PEREMPUAN ANGGERIK - 7
Saya semakin kerap bangun lewat. Sentiasa terjaga (masih juga terkedang) pada saat matahari terkial-kial menegak diri. Siang sudah separuh berlari. Sekerap itu jugalah saya dimarahi pengurus jabatan, yang sama sekali tidak berpuas hati dengan rekod prestasi memburuk dan kekosongan pada kad perakam masa.

Saya memang tiada alasan munasabah, untuk diberikan. Untuk menjadikan cerita menarik, saya menyalahkan sesiapa sahaja, atau melibatkan kesukaran kesukaran bangun awal dengan peristiwa yang tiada kaitan langsung. Itu termasuk merasa amat terkesan oleh kepulangan Hong Kong ke tangan bonda China.

Saya berjaga malam terfikir mengapa China terlalu mahukan Hong Kong semula, (setelah 156 tahun tergadai) sedang Xinjiang (Turkestan Timur ini wilayah Muslim) yang dilanggar ketika revolusi kebudayaan tidak pula mahu dilepaskan.

Masalah umat; dan bos akan terjegil biji mata lalu menggigil kemarahan. Tulang punggung ikut bergegar. Sekali berasa lucu dengan tingkah laku aneh mike Tyson memutuskan telinga Holyfield.

Saya berfikir bagaimana telinga boleh tercabut dalam keadaan separuh sedar begitu. Atau gesit terpesona dengan kelincahan Pablo Aimar dari Argentina beraksi di padang bola; dan sepanjang malam memerah kepala mengapalah tiada remaja Malaysia boleh secergas itu Bukankah tiada kena-mengena langsung dengan bangun lewat

Kerja awak penjaga dan pencuci jamban! Sergahan keras.

Teringat betapa tidak patutnya saya ponteng kerja. Tentu dua tiga minggu ini tandas awam tidak berbasuh. Kotor dan eikk, menjijikkan. Pasti menyusahkan sesiapa yang ingin benar terkencing dan terberak.

Esok sekali lagi saya tidak bertugas awal. Tandas itu ada pengganti. Sedang ada yang lebih besar menanti. Sekarang, saya ada misi bahaya. Misi menghantar seorang doktor beriman dan soleh ke dalam cerpen ini. Doktor ini harus mencari cinta. Sukar dan tidak mudah, kerana manalah ada cinta kala wabak coxsackie.

Beberapa dekad lalu (dibaca seperti dalam buku Sejarah PMR), manusia terlalu mengabaikan tuhan. Dalam dunia moden, danau fikir hanya berpaksikan kemodenan dan kemajuan.

Nilai keagamaan dikubur bersama-sama unsur tradisi. Pengamal akidah adalah kolot. Al-Quran betullah kekal dibaca, tetapi yang membaca itu tidak faham, dan yang faham itu pula tidak melaksanakannya. Manusia sejagat mendadak diserang kegelapan, seolah-olah tiada cahaya petunjuk boleh membimbing, kesesatan cedera terlalu parah.

Salah satu nilai jahiliah yang paling ketara ialah berzina; dan hasil zina ialah anak yang tidak diperlukan. Bencana tuhan tanpa pesan dilambakkan ke bumi. Bala ditanggung seisi penduduk dunia. Petaka bumi tidak pernah turun untuk sebahagian sahaja.

Kematian seorang demi seorang bayi. Untuk apa lagi ada kanak-kanak jikalau adanya mereka untuk dicucuh api rokok, dihentak, dan dihempas tulang sana sini. Betapa menyayat hati disepah-sepah di tapak pembuangan sampah sepertilah kejadian Tuhan yang paling mulia itu terlalu tidak berharga.

Korban kanak-kanak. Termasuk daripada keluarga yang memahami dan mengamalkan tataran suci al-Quran dan sunah tidak dapat dielak-elak. Sekelip mata, rengekan bayi seolah-oleh igauan.

Tangisan pedih bayi memenuhi ruang. Ahli-ahli sains huru-hara. Semua sepakat mengatakan penyakit ganas menjelma. Wabak coxsackie tidak mempamerkan kasihan, apatah lagilah memberi cinta. Yang dirakam dalam operasi virus itu hanyalah maut!

Saya sedang berborak-borak dengan virus bahaya ini.

