Daripada Jahimah Al-Sulami, beliau datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Saya ingin berperang, dan saya datang untuk berbincang. Rasulullah bertanya: Adakah engkau mempunyai ibu Beliau menjawab, Ya. Rasulullah bersabda: Dampingilah dia, sesungguhnya syurga terletak di kedua kakinya.
Riwayat Al-Hakim
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah...
Surah Al-Ahqaf 46:15
Tetapi kita sering mengambil ringan tentang kebajikan mereka. Ada juga yang berani meninggikan suara terhadap ibu. Kes yang paling kronik ialah meletakkan mereka di rumah orang-orang tua apabila sudah tua dan uzur. Betul kata pepatah, seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tak boleh menjaga seorang ibu.
Bagi seorang suami, syurga tidak akan berubah sehingga akhir hayatnya. Walaupun telah beristeri, dia masih mempunyai tanggungjawab terhadap ibunya. Jadi para isteri, janganlah cuba merenggang atau memutuskan hubungan mereka. Besar dosanya kalau berbuat demikian. Mahukah anda mempunyai suami yang akan masuk ke neraka kerana derhaka terhadap ibunya
Memanglah kadang-kadang nasib tak baik, dapat mother-in-law from hell yang sentiasa mencari kesalahan menantu perempuannya. Mungkin kerana cemburu atau tak suka dengan menantu yang bukan pilihan hati. Mungkin juga kerana tak dapat melepaskan anak lelaki kesayangannya. Mereka menganggap tak ada wanita yang dapat menjaga sebaik mereka. Dalam kes begini, adalah tanggungjawab suami untuk berlaku adil kepada kedua-duanya. Isteri adalah amanah yang diberikan oleh Tuhan kepada suami maka dia harus melindungi isterinya dari segala bahaya termasuk bahaya dari ibunya sendiri.
Bagi wanita, apabila kita berkahwin, syurga kita beralih kepada suami pula. Saya tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa syurga di bawah tapak kaki suami kerana tiada dalil yang menyokong pendapat tersebut. Pada pemahaman saya, syurga isteri adalah dengan suami apabila mereka menghormati dan patuh kepada suami. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).
Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani
Dalam perkara ini, patuh bukannya bermaksud menjadi hamba atau mengikut secara membuta tuli sahaja. The trick is to make sure that your husband is happy, not being his slave. Tak salah jika ada pembantu rumah untuk menolong tetapi melayan suami dan kerenahnya adalah tanggungjawab kita dan bukan bibik. Kalau kita lepas tangan, biarkan bibik yang layan suami, janganlah marah kalau suami kahwin dengan bibik pulak!
Tetapi sebagai wanita, janganlah meletakkan harapan yang tinggi menggunung terhadap suami. Kesian dia kalau tak kesampaian. Tak payahlah mengharapkan suami yang super romantic seperti dalam novel Adam & Hawa atau Romeo & Juliet tu. Janganlah juga mengharapkan prince charming seperti dalam cerita Snow White. Karakter itu hanyalah fiction, rekaan semata-mata. Lelaki seperti tu sebenarnya tak wujud! Percayalah.
Para suami pula, janganlah pulak treat isteri seperti bibik. Tugas isteri ialah melayan suami bukan jadi maid di rumah. Kalau mampu, dapatkan pembantu rumah untuk menolong supaya isteri ada lebih masa untuk suami. Sekiranya tak mampu, ringankanlah tangan untuk menolong kerja-kerja rumah. Rasulullah SAW sendiri menolong isteriisterinya di rumah dan tidak berlagak seperti raja.
Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya.
Riwayat Tirmizi
Satu perkara lagi, janganlah harapkan tubuh isteri slim seperti model catwalk selepas melahirkan anak kalau badan sendiri bukan seperti Brad Pitt!
Isteri juga bukan Superwoman.
Saya sendiri bukanlah pakar perkahwinan, tetapi telah banyak mengendalikan kes-kes penceraian sivil dan syariah. Saya mendengar keluhan dari kedua-dua pihak. Saya juga telah banyak melakukan kesilapan. Tetapi yang penting, kita sedar dan mengaku kelemahan kita dan cuba betulkan keadaan.
Sekiranya kedua-dua pihak dengan ego masing-masing dan tak mahu mengalah, maka besar kemungkinan perkahwinan yang dibina atas impian akan hancur berderai.
Dont have expectations. Terima pasangan masing-masing, defects and all. Bila kita tak ada expectations, apa-apa kebaikan yang datang adalah bonus. Wise Owl pernah memberitahu, punca kebanyakan penceraian kerana kita tidak lagi berpegang kepada prinsip Islam dan telah jauh tersasar dari sunnah. Jika kita mencontohi cara Rasullulah SAW melayan isteri-isterinya dan perilaku baginda di rumah, pasti rumah tangga akan jadi lebih aman. Bila sebut mencontohi cara Rasulullulah SAW, bukanlah bermaksud untuk suami berkahwin lebih dari satu. Kalau satu pun tak terlayan dan tanggungjawab tak terpikul, dua, tiga atau empat isteri tak akan jadi lagi senang. Tersilap langkah, sang suami boleh masuk neraka kerana gagal berlaku adil kepada isteri-isterinya.
Siapa saja orangnya yang memiliki dua isteri lalu lebih cenderung kepada salah satunya, pada hari kiamat kelak ia akan datang dalam keadaan sebagian tubuhnya miring.
Riwayat Tirmizi dan Abu Daud
Keluhan yang biasa saya terima dari pasangan yang bakal bercerai ialah hilangnya perasaan hormat antara satu sama lain. Sang suami mahukan isteri menghormatinya sedangkan dia sendiri tidak menghormati isterinya. Respect is earned, not demanded and its two ways.
Nasihat saya kepada isteri, jagalah penampilan diri dengan suami terutamanya ketika di rumah. Sepatutnya kita berhias untuk suami dan bukannya untuk orang lain. Dalam rumah jangan pakai baju buruk dan hapak. Jika niat berpakaian adalah untuk please orang lain, maka hilanglah barakah. Suami juga akan hilang interest dan akan lebih tertarik kepada wanita-wanita lain yang suka menghiaskan diri, di luar sana.
Kepada suami, jadilah ketua yang betul kepada keluarga. Anda adalah imam kepada isteri dan anak-anak dan tanggungjawab suami adalah untuk membimbing mereka. Mendidik anak-anak bukannya tanggungjawab isteri, tetapi suami juga. Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Like everything in life, marriage needs to be worked at constantly. Janganlah selepas kahwin lepas tu terus tak berusaha. Tak ada perkara yang akan jadi hebat dengan sendiri. Semuanya memerlukan usaha.
Paling utama, dekatkan diri dan keluarga dengan Allah SWT dan insya-Allah, Dia akan merahmati keluarga kita. Cuba la.