DIAGNOSIS 3: MORTUARI - 7
Noor Hayati Yasmin Ngatimin nama diberi. Seorang hamba Allah di muka bumi yang luas ini. Berkhidmat sebagai doktor di negeri di bawah bayu. Menulis kerana merasakan hidup tidak lengkap tanpa mencatat ilham. Mudahnya Menulis Buku, Sehari di A&E, adalah antara karya nukilan yang dekat dengan diri. Suka aiskrim perisa coklat mint dan green tea. Suka air dan alam semula jadi. Cintakan ketenangan dan kesunyian. Mahu jadi penulis hingga ke nafas yang akhir.

*******

DI MANA SURI

Bengang betul aku! Linda menghempas buku ubat yang dipegangnya ke atas kaunter. Dia menghenyakkan punggung ke kerusi dengan wajah tidak puas hati.

Ni apahal pulak Tak ada angin tak ada ribut datang-datang mengamuk. Tegur Mariam.

Adik aku tu la. Linda memuncungkan bibir. Tak habis-habis buat perangai.

Mariam memandang Linda. Apa lagi yang dia buat Dia sudah maklum akan hubungan Linda dengan adiknya, Adira. Mereka seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, asyik hendak bergaduh.

Mariam pun tidak faham kenapa Linda tidak boleh mengalah atau bertolak-ansur dengan adiknya.

Dia minta duit daripada bapak aku. Katanya nak beli ipad baru.

So, apa masalahnya Bukannya dia minta duit daripada kau kan. Mariam terlongo.

Mata Linda mencerlung tajam ke arah Mariam. Memang la dia tak minta duit aku. Tapi bapak aku guna duit yang aku bagi kat dia untuk Dira beli ipad baru yang dia nak.

Duit tu untuk belanja bapak aku, bukannya untuk Dira. Tekan Linda.

Mariam menggeleng-geleng. Duit tu kau dah bagi bapak kau kan, terpulanglah macam mana nak dia nak guna duit tu.

Budak sekolah menengah nak guna ipad buat apa Aku pun tak ada ipad. Tekan Linda.

Biasa la budak-budak sekarang, suka gajet. Kau bukannya tak tau, balas Mariam, menambah hangat di hati Linda.

Linda masam. Tidak puas hati dengan tindakan bapanya yang selalu melebihkan Adira. Aku ni siapa, anak pungut. Pernah terlintas dalam hatinya. Tapi cepat-cepat dipadamkan segera. Tidak mahu melayan hasutan syaitan.

Kau tu kakak. Beralah la sikit dengan adik sendiri. Selalu bapa menegurnya begitu bila dia bergaduh dengan Adira.

Mentang-mentang aku anak sulung, aku ke yang kena mengalah setiap kali Adira buat hal Linda memendam perasaan daripada dulu. Menjeruk rasa dengan sikap bapa yang sentiasa berpihak kepada Adira.

Wahai jururawat-jururawat sekalian, korang datang kerja nak berborak ke nak kerja Satu suara mengejutkan mereka.

Linda dan Mariam sama-sama menoleh. Ish doktor ni, tak boleh tengok orang sikit. Bukannya ada pesakit sekarang, ujar Mariam.

Dr. Kadir tersengih. Tu, ada pesakit baru masuk. Korang ralit berbual sampai tak sedar ada pesakit baru masuk.

Lepaskan aku! Aku nak selamatkan Suri. Aku bunuh kau kalau kau tak lepaskan aku!

Sesiapa yang mendengar pasti terasa seram.

Linda menoleh memandang pesakit yang baru dibawa masuk ke kawasan resus.

Arghhh! Jeritan nyaring berkumandang.

Mana Suri Mana Suri Gadis yang dipegang oleh tiga orang lelaki nampak luar biasa kudratnya. Seorang pengawal keselamatan, seorang PPK dan seorang MA tampak berhempaspulas menahan gadis itu yang mahu melarikan diri. Ni kena sampuk ke apa Linda tertanya-tanya dalam hati.

Seorang perempuan dalam lingkungan umur 40-an mengesat air mata. Jangan macam ni Leha.

Buat apa mak bawa Leha ke hospital Doktor bukan boleh buat apa. Seorang lelaki yang masuk secara mengejut menyergah perempuan itu.

