SUATU HARI NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN - 7
Kubah Gemawan tidak langsung kelihatan seperti sebuah kubah; malah saiznya lebih besar daripada itu, selayaknya digelar sebagai sebuah kompleks raya. Dibina pada tahun 2095, Kubah Gemawan mula menjadi perhatian tamadun dunia apabila menjadi benteng penyelamat dataran neoKuala Lumpur tatkala Ribut Solar cuba-cuba mengintai dan merajai dataran itu.

Ribut Solar itu barangkali temannya Gempa Mega dan Tsunami Raya. Ah, The Holy Trinity

Laksamana Jaafar masih lagi ingat akan kegentingan momen itu; hanya tinggal dia dan Pujangga di dataran neoKuala Lumpur dan Ribut Solar itu barangkali sudah bersedia untuk menukarkan mereka menjadi gas-gas organik yang hanya diselokakan di dalam buku teks sejarah masa hadapan. Dr Cincip sudah melutut; barangkali bersedia untuk dipancung oleh Laksamana Jaafar. Tetapi tidak ada kebaikan dalam memburukkan keadaan. Dia tahu itu.

Hanya Srikandi MahaMencipta Mama Juwita yang bisa membantu.

Pada waktu itu, Persidangan Sains World United sedang berlangsung di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. Pada zaman dahulu, stesen ini hanya menempatkan para angkasawan untuk tujuan pengorbitan dan pengkajian angkasa lepas; tetapi Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa hari ini merupakan sebuah pusat konvensyen untuk mengumpulkan semua delegasi negara anggota kerana Kesatuan Amerika dan Rusia berpusat di situ.

Pusat pentadbiran bumi sudah berada di luar bumi. Ah, bumi telah tenat sebenarnya.

Waktu itu Laksamana Jaafar terpaksa menggesa dan menasihati Mama Juwita supaya memecut turun ke neoKuala Lumpur, walaupun dia tahu Juwita tidak suka dipaksapaksa. Hanya selepas mengetahui perkiraan Dr Cincip tersilap, marahnya Juwita bukan kepalang sehinggakan Tuan Pemerintah terpaksa menaikkan pangkatnya menjadi Srikandi Negara. Pujangga hanya menanti dalam sabar dan debar kerana sains roket jauh sekali menjadi kepakarannya.

Hari ini, Laksamana Jaafar al-Hussein datang menghadap Tuan Pemerintah.

Beliau memakai suit besi; sesuai dengan ciri kepahlawanannya. Dia sememangnya berdarah pahlawan dan tidak pernah melarikan diri walau diajak untuk berdebat mahupun bertempur. Melalui Kompleks Kubah Gemawan; dia melihat pengaktifan tenaga Makmal Keabadian, tetapi senarai cap jari Cincip tidak terpamer di luar pintu. Malah, tablet pengimbas kedatangan itu teraktif tanpa ada sesiapa di dalamnya.

Tetapi dia tidak perlu berteka-teki untuk mengetahui siapa pengemudi di dalam makmal misteri itu.

Mereka berkenalan hanya selepas Jaafar membuka mata; ada dua wanita yang memakai pakaian tradisional Melayu lama. Sanggul mereka diikat kemas, dengan kecopong ringkas bersahaja tetapi penuh dengan nilai estetika.

Ah, kepalaku ... siapa kamu

Jaafar, kamu di Makmal Keabadiaan. Berehat. Nanti... aku ceritakan...

Kamu... kamu siapa...

Mama Juwita

Siapa

Ah, anggap sahaja aku ini Tuhanmu!

MetalChromo yang menjaga pintu gerbang tempat bersemayamnya Tuan Pemerintah mula teraktif saat Jaafar tiba di hadapan singgahsana. Binaan yang menyerupai Haikal Sulaiman itu begitu besar dengan dua belas tangga yang mendorong ke puncak langit serta arca-arca lama yang dihadiahkan oleh Kesatuan Isratin. Ada sembilan puluh sembilan obor api yang menyala dipercik oleh bakaran atom daripada janaan nuklear yang tersamping dengan bangunan Kubah Gemawan. Sepertinya terma awan-gemawan, jika dilihat dari luar neo-Kuala Lumpur, Kubah Gemawan kelihatan terapung-apung dan tergantung. Kompleks pencakar langit itu benar-benar dicemburui oleh manamana kesatuan yang wujud di atas bumi yang tenat ini.

Sesungguhnya, hamba Laksamana Jaafar al-

Hussein datang menghadap Tuan.

