kukirim jua sebungkus kenangan bersama
kuikat reben harapan nan simpul di dada atma
kulayarkan ingatan buatmu
bersama kad ucapan yang tidak bersuara.
Bagaimana hari-harimu meniti jambatan dewasa
menyirat makna tanpa fizik teman di sisi
kala kita cuma sempat sapa di maya
dengan ucap suara yang kedap di Dinding
atau di Garis Masa.
Aku sekadar mahu bertanya
tentang khabarmu, saudara
tetapi cenderahati ini tampaknya
lebih arif melontar kata.
Siti Nurmalaysia, DBP, 2013