menyebabkan gangguan emosi kepada pesakit.

Apabila berhadapan dengan situasi cemas, kebanyakan wanita cepat berasa gerun dan menjadi kalut hingga menyebabkan mereka gagal untuk berfungsi dengan baik.

Ini belum lagi dikira dengan status wanita itu sendiri yang menjadi isteri atau ibu dan mempunyai tanggungjawab besar di rumah terhadap anak dan suami. Akan ada isu di mana suami tidak faham dengan tugasan isteri yang membawa kepada pergaduhan besar hingga menjejaskan fungsi dan peranan doktor wanita itu.

Setiap bulan, wanita juga didatangi haid di mana sesetengah dari mereka terjejas dari sudut emosi apabila saat tersebut datang. Untuk sebahagian dari mereka, gangguan ini hanya biasa dan mampu diatasi namun untuk sebahagian yang lain, ia boleh menyebabkan mereka kecundang.

Kerana sebab itulah, tidak ramai pelajar perubatan atau doktor wanita yang berminat untuk menyambung kepakaran dalam bidang O&G. Oleh itu, kurangnya bilangan pakar wanita bukan disebabkan agenda Yahudi tetapi disebabkan doktor wanita itu sendiri.

Namun demikian, saya juga bersetuju apabila ustaz tersebut mengatakan adalah menjadi fardhu ain untuk kaum wanita menjadi pakar O&G. Namun pada masa yang sama juga, saya berpegang kepada pendirian yang mengharuskan doktor lelaki turut membuat pengkhususan dalam bidang O&G.

Sebagai pengakhirannya, saya ingin pembaca membuat renungan tentang fakta yang berlaku di dalam dunia nyata ini. Jumlah bilangan wanita adalah jauh lebih ramai berbanding lelaki. Walaupun lebih ramai pengambilan doktor wanita dibuat, ia masih belum mampu untuk menjamin setiap pesakit wanita dirawat oleh doktor wanita.

Sama ada pembaca bersetuju ataupun tidak, terlalu ramai doktor wanita akan menyebabkan ketidakseimbangan sosial di mana keegoan lelaki akan terhakis. Taraf sosial mereka akan menjadi lebih tinggi dan isu seperti kesamaan taraf antara lelaki dan wanita akan berleluasa. Akan lebih ramai aktivis wanita memperjuangkan hak wanita melebihi dari apa yang telah Islam gariskan.

Dalam suasana realiti juga, sekiranya pesakit wanita meminta untuk dirawat oleh doktor wanita, maka permintaan itu harus dihormati oleh staf-staf perubatan dan mereka harus berusaha sedaya upaya untuk memenuhinya.

Sewaktu menerima rawatan di bilik bersalin juga, pesakit boleh meminta kepada doktor yang merawat untuk tidak dijaga oleh pelajar perubatan lelaki dan meminta pelajar perubatan wanita menjaga mereka.

Apabila hal ini berlaku, pelajar perubatan lelaki haruslah menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan menghormati permintaan pesakit. Ikhlaskan niat anda untuk menuntut ilmu dan InsyaALLAH peluang untuk anda belajar akan tiba.

MUlA

BerPOStING O&G

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula) [Quran 46:15]

Saya memasuki posting O&G dengan perasaan yang bercampur baur. Antara teruja kerana belajar ilmu yang baru dan juga takut kerana ini merupakan killer posting. Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa pensyarah sudah membuat keputusan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 orang pelajar akan digagalkan bagi menjalani remedial.

Tambahan pula, kami terpaksa berdepan dengan isu sensitif terutamanya melibatkan isu di mana kami harus menyambut kelahiran dan melihat aurat wanita.

Berkali-kali saya meyakinkan diri saya bahawa segalanya akan berjalan secara lancar dan saya mampu untuk menempuhi posting ini dengan baik.

Tiga hari pertama berada di posting ini cukup mengujakan saya. Syukur kerana masih belum bertemu dengan pensyarah yang betul-betul garang. Tapi pengalaman dimarah tetap ada kerana tersilap membawa beg ke dalam labour room. Satu labour room bising dengan suara doktor yang memaki saya dan rakan kerana gagal membaca arahan yang ditampal di ruang pelajar yang menyatakan beg dan makanan tidak dibenarkan dibawa ke dalam bilik bersalin.

Saya ditempatkan di bawah Team B yang diselia oleh seorang pakar O&G lelaki. Alhamdulillah kerana beliau disifatkan sebagai pensyarah yang agak benign. Ahli kumpulan pula dibahagikan untuk menjaga wad obstetric dan wad gynaecology secara bergilir-gilir. Setiap orang akan meluangkan masa di wad berkenaan selama dua minggu setengah.

Paling mengejutkan diri saya adalah apabila terpaksa datang ke wad seawal jam tujuh pagi. Tidak ada posting sebelum ini yang menghendaki keperluan sebegini.

Rutin harian kami adalah untuk memastikan kes di wad sudah pun di clerk dan sentiasa bersedia sewaktu morning round dijalankan. MO ataupun pensyarah akan bertanya keadaan pesakit dan kami mesti membentangkannya.

Ada ketikanya, mereka akan bertanyakan soalan terutamanya dari segi teori mengenai penyakit dan bagaimana cara untuk menguruskan pesakit.

Sekiranya ada pesakit yang perlu di pasang branulla, maka kami akan mengambil kesempatan untuk membantu HO menjalankan tugas tersebut. Sekiranya tiada HO, maka kamilah yang akan mengambil alih sebahagian dari tugas mereka.

Selain itu, kami juga terpaksa menghadiri tutorial, lecture dan juga case presentation seperti mana yang telah ditetapkan oleh jabatan. Kami juga kena turun ke wad ante-natal sekurangkurangnya sekali seminggu untuk clerk case dan membincangkan management pesakit bersama MO. Sekiranya ada hari OT dan pesakit di bawah jagaan kami masuk ke dalam dewan bedah, maka kami harus memerhatikan pembedahan tersebut. Antara pembedahan yang wajib kami observe termasuklah caesarean section, evacuation of the product of conception (ERPOC), manual removal of the placenta, hysterectomy, oophorectomy dan juga debulking surgery untuk kes-kes gynae oncology.

Yang agak memeritkan adalah apabila kami terpaksa on-call di labour room dari 6 petang ke 6 pagi dan menghadiri aktiviti yang telah ditetapkan pada keesokan harinya. Nasib baiklah on call hanya sekali seminggu.

Awesome!

Itulah perkataan yang terluah dari mulut saya bagi menggambarkan keaadaan labour room. Ia merupakan adunan yang cukup lengkap dengan intipatinya yang penuh dengan adegan cemas, menggembirakan, menyedihkan, sibuk dan ada kalanya terdapat ruang untuk bersantai dan berbual-bual dengan jururawat.

Pada hari pertama di bilik bersalin, saya menyaksikan saat-saat sedih di mana seorang ibu terpaksa bertarung dalam bilik High Dependency Unit dan akhirnya melahirkan seorang bayi yang mempunyai masalah genetik. Sukar untuk saya lupakan tangisan ibu yang ditenangkan suaminya kerana anak yang dilahirkan tidak mempunyai alat kelamin dan tidak dapat dipastikan jantinanya.

Selesai kes tersebut, saya berpeluang pula menyaksikan saat cemas di mana bayi dilahirkan dengan lehernya terjerut oleh umbilical cord (tali pusat). Mujurlah seorang pakar perbidanan lelaki masih belum pulang dan berada di labour room. Beliau mengambil tindakan pantas dengan membuat episiotomy dan mengeluarkan bayi dengan beberapa teknik manipulasi kedudukan bayi, memotong tali pusat yang membelit bayi dan segera membawa bayi ke ruang resusitasi. Alhamdulillah, segalanya selamat.

Seterusnya, saya attach dengan jururawat untuk belajar cara-cara menyambut kelahiran bayi. Selepas beberapa kali memerhatikan bagaimana jururawat menyambut bayi seperti mana yang diwajibkan ke atas kami, akhirnya saya memberanikan diri untuk menyambut kelahiran bayi atau dengan erti kata lainnya menjadi bidan. Mungkin sudah takdir saya meneruskan tradisi keluarga (nenek dan moyang) yang sebelum ini ramai menjadi bidan kampung.

Akan tetapi, pengalaman pertama saya menyambut kelahiran agak mencemaskan. Saya hanya mampu bersyukur kerana ada doktor yang menyelia prosedur tersebut.

Semasa ibu itu masuk ke bahagian pendaftaran, dia menyatakan bayi sudah mahu keluar. Saya terus menolak beliau ke bilik bersalin. Selesai sahaja saya memasang alat cardiotocography CTG (untuk mengukur degupan jantung bayi dan kadar kontraksi uterus), tiba-tiba dia menjerit kesakitan dan terus terberanak. Doktor yang menyambutnya memandangkan saya tidak sempat pun memakai glove.

Selesai saya memakai glove, saya diminta untuk menunjukkan bayi tersebut kepada ibunya. MasyaALLAH! Berpeluh saya dibuatnya. Maklumlah tidak pernah memegang bayi yang baru lahir. Risau takut terjatuh. Tambahan pula bayi yang baru lahir memang licin.

Bila tiba masa untuk ibu melahirkan placenta (uri) sekali lagi saya cemas. Segalanya berjalan lancar sehingalah di akhir proses di mana saya terlebih tarik. Nasib baik lah doktor sempat mengepitnya dengan forcep. Kalau tidak, placenta tersebut akan putus dan ia terpaksa dikeluarkan dengan tangan di dalam bilik pembedahan.

Semestinya saya tidak akan melupakan saat-saat cemas ini. Rupanya ia tidaklah semudah yang disangka.

Alhamdulillah untuk yang seterusnya, tahap kecemasan sudah berkurang dan saya mampu untuk menguruskannya dengan lebih tenang.

