BLACK WIDOW - 7
AYU murung saja dan fikirannya tidak bertumpu terhadap pelajaran. Ani berusaha keras untuk mengembalikan ceria namun Ayu tetap bermurung.

Dia terkenangkan nasib ibu Rasyidah yang telah pun dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur kerana penyakitnya terlalu serius. Dia lihat betapa pilu Rasyidah apabila menerima hakikat itu. Malah, teman karibnya itu sanggup menjual basikal demi membantu bapanya membiayai perbelanjaan rawatan.

Ayu!

Tak apa, aku akan bantu Syidah. Dia pandai menjahit dan aku akan cari pelanggan untuknya.

Ayu!

Dapat wang upah itu nanti, setidak-tidaknya dapat meringankan beban.

Ayu!

Ayu tersentak dan Ani memuncung ke muka pin51

tu. Cikgu Ng panggil!

Ayu ternganga dan serta-merta hatinya berdebar.

Dia bingkas, melangkah perlahan mendapatkan guru sombong itu.

Yes sir"

Oh... can you come to my office, regarding your maths"

Now sir

Certainly!

Ayu mengekori Cikgu Ng menuju ke bilik guru. Hatinya berdebar-debar. Adakah Cikgu Ng ingin me-marahi aku Atau, adakah aku dipanggil kerana ketidakhadiran Syidah Atau... ah tapi Cikgu Ng kata ia berkenaan dengan matematik....

Please sit down!"

Tak sangka dia telah pun tiba di bilik guru. Ayu duduk seperti yang diarahkan. Dia menanti, namun hatinya bagai menyangkal. Dia yakin dirinya dipanggil bukan kerana matematik.

"Take this book... and please open page fifty! Okay, open it when you're alone!

Ayu kehairanan tetapi dia yakin ada sesuatu yang sedang bergelodak di dalam jiwa guru muda itu.

AYU pulang ke rumah, termenung saja, tanpa menjamah makanan dia terus ke bilik. Nenek dan ibunya kehairanan. Aton menjadi bingung melihat keadaan Ayu yang begitu ganjil sekali pada hari itu.

Selama ini Ayu sentiasa riang dan suka bergurau. Tetapi hari ini Ayu kelihatan sugul dan murung.

Ayu memencilkan diri di dalam biliknya dan 52

seperti biasa tiga ekor labah-labah menjelma di dinding bagaikan dipuja.

Ayu membuang tubuh di atas katil. Wajah Cikgu Ng hadir bersama surat yang terkepil di halaman 50 buku Matematik yang diberikannya.

Ayu ingat lagi peristiwa di tandas. Dia bergegas ke bilik kecil itu bersama buku Matematik pemberian Cikgu Ng dan dengan pantas membuka halaman 50.

Sepucuk surat tersepit di situ. Ayu pantas membuka lalu membacanya. Ternyata Ayu amat terkejut kerana tanpa disangkanya guru sombong itu tidak lagi sombong. Ikan sudah masuk ke dalam bubu. Cikgu Ng sudah mula menunjukkan reaksi.

Ayu tersengih.

Cikgu Ng mengajak dia keluar makan dan dia pasti, nurani labah-labah telah menjelma dan merasuk ke dalam jiwa Cikgu Ng membuatkan lelaki itu tumpas.

- Adakah kamu semua yang menyebabkan Cikgu Ng jatuh hati

Bagaikan ada talian, bagaikan sejiwa, tiga ekor labah-labah jatuh melekap ke katil. Mereka mengham-piri Ayu lalu menyelinap melalui celahan baju. Ayu berasa kegelian tetapi dia membiarkan.

- Ah, nakalnya kamu ini

- Nakal kami pun, nakal yang meriangkan

kamu!

Ayu tersengih.

- Aku ada masalah! Guru aku tu tulis surat dan

ajak aku keluar

- Bagus! Itu yang telah kami rancangkan. Kami

mahu lelaki itu jatuh hati dan dengan cara ini,

kamu akan mudah mengecewakannya.

- Mengecewakannya

- Ya, tugas kamu adalah untuk mengecewakan53

nya. Itu adalah satu kemestian!

Ayu terpaku. Dia dapat merasakan liuk-lentok kaki-kaki halus di tubuhnya, menandakan labah- labah itu sedang berkomunikasi dengannya. Ayu pasti, labah-labah itu mengerti dan perbualan mereka selama ini adalah realiti dan bukannya fantasi!

- Baiklah... aku akan kecewakan Cikgu Ng dan

setiap lelaki yang sombong.

- Bagus!

DIA menyemburkan pewangi rapi-rapi - memastikan setiap inci tubuhnya harum untuk pertemuan itu. Dia mengenakan kemeja Orlando berwarna putih yang berjalur halus. Oh, that girl is beautiful!