Satu skrin mega terbentuk. Pengaktifan itu membuka dinding baharu dalam tempat bersemanyam Tuan Pemerintah. Perlahan-lahan ada percikan yang terbina daripada serbuk besi diarah aruh oleh daya elektromagnetik lantas membentuk 5D hologram yang tinggi daripada aruhan besi-besi tadi. Wajah yang terbentuk amat mengerikan; sebelah mata Tuan Pemerintah diperbuat daripada bebolar laser, sebelah lagi menyerupai mata manusia. Saiz badannya tegak; tidak bongkok langsung. Ah inikan hologram, sudah tentu ditata rias sempurna!

Jaafar, laporkan aku tentang WU.

Jaafar menelan liur. Dia tidak dahaga. Dia cuma takut. Ampun Tuan. Persidangan World United

berlangsung dalam keadaan yang tenang.

Apa kamu fikir aku ini tidak wujud, Jaafar

Ampun Tuanku. Adapun perwakilan kita, telah menolak satu dasar campur tangan yang diusulkan, lalu menyebabkan persidangan ditangguhkan untuk kali yang kedua.

Pujangga atau Juwita Tuan Pemerintah kenal benar akan si duo unggul itu.

Pujangga, Tuanku. Adapun Srikandi MahaUsaha Tinta Pujangga tidak bersetuju dengan campur tangan warga asing ke atas kedaulatan neo-Kuala Lumpur.

Apakah tegang

Tidak, Tuanku. Adapun mereka menghormati

ketokohan Tinta Pujangga itu.

Lalu bagaimana keadaan Geo-politik kita, Jaafar

Kita masih lagi bersahabat baik dengan Kesatuan Indonesia Filipina, dan Jepun Raya juga nampaknya menyebelahi kita.

Hubungkan aku kepada Maharani Matsui di Jepun Raya.

Perlukah saya memanggil Pujangga untuk

menghadap Tuanku

Tidak mengapa. Aku kenal benar dengan Pujangga dan Juwita. Dapatkan aku Maharani Matsui.

***

Suatu hari nanti, manusia akan melupakan Tuhan.

Adapun agama itu telah disisih lenyapkan saat manusia sudah mula bertatih dengan kaki sendiri dan pendirian itu menyisihkan asalan siapakah yang menciptakan kaki-kaki yang membolehkan kamu bisa berdiri seperti hari ini. Dan penyisihan itu dilorongkan oleh penemuan tanpa kembali ke jalan asal; tempat kamu berteduh dan berlindung dari marabahaya kebongkakan yang dihias oleh kemodenan. Apa kamu sudah lupa salasilah, Zief

Suatu hari nanti, manusia akan melupakan Tuhan.

Kerana terdesak atau menyangka ia telah punya segala jawapan yang menidak- lenyapkan segala persoalan, maka kecanggihan papan litar yang terjana pada cakeramu itu menafikan siapakah yang menciptakan bentuk rupa asal kamu, daripada air kamu itu. Maka perjalanan yang di aruh segala ilmu dan keseronokan itu hanya akan menemui jalan mati jika kamu tidak ingin kembali ke perhentian utama kamu. Dan mereka akan menyerang kamu, dan lukalah kamu dihiris pedang-pedang mereka yang kembali bertukang besi walau sudah beberapa dasawarsa bersilih ganti. Apa kamu sudah lupa salasilah, Zief

Suatu hari nanti, manusia akan melupakan Tuhan.

Razief masih tidak bergerak, walau tidak putusputus dia dihubungi Buhaira!

***

Cantik... Cik Siti Wan Kembang... pandai kau menghargai sejarah, Juwita.

Tinta Pujangga masih tidak percaya akan apa yang dilihatnya. Sebuah bongkah yang ditukangi oleh jujukan saintis (tanpa diketahui oleh Cincip) tidak henti-henti mengimpal dan menjalin alat semacam tugu, tinggi sahaja rupa bentuknya.

Kubah anti-serangan. Sepuluh kali ganda kuasa daripada Kubah Gemawan.

Apa bisa kamu jelaskan Juwita

Kamu tahu Faraday Saintis kuno

Oh, barangkali, Juwita. Bukankah dia yang menjumpai daya tarikan. Apa benar Ilmu sains ku ini sudah berkarat barangkali. Hahaha...

Betul, srikandi. Malah pada zaman kuno dahulu, kira-kira 1831 masihi, dia menemukan satu daya aruhan yang menggerakan alatan elektronik

sehingga ke hari ini.

Lalu apa perkaitannya Ajari aku!

Apa sungguh kamu mahu berkenalan dengan prinsip ilmu ini pujangga Atau kamu sengaja bercanda

Ah Juwita, ini urusan di antara hidup dan mati.