Selain dari itu, banyak lagi pengalaman-pengalaman baru yang dapat saya kutip melalui posting ini. Antaranya adalah;

1. Ketika saya melakukan bladder catheterization untuk pesakit di labour room buat pertama kalinya, saya telah tersilap memasukkan catheter ke dalam vagina. Ia berpunca dari kesilapan saya sendiri yang sebelum ini agak malu untuk belajar dan bertanya soalan yang sulit dan sensitif. Akibatnya, yang keluar ialah liquar (air ketuban) dan bukannya urine. Teruk saya diketawakan oleh kawan-kawan. Pengajaran Kamu akan melakukan kesalahan yang lebih serius dan besar berbanding kes sebegini andai kamu menjadikan alasan berlainan jantina menghalang kamu untuk belajar. Allah tidak akan terima alasan kamu jika kamu bunuh pesakit suatu hari nanti atas alasan malas belajar atau mengelak dari belajar. Pedulikan kata-kata orang awam atau golongan agamawan berkepentingan peribadi yang tidak faham tugas doktor.

2.

3. Saya pernah di marah oleh atendan hospital kerana tersilap cop borang (saya cop terbalik) untuk pemeriksaan hematology. Maklumlah ketika itu jam 4.00 pagi dan labour room tersangatlah sibuk. Semua orang kepenatan dan sangat mudah naik angin. Terasa diri ini berada di tempat yang sangat rendah.

4.

5. Selepas menanggalkan jarum IV line di tangan seorang pesakit, saya meminta pesakit tersebut menekan kawasan tusukan IV line tersebut dengan kapas. Tanpa disangka, patient terus menyusu anaknya dan terlupa menekan kawasan IV line tadi. Akibatnya berlaku pendarahan dari tempat tusukan IV line itu sehingga menitik di atas lantai. Natijahnya, saya dimarah dengan teruk oleh staff nurse. Bermula saat itu, saya terus menampal kawasan tusukan IV line dengan gauze setiap kali saya membuang IV line untuk pesakit yang sudah boleh di discharge.

6.

7. Berpeluang menyaksikan dan membantu proses kelahiran ibu yang mengandung anak kembar (walaupun sekadar stabilize perut pesakit).

8.

9. Menjadi motivator terutamanya kepada pesakit primi gravida di labour room.

10.

11. Akak teran kak! Sikit lagi! Sambung, sambung jangan berhenti! Punggung jangan angkat. Angkat kepala saja. Suara jangan bunyi! Teran seperti berak sembelit seminggu! Ini merupakan skema ayat biasa yang biasa kami ucapkan sewaktu pesakit hendak bersalin. Ada masanya bilik bersalin riuh dengan suara pelajar perubatan yang memberikan sokongan moral kepada pesakit. Kadangkala, terasa seperti kami berada di padang bola yang sedang menyorak pasukan bola sepak kegemaran.

12.

13. Menghabiskan makanan di labour room! Itu adalah rutin sekiranya kami pelajar perubatan on call. Makanan itu pada asalnya disediakan untuk doktor tetapi ramai di antara mereka yang membeli makanan di luar ataupun tidak makan malam. Kalau tidak dimakan, ia akan dibuang pada keesokan harinya ataupun makanan menjadi basi. Ini akan mengakibatkan pembaziran. Walaupun makanannya tidaklah selazat makanan di kedai, sekurang-kurangnya dapatlah kami menjimatkan wang pada malam itu.

14.

15. Di tahun 4, kami agak kurang cakna dengan keadaan persekitaran. Kebanyakan dari kami ke labour room adalah semata-mata untuk memenuhkan keperluan log book. Sekiranya tiada kerja, kami akan membaca buku. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari seorang bayi dilahirkan dalam keadaan flat dan memerlukan resusitasi. Kami pula tiada di bilik nursery bayi dan doktor terpaksa bekerja seorang diri. Saya yang kebetulan ketika itu datang menggatal untuk melihat bayi yang baru dilahirkan menerima tempias dan dimarahi dengan teruk oleh doktor tersebut. Bukan itu sahaja, malah saya turut dihalau keluar dari bilik nursery.

16.

17. Setelah pesakit bersalin, tugas pelajar perubatan tidak berakhir di situ sahaja. Mereka perlu membasuh kelengkapan yang digunakan untuk menyambut kelahiran bayi, memakaikan pad pada ibu bersalin dan memindahkan mereka ke bilik pemerhatian. Setelah tiada lagi pendarahan, jururawat dan atendan akan menghantar mereka ke wad post natal pula. Dijadikan cerita, pada suatu hari saya menawarkan diri untuk membantu jururawat untuk melakukan tugas tersebut. Dengan ditemani seorang atendan, saya menghantar pesakit ke wad post natal dan memindahkan pesakit ke katil. Belum pun sempat saya keluar dari wad post natal, jururawat terus memanggil saya dan memarahi saya kerana tidak memastikan pad pada ibu tersebut dipasang dengan betul. Akibatnya, habis cadar katil dibasahi dengan darah dan menyulitkan pula kerja mereka.

18.

19. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, kami terpaksa datang ke wad untuk round pada jam 7 pagi. Biasanya, round akan bermula apabila MO datang. Oleh itu, sementara menantikan kehadiran MO, kami akan bersarapan dulu di bilik pantri. Di awal pagi, biasanya akan ada makcik yang menolak troli untuk menjual makanan kepada pesakit. Maka kami pun tumpang membelinya. Yang membuatkan saya terharu, jururawat di wad tempat saya ditugaskan sangat baik sekali. Biasanya mereka akan menyediakan minuman untuk kami dan akan minum bersama kami sambil bersembang tentang pelbagai isu.

20.

21. Di klinik ante natal, saya terpaksa berebut dengan pelajar perubatan lain untuk clerk pesakit. Maklumlah setiap dari kami diwajibkan untuk mengambil riwayat penyakit 10 orang pesakit dalam tempoh lima minggu. Setiap minggu, hanya ada dua kali sesi klinik ante natal dan ahli kumpulan kami berjumlah 27 orang. Ada masanya timbul ketidakpuasan sesama kami kerana mengambil pesakit yang sama. Malah, ada yang bermasam muka disebabkan perkara ini.

22.

23. Perkara yang paling menyedihkan saya sewaktu berada di posting ini adalah apabila terpaksa berhadapan dengan anak remaja yang menghasilkan anak ekspres. Boleh dikatakan, setiap minggu pasti ada anak-anak muda seawal umur 13 tahun hingga 16 tahun yang dimasukkan ke wad untuk pelbagai keadaan. Pernah suatu hari, seorang pesakit dimasukkan kerana placenta abruptio setelah cuba menggugurkan bayi dan mengalami pendarahan yang amat teruk hingga hampir mati. Apabila sembuh, dia masih boleh bergelak ketawa bersama teman lelaki yang datang melawatnya. Dari raut wajahnya yang ayu dan kelihatan sopan, tiada siapa menjangka dia tergamak melakukan perbuatan sedemikian. Seorang MO wanita yang begitu geram dengan sikapnya memarahinya dan meminta agar beliau segera bertaubat di atas kelakuan. Namun, tiada riak bersalah pada mukanya.

24.

25. Kanser ovari (kilang telur) boleh menimpa seseorang wanita tanpa mengira siapa. Ia adalah antara punca utama kematian wanita di Malaysia. Seorang pesakit di dalam team saya baru berusia 20 tahun apabila mengalami masalah ini. Paling sedih apabila dia sudah pun berada di tahap akhir penyakit. Perutnya sudah membusung dan badannya kelihatan begitu lemah sekali. Sering sahaja mata saya basah melihatkan keadaan beliau.

26.

27. Selaku pelajar perubatan, kami harus sentiasa menebalkan muka untuk menemui pesakit. Ia adalah penting untuk membina kemahiran berkomunikasi dan untuk memastikan riwayat pesakit dapat diambil. Namun, ada masanya pesakit akan menolak pelajar perubatan dari mengambil riwayat mereka atas pelbagai alasan. Antaranya letih, sudah ada pelajar lain yang bertanyakan soalan, tidak mahu diganggu, serabut dan sebagainya. Pernah pada suatu hari, sewaktu di klinik ante natal, permintaan saya untuk clerk pesakit ditolak oleh empat orang pesakit sekaligus hingga membuatkan saya berputus asa. Mungkin kerana semangat saya yang kurang kuat, saya akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke bilik.

28.

29. Perkara yang paling menggembirakan saya adalah apabila pesakit mengucapkan perkataan terima kasih doktor setelah perkhidmatan diberikan kepada mereka. Walaupun berkali-kali menegaskan bahawa saya masih lagi pelajar perubatan, mereka masih tetap memanggil saya doktor. Ia menjadi satu motivasi yang cukup bermakna buat saya dalam meneruskan kehidupan saya sebagai pelajar perubatan.

30.

Alhamdulillah, itulah yang saya pelajari sepanjang enam minggu berada di rotasi O&G sewaktu berada di tahun 4.

Mahu tidak mahu, tibalah pula saat yang paling ditakuti pelajar perubatan iaitu apabila pengetahuan yang didalami akan diuji melalui peperiksaan akhir posting. Taruhannya agak besar, andai gagal maka terpaksalah mengulang posting.

COretAN

eXAM AKhIr

POStING O&G tAhUN 4

Singkat benar waktu berlalu. Tempoh waktu selama enam minggu untuk posting O&G ternyata tidak memadai untuk memahirkan diri dalam ilmu perbidanan dan sakit puan ini.

Walaupun lapangan ilmu ini tidaklah seluas medical dan tidaklah sekompleks neurosurgeri, namun ia tetap mempunyai cabarannya yang tersendiri. Maklumlah, dalam ilmu perbidanan ini, seseorang doktor perlu sentiasa memikirkan tentang dua nyawa yang perlu diselamatkan. Si ibu dan juga bayi dalam kandungannya.

Selepas lima minggu berhempas pulas dengan pesakit, buku dan jurnal maka tibalah saat untuk menguji sejauh mana kemahiran dan ilmu yang berjaya ditimba. Ya! Exam tiba lagi.

Saat yang boleh saya katakan sangat ditakuti oleh semua insan yang bergelar pelajar. Malamnya saya tidak dapat tidur. Masalah tidur saya berulang lagi. Namun saya gagahi diri untuk menempuh exam ini.

Alhamdulillah untuk sesi pagi saya tidak diberikan banyak halangan oleh Allah untuk menjawab soalan MCQ. Dada saya terbuka lapang dan hati berasa tenteram dalam menjawab soalan.