Kamu ni tak kesian tengok adik kamu Dia sakit tu. Tukas perempuan itu.

Lelaki itu memandangnya tajam. Suri sakit sebab buatan orang. Amran yang buat dia jadi macam tu.

Jangan percaya benda-benda khurafat Halim. Suara perempuan itu meninggi.

Encik dan makcik ahli keluarga pesakit ke Tanya Dr. Kadir, sekali gus menghentikan perbalahan antara mereka berdua.

Ya, doktor. Saya abangnya. Lelaki itu pantas menjawab dan memperkenalkan dirinya.

Sebenarnya saya tak nak adik saya dirawat di hospital. Saya nak bawa dia balik. Lelaki itu berterus terang.

Encik....

Sidek, nama saya Sidek.

Encik Sidek baru saja bawa dia ke sini tapi encik nak bawa dia balik ke rumah semula Dr. Kadir keliru.

Bukan saya yang nak bawa adik saya ke sini tapi emak saya ni ha. Adik saya tak boleh diubat dengan ubat doktor. Saya nak bawa dia berubat cara lain. Sidek bertegas.

Sidek, kau jangan nak memandai-mandai. Leha ni anak mak, biar mak yang tentukan apa yang terbaik untuk dia. Perempuan tua itu membantah. Dia mengenalkan dirinya sebagai Makcik Asmah, ibu kepada Zaleha, pesakit yang baru dibawa masuk dalam keadaan terjerit-jerit.

Sidek menarik muka masam mendengar kata-kata emaknya.

Leha ni adik saya juga mak.

Kalau kau sayangkan dia, biar doktor rawat dia dulu.

Tok Man dah janji nak rawat Leha. Kalau Leha kena tahan kat hospital, terganggu rawatan dia dengan Tok Man. Tukas Sidek.

Mak nak cuba ubat hospital pulak. Dah lama Tok Man rawat dia, bukannya ada apa-apa perubahan pun. Bidas Makcik Asmah.

Mak ni.... Sidek merengus.

Linda memasang telinga dalam diam. Perbualan anak-beranak tersebut membuatkan perasaan ingin tahunya melonjak-lonjak.

Suka hati mak la. Saya tunggu kat luar.

Makcik Asmah tampak tidak mempedulikan reaksi anak lelakinya itu. Matanya tidak lepas memandang anak perempuannya yang berada di atas katil.

Maafkan anak lelaki saya doktor. Dia percaya sangat kata-kata Tok Man, bomoh kat kampung kami. Katanya Leha terkena buatan orang.

Dr. Kadir dan Linda terdiam. Selalunya generasi veteran yang percaya dengan bomoh, ini terbalik pulak. Sidek yang masih muda nampak taksub.

Makcik dah tak tahu nak buat apa nak. Dia jadi macam ni sejak adik kesayangan dia meninggal.

Suri Itu nama adik dia Linda bertanya ingin tahu.

Makcik Asmah mengangguk.

Leha sayang sangat dengan Suri. Suri umurnya 10 tahun masa dia meninggal. Kena langgar dengan kereta depan rumah. Leha nampak macam mana Suri kena langgar. Sejak tu Leha berubah.

Suri meninggal kat pangkuan Leha. Dia peluk Suri tak nak lepaskan walaupun Suri dah jadi arwah masa tu. Tambah Makcik Asmah.

Dr. Kadir dan Linda berpandangan sesama sendiri. Post-traumatic stress disorder . Itu yang terdetik dalam fikiran masing-masing.

Bila Suri meninggal dunia makcik

Dua bulan lepas.

Linda memandang Zaleha yang sedang tersedu-sedan menangis di atas katil. Suri, kenapa tinggalkan akak. Akak sayang Suri. Suri... Suri.... Zaleha mengongoi sedih.

Hati Linda diramas pilu. Terkenang adiknya sendiri, Adira. Mereka dua beradik sahaja. Bagaimana jika dia yang berada di tempat Zaleha. Walaupun dia sering bertekak dengan Adira dan sentiasa tidak puas hati dengan adiknya itu, namun jauh di sudut hati Linda tahu dia tetap sayangkan Adira.

Di mana Suri, doktor Zaleha memandang Dr. Kadir dan Linda, mengharap sebuah jawapan.