Sebelum sempat dia duduk di kerusi, dia dapati sekeping surat yang dicop urgent dengan dakwat merah. Surat itu ditandatangani oleh Prof Surip. Surat itu sengaja diletakkan di tengah-tengah meja, dan di atas buku catatan PVCnya. Telanjang tanpa sampul, kedudukan demikian adalah untuk menarik perhatian orang yang dituju. Pasti Din yang berbuat begitu. Kandungan surat tu meminta dia menghadiri mesyuarat jabatan pada hari itu, pukul 2 petang.
Jam di pergelangan tangan kirinya menunjukkan pukul 2:30 petang. Dia segera bangun sambil membetulkan tali lehernya. Sepintas dia memeriksa jubah putihnya sekiranya tidak sesuai lagi untuk menghadiri mesyuarat. Puas dengan kebersihan jubah itu, Dr Jalani bergegas meninggalkan makmalnya. Kerana terburu-buru, pintu makmalnya tidak dikunci dengan betul. Dia beredar menuju ke bilik persidangan.
Sampai di hadapan pintu bilik persidangan, Dr Jalani berhenti seketika mengubah mimiknya. Tanpa mengetuk pintu, dia membukanya. Bunyi bukaan pintu itu membuat kesemua mata yang berada di bilik tertumpu kepadanya seolah-olah ingin menghukum orang yang terlambat datang.
Prof Surip segera mempersilakan Dr Jalani duduk di sebelahnya seolah-olah Dr Jalani adalah tamu yang istimewa. Dr Jalani menempati tempat yang dikosongi oleh Dr Zakaria yang beralih ke kerusi di sebelahnya. Dr Zakaria adalah seorang ahli histologi, Ketua Jabatan Histologi yang berpayung di bawah Jabatan Anatomi. Ada pula orang yang cuba menterjemah anatomi sebagai ilmu hurai kasar dan histologi sebagai ilmu hurai halus. Pengistilahan itu mati begitu saja tanpa penggunaannya.
Duduk di hujung kanan, di meja hadapan adalah Puan Rokiah, steno pejabat jabatan. Hampir kesemua staf pengajar menghadiri mesyuarat tidak terkecuali Mr Choong. Sambil memandang kepada Dr Jalani, Prof Surip menyambung perjalanan mesyuarat itu.
Ada baiknya saya ulangi tujuan mesyuarat ini diadakan, sebelum sempat dia meneruskan, Prof Surip sedar yang tetamu sebenar mesyuarat itu belum diperkenalkan kepada Dr Jalani.
Oh, ya. Dr Jalani, perkenankan saya memperkenalkan undangan kita ke mesyuarat ini, Haji Kamarulzaman, Timbalan Presiden ABIM. Mereka saling bertukar pandangan dan anggukan. Terkejut juga Dr Jalani akan kehadiran orang besar ABIM ditengah-tengah mesyuarat para ahli anatomi dan histologi. Kali terakhir jabatan itu berhubung dengan orang-orang ABIM adalah di sekitar 70-an apabila beberapa mahasiswi Islam enggan menjamah mayat-mayat untuk dikaji selidik. Alasan mereka adalah haram hukumnya bagi orang Islam menyeksa jenazah. Mujur waktu itu pengaruh ABIM begitu kuat. Sampai presiden ABIM terpaksa turun tangan. Baru mahasiswi Islam itu menerima hakikat sebenar yang meneracai imbangan antara idealisme islam dengan idealisme Hipporcrates.
Baru-baru ini terjadi satu peristiwa di hospital besar di mana seorang housemen dakwah meninggalkan meja pembedahan ketika doktor pelatih itu sedang membantu pakar bedah melakukan laparatomi . Housemen wanita itu meminta kebenaran menunaikan sembahyang. Pakar bedah itu juga seorang Muslim, tidak berkata apa-apa terhadap permintaannya itu. Tanpa kebenaran dari pakar itu, doktor pelatih itu terus keluar dari kamar bedah. Dan hanya balik semula setelah selesai sembahyang. Pakar itu melaporkan kepada pengarah hospital yang kemudiannya menghubungi dekan kerana housemen itu adalah lulusan dari fakulti kita.