Selesai menjawab soalan MCQ, seorang rakan bertanyakan pendapat kepada saya. Mungkin dia hanya bergurau atau mungkin serius.

Agak-agak kalau aku tak datang exam klinikal petang ni, macam mana impresi doktor nanti

Jangan sebut benda tu. Kalau kau tak datang exam, sampai akhir tahun aku akan panggil kau pengecut.

Tapi kalau datang untuk memperbodohkan diri baik tak payah

Tak masuk medan perang lagi dah nak mengalah. Ish kau ni!

Benar! Melarikan diri sebelum berperang adalah pengecut. Tapi kata-katanya juga ada benarnya. Berjihad di medan perang tanpa kelengkapan yang cukup adalah tindakan yang bodoh.

Sewaktu ujian klinikal berlangsung, saya telah faham makna perkataan bodoh itu. Itulah perkataan yang boleh menggambarkan diri saya sewaktu diserang bertalu-talu oleh examiner.

Kegagalan menjawab soalan yang mudah oleh examiner benarbenar melemahkan saya. Ingin rasanya saya lari dari saat tersebut tapi digagahi juga untuk menjawab soalan yang ditanya.

Bahkan, kenyataan dari examiner yang menyatakan dia rasa irritate dengan cara saya menjawab soalan benar-benar menakutkan saya hingga kemuncaknya apabila beliau akhirnya meninggalkan saya terkapai-kapai di katil pesakit.

OK! Thats it. Thank you!

Seingat saya, itulah kata-kata akhir yang diucapkan oleh beliau. Ya Allah! Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu. Dan saya sendiri tidak sanggup untuk menatap wajah pesakit lantas saya sendiri berlalu pergi dari katil tanpa mengucapkan terima kasih kepada pesakit.

Sebelum keluar dari wad, MO bertanya kepada saya perihal exam.

Is everything good Soalnya. Saya hanya mampu terpaku sahaja mendengar soalan tersebut. Selang beberapa ketika, saya menggelengkan kepala.

Saya hanya mampu redha dengan apa yang berlaku. Sememangnya hati ini meronta meminta agar hati examiner terbuka lapang untuk meluluskan saya. Namun, andai ditakdirkan saya gagal, saya terima keputusan ini. Ini kerana, saya telah cuba yang terbaik dan saya benar-benar telah berusaha keras untuk saat ini.

Mungkin bukan rezeki!

MeNGINtAI hIKMAh DI

SeBAlIK

reMeDIAl O&G

Naim pun kena remedial jugak ke

Rindu dekat doktor, tu datang balik sini.

Eleh! Jumpa dekat luar la, bukannya datang remedial balik. Hari tu dah janji nak lulus.

Ah! Sememangnya saya suka bergurau apabila ditanya tentang soalan-soalan sensitif. Ia adalah sebahagian dari taktik untuk saya mengurangkan malu atau cuba menjawabnya. Tapi saya terdiam apabila isu janji bahawa saya mesti lulus posting O&G timbul. Tiba-tiba terasa diri terasa sangat kecil dan bakal dipijak-pijak. Sedih! Lama tak nampak.

Ni dah jumpa la ni doktor.

Buat apa kat sini

Nasib la doktor, sayang sangat dekat O&G jadi datang balik 4 minggu.

Ko remedial ke Aku ingat kau dah jadi HO baru.

Ah! Terseksa jiwa dan batin dengan pertanyaan-pertanyaan sensitif sebegitu. Hati kecil meronta minta dipujuk.

Sabarlah! Betulkan niat untuk belajar.

Dalam sabar, jiwa ini menangis juga. Semakin lama, esakan semakin kuat tambahan pula apabila membaca status Facebook rakan-rakan yang membuat elektif di dalam dan luar negara. Gembiranya mereka. Seronoknya mereka!

Ya! Walaupun ada yang hanya sekadar menjadi pemerhati, sekurang-kurangnya mereka dapat belajar sistem baru pengurusan hospital yang jauh berbeza dengan HUSM. Dan setidak-tidaknya mereka sudah mampu bergembira kerana sudah layak untuk naik ke tahun akhir.

Sedangkan saya di sini berada dalam ketakutan. Setiap masa terfikirkan igauan ngeri yang mungkin berlaku. Mengulang tahun 4. Nauzubillah!

Aku mohon padaMu ya Allah agar itu semua dijauhkan dariku.

Saya cuba untuk menjadi se-positif mungkin. Saya tahu bahawa saya memang layak untuk digagalkan sewaktu rotasi O&G dahulu. Peperiksaan itu sendiri telah menyematkan pengajaran berguna buat saya. Setidak-tidaknya, saya dapat membetulkan salah faham saya berhubung management untuk kes PPROM (Preterm Prelabour Rupture of Membrane) dan PROM (Prelabour Rupture of Membrane). Keduanya, saya belajar untuk mendapatkan keyakinan.

Ya! Akibat diserang bertubi-tubi sehingga kepala menjadi blank membolehkan saya menduduki peperiksaan clinical di posting seterusnya dengan lebih baik.

Kerana saya belajar dari pegalaman, bahawa kurang persediaan sebelum peperiksaan bererti menempah maut. Peperiksaan klinikal juga memerlukan calon melatih hati untuk bertenang.

Alhamdulillah, saya diluluskan oleh dua orang profesor yang menjadi pemeriksa peperiksaan klinikal dalam posting pediatrik dan ortopedik berkat dari mempelajari kesalahan silam.

Keperluan untuk remedial O&G lebih kurang seperti posting sebenar. Kami terpaksa cover riwayat pesakit, menghadiri morning round, klinik, seminar, mengisi log book dan juga turut serta dalam OT. Cuma bezanya, ada sedikit kelonggaran buat kami apabila on-call di labour room tidak diwajibkan. Case write up pula digantikan dengan kerja rumah oleh pensyarah.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana banyak perkara baru yang saya pelajari sewaktu remedial O&G. Banyak pula salah faham saya sewaktu ber-posting O&G dulu dapat diperbetulkan.

Kesempatan yang ada juga memberi ruang kepada saya untuk menyiapkan nota saya sendiri dalam bidang obstetrik yang ditulis berdasarkan soalan sebenar peperiksaan rotasi O&G.

Nota yang saya beri judul Long Case Examination for Phase III Medical Students (Obstetric Cases) siap dan dapat dikongsikan juga bersama pelajar perubatan yang lain baik di USM mahupun luar USM. Ia mungkin tidak sempurna dan mengandungi banyak kekurangan tetapi sedikit sebanyak memberikan informasi serta gambaran mengenai peperiksaan kepada mereka. Yang lebih penting, ia adalah untuk rujukan saya sendiri!

Ya! Mungkin inilah hikmah yang ingin Allah tunjukkan pada saya.

Teringat saat di mana saya dan kumpulan baru saya berpeluang untuk menjalankan pemeriksaan fizikal pada seorang adik berusia 11 tahun yang mempunyai kanser ovari (kilang telur). Kasihan sekali saya melihatnya. Kes beliau memang menarik dan saya tidak melepaskan peluang untuk mengikuti pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Beliau menghidap kanser ovari yang diberi nama Mature Teratoma. Saiz ovari sebelah kanan yang berpenyakit itu membesar hampir 10 kali ganda berbanding saiz ovari yang normal. Alhamdulillah, sebelah lagi ovari beliau normal dan InsyaALLAH dapat berfungsi.

Saya mula merasai keseronokan remedial. Mungkin kerana saya ditempatkan bersama pelajar yang agak rajin dan di bawah pengawasan pensyarah yang agak strict. Sekarang, saya mula berlatih untuk belajar dalam kumpulan. Tidak seperti sebelum ini, sekarang saya dan ahli kumpulan akan datang pada waktu malam untuk clerk pesakit, melakukan pemeriksaan fizikal dan seterusnya mengadakan diskusi. Suatu saat yang tidak dapat saya alami sewaktu bersama kumpulan yang lama.

Ya, belajar sebegini sebenarnya lebih efektif berbanding belajar sendirian apatah lagi sekiranya kita mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan. Segala salah faham akan dapat dibetulkan dan perkara yang tidak sempat kita hadam akan dijelaskan oleh rakan-rakan.

Kata-kata seorang pensyarah tambah menaikkan semangat saya untuk belajar. Kata beliau;

All the students who come for O&G remedial pass their final year exam. So as you. You all will pass! This remedial will increase your knowledge and nurture you to be more confident with yourself.

Sahabat saya juga memberi nasihat agar menggunakan tempoh masa empat minggu ini untuk menderita sepenuhnya kerana ia lebih baik dari terpaksa menderita kerana mengulang tahun 4.

Ternyata, empat minggu yang begitu padat dengan aktiviti itu memberikan satu kepuasan pada diri saya. Penderitaan yang dialami ternyata berbaloi kerana pensyarah memberikan perhatian penuh kepada kami.

Setiap pagi, sewaktu morning round dijalankan, pensyarah akan bertanyakan soalan ala-ala peperiksaan sebenar kepada kami. Sekiranya tidak berpuas hati, beliau akan berleter dan kadangkala menunjukkan wajah bengis.

Setiap dari kami juga diminta untuk melakukan pemeriksaan kepada pesakit dan pensyarah akan membetulkan kesalahan kami.

If you perform like this in your final exam, for sure you will pass it. Keep up the good work!

Komen seorang pensyarah sewaktu meneliti teknik saya memeriksa seorang pesakit membuatkan saya kembang hidung menerima pujian tersebut. Apatah lagi kata-kata tersebut diucapkan oleh pensyarah yang menggagalkan saya dalam posting O&G di tahun 4 dan menyebabkan saya menjalani remedial. Di dalam hati, saya berdoa agar tidak riak dengan pujian tersebut sebaliknya saya memohon agar pujian tersebut menjadi kenyataan dan saya akan lulus peperiksaan akhir dengan cemerlangnya.

Melalui remedial ini juga, saya dapat melihat karakter pensyarah yang menggagalkan saya sewaktu peperiksaan akhir posting dari konteks yang berbeza. Ternyata, beliau sangat mengambil berat dengan prestasi kami dan sentiasa menginginkan yang terbaik buat kami.

Take a look on a bright side, why we failed you before. We think that you are not yet ready to become a doctor and we want to take a good care of you. We didnt do it for fun or because we hate you, but we want you to become a doctor that we can entrust you with our family members and serve the community with great skills. We want you to be a safe doctor.

