DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 7
Di kampung aku dulu, ada beberapa rumah saja yang ada peti ais. Rumah yang ada peti ais paling besar ialah rumah Makcik Wah. Rumah aku pun ada peti ais juga, cuma peti ais rumah aku kecil sahaja. Tidak sebesar peti ais rumah Makcik Wah. Dengan memiliki peti ais, adalah sedikit reputasi di mata orang kampung. Peti ais aku selalu berkhidmat untuk keluarga Mak Ngah Ani. Ketika bulan puasa, Mak Ngah Ani akan tumpang letak bekas berisi air dalam tempat beku peti ais rumah aku. Jadi dapatlah keluarga Mak Ngah Ani merasa berbuka puasa minum air sejuk sikit. Mereka amat seronok. Keluarga kita pun dapat pahala! kata ibu aku.

Makcik Wah agak pandai sedikit. Dia menjadikan peti ais besarnya sebagai modal berniaga. Dia berniaga aiskrim bancuh sendiri. Aku tak berapa nak berkenan sangat bila budak-budak zaman sekarang menjenamakan aiskrim Makcik Wah sebagai Aiskrim Malaysia. Tak style langsung nama aiskrim letak sekali dengan nama negara. Tak kreatif!

Makcik Wah jual 3-4 macam perisa aiskrim. Ada oren, milo, sirap asam boi dan laici. Budak-budak kampung amat suka aiskrim Makcik Wah. Harga dia seposen sahaja.

Aiskrim aku paling suka ialah aiskrim sirap asam boi. Suatu petang, selepas penat main jongkang-jongket, selera aku berat ke belah aiskrim pula. Tak sempat cerita Oshin nak mula aku dah ajak ibu aku pergi beli aiskrim sirap asam boi. Makcik Wah yang sepatutnya dah closed business pada waktu Oshin, hanya menghulur aiskrim sirap asam boi melalui tingkap saja.

Ibu aku cepat-cepat nak balik. Tanpa baca doa aku gigit plastik aiskrim lalu menyedut ais sirap asam boi yang amat dingin. Eh, kenapa aiskrim sirap asam boi tak rasa asam boi pulak Rasa sirap je ni!. Aku memberhentikan langkah. Mencari asam boi. Selalunya asam boi tu ada kat belah bawah. Tapi atas bawah aku tengok tak ada.

Aku ajak ibu aku pergi tukar balik. Mana boleh jadi! Aku nak aiskrim sirap asam boi juga! Ibu aku terpaksa turut. Makcik Wah pun kena turut geledah semula tempat beku peti ais beliau mencari aiskrim sirap asam boi yang aku nak. Mujur cerita Oshin tengah iklan, jadi ada la masa Makcik Wah melayan kami.

Aiskrim sirap asam boi dah abis la. Tadi tu last! Makcik lupa bubuh asam boi la tu, mengantuk sangat subuh tadi masa buat aiskrim. Asam boi yang tak beku lagi ada la. Makcik Wah punya statement yang amat bersahaja dan tanpa rasa bersalah sudah bikin aku panas. Kalau masa aku remaja mau aku amok satu kampung, tapi masa tu aku budak kecik. Habis ganas aku buat pun mengamuk guling-guling atas tanah sambil hentak-hentak kaki. Aku betul-betul tak boleh terima aiskrim sirap asam boi aku jadi aiskrim sirap. Lagi aku tak boleh nak terima itulah aiskrim sirap asam boi terakhir untuk hari itu. Hari yang salur esophagus aku amat-amat mengidam untuk dibasahi aiskrim sirap asam boi!

Aku tak nak berganjak. Selipar jepun aku entah ke mana terpelanting. Debu pasir dah melekat penuh kat badan aku. Ssegala benda tidak berbahaya yang ada di sekeliling aku semua

Semangat Aiskrim Asam Boi Yang Membara

aku kecahkan. Makcik Wah kelam-kabut sampai bawak 3 batang aiskrim, ada oren, milo dan laici. Dia kata bagi percuma saja nak pujuk aku punya pasal. Aku tetap melalak

Ibu bawak naik beskal nak Kita pergi kedai Oie beli aiskrim kacang ye Ibu aku cuba nasib. Aku balas simplemelalak lagi! Ibu aku ajak beli keropok Bon Bon. Lagilah tak jalan langsung.

Ibu aku habis idea. Cerita Oshin pun dah naik nama-nama Jepun kot masa tu. Akhirnya, terpaksalah juga ibu aku guna taktik terakhir yang beliau tahu pasti berjaya mententeramkan jiwa aku yang sedang bergelodak dahagakan aiskrim sirap asam boi. Taktik terakhir itu amat tinggi hikmatnya. Memang jarangjarang hikmat agung ni dipraktikkan.

Jomlah kita ajak ayah naik motor pergi pekan Bagan Serai. Kita beli aiskrim Cornetto yang macam iklan kat tivi tu. Hikmat peringkat tertinggi dah diutarakan oleh ibu aku. Maka tewaslah aku. Tangkas aku bangun cepat-cepat cari balik selipar jepun yang dah terpelanting ke mana hala tadi.

NOTA KAKI

*Dalam situasi terkawal, nak merasa aiskrim Cornetto ni masa ayah aku dapat gaji sahaja. Masa tu aku rasa macam 3-4 kali saja ayah aku dapat gaji dalam setahun!

*Lagi satu aku nak bagitau. Masa ni semangat cool dan ketenangan masih belum meresap dalam jiwa nurani aku lagi. Orang putih kata yet to come.