Dia tiba tepat pada waktu yang dijanjikan. Orang yang dinanti masih belum menjelma dan Richard Ng mula resah apabila masa berlarian dengan pantas....

Ayu tiba setelah dua jam terlewat daripada waktu yang dijanjikan.

Oh... I'm sorry

Ah it's okay!" Richard Ng senyum. Kehadiran Ayu sudah cukup meriangkannya, sekaligus meng-hilangkan keresahannya menunggu. Hati berbunga dan entah kenapa mulutnya bagai ingin mengatakan cinta. Ah... aku jatuh cinta pandang pertama.

Lama ke cikgu tunggu saya Ayu pura-pura bertanya sedangkan hakikal dia memang sengaja datang lewat.

Oh not really!

Ayu senyum, membakar hati Richard Ng sehingga ke dasarnya dan lelaki itu tahu hatinya tak mungkin berbelah bahagi mencintai gadis lain. Oh... I love you!

Tak apalah cikgu saya nak pergi dulu!54

Hah Mata Richard Ng membulat. Pergi mana How about our date"

Ayu menjungkit bahu. I have to go!"

Dan, Richard Ng seperti ingin menangis saat itu juga....

BERMULA daripada kekecewaan Cikgu Ng, Ayu telah berasa seronok melihat lelaki kecewa dan tumpas di tangannya. Kebiasaan telah menjadi ketagihan. Semuanya ini digerakkan oleh naluri labah-labahnya. Mereka semakin intim. Ayu semakin bahagia. Dahulu sewaktu zaman kanak- kanaknya, dia hanya bercakap seorang diri dengan labah-labah, tetapi kini seperti ada suara yang berbisik di telinganya. Ini membuatkan Ayu tidak sunyi. Terlalu banyak yang dipelajari daripada naluri labah-labah itu.

Kedewasaan telah melampaui usia sebenar Ayu dan dirinya semakin gah dan matang. Bait-bait waktu berirama sayu, meninggalkan hari demi hari, serta pengalaman demi pengalaman.

Kematangan adalah pokok, naluri pula bagaikan daun-daun layu yang berguguran, tidak tetap dan tidak pasti hala tujuannya. Fikiran Ayu semakin matang, namun, nalurinya tidak pemah tetap.

Bagaikan pohon yang keguguran daun tatkala musim luruh, hati Ayu membungkam sepi. Kematangan telah membuatkan Ayu berfikir secara rasional tetapi nalurinya tetap bergetar apatah lagi surat yang ditemuinya itu berkenaan dirinya.

Benarkah seperti apa yang tertera di dalam surat itu

Benarkah emakku berlaku curang

Benarkah aku ini anak...55

Aton sayang,

Pada malam indah begini haliku berasa sunyi walaupun bulan menyinar terang dan bintang memancar indah bak sinar berlian. Kau tiada di sisiku. Aku sangat berharap agar kau berada di sini bersamaku sekarang.

Tetapi, apakan daya kekasihku buah hati orang, tetapi aku tetap merasa syukur dan bahagia kerana cintaku terbalas juga akhirnya. Hidupku menjadi bermakna semula semenjak engkau benar-benar datang dalam hidupku ini.

Aton, jangan sekali-kali kau cuba untuk berhenti menyayangi aku, aku tak ingin kehilanganmu sayang... aku tak sanggup berjauh darimu juga. Kaulah pelita hatiku dan kaulah cahaya dalam hidupku ini, percayalah Aton.

Aku tahu selama ini, kila telah terlanjur membuat sesuatu yang tidak harus kita lakukan, mungkin manusia di dunia ini tidak akan dapat menerimanya, tetapi aku yakin Allah amat mengerti dan Maha Mengampuni. Kita akan sa-ma-sama memohon ampun daripada-Nya, agar Allah dapat mengurniakan kita dengan cahaya mata yang suci, walaupun perbuatan kita itu berdosa.

Tetapi, anak yang bakal lahir itu, tetap suci dan murni, kerana itu adalah lambang cinta kita... percayalah Aton. Tuhan yang Maha Mengetahui.

Aton, apabila anak itu lahir nanti... jika dia perempuan engkau namakan Masayu, dan jika dia lelaki, engkau na-makan Along, itu saja permintaanku, jika aku tidak sempat melihatnya.

Aton, maafkan aku kerana berkata begini, sualu hari nanti engkau akan mengerti juga, tetapi percayalah aku tidak pernah berniat untuk mencintai sesiapa pun kecuali kau.

Aton, maafkan aku di atas segala salah silapku padamu... mungkin sewaktu kau membaca lembaranku ini, 56

aku sudah tiada lagi.

Semalam aku bermimpi, bahawa aku akan pergi buat selama-lamanya apabila anak kita lahir nanti. Dan, jika anak itu terlalu berminat dengan labah-labah jangan kau halang dia.