Setiap masa bersamanya adalah sangat berharga sekali. Semangat untuk saya belajar meningkat berkali-kali ganda. Masa yang ada digunakan unuk bertanyakan soalan tentang management pesakit atau apa-apa sahaja kekeliruan yang memeningkan kepala saya.

Beliau juga tidak putus-putus memberikan motivasi kepada saya dan rakan-rakan untuk terus berusaha mencapai cita-cita kami. Kepada saya, beliau sangat menggalakkan cita-cita saya untuk menjalani latihan housemanship di Sabah kerana ia akan mengasah lagi kemahiran klinikal saya.

Selain itu ada satu lagi peristiwa yang begitu kuat terpahat di minda saya. Peristiwa yang menyebabkan saya diberi teguran oleh sahabat baik saya. Pahit rasanya teguran yang saya terima itu tetapi saya tahu, ia adalah benar dan untuk kebaikan saya sendiri.

Segalanya bermula sewaktu saya dan tiga lagi rakan ditugaskan untuk membuat pembentangan mengenai ovarian cancer kepada semua pelajar remedial. Selesai pembentangan saya, saya tertidur di kerusi di hadapan dewan kuliah hingga disedari oleh semua pelajar dan pensyarah. Ketika itu, rakan saya yang lain masih meneruskan sesi pembentangan mereka dengan penuh bersungguh-sungguh.

Pensyarah yang terkenal dengan perangai garangnya tidak memarahi saya tetapi membisikkan sesuatu kepada pelajar yang duduk di sebelahnya termasuklah sahabat baik saya itu.

Sahabat saya kecewa kerana saya telah memulakan pembentangan dengan penuh nilai Islamik dan penampilan diri juga mempunyai nilai dakwah. Akan tetapi, dalam sekelip mata, saya memusnahkan imej tersebut hingga bakal mendatangkan fitnah terutamanya dalam kalangan pelajar bukan muslim.

Saya hanya mampu terdiam dengan teguran berbisa itu. Sejujurnya, ia membuatkan saya sedikit malu dengan sahabat saya itu tetapi saya sedar bahawa teguran itu dibuat atas nama persahabatan.

Sahabat yang baik tidak kan membiarkan rakannya memamah bara api walaupun ia kelihatan menarik dengan kilauan cahayanya kerana dia tahu bahawa bara api itu bisa merosakkan saluran pemakanan dan boleh membawa kepada kematian.

Selain dari itu, segala yang saya tempuhi adalah merupakan perkara rutin seperti yang pernah saya nukilkan sebelum ini.

Tempoh empat minggu remedial yang saya lalui terasa begitu singkat sekali. Apabila tiba masa untuk peperiksaan bagi menentukan kami betul-betul layak untuk lulus posting ini, saya kembali dihantui resah. Tangan saya pantas menekan kekunci komputer riba untuk meluahkan rasa hati yang membuak-buak dengan kesedihan dan ketakutan walaupun hari sudah lewat malam.

Alhamdulillah, keresahan saya dijawab oleh Allah SWT dengan memberikan nikmat yang amat berharga apabila saya lulus remedial O&G saya.

Ia membuatkan keyakinan saya bahawa Allah mempunyai perancangan tertentu buat saya menjadi semakin kuat.

16 JAM ON-

CAll DI lABOUr rOOM

Sekiranya di tahun 4 kami terpaksa on-call dari jam 6 petang hingga 6 pagi yang mengambil masa selama 12 jam, namun di tahun 5 jadual on-call sedikit berlainan. Kami terpaksa on call selama 16 jam iaitu dari jam 8 pagi hinggalah 12 tengah malam.

Di sini ingin saya ceritakan satu daripada beberapa pengalaman on call saya sewaktu berada di posting ini.

Pesakit Pertama

Saya sampai ke bilik bersalin lewat setengah jam. Alhamdulillah, malam sebelumnya saya sempat beriktikaf bersama seorang rakan di Masjid Dusun Raja yang merupakan markas buat jemaah tabligh. Sudah lama rasanya jiwa ini tidak terasa tenang memandangkan terlampau banyak terikat dengan dunia.

Di bilik bersalin, sahabat saya yang sepatutnya on-call juga masih belum tiba memandangkan mereka juga mempunyai urusan penting. Maklumlah, hujung minggu sememangnya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti luar kampus oleh pelajar USM. Waktu itu jugalah digunakan untuk menyelesaikan pelbagai hal peribadi.

Bilik bersalin penuh dengan pesakit. Saya menjaga seorang pesakit berusia 22 tahun yang mengandungkan anak pertama (Primigravida). Dalam hati sebenarnya agak malas untuk menjaga pesakit primid atas beberapa sebab.

Pertamanya, pembukaan cervix mereka agak lambat berbanding mereka yang sudah pernah bersalin. Sekiranya tidak bernasib baik, mereka tidak akan bersalin walaupun sudah separuh hari menunggu.

Keduanya, kebanyakan dari mereka tidak pandai untuk meneran bayi. Oleh itu, terpaksalah meringankan mulut untuk mengajar mereka meneran dengan betul.

Ketiganya, emosi mereka lebih mudah terganggu dan senang berputus asa. Oleh itu, kesabaran yang tinggi diperlukan untuk melayan kerenah mereka serta memberikan dorongan buat mereka.

Dan terakhir sekali, sekiranya progression labour mereka terbantut ataupun mereka keletihan akibat tidak pandai meneran, ada masanya mereka akan berakhir dengan pembedahan caesarean section.

Pesakit yang saya jaga ini sudah pun dibawa masuk ke bilik bersalin sejak dari awal pagi lagi. Namun, dia hanya bersalin lebih kurang jam 10.30 pagi. Bayangkan betapa bosannya menunggu. Sambil menunggu, sempat juga saya membelekbelek nota. Hasrat di hati ingin berbual dengan suami pesakit, namun melihatkan beliau begitu bersemangat melayan isterinya, maka saya membatalkan hasrat tersebut.

Penantian yang lama akhirnya berbaloi setelah mendengar teriakan kecil si manja yang baru menjenguk alam dunia. Sejuk rasanya memandang wajah tersebut. Mungkin kerana masih belum mempunyai dosa. Bersih sebersih kain putih.

Twin Delivery

Sementara menunggu kedatangan pesakit baru, rakan saya memberitahu bahawa ada pesakit yang mengandung anak kembar sudah bersedia untuk melahirkan anak. Saya segera menuruti beliau ke bilik di mana pesakit tersebut ditempatkan.

Sampai di bilik, MO yang sudah saya kenali sejak dari tahun lepas sedang membuat ultrasound pada pesakit. Beliau segera memanggil saya untuk stabilize second twin memandangkan sudah tiba masa untuk deliver first twin.

Saya segera memegang perut pesakit dan mencari kedudukan bayi tersebut. Setelah berjumpa, segera saya pegang kuatkuat. Takut kalau-kalau terlepas dan menyebabkan posisi bayi berubah. Seorang lagi MO membetulkan teknik saya. Sebenarnya, ia tidak perlu dipegang kuat-kuat pun. Cuma perlu stabilkan sahaja posisi bayi tersebut.

Pesakit Kedua

Setelah selesai delivery pesakit pertama, saya mundar mandir di sekitar bilik bersalin kalau-kalau ada prosedur yang boleh dilihat atau dibuat namun hampa kerana tiada. Oleh itu saya hanya menunggu pesakit datang. Pesakit di bilik lain telah pun dijaga oleh rakan saya.

Akhirnya pesakit kedua pun tiba. Pesakit berusia 25 tahun yang mengandungkan anak kedua. Walau bagaimanapun, pesakit ini dikira sebagai pseudo-primid kerana beliau melahirkan anak pertama secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi songsang. Kali ini beliau ingin mencuba melahirkan anak secara normal. Situasi ini dinamakan sebagai Trial of Scar.

Risiko untuk mendapat uterine rupture (uterus pecah) agak tinggi. Oleh itu, pengawasan tinggi perlu diberikan apatah lagi jika augmentation (proses mempercepatkan kelahiran) dilakukan dengan menggunakan ubat yang diberi nama Pitocin. Walaupun kajian menunjukkan penggunaan Pitocin agak selamat, risiko untuk uterine rupture masih ada. Oleh yang demikian, dose Pitocin yang diberikan hanyalah separuh dari dos yang diberi pada ibu normal.

Pelbagai persoalan diajukan oleh pesakit yang begitu berdebardebar untuk bersalin secara normal. Maka mulut saya pun terpaksalah diringankan untuk menjawab soalan tersebut. Ada masanya soalan tersebut tidak dapat dijangka pun dan saya sendiri tidak tahu untuk menjawabnya. Walaupun malu, terpaksalah saya berlaku jujur dengan berkata;

Minta maaf kak, saya tidak pasti. Nanti saya check balik dengan doktor dan beritahu kakak kemudian nanti.

Apabila jam mula menghampiri angka satu, saya mengemas barangan saya dan meletakkannya di atas almari kerana waktu solat Jumaat sudah hampir tiba. Alhamdulillah, sempat juga menunaikan solat Jumaat. Suatu hari nanti, apabila sudah menjadi doktor, mungkin saya terpaksa menggunakan rukhsah yang diberikan untuk meninggalkan solat Jumaat memandangkan tugas sebagai doktor merupakan amanah yang amat berat.

Pulang dari solat Jumaat, pesakit masih jauh dari menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin. Saya berasa mengantuk yang amat sangat. Entah berapa kali saya tawaf bilik bersalin untuk menghilangkan mengantuk. Rasa bosan juga ada namun digagahkan juga diri ini untuk bertahan. Sempat juga saya mencuri ruang untuk melayari Internet.

Akhirnya pada jam 5 lebih, bukaan cervix sudah penuh (10cm) dan bayi mula crowning (kepala bayi sudah mula kelihatan). Maka saya pun menyambut bayi tersebut dengan dibantu oleh staff nurse. Alhamdulillah, bayi selamat. Cuma sewaktu hendak mengeluarkan placenta (uri), saya mengalami sedikit kesukaran memandangkan ia agak halus. Apabila saya menariknya, terasa seperti ingin putus. Kerana tidak yakin, maka saya meminta bantuan HO untuk mengeluarkannya.

