Pernah ada seorang mamat Vietnam datang klinik. Vietnam ni kalau tengok muka dia, apa kita cakap dia main angguk je. Nampak respons macam faham tapi habuk pun tarak. Masa tu dah pukul 9 malam. Selepas dia, ada 5 orang lagi patient lain tengah menunggu. Dia datang sebab ibu jari kakinya bengkak. Kuku dan jadi cekam kat daging. Sekali tengok dah tahu, memang nak kena buat operasi sikit. Tiga empat kali aku pesan kat dia,
Tonight cannot do. Many patients. You come tomorrow morning. 10 oclock.
Dia mengangguk-angguk dengan muka blur dia.
Pagi esoknya dia tak datang. Aku ingat dah baik dah. Ruparupanya waktu aku nak tutup kedai, dia datang. Dia kata aku suruh datang pukul 10 malam.
Bila masa aku cakap pukul 10 malam 10 malam, aku nak balik tidur!
Masalahnya setiap kali dia datang, supervisor dia yang kena hantar. Aku kenal sangat dengan Pakcik Osman tu. Kesian dia kena ulang-alik. Pening kepala aku. Kalau ikut protokol masa kerja kerajaan dulu, dia sah-sah kena marah dulu. Lepas tu kena dapatkan appointment baru. Mana ada kira dia datang jauh ke, dia sakit sangat ke tidak.
Tapi aku kerja sendiri. Aku tak sampai hati nak suruh dia datang untuk kali ketiga. Jadi pukul 10 malam, aku beliakkan biji mata aku nak operate jari mamat Vietnam ni. Mamat Vietnam ni bagus. Sakit pun dia cakap tak sakit. So, kerja aku tak susah. Cungkil dan potong apa-apa yang patut. Pukul 10.30 malam baru tutup kedai. Alamak! Tak sempat nak tengok siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu kat Astro Warna.
Kadang-kadang aku kesian kat mamat-mamat warga asing ni. Kalau setahun ada 365 hari, 365 hari itulah mereka kena kerja. Mana ada kira hujung minggu, cuti am, hari raya. Semua belasah kerja daripada 7 pagi sampai 7 malam. Tak datang kerja, gaji tolak seratus ringgit sehari. Maka, aku yang jadi mangsa. Asyik kena tulis MC saja.
Kisah pesakit #2:
Ada pula satu mamat Bangla datang klinik aku. Minggu ni dah 3 kali dia datang jumpa aku. Mamat Bangla ni lain sikit. Terutamanya kalau dia pandai cakap Inggeris sikit-sikit. Kerek nak mampus. Demand macam-macam. Daripada mula sampai habis, cakap tak habis-habis. Kalau nak kira, semua urat, tulang, sendi dan salur darah semuanya sakit. Takda satu inci badan yang tak sakit.
Body all pain. Body weak. No power. Sleep problem. Eat problem. Money also problem. Itu ayat klasik mereka. Aku dah boleh hafal dah.
Mamat yang ni pernah kena tumbuk di mata kirinya oleh kawan dia. Itu pun kira-kira 6 minggu yang lepas. Ikut ceritanya dia asyik mengadu sakit di kepala dan kawasan mata kirinya. Macam-macam klinik dia pergi. Klinik Pakar Mata kat JB dah 2 kali dia pergi. Doktor pakar dah kata mata tak apa-apa. Aku check pun memang takda apa-apa. Dua kali jumpa aku dia
bising-bising pasal sakit dia. Dia ulang cakap benda-benda yang sama. Sakit, sakit, sakit. Aku pun dah give up dah sebab apa aku cakap dia langsung tak nak dengar. Dia asyik cakap benda yang sama je. Aku suruh keluar tak nak. Masih nak mengomel juga.
Kali ketiga dia datang aku dah naik angin. Dia rewind lagi cakap dia yang sebelum ini. Cakap benda yang sama. Aku suruh jumpa specialist, dia cakap takda duitlah, belum gajilah, supervisor belum kasi pinjamlah. Yang aku betul-betul naik angin adalah dia nak minta MC seminggu. Lepas tu dia suruh aku tulis surat kat supervisor dia yang dia tak boleh nak kerja. Tang tu juga aku maki hamun dia. Ala! Bukan dia faham pun! Dia terkebil-kebil tengok aku naik suara. Itu pun dia masih berani nak bargain dengan aku lagi. Rasa nak terajang je mamat Bangla ni.
Dah lama aku tak naik angin macam tu. Geram sungguh aku. Aku benci betul kat mamat-mamat yang tak faham-faham bahasa ni. Patient macam inilah yang merosakkan mood aku sepanjang hari. Rasa nak tutup je kedai. Balik rumah dan tidur. Kerana dialah patient yang masuk lepas dia kena tempiasnya. Aku tak tahu apa yang aku dah tercakap kat kakak tu. Rasanya kalau pening, lagi tambah pening agaknya.