Ajari aku asas-asanya.

Mama Juwita menarik tangan Tinta Pujangga sekali lagi. Pasangan sahabat karib itu mula terapung dan terbang perlahan-lahan ke tengah perut kompleks yang maha luas itu, lalu terompah kayu mereka memercik daya tujahan tambahan; seraya mereka terbang ke atas sehingga tiba ke penghujung bongkah ultra-titanium itu. Bayu lembut yang cuba bermanja mengibas-ngibas kain Batik Jawa yang anggun dipakai mereka.

Tingginya..., namun tiada langsung riak cemas pada raut Pujangga.

Asasnya Pujangga, ada empat daya semulajadi atau daya asas di dalam semesta ini...

Aku tahu. Graviti, Elektromagnetik, juga Daya Nuklear Kuat dan Daya Nuklear Lemah. Apa benar Juwita

Ah, kamu mahu merampas makmal aku ya

Haha...

Kita sekelas di Harvard dulu, bukankah

Ah, cerita kuno itu, Pujangga. Kamu tahu apa yang akan terjadi kepada gas, jika kita berterus gila memanaskannya

Ah, jadi meletup-letup ia, bukankah

Biar aku menerangkan perihal itu. Jika gas itu, Pujangga; dipanaskan pada suhu yang maha tinggi, nah jadilah satu fasa yang kita panggil sebagai Plasma.

Plasma

Iya, Plasma. Ah dahulu aku pernah mencipta jendela plasma ini untuk memisahkan udara biasa dengan ruang vakum.

Ciptaan kamu, bukankah

Aku hanya mempelajari ilmu kuno, bertahun

1995 oleh Dr Ady Herschcovitch di Long Island, New York.

Tetapi malangnya Juwita, dataran New York itu telah tenggelam saat Yellow Stone mengamuk. Habis terhapus sudah rakyat-rakyat mereka; terdidih, malah rentung!

Terompah anti-graviti mereka teraktif sekali lagi; kali ini mereka berpimpinan dan berputar-putar melingkari bongkah emas ultra-titanium yang maha besar itu. Jujukan saintis yang tekun bekerja itu (kerana mereka semua adalah robot, sebenarnya) tidak langsung mengganggu penerbangan Juwita dan Pujangga. Juwita menyambung lagi:

Pujangga, aku mendapat pengetahuan bahawa sebenarnya, Dr Herschcovitch mencipta jendela plasma dengan memanaskan gas pada suhu 12 000 darjah Fahrenhit, lantas menghasilkan plasma yang seterusnya diperangkap menggunakan medan elektrik dan medan magnet.

Lalu apa perkaitannya dengan senjata ini, Juwita Bisakah ia melindungi kita

Sedang aku menikmati Kueh Lapis beberapa bulan yang lalu, aku tiba-tiba mendapat ilham yang mengetuk cakera mindaku; apakah jendela plasma ini bisa digunakan untuk menghasilkan lapisanlapisan pelindung yang takkan mampu dipenetrasi Hidangan kueh itu aku tinggalkan demi pertahanan neo-Kuala Lumpur!

Aku menyanjungi semangatmu. Terus ajarkan aku ilham mu itu.

Lalu aku mencipta lapisan-lapisan jendela plasma ini; lapisan luar itu diperbuat daripada plasma yang supercharged, dipanaskan pada suhu menggila bahangnya; cukup mampu untuk menukarkan

pepejal besi kepada gas!

Indah...

Lalu lapisan kedua jendela plasma itu aku melangsirkan dengan pancaran laser bertenaga tinggi dan tersusun seragam pula bidasannya.

Apakah semacam corak lattice atau hablur,

Juwita

Iya, ah kamu sebernarnya pintar mengenai ilmu sains ini. Lalu aku meletakkan nanotube carbons; iaitu tiub yang diperbuat daripada atom karbon yang tunggal tetapi berganda kekuatannya daripada besi waja.

Lantas

Ketiga-tiga lapisan jendela Plasma, binaan laser dan skrin nanotube carbons ini, aku gabung ciptakan untuk membentuk satu dinding halimunan yang takkan bisa untuk dilumpuh tembuskan!

Aduh, apakah bakalan berjaya sistem lapisan ini

Malah sudah berjaya dibina, Pujangga. Hanya menunggu tempoh ujikaji sahaja.

Mahu bagaimana

Aku aruhkan kepada proto-Human ya

Jangan! Simpankan untuk si Israel dan Palestin itu. Mereka adalah musuh kita yang nyata!