Selesai uri dikeluarkan, tiba-tiba suara HO kedengaran cemas. Saya yang ketika itu sedang memeriksa uri memandang beliau. Kelihatan darah membuak keluar dari faraj pesakit. Ini adalah kali kedua saya melihat keadaan tersebut.

HO cuba menekan faraj dengan gauze, namun darah kelihatan tetap membuak keluar. Saya sendiri menjadi kaget. Dalam hati, ada juga perasaan takut.

Adakah aku buat apa-apa kesalahan waktu conduct delivery tadi. Ada trauma dekat mana-mana bahagian salur peranakan ke Syntometrine dah inject ke tanya HO pada jururawat.

Sudah doktor, jawab jururawat sambil keluar mencari MO.

Masukkan balik Pitocin dan panggil MO, minta HO lagi.

Dengan cemas saya berlari keluar dan memanggil jururawat tersebut untuk memasukkan Pitocin dan seterusnya memanggil MO.

Setelah MO sampai, beliau melihat keadaan pesakit sebelum meminta agar saya mendapatkan Sim Speculum untuk membuat pemeriksaan salur peranakan.

Saya segera berlari mendapatkan peralatan tersebut dan melihat MO menjalankan tugas serta membantu apa yang patut.

Saya lebih banyak diam memandangkan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Mungkin bertindak seperti mana mesin yang setia pada program yang ditetapkan. Bila disuruh pegang speculum, saya pegang. Bila disuruh ambil gauze, saya ambil gauze.

Pitocin sudah dinaikkan ke 40 unit. Doktor sudah selesai melakukan pemeriksaan salur peranakan. Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan pada salur peranakan. Maknanya, saya tidak membuat sebarang kesalahan sewaktu conduct delivery tadi.

Saya bertanya kepada MO.

Doctor in this situation, does this patient need close monitoring in post natal ward

What do you mean by close monitoring

Well, since this patient is having bleeding, maybe we should closely monitor the pad chat, vital sign and others.

We do not send patient to the post natal ward until we fully observe this patient here. In the labour room

Yes, in the labour room, HO pula bersemangat menjawabnya.

Dush! Barulah saya sedar bahawa saya sudah membuat satu pertanyaan bodoh di situ. Macam mana saya boleh terlupa bahawa setiap pesakit perlu dipastikan stabil terlebih dahulu sebelum dihantar ke wad post natal. Kerana itulah di bilik bersalin ada bilik observation dan juga ada bilik untuk pre eclampsia dan preterm. Oh! Sungguh cuai saya.

Pesakit Ketiga

Lebih kurang jam 9 malam seorang pesakit gravida 7 para 6 dibawa masuk oleh dua orang junior tahun 4. Mereka memberi tawaran sama ada saya ingin menjaga pesakit tersebut. Pada mulanya terasa malas memandangkan ada kemungkinan pesakit tersebut akan bersalin jam 2 atau 3 pagi. Saya bertanya mereka kembali kenapa tidak mahu jaga. Mereka memberitahu yang requirement mereka untuk conduct delivery sudah cukup, jadi mereka serahkan kepada kami.

Terharu pula saya dibuatnya. Bagus betul junior aku ini. Bisik saya di dalam hati.

Tidak sampai satu jam, tiba-tiba pesakit memberitahu yang dia ingin meneran. Saya tidak ambil pusing sangat kata-kata beliau. Mungkin kerana saya sudah set dalam kepala yang paling awal dia akan bersalin pada jam 2 pagi.

Tetapi jururawat kemudiannya menyuruh pesakit mengangkangkan kaki dan kepala bayi sudah pun kelihatan. Pesakit terus meneran sampailah kepala bayi mula keluar dari faraj. Saya yang masih kaget tiba-tiba dikejutkan dengan teguran junior yang menyuruh saya memakai glove jika mahu conduct delivery. Apa lagi, saya pantas memakai glove dan conduct delivery tersebut bersama-sama staff nurse.

Tiada Baju OT

Seorang pesakit primid yang dijaga sahabat saya sejak dari pagi lagi akhirnya terpaksa dibedah memandangkan bukaan cervix hanya 5cm. Beliau mengalami poor progression of second stage of labour. Maksudnya, pembukaan dinding cervix terbantut pada fasa aktif proses bersalin.

Saya pada awalnya ingin melihat pembedahan tersebut namun berasa hampa sekali apabila tiba di bilik persalinan dewan bedah. Baju OT sudah pun habis. Yang tinggal hanya tiga helai baju yang sememangnya sangat kecil berbanding saiz saya.

Entah bagaimana kejadian ini boleh berlaku. Bayangkan sekiranya ada kes kecemasan secara tiba-tiba dan ramai surgeon diperlukan. Sesampainya mereka di bilik persalinan, tiada baju untuk dipakai.

Oh! Semestinya ia merupakan satu bencana.

Saya kembali ke bilik bersalin dengan hampa dan bersembang dengan junior sementara menanti syif tamat.

Periksa Bayi

Setiap kali selesai conduct delivery, saya akan ke ruang nursery untuk melihat bayi. Ada dua sebab saya melakukannya. Pertama ialah kerana saya sukakan bayi. Melihat mereka sudah cukup untuk memberi ketenangan pada jiwa sambil membuat saya berfikir adakah saya bersedia untuk menjadi bapa ataupun tidak.

Sebab kedua adalah untuk memastikan bayi tersebut OK ataupun tidak. Seram juga bila kami diingatkan oleh pensyarah mengenai komplikasi yang bakal menimpa bayi sekiranya kami tidak berhati-hati menyambut kelahiran bayi. Oleh itu, saya akan menanggalkan kesemua kain yang membalut tubuh bayi untuk melihat sama ada terdapat lebam, anggota badan yang tidak bergerak atau patah. Setelah berpuas hati, barulah saya akan keluar.

Demam

Saya sampai di bilik pada jam 1 pagi. Teman sebilik sudah pun lena dibuai mimpi. Saya lantas berwudhuk memandangkan masih belum solat Isyak dan tidur selesai solat. Jam 3.30 pagi, saya tersedar kerana badan terasa sangat sejuk dan menggigil (chills and rigor). Seluruh badan terasa sakit. Allah! Dah nak demam aku ni. Dengan badan yang menggigil, saya bangun untuk menelan 2 biji Panadol dan sambung tidur.

Jam 5.30 pagi saya tersedar lagi. Kali ini seluruh tubuh terasa panas pula. Terpaksa saya memaksimumkan pusingan kipas. Badan terasa amat lemah sekali dan saya terus tertidur kembali. Bunyi loceng telefon bimbit pada jam 6.30 pagi mengejutkan saya dari tidur.

Terus saya solat dan menelan 2 biji Panadol lagi. Tidak terdaya rasanya hendak berdoa usai solat. Jadi zikir dan doa dibuat atas katil sambil badan kembali ditutupi dengan selimut memandangkan badan saya kembali menggigil. Saya terus tertidur sehingga jam 9 pagi. Namun, keletihan dan badan yang masih lemah menyebabkan saya menelan lagi Panadol dan tidur hingga ke jam 3 lebih.

MasyaALLAH! Hebat sungguh penangan on call ini. Ataupun mungkin kerana fizikal saya yang lemah maka saya cepat penat. Terduduk saya memikirkan cabaran yang lebih besar apabila bekerja nanti.

Ini baru 16 jam sudah lembik. Apabila bekerja nanti pastinya lebih derita. Bayangkan terpaksa bekerja selama 36 jam tanpa henti.

Subhanallah.

Rakan saya yang menjadi HO di Tawau pula terpaksa on call sejumlah 13 hari dalam masa sebulan. Ini bermaksud on call setiap selang sehari.

Wah! Sungguh penat bertugas sebagai seorang doktor di Malaysia.

Jadi kesimpulannya. Siapa kata senang untuk jadi doktor ini

Lantas selepas ini, siapa lagi yang mahu jadi doktor

BUKAN SeKADAr

rAWAtAN FIZIKAl

Alhamdulillah kerana Allah permudahkan jalan buat saya untuk memenuhkan keperluan postingO&G sewaktu berada di tahun 5 iaitu conduct normal delivery. Saya bersyukur kerana tidak mengalami masalah yang besar.

Ada sahabat saya yang terpaksa menunggu 7 hingga 8 jam namun akhirnya pesakit berakhir dengan pembedahan kecemasan akibat pelbagai masalah. Ada pula ibu yang terberanak sewaktu mereka meninggalkan bilik bersalin untuk menghirup udara segar yang jauh dari bau ubat dan najis pesakit yang begitu menusuk hidung. Bahkan, ada juga yang tidak diberi peluang oleh doktor untuk conduct atas pelbagai alasan.

Oleh itu, saya hanya membiarkan rakan-rakan yang lain untuk menjaga pesakit yang ada supaya mereka berpeluang untuk memenuhi keperluan mereka. Jauh di sudut hati, saya juga sebenarnya masih ingin berlatih menyambut kelahiran memandangkan teknik saya masih jauh dari sempurna.

Namun, adalah tidak wajar untuk mementingkan diri sendiri. Ya! Jika ingin mendapatkan skil yang lebih, maka jawapannya ialah anda harus bijak mencari ruang dan peluang seperti datang di hujung minggu, di luar waktu kebiasaan belajar yang normal (pukul 1 pagi dan ke atas) ataupun membuat clinical attachment di tempat yang tidak ramai pelajar perubatan seperti hospital daerah.

Oleh itu, saya hanya memerhatikan sahabat saya menjalankan tugas mereka sambil diselang-selikan dengan berkomunikasi bersama pesakit. Saya percaya, komunikasi yang baik mampu menanamkan kepercayaan pesakit terhadap pengamal perubatan.

Di samping itu, ia mampu membina pemikiran yang positif dalam diri mereka untuk mengatasi kesakitan atau masalah yang dialami.

Seorang Profesor Madya pernah bercerita tentang bagaimana seorang pesakit memberitahu suaminya yang dikelilingi oleh pelajar perubatan bahawa dia gemar ke HUSM hanya kerana satu sebab.

I like to come to USM because the doctors listen to me.

