Ada yang berjalan-jalan dan menginap di pusat-pusat peranginan dan tidak kurang juga yang meluangkan masa di pantai. Satu gegaran kuat gempa bumi yang kuat berlaku di perairan sumatera telah mengejutkan ramai pihak. Di hospital, para doktor dan jururawat menjadi sangat sibuk mengendali dan memindahkan pesakit. Banggunan tinggi menyaksikan penghuninya tergesa-gesa mengosongkan bangunan. Ramai yang menjadi panik dan keliru seketika.
Gegaran pada kira-kira jam 8.58 pagi dengan kekuatan 9.0 Skala Richter telah di susuli dengan 3 lagi gegaran antara 5.2 hingga 6 Skala Richter. Ia berlaku antara jam 8.58 hingga 10 pagi dan 11 pagi, hingga 1221. Gegaran pertama sangat kuat tetapi Malaysia tidak begitu merasa kesannya kerana dilindungi oleh Sumatra, namun kesan gegaran berlaku 30 minit selepas gegaran di Sumatra.
Keadaan reda seketika dan ramai berbicara tentang kejadian tersebut. Namun 3 jam selepas kejadian tersebut berlaku ombak besar dan menyapu bersih hampir semua objek di persisiran pantai. 14 negara telah terlibat dan mengalami kesan ombak besar.
Statistik kehilangan nyawa berlaku dan meningkat mendadak dalam jangka waktu yang sangat singkat. Seperti mesin basuh segala objek di tepi pantai musnah dan hancur. Puluhan ribu manusia maut dalam sekelip mata.
Gelombang tsunami juga mampu melanda dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
Bentuk permukaan laut seperti berbentuk parit, dan persisiran pantai memainkan peranan penting dalam menentukan jenis gelombang tsunami yang terhasil, kadang kala dengan keputusan yang mengejut dan merbahayakan.
Daripada jangkaan awal yang dihebahkan bahawa hanya 4000 orang yang mati pada 4 jam pertama, jumlah kematian terus meningkat pada hari ke dua kepada 23,000 orang. Amat mengejutkan dan dunia seperti berkabung dengan berita tersebut. Tumpuan dunia kepada negara-negara Asia terutamanya Sumatra, Indonesia, India, Thailand dan Sri Langka.