Mengapa kaupilih aku tanya Coxsackie keras kepada saya. Dia sempat mengerling ke luar cerpen ini dan mendengus-dengus. Kurang senang terlalu diperkatakan.

Kau penyakit pelik, tapi moden. Bukankah kau penyakit yang ditemui di Coxsackie, New York, bersempena itulah kau memperoleh nama.

Shit! Aku ini lebih ganas daripada HIV. Aku daripada kelompok B yang mengakibatkan bengkak otot, otak, dan jantung. Suara itu jelas angkuh.

Saya mengangguk. Perlahan kembali mengarah dengan nada garang.

Sekarang kau harus terus memainkan peranan dalam cerpen ini.

Tapi, aku suka berada di luar. Apa yang ada di luar kata Coxsackie seraya menghulurkan kepala ke luar untuk meninjau.

Saya menunjal dahi Coxsackie.

Di luar sudah banyak. Kau sekarang harus berbuat apa yang patut diperbuat.

Apa

Coxsackie B sepatutnya menjadi inter-continental ballistic missile. Kau boleh mengalih sasaran dan memusnahkan organ di tahap paling maksimum dengan mudah. Coxsackie mengeluh. Dia malas. Dia malas.

Ayuh, cepatkau harus bunuh semua bayi itu. Hanya dengan itu aku dapat mengutuskan seorang doktor yang beriman untuk merawat.

Coxsackie memuncungkan bibir. Degil, bukan saya tak tahu.

Aku bersumpah dengan nama Allah akan menyebabkan serangan viral myocarditis atau serangan kepada otot-otot jantung.

Bolehkah ia membunuh kanak-kanak

Memanglahbayi boleh demam, letih, dan mengalami heart failure, jantung langsung tidak mengepam dengan betul. Lantaklah, budak boleh mati! Dia ketawa pula. Saya tahu jarum motivasi menyucuk sudah.

Okey, kalau begitu. Errkaumahu suasana yang bagaimana untuk terus berkembang biak sengaja soalan itu diajukan.

Coxsackie senyum kepada saya. Dia agak mengawasi dunia di luar cerpen. Dia tidak mahu tembelang pecah. Bukan sebarangan orang boleh dimaklumkan hal perangai jahatnya ini.

Syyyjangan beritahu sesiapa. Rahsia antara kita. Aku gemar kalau tempat sesak-sesak seperti kolam renang, pawagam, pusat membeli belah dan taman asuhan kanakkanak. Dan Coxsackie ketawa seperti penyamun dalam filem Ali Baba.

Coxsackie saya izinkan bergerak laju. Menular dan mewabak. Ribuan kanak-kanak secara senyap didatangi. Demam, sakit tekak, batuk, selesema dan ruam, lepuh, dan kelenjar leher kian membesar.

Ibu bapa panik. Mulai bertangis-tangisan.

Hospital berlimpahan pesakit dan doktor-doktor resah dan rusuh di seluruh dunia. Semua pening kerana wabak cekap merebak. Yang demam diberi aspirin, dan yang mengalami serangan virus di jantung diberi pula immunogoblin. Itu tidak memadai.

Bukankah ini zaman dunia tiada sempadan. Nah, penyakit lebih-lebih lagi. Mereka tidak mengenal batasan. Serang dan jangan beri peluang. Tiga hingga lima hari terdedah oleh kuman, sudah ada komplikasi miositis atau sakit otot dan bengkak hati. Inflamasi jantung atau myocarditis sekejap menyebabkan maut.

Saya keseronokan, Coxsackie berperanan baik, memakan umpan cerpen ini.

Sekarang doktor beriman lagi soleh sifatnya keluar dari benak sesudah diperam lebih seminggu dan mengalir melalui pena ini. Dakwat mengalir lalu masuk ke dalam cerpen ini, menjadi huruf-huruf dan perkataan-perkataan dan ayat-ayat dan perenggan-perenggan.

Mengapa aku harus berada di sini soal doktor.

Kau harus menyelamatkan dunia daripada kepupusan kanak-kanak.

Doktor mengeluh, memandang ke luar cerpen. Wajahnya sayu menggambarkan tugas berat yang harus dipikul. Dia juga kelihatan tidak faham, mengapa dia pula yang saya tolak ke tengah dunia celaka.