Benar! Dalam era di mana ilmu hanya di hujung jari ini, kebanyakan pesakit tahu tentang masalah kesihatan mereka. Namun mereka hanya memerlukan seseorang untuk mendengar masalah mereka. Saya juga seperti mereka!

Proses untuk bersalin merupakan satu proses yang amat stressful. Bayangkan bahawa mereka terpaksa baring di atas katil berjamjam lamanya. Jika bernasib malang, mereka terpaksa baring melebihi 10 jam dan tidak dibenarkan bergerak termasuk ke tandas. Jika mahu buang air kecil, maka petugas bilik bersalin akan memasukkan tiub kencing ke dalam pundi kencing dan jika mereka mahu berak, maka berak saja di atas kertas chinese paper atau blue sheet yang disediakan.

Selain itu, mereka terpaksa bertarung dengan kesakitan akibat dari kontraksi uterus yang semakin lama semakin kerap dan panjang tempohnya. Kemuncaknya ialah sewaktu meneran bayi. Ada yang berkata bahawa sakit bersalin merupakan sakit yang kedua paling azab setelah sakit hendak mati.

Dan terakhirnya, mereka berada dalam keadaan gangguan emosi kerana suami tidak berada di samping mereka. Ada yang merasakan bahawa mereka sedang berjuang seorang diri. Pernah saya jumpa seorang pesakit merajuk dengan suaminya yang belum kunjung jua ke hospital hingga menyusahkan semua staf bilik bersalin. Beliau tidak membenarkan doktor membuat pemeriksaan vagina dan mencakar jururawat sewaktu beliau dalam proses untuk bersalin.

Ketiga-tiga elemen ini juga menyumbang kepada faktor jatuhnya motivasi dalam kalangan ibu-ibu untuk mereka menyediakan diri mereka secara fizikal mahupun mental. Maka tidak hairanlah ramai ibu-ibu yang terpaksa dibelah kerana poor maternal effort, bayi lemas dan sebagainya.

Kak, bersalin ni memang sakit. Semua orang pun sakit! Bicara saya pada seorang pesakit sewaktu dia sedang emosional dan mahu berputus asa.

Doktor tak rasa. Senang la doktor cakap! Saya ni sakit tau. Dah tak nak teran dah. Saya nak operate doktor! Saya tak kira, sergah beliau kembali seraya mengugut. Mukanya kelihatan hampa. Ada riak tertekan pada wajahnya.

Saya bersama-sama jururawat bilik bersalin cuba menenangkannya. Di antara tempoh kontraksi uterus, kami berbicara dengan pesakit. Masanya cukup singkat namun diguna sepenuhnya untuk mendengar keluhan dan ketidakpuasan hati pesakit sebelum menyuntik satu semangat baru kedalam diri mereka. Saya banyak belajar dari staff nurse bilik bersalin tentang teknik untuk memberi motivasi pada ibu yang bersalin. Ini merupakan satu ilmu yang tidak ada di dalam buku teks perubatan.

Alhamdulillah! Jika kena dengan gayanya mereka akan kembali bersemangat. Beberapa kes yang saya jumpa memang begitu. Masing-masing sudah berputus asa, namun kembali bangkit berjuang.

Begitu juga kes yang saya jumpa baru-baru ini. Satu bilik bersalin bingit dengan suara seorang pesakit yang sedang menangis dan meraung-raung kerana sakit. Dapat kedengaran dengan jelas suaranya yang berputus asa. Tidak mahu beranak dan ingin dibelah. Ada masanya, teriakan kedengaran seperti seram pula.

Sebelum masuk ke bilik bersalin tersebut, sempat lagi saya bergurau dengan staff nurse yang sedang memandikan bayi.

Kak! Apasal seram sangat bunyi tu Meremang bulu roma saya ni. Malam ni malam apa ye

Jangan salah faham dengan gurauan di atas. Bila penat, itulah yang menjadi pengubat kepada kepenatan. Kami juga manusia biasa yang tidak lepas dari seribu satu kelemahan.

Tiba di bilik bersalin, bukaan cervix beliau sudah pun penuh dan sahabat saya sudah bersedia untuk conduct delivery. Sengaja saya menyibukkan diri untuk membantu jururawat menenangkan pesakit. Punyalah pesakit menangis tidak mahu meneran. Riwayat penyakit juga menunjukkan bahawa kandungan terdahulu dilahirkan dengan menggunakan forceps kerana masalah sama. Oleh itu saya, sahabat saya dan jururawat bersama-sama memberi kaunseling kepada beliau. Alhamdulillah, akhirnya beliau berjaya juga bersalin normal.

Sewaktu beliau sudah hendak dihantar ke ward, berkali-kali pesakit berterima kasih kerana membantunya dalam proses bersalin. Wajah kegembiraan terpancar di mukanya. Sempat juga saya bergurau dengan dia.

Tak apa kak. Tapi kalau tak menangis tadi, lagi cepat bersalin. Tak la penat. Relax aje!

Beliau hanya ketawa dan mengulang kembali ucapan terima kasih.

DOKtOr,

MINtA tOlONG KelUAr BOleh

Saya suka O&G kerana dapat melihat kegembiraan si ibu apabila bayi kecil yang tidak berdosa dilahirkan ke dunia yang fana ini. Tangisan mereka membawa seribu kegembiraan buat si ibu dan juga memberikan ketenangan buat saya sendiri.

Namun, saya benci kerana pesakitnya adalah berlainan jantina. Terdapat banyak limitasi dan batasan yang perlu dijaga. Niat juga perlu diperbetulkan setiap masa agar segala prosedur yang dilakukan adalah kerana Allah dan pesakit semata-mata.

Saya faham, pesakit juga berasa malu apabila dirawat oleh doktor lelaki. Apatah lagi apabila anggota sulit mereka dipandang setiap masa. Namun, ramai juga pesakit yang tidak kisah.

Kata mereka, bila sakit tidak kisahlah dirawat oleh mana-mana doktor. Tidak kurang juga ada pesakit yang bergurau dengan mengatakan suka dirawat doktor lelaki kerana mereka lebih understanding berbanding doktor wanita.

Understanding Ia, mungkin kerana doktor lelaki lebih mahir dalam memberi sokongan emosi berbanding doktor wanita yang sentiasa mengalami masalah emosi.

Selain pesakit wanita, dapat juga saya bayangkan perasaan si suami yang cemburu setiap kali mereka duduk di sebelah isteri sambil memerhatikan lelaki lain melihat anggota sulit isteri mereka atau menjalankan pemeriksaan vagina.

Tidak dinafikan, ramai juga suami yang tidak kisah. Bahkan mengakui kelemahan mereka tidak mampu berhadapan dengan darah. Lantas mereka memberi sepenuh kepercayaan dan amanah pada doktor lelaki untuk menjaga isteri kesayangan mereka.

Ada ketikanya, isu yang sama berlegar-legar di minda saya. Saya juga tidak mahu doktor lelaki yang menyambut kelahiran anak saya jika ada doktor wanita. Mungkin saya juga akan mempertimbangkan untuk menghantar isteri saya ke klinik swasta yang diuruskan oleh pakar O&G wanita. Namun, sesuatu menghantui saya. Adakah saya bersikap double standard Saya dengan selambanya menyambut bayi isteri lelaki lain dan pada masa sama saya tidak mahu doktor lelaki lain menyambut bayi dari isteri saya.

Isu ini memang besar. Terperangkap di antara hukum agama, tanggungjawab dan kefahaman masyarakat!

Ada suatu kisah yang saya ingin kongsikan. Seorang pesakit dijaga oleh sahabat saya. Dari tengah hari hinggalah malam dia tidak melahirkan lagi anaknya. Saya yang menjaga bilik bersalin di sebelah telah pun selesai dengan tugasan saya. Oleh itu, ada masanya saya ke bilik tersebut untuk berdiskusi dengan beliau tentang keadaan pesakit jagaannya dan juga bab pelajaran yang lain.

Setiap kali saya memasuki bilik tersebut, dapat saya rasakan bahawa si suami yang berkopiah seoleh-olah memerhatikan gerak-geri saya. Namun, tidak pula saya ambil pusing tentang hal tersebut.

Semoga Allah memaafkan kejahilan saya ketika itu. Saya sedar bahawa tindakan saya itu tidak perlu dan boleh sahaja kami berbincang di luar bilik bersalin.

Saya meneruskan perbincangan memandangkan saya pernah mendapat kes seperti pesakit tersebut dalam peperiksaan hujung posting saya iaitu air ketuban pecah melebihi 24 jam.

Dipendekkan cerita, sewaktu pesakit tersebut ingin melahirkan anak, kami selaku pelajar perubatan seperti biasa menjadi tukang sorak untuk memberi semangat pada pesakit yang bertarung untuk meneran.

Saya disuruh oleh seorang doktor agar memanggil suami pesakit tersebut yang diminta keluar buat seketika kerana doktor ingin melakukan beberapa pemeriksaan. Sambil berjalan ke bilik pesakit, sempat juga berbual dengan suami yang kelihatan penat itu. Tidak ternampak pula riak ketidaksenangan hati beliau.

Setelah beberapa kali isterinya meneran, tiba-tiba si suami bersuara.

Minta maaf doktor, minta tolong keluar boleh. Isteri saya malu! ujar beliau dengan serius.

Saya hanya mengangguk dan keluar seraya menghormati permintaan tersebut.

Setelah isterinya tidak juga bersalin, seorang doktor houseman lelaki yang agak senior datang untuk memeriksa pesakit tersebut. Dan beliau juga diminta keluar. Maka kami berdua pun menghabiskan masa dengan bersembang di kaunter.

Tidak berapa lama, seorang HO wanita berlari keluar meminta agar kami memanggil MO. Katanya baby flat (tidak aktif) dan tidak normal, mata terkeluar!

Saya yang tidak melihat keadaan pesakit berlari ke bilik rehat MO. Dengan tercungapnya saya meminta mereka ke bilik bersalin. Salah seorang dari mereka bertanya tentang keadaan bayi. Sukar untuk saya jelaskan keadaan sebenar.

Emm... baby flat pastu mata terkeluar!

Terkejut MO mendengar penerangan tersebut sambil mereka meminta kepastian.

