- Mendahulukan memberi salam bila bertemu
- Tidak terlalu banyak bertanya akan hal ehwalnya sehingga mengaibkannya
- Menziarahinya apabila ia sakit
- Menerima undangannya bila ada sesuatu majlis kesyukuran atau keramaian
- Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka berada didalam kesusahan
- Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan
- Tidak mudah percaya dengan kata-kata fitnah terhadapnyaMemberi nasihat dan tunjuk ajar dalam urusan agama mahupun dunia
- Sentiasa bercakap dengan lemah lembut
- Tidak menyinggung perasaanya dengan sesuatu perbuatan
- Sentiasa bercakap dengan lemah lembut
- Tidak menyinggung perasaanya dengan sesuatu perbuatan
Adab Menziarahi Orang Sakit
- Sunat menziarahinya secara berselang hari
- Makruh jika tinggal terlalu lama dan menyusahkan si pesakit serta keluarganya
- Sunat duduk dekat dengan kepala si pesakit
- Sunat membaca doa dan mengucapkan kata-kata yang disenangi oleh si pesakit
- Sunat mengampunkan setiap kesalahan pesakit sekiranya ia ada membuat kesalahan dengan kita
- Membawa apa-apa buah tangan yang patut bagi meringankan bebannya dan juga keluarganya
Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. -
Saidina Ali bin Abi Thalib