Mengapa tidak suruh Ultraman, Superman, Batman, atau Robinatau Doraemon saja, mereka kan pujaan kanakkanak

Isy, usah nak mengarut. Dengar sini, ini kerja berat dan mencabar. Tinggal beberapa orang bayi lagi di dunia sekarang ini

Saya berpura-pura mengambil mesin pengira angka dan menolak jumlah beberapa juta, buat-buat terkejut generasi, dan merenung doktor bersungguh-sungguh.

Tinggal tiga orang!

Doktor terbeliak mata. Terkesima buat beberapa lama.

Hilang kata-kata, jauh merenung. Memanglah ini tugas besar dan tidak mampu ditanganinya.

Ini coxsackie B. kalau coxsackie A kurang sedikit bahayanya. Mudahlah kerja saya. Kalau coxsackie A-16 senang saja, boleh guna dadah acyclovir, sejenis antiviral chemical yang sedikit berkesan.

Sudah. Shut up, membebel pula, kau sepatutnya doktor beriman. Orang mukmin berusaha, berdoa, dan bertawakal, kau harus menyerah bulat-bulat kepada Yang Maha Esa. Ingat, ibu bapa di dunia ini dihukum kerana mereka memang kurang menyayangi kanak-kanak. Lebih teruk daripada golongan Abu Jahal.

Kau harus ingat mengimani Tuhan, bukan sekadar dua kalimah syahadah malah ikut dalam segala perintah-Nya dan ketepikan segala laranganNya. Manusia ini dihukum kerana lalai dan sudah tidak membongkar lagi telaga hikmah kitab suci dalam tindak-tanduk kehidupan.

Kau berleter! tegur doktor .

Ya, aku berkhutbah.

Justeru apa penawarnya

Saya senyum misteri. Tasik fikir turut tersenyum sinis.

Cepat beritahu aku doktor mendesak.

Belum boleh lagi. Kalau tidak hilanglah unsur tegang cerpen ini. Kau harus buat kajian untuk mendapatkan ubatnya. Mana ada jangkitan tanpa ubat. Argh, cepat bekerja.

Saya kini mengarang laporan akhbar yang sempat diperbesar-besarkan. Media seisi dunia mengambil perhatian berita terkini yang ngeri ini. Tragedi lekas membuatkan kemanusiaan menitiskan air mata. Sertamerta perang dan pertumpahan darah tamat. Tumpuan utama ialah coxsackie. Laporan bercetak:

Dua daripada tiga orang bayi terakhir meninggal

2 Januari 2020- Dua orang bayi meninggal dunia hari ini. Ketua doktor dunia dari WHO, Dr. Chris OOnell, mengesahkan bahawa dunia mempunyai seorang bayi sahaja lagi.

Bayi-bayi itu menghembuskan nafas terakhir dengan tenang. Seorang di Washington D.C. Sementara seorang lagi di Tel Aviv. Bayi-bayi tersebut yang masing-masingnya berusia tiga dan dua setengah tahun akan dikebumikan di tanah perkuburan bayi di Stadium Atlanta dan kawasan perkuburan bandar Tel Aviv.

Bayi pertama, Bobby Clinton dipercayai menjangkiti virus coxsackie B secara tidak sengaja. Kanak-kanak itu dikatakan memakan nestum yang tercemar oleh najis (fecalora route) adiknya yang telah pun terkorban oleh penyakit yang sama dua minggu lalu. Ibu bapa Bobby kini menjadi ibu bapa yatim piatu. Kasihan mereka. Seorang lagi kanakkanak, Tatiana Netanyahu, meninggal dunia empat jam kemudian dan gagal diselamatkan oleh para ahli sains yang bertungkus-lumus menyediakan penawar.

Tatiana didapati menghidap coxsackie setelah dijangkiti menerusi seorang bayi Palestin dari Jericho, anak seorang pejuang HAMAS, yang dimasukkan ke hospital yang sama beberapa minggu lalu.

Pihak polis Palestin dan tentera Israel bimbang andai meletus rusuhan besar-besaran memandangkan kematian Tatiana mula dipolitikkan oleh puak pelampau Yahudi.

Perkembangan terakhir ini begitu menakutkan, kerana kini tinggal seorang bayi sahaja lagi, iaitu Muhammad, yang dikawal rapi di Hospital Raja Saud, Makkah. Dunia sama-sama menangisi bala ini dan mengirimkan takziah mendalam kepada ibu bapa yang kehilangan anak-anak mereka.

