Anak saya sudah tiga tahun lebih tapi belum boleh bercakap, juga tak minat melakukan apa-apa. Kalau di rumah, Chintya selalu pergi ke bilik mandi dan berdiam diri di sana. Kadang kala dia bermain dengan botol-botol sabun atau syampo. Chintya tidak mahu bergaul dan selalu bersembunyi jika ada orang. Dia menjadi anak yang sangat tertutup dan menjauhkan diri, katanya.
Si ibu sedih bukan kepalang dengan keadaan anaknya. Sudah berbagai-bagai usaha dicuba tetapi tidak pernah berjaya. Bahkan, ketika inipun Chintya sedang menjalani terapi di salah satu pusat rawatan terkenal kerana dikatakan menghidap autisme. Namun, setelah menjalani terapi, Chintya tidak sedikitpun menunjukkan peningkatan.
Saya terpegun mendengar tutur bicara si ibu yang panjang lebar tentang anaknya dan yang jauh lebih membuat saya terpegun adalah si anak sendiri. Chintya begitu cantik dan manis, dari wajahnya terpancar sinar cerah yang menampakkan kecerdasan. Meskipun saya bukan pakar autisme, saya tidak melihat adanya tanda-tanda autisme pada anak ini.
Apakah gerangan yang terjadi pada Chintya dan apakah pula gerangan yang dialaminya hingga dia seperti ini Disingkatkan cerita, akhirnya anak ini menjadi salah seorang murid di sekolah kami. Ternyata setelah tiga bulan Chintya bersama kami, dia banyak mengalami kemajuan dan peningkatan yang luar biasa. Chintya si penyendiri di bilik mandi kini sudah mahu keluar dan bergaul walaupun masih sangat terbatas. Dia mula menunjukkan minatnya pada beberapa benda dalam persekitarannya.
Suatu hari, beberapa guru menitiskan air mata terharu tatkala Chintya untuk pertama kalinya mahu berbicara, walaupun hanya sepatah kata. Sejak itu, Chintya mahu bereksplorasi dengan katakata. Tidak hanya guru, ibunya juga berasa bahagia dan tidak berdaya menahan tangis melihat anak yang sangat dicintainya mula berbicara.
Hingga kini, hampir satu tahun bersama kami, Chintya kecil telah tumbuh bersama anak lain dan membesar seperti anak lain. Chintya yang dulu sangat pemalu dan pasif kini sudah lebih berani mendekati sesiapapun dan mula menunjukkan rasa ingin tahunya yang kuat.
Ibu bapa dan guru yang berbahagia, lalu mengapa semua hal ini boleh terjadi Mengapa Chintya boleh seperti ini Dan mengapa akhirnya dia boleh berubah Adakah antara anak anda yang mengalami fenomena seperti ini
Hasil kajian kami menunjukkan bahawa Chintya mengalami pola asuh yang tidak tepat dari persekitaran terdekatnya. Ya, ibu bapanya. Ibu bapa Chintya menerapkan pola asuh yang terlalu ketat atau kami menyebutnya close bar (baca buku 37 Kebiasaan Ibu bapa yang Menghasilkan Perilaku Buruk Anak). Ibu bapanya teramat sayang dan khuatir sehingga Chintya selalu dilarang untuk melakukan ini dan itu. Chintya selalu dibantu untuk melakukan berbagaibagai hal, tidak ada kebebasan bagi dirinya untuk bereksplorasi.
Akhirnya dia memutuskan untuk mogok, tidak mahu melakukan apapun. Akibatnya seluruh pancainderanya tidak terlatih dan tidak berfungsi secara normal.
Ketidaktahuan ibu bapa mengenai tipologi anaknya dan tipologinya sendiri menjadi penyebab utama pola asuhan yang keliru dan akibatnya sangat buruk. Hingga saat ini, kami terus mengajak ibu bapa Chintya untuk mengubah pola asuhannya secara perlahanlahan. Ternyata kerja keras kami bersama ibu bapanya membuahkan hasil luar biasa.
Ibu bapa dan guru yang berbahagia, sering kali kita tidak sedar bahawa hal yang terjadi pada anak kita sesungguhnya bersumber dari kita sendiri. Namun sayangnya, kerap kali anak kitalah yang menjadi sasaran segala kesalahan yang kita lakukan. Kejadian ini membuktikan sekaligus mengajak kita untuk menyedari segala kekeliruan yang kita buat terhadap anak kita.
Masa depan anak kita sepenuhnya berada pada tangan kita. Mari kita besarkan putera-puteri kita dengan cara yang benar, sesuai fitrah penciptaan mereka dan amanat dari Tuhan.