Entahlah doktor. Sorry sangat-sangat, saya tidak tahu keadaan patient sebab tak tengok. Husband minta keluar. Saya datang ni pun sebab HO yang suruh.

Maka berlarilah para MO ke bilik pesakit tersebut. Saya mengekori dari belakang dan terus ke bilik nursery bayi kerana tidak mahu masuk ke bilik bersalin tersebut.

HO lelaki juga menghadapi kesukaran untuk menjelaskan keadaan bayi tersebut semasa menelefon MO pediatrik oncall kerana beliau juga tidak melihat keadaan bayi tersebut atas alasan yang sama.

Di bilik nursery, barulah saya tahu keadaan sebenar. Rupanya, bayi tersebut dilahirkan dengan masalah Sindrom Pfeiffer di mana tulang tengkorak bertangkup awal dan juga tidak normal. Mata kelihatan terkeluar kerana orbit matanya tidak dalam. Diagnosis ini saya perolehi setelah membuat follow up mengenai pesakit tersebut di NICU.

Sesuatu yang saya pelajari hari ini ialah, sebelum hendak berlari panggil MO, maka perlu lihat dan faham betul-betul terlebih dahulu keadaan pesakit. Walaupun suaminya menghalang, tapi dalam situasi ini ia adalah suatu kes kecemasan dan darurat maka si suami harus faham.

Ada masanya juga, kes sebegini mungkin berada dalam kategori darurat. Tetapi apabila kita mendengar dari orang lain tanpa kita proses maklumat tersebut, maka ia akan menjadi besar dan timbul pula isu lain seperti saudara pesakit menganggap pihak hospital cuai dan sebagainya.

Oleh itu, doktor atau staf perubatan mesti menilai keadaan itu untuk menentukan samada ia adalah keadaan darurat ataupun tidak.

Contohnya dalam kes bayi ini, walaupun keadaan fizikalnya teruk, ia tidaklah bahaya. Namun, kerana kurangnya ilmu disebabkan jarang bertemu kes-kes sebegini maka pandangan orang yang lebih arif harus didengar.

COrD PrOlAPSe!

Perut yang berkeroncong menyebabkan saya segera menghala langkah ke pantri bilik bersalin untuk bersarapan pagi. Maklumlah, pagi tadi agak kelam-kabut apatah lagi berjaga semalaman bagi menyiapkannota perbincangan untuk case write up. Itulah bahana buat kerja di saat akhir.

Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi sewaktu saya selesai menghabiskan segelas susu segar yang diminum bersama bijirin dan kekacang. Saya segera ke bilik bersalin untuk mencari pesakit yang tidak dijaga rakan-rakan yang on call dengan saya.

Di pertengahan jalan, seorang jururawat kelihatan termengah kerana berlari. Segera dia menjerit kepada saya agar mencari MO kerana ada kes cord prolapse (apabila air ketuban pecah, tali pusat keluar daripada pangkal rahim mendahului kepala).

Lantas saya segera mencari MO memandangkan cord prolapse merupakan salah satu masalah kecemasan dalam ilmu perbidanan. Sekiranya tali pusat terdedah kepada udara, ia akan mengecut dan menyebabkan pengaliran darah kepada bayi terhenti. Akibatnya, bayi akan mati lemas di dalam rahim. Jika tidak pun, tali pusat tersebut boleh membelit leher bayi sehingga mati atau pun membelit anggota badan lain hingga menyebabkan kecacatan.

MO bergegas ke bilik bersalin tersebut dan saya juga mengikuti rapat untuk melihat bagaimana mereka menguruskan kes tersebut. Saya hanya menjadi pemerhati kerana ini kali pertama saya berhadapan dengan kes sebegini.

Sebelum ini, kami hanya ketawa berdekah-dekah tatkala pensyarah memberikan kuliah berkenaan tajuk ini. Maklumlah, beliau mengajar sambil diiringi lawak jenaka. Salah satu prosedur yang perlu dilakukan jika cord prolapse ialah dengan memasukkan jari ke dalam faraj dan menolak bayi agar tidak keluar. Jari tidak boleh dikeluarkan hinggalah ke dewan bedah. Maknanya, doktor akan berlari ke dewan bedah bersama pesakit di atas troli dan tangan doktor setia berada dalam faraj.

Catheterize the bladder. Infuse dengan normal saline 500cc, arah seorang MO yang meminta agar jururawat memasang hos kencing dan seterusnya mengisi pundi kencing dengan menggunakan cecair normal saline melalui hos yang dipasang itu.

Run very fast ye staff nurse, doktor memberi arahan lagi supaya pundi kencing segera dipenuhkan.

Selain jari yang dimasukkan ke dalam faraj, langkah seterusnya yang perlu dilakukan ialah dengan memenuhkan pundi kencing dengan memasukkan air melalui tiub kencing. Dan terakhir sekali, punggung ditinggikan dengan meletakkan dua buah bantal di bawahnya. Ketigatiga kaedah ini adalah untuk menghalang bayi keluar dari pintu rahim.

Sementara itu, stafyang lain pula sibuk untuk menyediakan pesakit bagi menjalani pembedahan emergency Caeserean section.

Saya bergegas ke bilik rehat pelajar untuk menukar pakaian OT kerana ingin observe pembedahan tersebut.

Untuk kes kecemasan sebegini tempoh masa di antara detik si ibu diberikan bius hingga bayi dikeluarkan dari perut ialah tiga minit. MasyaALLAH! Kagum sungguh melihatkan ketangkasan MO melakukan pembedahan ini. Mahir sungguh mereka! Semoga diri ini juga mampu menjadi secekap mereka suatu hari nanti.

Bayi berjaya dikeluarkan tetapi flat (kulit kebiru-biruan, tidak menangis dan tidak bergerak).

Jururawat segera membawa bayi keluar ke ruang resusitasi. Saya mengikut dari belakang. Doktor bius segera menghadiri bayi yang baru dilahirkan itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya segera mengambil glove dan menempel di tepi MO dan jururawat. Check pulse. Arah MO kepada saya.

Saya segera memegang tali pusat bayi tersebut untuk merasa denyutan nadi bayi. Dalam saya terkial untuk merasa denyutan, jururawat segera menjerit.

Fetal bradycardia doktor!

(Denyutan nadi lemah)

MO segera memberikan bantuan pernafasan kepada bayi menggunakan ambu bag sambil jururawat menepuknepuk kaki agar bayi sedar.

Buat CPR adik. Cepat! Arah MO.

Saya segera menekan dada bayi tersebut. Terasa kekok kerana sangat-sangat jarang melakukan resusitasi kepada bayi. Seingat saya, tidak sampai lima kali pun. Walaupun pernah ada sesi praktikal untuk resusitasi neonatal, tetapi kerana kurangnya praktikal maka ia tidaklah semudah yang disangka.

Tak cukup dalam tu adik, tegur MO untuk memperbetulkan teknik CPR saya.

Seminit melakukan CPR, MO pediatrik pun sampai. Beliau mengambil alih tugas doktor bius untuk ambu bag bayi tersebut.

What happen Tanya MO pediatrik kepada saya.

Baby born flat, doctor! No respiratory effort, no motor movement and bradycardia. CPR commenced for one minute because no response to ambu bagging. Plus, mother on pethidine, ujar saya sambil terketar-ketar dan suara putus-putus. Entah bila agaknya saya dapat menguruskan pesakit dengan penuh yakin.

Check heart rate baby. Guna stethoscope, arah MO pediatrik lagi.

Saya segera mengambil stetoskop dan mendengar denyutan jantung bayi selama enam saat. Tiba-tiba masalah panik menyerang saya kembali. Saya seakan lupa bagaimana mengira heart rate bayi.

Em doctor... heart rate 12 in 10 seconds.

MO memandang muka saya. Mungkin pelik atau terkejut beruk dengan cara saya melaporkan heart rate bayi tersebut.

Saya cuba mententeramkan diri sambil kepala berfikir kembali mengenai heart ratebayi.

Ambil suction dik, teguran jururawat mengejutkan lamunan saya.

Saya menghulurkan suction pada beliau. Dan lantas saya teringat kembali perihalheart rate bayi.

Untuk neonatal, bagi mendapatkan heart rate, kita perlu merekod bacaan denyutan nadi dalam masa 6 saat dan kemudiannya didarab dengan 10 untuk mendapatkan anggaran denyutan nadi dalam masa seminit. Senang tetapi dalam keadaan tidak bersedia seperti ini, hanya Allah yang tahu. Sementara itu doktor mengintubate bayi tersebut.

Saya mengambil alih peranan jururawat untuk melakukan suction pada bayi. Entah kenapa, secretion dari paru-paru bayi tersebut sangat banyak hingga MO pediatrik pun berasa risau. Takut kalau-kalau tiub intubation masuk kedalam perut.

Dipendekkan cerita, bayi tersebut kemudiannya stabil dan dimasukkan ke ward NICU (Neonatal Intensive Care Unit) untuk pemerhatian.

Pada tengah hari, saya menerima khabar bahawa keadaan bayi tersebut kritikal. Dada saya berdegup pantas. Hati ini berdoa agar keadaannya kembali stabil.

Saya ke bilik rehat dan menanggalkan white coat. Azan Zohor sudah berkumandang tetapi hati saya tidak tenang. Saya segera ke NICU untuk melihat keadaan adik tersebut. Sayu memandang beliau yang sedang bertarung untuk hidup. Selain intubated, beliau terpaksa diberikan quadruple inotrope untuk memastikan tekanan darah dan jantung stabil. Selain itu ada lagi beberapa jenis ubatan lain. Phenobarbital, magnesium sulphate dan juga morphine!

Saya melihat folder beliau dan tergamam dengan kondisi beliau. Ternyata bayi kecil ini dalam keadaan kritikal.

Acute Respiratory Distress Syndrome with pulmonary hemorrhage, pulmonary hypertension and to rule out hypoplastic left heart syndrome

Dalam erti kata lain, paru-paru beliau cedera dan ada pendarahan menyebabkan fungsi paru-paru terganggu. Selain itu, tekanan dalam paru-paru juga tinggi. Mereka juga sedang menilai kemungkinan bahawa bayi tersebut mempunyai masalah jantung congenital yang agak jarang iaitu kegagalan ruang jantung bahagian kiri untuk terbentuk.