Dengan kes terbaru ini menjadikan korban coxsackie berjumlah 260 004 juta bayi semuanya.

Mangsa pertama dikenal pasti 23 tahun lalu di Bakun, Sarawak. Ia gagal dibendung daripada merebak ke pelosok dunia kerana para doktor ketika itu yakin ilmu perubatan boleh mengatasi kuasa Tuhan. Maklumlah manusia sudah berjaya mengklonkan manusia ketika itu.

- Reuter

Doktor beriman lagi soleh mengembara merata dunia mencari gadis yang ingin bercinta dengannya. Cinta menghasilkan belaian dan kasih sayang.

Cinta mengakibatkan pertemuan dua manusia berlainan jantina dalam akad suci dan bayi akan lahir daripada cinta. Sekarang, doktor beriman lagi soleh mesti mencari cinta sehabis cepat demi memastikan keturunan manusia kekal bersambung tanpa putus. Manusia tidak harus menjadi seperti dinasour, hilang oleh petaka zaman.

Nak bercinta tanya doktor.

Gadis Inggeris menggeleng. Rambut perang mengurai panjang.

Kita tidak perlu cinta untuk katil. Ayuh, mari saya tanggalkan baju dan seluar anda. Mari kita ke ranjang.

Tidaksaya mahu cinta dengan akad murni. Doktor beriman lagi soleh tegas sekali.

Argh, untuk apalah saya bercinta dan dapat anak. Bayi itu akan mati juga oleh coxsackie. Kawan saya misalnya, hamil, kehilangan bayi kerana sudah dijangkiti entero-viral yang sama ketika mengandung lagi.

Doktor berjalan sedikit jauh. Mencari, mencari, mencari Mahu bercinta

Gadis Perancis menggeleng. Rambut punk tegak.

Saya perempuan kerjaya. Cinta dapat beri saya apa Kalau saya mahu seks tentu mudah saja dibeli di mana-mana.

Doktor terus berusaha menemukan cinta. Manalah ada cinta kala wabak coxsackie, dia mengeluh panjang dan berat. Saya dapat mengagak, doktor berdoa dalam hatinya supaya cerpen ini boleh tiba ke klimaksnya sedikit awal.

Anda mahu bercinta

Sorry, Im lesbian. Saya bercinta, tetapi mana mungkin dapat anak. Itu kan lebih baik supaya tiada lagi korban coxsackie, Gadis Amerika menjelaskan .

Tapi manusia harus terus lahir. Umat manusia mesti terus wujud! bantah doktor.

Gadis Amerika masih menggeleng. Senyum dan melenggok lembut.

Tolonglah, sudah lelah mencari gadis untuk dicintai dan dinikahi, doktor beriman lagi soleh merayu kepada saya.

Teruskan mencari. Saya endah tidak endah.

Tolonglah

Kau akan berjumpa juga nanti

Pendekkanlah sedikit pencarian ini. Cepat-cepat jumpakan aku dengan seorang gadis untuk dicintai. Sekarang bayi Muhammad sudah pun dijangkiti. Ada ulser dikesan pada tekak dan mulutnya. Doktor merayu lebih bersungguh-sungguh.

Saya berfikir dalam, memandang ke dalam cerpen ini, dan ternampakkan mata doktor itu yang berair dan bertakung duka.

Okeylah, kata saya lembut.

Bayi terakhir meninggal

7 Ogos 2020- Bayi terakhir di dunia meninggal dunia semalam. Seluruh dunia ikut berkabung dan sedih yang amat sangat oleh kematian yang tidak disangka-sangka ini.

Kali terakhir tangisan, rengekan bayi kedengan 24 jam yang lalu. Bayangkan dunia tanpa bayi! Kita tidak akan melihat lagi pipi gebu kanak-kanak dan tembam mereka yang luar biasa sambil ketawa dan mengulum puting serta jari.

Bayi akan menjadi sejarah untuk kita semua. Sebuah muzium bayi sedang dibina di Langkawi. Kanak-kanak comel akan hanya dapat dilihat dalam buku-buku sejarah, lebih buruk, jangkaan untuk manusia pupus ialah serratus tahun lagi.

Keadaan ini ditafsirkan sebagai terlalu gawat dan di luar dugaan. PBB mewajibkan setiap negara melancarkan Kempen Berbini dan Beranak Ramai. Kempen Anti Pil Perancang dan Kondom juga giat dijalankan. Manusia harus menyalahkan diri sendiri.