Sayangku, inilah saja yang dapat ku- katakan buat tatapanmu, agar suatu hari nanti kita akan bertemu walaupun tidak pasti di mana Semoga Tuhan akan mengampunkan segala dosa, kerana Tuhan Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Pohonlah daripada-Nya agar tidak lagi kau berdosa!

Semoga dosa kita diampuni.

Kau yang kucinta,

Agus,

Pukul 2.00 pagi.

Surat itu telah menjerut kebahagiaannya, dan perlahan-lahan ia menjadi satu tekanan di jiwa. Dia inginkan penjelasan daripada ibunya, tetapi malang dia tidak berdaya menyuarakannya.

Ayu kembali ke dalam rumah, melontar punggungnya ke lantai sambil berbaring. Dia tampak suram, bagai ada cahaya kelam menindih tubuh.

Sikapnya benar-benar berubah, tidak lagi riang seperti dulu.

Malah, tiada lagi senda gurau dan usik-mengusik antara Ayu dan neneknya.

Perubahan itu dikesani juga oleh Aton lalu dari dapur dia merapati Ayu yang sedang terkapar pilu di lantai.

Ayu...

Dia membuka mata dan entah kenapa dia bagaikan benci melihat wajah Aton.57

Ayu... mak tengok kebelakangan ini, kau sedih aja, kenapa

Tak ada apa-apa! Ayu memejam matanya kembali sambil berkalih baring membelakangi Aton.

Ayu... kenapa ni Aton mula geram melihat telatah anaknya dan ketinggian suaranya telah menyebabkan Neng Jenab bergegas ke situ.

Ayu... kenapa sayang

Tak ada apa-apa! Ayu menjawab tanpa memandang wajah ibunya.

Ayu... tak baik berkasar dengan mak! Neng Jenab menyampuk, berniat untuk menenteramkan walaupun dia tidak tahu hujung pangkal cerita.

Ah... semuanya tak baik. Ini tak baik, itu tak baik... lagi apa

Hei Ayu! Kenapa kau ni Aton mula menyinga.

Ayu tunduk. Dia mengawal dirinya agar tidak melawan ibunya. Dia tidak mahu menjadi anak der-haka, tetapi surat itu....

Dia terlalu ingin tahu cerita sebenar tetapi mulutnya kaku, tidak berupaya untuk bersuara. Ayu ingin mengetahui keadaan sebenar, tetapi terlalu takut untuk bertanya dan menghadapi kenyataan. Jika benarlah segala yang tertulis di dalam surat yang dibacanya itu, maka ternyatalah dia telah dilahirkan sebagai anak luar nikah. Ayu menutup mukanya dengan kedua belah tangan dan antara celahan jari, air jemih mengalir lesu.

Sudahlah tu cu... jangan menangis, beritahu nenek kenapa Ayu sakit ke

Tak... Ayu cuma sedih aja, baru-baru ni Ayu punggah barang yang ada di rumah kecil belakang 58

tu... Ayu curious.

Kures, kuris apa tu Ternyata si nenek kurang mengerti.

Sayang... apa yang kau jumpa Beritahulah mak. Aton menyampuk. Di wajahnya mula terbit keraguan.

Baik... kalau mak nak tahu sangat... mak beritahu Ayu dulu, siapa Agus

Aton ternganga. Nama yang disebut anaknya itu amat menyentak jiwa. Agus! Ah, lelaki itu terlalu agung untuknya. Aton mengucap panjang, dia tidak menyangka perkara itu akan pecah begitu cepat. Dia memang bersedia untuk menceritakan pada Ayu tetapi tidak menyangka yang Ayu telah mengetahuinya terlebih dahulu.

Mak... terus-teranglah pada Ayu, adakah segala-galanya ini benar! Ayu semakin pilu.

Baiklah... mak akan terus-terang dengan engkau.

Betulkah apa yang tertulis di dalam surat itu

Surat Surat apa

Mak jangan pura-pura, Ayu dah baca surat itu!

Ya Allah! Sungguh! Mak tak tahu apa-apa mengenai surat itu.

Ayu jumpa surat ni di rumah kecil tu. Surat tu memperkatakan tentang hubungan mak dan Agus!

Aton kelu dan darahnya terasa melimpah.

Sudahlah tu... mungkin arwah Agus belum sempat untuk memberinya pada kau. Neng Jenab bersuara untuk menyedapkan hati Zaiton.

Siapa Agus tu mak

Ayu... dengar sini, Agus telah meninggal dunia sebaik saja kau dilahirkan.

Ayu tak peduli semua itu. Ayu hanya nak tahu siapa Agus itu59

Baiklah Ayu... biar mak berterus-terang dan engkau pun dah cukup dewasa untuk mengetahui segala-galanya. Aton menarik nafas dan matanya kelam.

Wajah Agus menjelma, bagaikan hidup dan setiap peristiwa berputar semula. Segala-galanya mengenai hubungan sulit itu... sehinggalah Ayu dilahirkan...60