Saya hanya mampu mengirimkan doa buat bayi tersebut. Sesekali, tangannya kelihatan bergerak-gerak. Mungkin juga dia sedang menahan rasa sakit. Sayu bertakhta di hati dan lantas saya tinggalkan NICU dengan perasaan yang bercampur baur. Sememangnya saya cukup lemah sekali apabila berhadapan dengan situasi hidup mati sebegini.

Beberapa hari kemudian, saya dimaklumkan oleh rakanrakan yang ditugaskan di NICU bahawa bayi tersebut telah pun meninggal dunia setelah berjuang dengan begitu hebat sekali. Empat inotropes terpaksa digunakan untuk menguatkan denyutan jantung bagi membantunya melawan sepsis yang disebabkan oleh congenital pneumonia secondary to Group B Streptococcus infection.

Semoga Allah merahmati roh bayi ini dan semoga ibunya turut diberi kekuatan dari Allah untuk menghadapi dugaan yang cukup berat ini.

CAeSAreAN

SeCtION Per-

tAMA SeBAGAI ASSIStANt

Saya mundar-mandir di dalam dewan bersalin ketika jam menunjukkan pukul 2 petang. Hari itu sepatutnya saya on call tetapi tidak ramai pesakit di dalam bilik bersalin. Saya menjenguk dewan bedah yang terletak berhadapan dengan Bilik Bersalin 2. Junior tahun 4 sudah pun berada di dalam dewan bedah untuk observe operation caesarean section.

Beberapa orang junior lagi masih menunggu giliran untuk observepembedahan pesakit seterusnya kerana hanya dua orang pelajar perubatan dibenarkan untuk observe operation untuk satu-satu masa.

Saya melihat senarai OT. Ada dua orang pesakit lagi. Seorang pesakit bakal menjalani pembedahan elective caesarean section kerana breech (bayi songsang) dan seorang lagi kecemasan kerana fetal macrosomia (bayi besar dengan berat melebihi 4kg).

Saya meneliti folder pesakit seterusnya. Pesakit berusia 25 tahun dan ini merupakan anak pertama beliau. Beliau terpaksa dibedah kerana keadaan anaknya berada dalam keadaan songsang dan kandungan sudah pun menjangkau usia 38 minggu. Saya membaca lagi folder beliau untuk memahami keadaan pesakit dengan lebih mendalam.

Setelah berpuas hati dengan maklumat yang saya perolehi, seterusnya saya menemui MO yang akan menjalankan pembedahan. Adalah menjadi satu kewajiban untuk manamana pelajar perubatan memahami keadaan pesakit sebelum mengendalikannya. Jika tidak, pasti kami akan dimaki oleh doktor yang merawat.

Good evening doctor, sorry for disturbing.

Yes! Anything I can help you

Are you the one who will perform the C-sec for the patient Nur,

25 years old Malay lady, G1P0 with breech presentation

Yes, why

May I know who will assist you

Probably the HO.

Erm. Can I assist you for that operation

Oh! Yes. No problem.

Thank you doctor. Ill see you in the OT room then.

Saya segera ke bilik utiliti untuk mencari baju OT. Seperti biasa, tiada set lengkap memandangkan saiz set besar tidak banyak. Jadi pakai baju kahwin menjadi pilihan. Baju biru, seluar ungu.

Dalam hati,saya berasa sangat-sangat gembira. Sejak dari tahun 4 lagi saya menyimpan cita-cita untuk assist pembedahan Caesar. Malah sewaktu seorang MO bertanya mengapa saya asyik masuk melihat C-sec, itulah jawapan saya.

Before I graduate, I want to assist in a C-sec.

Tambahan pula, sememangnya para doktor pakar menggalakkan kami assist operation dan apa jua intervensi yang dilakukan pada pesakit di bawah jagaan kami. Ada masanya juga kami dicabar oleh mereka. Sewaktu mereka bergelar HO dahulu, mereka sudah pun melakukan beberapa pembedahan C-sec sebagai surgeon dan tanpa penyeliaan MO. Itu menunjukkan betapa berkualitinya HO pada masa dahulu.

Ada juga dalam kalangan rakan seangkatan saya yang sudah pun berkali-kali membantu doktor dalam pembedahan ini. Saya sememangnya kagum dengan kesungguhan dan semangat mereka menuntut ilmu itu. Ada masanya saya malu untuk bercerita tentang pengalaman saya yang tidak seberapa ini.

Sementara menantikan operation pesakit terdahulu selesai, saya membelek-belek buku nota dan membaca apa yang patut.

Selesai operation pesakit tadi, saya membantu anesthetist untuk memindahkan pesakit yang bakal dibedah ke katil dan menyediakan apa-apa yang perlu.

Setelah selesai, saya ke bilik scrub untuk bersiap. Sudah beberapa bulan saya tidak scrub. Pembedahan terakhir yang saya assist ialah semasa berada di posting orthopedik lebih kurang tujuh bulan lalu iaitu insertion of intramedullary nail for left femoral shaft fracture (memasukkan besi kerana tulang peha patah).

Tiada masalah ketika scrub. Cuma saya terkial-kial untuk memakai glove pertama menggunakan close method di mana tangan tidak boleh dikeluarkan dari lengan gown pembedahan.

Sesudah saya selesai memakai glove, doktor dan scrub nurse sudah pun selesai memasang drape (kawasan yang tidak dibelah dan ditutup dengan kain hijau steril untuk memastikan kuman dari kawasan tersebut tidak merebak ke tempat dibelah) dan sedang mengepit kulit tempat untuk dibelah bagi memastikan ubat bius sudah berkesan. Setelah berpuas hati, beliau memberi arahan kepada saya.

OK, hold it!

Kata beliau seraya meminta saya menggunakan gauze untuk menegangkan kulit bagi memudahkan beliau membuat belahan.

Bermula dari kulit, doktor seterusnya memotong subcutaneous fat, external fascia (camper and deep membranous layer of scarpa) dan seterusnya rectus sheath. Dari sini, rectus abdominis muscle dibahagi dua agar mendapat access secukupnya kepada peritoneal layer (lapisan menyelaputi organ dalaman perut). Peritoneal layeryang dua lapis itu (superficial dan parietal) kemudiannya dipisahkan dan retractor digunakan untuk menolak pundi kencing ke dalam bahagian pelvis.

Seterusnya MO membut belahan pada lower segment uterus (bahagian yang hanya terbentuk sewaktu perempuan mengandung dan menjadi pemisah antara bahagian atas uterus dan pangkal rahim).

Sewaktu cecair amniotic mula keluar, saya mengambil suction untuk menyedutnya.

OK. You stabilize this lower part with your left hand and use right hand to tear this up.

Arah MO meminta agar saya membantunya membuat bukaan pada lower segment bagi mengeluarkan bayi.

Saya berhati-hati melakukannya kerana takut uterus terkoyak disebabkan tangan saya. Namun MO menyuruh saya agar lebih menggunakan tenaga.

Dalam hati saya sudah mengeluh. Oh. Susah jugak rupanya. Tidak sesenang sewaktu observe. Perlu menggunakan tenaga.

Doktor mencari kaki bayi untuk mengeluarkannya. Entah mengapa bayi lekat. Ia tidaklah senang disebabkan posisi bayi tersebut yang songsang. Tiba-tiba, tangan bayi turut terkeluar dan menyebabkan bayi lekat.

Semakin lama masa diambil. Saya sudah pucat. Tangan saya menarik dinding bukaan yang dibuka tadi untuk meluaskan lagi lubang agar bayi boleh dikeluarkan. Jururawat sudah cemas dan bersedia untuk mendapatkan pertolongan dari doktor senior.

Setelah beberapa minit, bayi berjaya dikeluarkan tetapi flat (tidak bergerak dan kebiruan). Saya semakin cemas.

Doktor memotong tali pusat dan jururawat menyedut cecair dari hidung dan mulut bayi. Tangan saya pula melurut-lurut tapak kaki bayi agar ia segera menangis tetapi sia-sia. Jururawat berlari membawa bayi keluar ke troli resusitasi.

Ya Allah! Janganlah jadi apa-apa pada bayi tersebut. Doa saya di dalam hati. Perasaan cuak mula menguasai diri.

Ini adalah pembedahan C-sec pertama aku. Dan aku menjadi first assistant. Tiada second assistant. Hanya tiga orang yang menjalankan pembedahan ini. MO, aku dan scrub nurse. Saya bermonolog sendirian untuk menghilangkan rasa cemas.

Beberapa minit kemudian, terdengar suara tangisan bayi. Kenyaringan suara bayi tersebut membingitkan telinga saya. Alhamdulillah, saya panjatkan sepenuh rasa syukur saya pada Allah.

Sewaktu doktor sedang mengeluarkan placenta (uri-uri) dan mencuci uterus, jururawat membawa masuk bayi ke dalam bilik bedah untuk ditunjukkan pada si ibu. Saya mejenguk bayi tersebut.

Alhamdulillah aktif! Cuma sedikit lebam-lebam kesan dari tersekat tadi.

OK hold this suture tightly.

Teguran doktor mengejutkan saya. Doktor sudah pun selesai mencuci uterus dan bersedia untuk menjahitnya. Tangan kiri saya memegang retractor untuk memudahkan penglihatan doktor sementara tangan kanan memegang suture. Proses menjahit perlu dilakukan secara berhati-hati. Jika tidak, pesakit boleh mati akibat pendarahan. Jika suture tidak kemas, ia juga boleh menyebabkan adhesion. Kesannya, pesakit boleh mendapat komplikasi seperti placenta previa untuk kandungan seterusnya. Semestinya ia tidak diingini oleh mana-mana doktor.

Jururawat sudah mula mengira jumlah gauze yang digunakan bagi memastikan tiada yang tertinggal di dalam perut.

Sesekali MO menegur saya apabila tidak menegangkan benang suture. Tangan sudah mula terasa lenguh.

Alhamdulillah! Akhirnya pembedahan selesai.

Dalam hati saya berasa amat puas sekali kerana mendapat pengalaman yang cukup berharga ini. Tercapai juga cita-cita yang diimpikan. Semoga ia menjadi panduan berguna buat saya bila bergelar doktor nanti.