Bukankah manusia mencipta bom mainan untuk mengambil nyawa kanak-kanak di Afghanistan dan Chechnya. Kita biarkan Barat mengajar dan mengasuh kanak-kanak supaya taksub dan ganas sejak dahulu dengan kartun-kartun yang tiada nilai pengajaran.

Bukankah kita juga sering menyeksa kanak-kanak kerana marahkan diri sendiri. Juga bayi yang lahir kita tanam hidup-hidup atau tinggalkan di pinggir jalan atau di dalam bakul sampah.

Bernama

Begitu emosional laporan akhbar. Muhammad, bayi terakhir, akan dikebumikan tidak jauh dari Masjidilharam.

Cepatlahkau melengah-lengahkan aku. Mana dia seorang gadis beriman lagi solehah untuk aku jatuh cinta dan lekas-lekas berkahwin dengannya. Doktor ini sudah pandai membentak.

Saya menggunakan pena untuk membuatkan doktor dalam cerpen ini terus gelisah dan tidak sabar. Doktor kian menangis dan membentak-bentak.

Okey, dah..dah, senyap. Jangan nak melalak cinta kau akan jatuh cinta pada seorang gadis Kota Bharu. Nikahi dia, jangan jadi macam penzina itu, mereka bernafsu, bukan bercinta. Dapatkan zuriat dan semoga manusia terus berkembang biak.

Kalau ada penyakit dan errmaksud aku, apa ubatnya kepada semua kehuru-haraan ini- bala ini maksud aku Islam sentiasa menjadi ubat untuk umat.

Bayi pertama lahir

10 Oktober 2021- Bayi pertama mengisi kerinduan manusia sesudah setahun. Pasangan ibu bapa yang bertuah itu Muslim, kelihatan sangat gembira menerima bayi lelaki comel di Pusat Rawatan Islam di ibu kota.

Saya sangat gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi oleh kurniaan-Nya. Saya akan pastikan bayi ini bukan lagi bayi terakhir dengan pertolongan Allah, kata si bapa.

Bapa bayi tersebut, juga seorang doktor, menyambut kehadiran anak lelaki sulungnya sendiri dan terus memperdengarkan azan. Beribu-ribu orang berhimpun di luar wad dan menitiskan air mata kegembiraan sebaik sahaja tangisan bayi bergema. Ramai yang mengulangulang tahmid dan takbir. Bayi belum diberi nama.

Bercakap dengan jujur, si ibu menceritakan bagaimana payah mereka menghasilkan anak bertuah itu, dan memastikan pula tidak sewenang-wenang dijangkiti virus sejak di dalam kandungan lagi.

Sebelum ini sudah beberapa pasangan kehilangan virus coxsackie. Virus ganas yang kini dianggap paling kejam dalam sejarah perubatan sesudah AIDS itu gagal menembusi sistem pertahanan si ibu.

Saya menjaganya dengan iman, kata si ibu dengan senyum tertahan.

Irna

Saya masuk tidur lewat 3.30 pagi dan memastikan beberapa pasangan lagi bercinta dan melahirkan bayi dalam situasi sedar dan beriman. Bayi seperti kain putih dan tidak harus kotor ternoda.

Anda pandai kerana meneka saya lewat esoknya. Bos memanggil dan berleter. Argh, kalaulah saya dapat menjawab segala omelan itu.

Apa pula alasan kali ini

Coxsackie telah membunuh kanak-kanak di seluruh dunia, dan saya bertanggungjawab menyelamatkannya.

Ya Allah, mengapalah ada tukang basuh jamban yang gila ini di sini!

Doktor beriman lagi soleh dan isterinya memandang ke luar cerpen ini. Tersenyum dan separuh berbisik supaya orang di luar tidak mendengar.

Kami faham mengapa awak datang lewat. Kemanusiaan memerlukan manusia seperti awak lebih ramai lagi. Selamatkanlah manusia untuk akhirat dan dunia dengan pena awak itu.

Huru-hara ini ada pengajarannya, dan kita diberi akal untuk mentafsirkannya. Doktor melambai dan menghulurkan tangan daripada cerpen untuk berjabat. Saya senyum, bersalaman, lantas menoleh kepada bos saya.

Dia telentang. Mulut mengaga.

Pengsan.