Satu lagi kejadian di mana mahasiswi berpurdah tahun akhir meninggalkan bilik bersalin, juga atas alasan hendak mengerjakan sembahyang. Kes itu telah diambil oleh mahasiswi itu, jadi bidan tidak menduga yang dia sanggup meninggalkan pesakit. Pesakit melahirkan tanpa sebarang pimpinan. Akibatnya satu kelahiran mati dan dipercayai disebabkan oleh precipitating delivery.
Kerana kedua-dua kejadian itu, saya telah menerima arahan dari dekan supaya ketua-ketua jabatan pada tahun pertama supaya memberi perhatian tentang kegiatan dakwah dan usrah di kalangan mahasiswi. Jadi kita berharap kehadiran Tuan Haji Kamarulzaman dapat menolong kita atau memberi sedikit pandangan bagaimana kita boleh menembus rangkaian usrah mereka dan memasukkan nilainilai yang betul bahawa menolong pesakit juga adalah satu ibadah.
Apabila nama Tuan Haji Kamarulzaman disebut, mata mereka-mereka yang hadir tertumpu kepada beliau. Dia berasa segenap hadirin ingin mendengar pendapatnya segera.
Sebenarnya Islam sangat fleksibel. Orang dalam keadaan uzur pun boleh mengerjakan sembahyang. Apalagi dalam keadaan darurat seperti menghadapi pesakit yang dalam keadaan tenat. Sembahyang dapat ditunda dalarn keadaan itu dan mengqadakkan pada masa yang lebih selesa. Memang ada yang menyebut tidak baik mengumpulkan sembahyang untuk dikerjakan. sekaligus. Tetapi itu kalau disengajakan. Saya masih melihat kedua-dua kes ini sebagai terpencil, melibatkan segelintir pendakwah. Saya kira saya boleh membantu ahli-ahli ABIM sahaja tetapi kumpulan IRC, kumpulan tabligh dan kumpulan Al Arqam mungkin agak sukar. Saya terpaksa menggunakan saluransaluran lain.
Dr Zubeer Habeeb, seorang pensyarah kontrak dari Bangladesh berasa bertanggungjawab untuk memberi pandangan. Kebiasaannya pensyarah-pensyarah kontrak akan berdiam diri apabila agenda mesyuarat menyangkut soalsoal dalaman atau politik. Sebagai seorang umat Muslim, Dr Zubeer berasa dia mempunyai hak bersuara mengenai masalah keislaman sejagat. Walaupun mesyuarat dijalankan dalam Bahasa Malaysia, Dr Zubeer menggunakan bahasa Inggeris. Dia mengatakan sebenarnya kes housemen dan mahasiswi tahun akhir itu bukanlah oleh kerana kepercayaan agama dan ketakwaan mereka terhadap Allah tetapi tidak lebih dan suatu reaksi psikologi terhadap tekanan. Dia memberi contoh seorang housemen yang menjalankan latihan amali bersamanya, terpaksa beberapa kali pergi ke bilik air setiap kali housemen itu membantu pakar bedah. Apabila housemen itu mendapat kaunseling dan pakar jiwa, barulah gejala-gejala itu hilang. Menurut Dr Zubeer, mereka yang disebut dalam kedua-dua kes ini menggunakan alasan agama untuk berselindung dari tekanan jiwa.
Tidak ada yang membangkang pendapat Dr Zubeer, pula tidak ada yang menyokongnya. Melihat tidak ada pendapat dan Jabatan Histologi, Dr Munawir seorang doktor veterina yang mempunyai Ph.D. dalam Histologi Manusia, bertanya kepada Prof Surip.
Apakah tindakan dekan terhadap housemen dan siswi tahun akhir
Dekan tidak dapat berbuat apa-apa kerana doktor pelatih itu tidak berada di bawah bidang kuasanya. Tetapi kes siswi ini akan dibawa ke mesyuarat senat fakulti. Kemungkinan dia akan dikeluarkan dari fakulti, jawab Prof Surip.
Saya rasa kalau dikeluarkan dan fakulti, agak berat hukumannya. Kalau precipitating delivery, biar pakar kebidanan yang memimpin persalinan sekalipun akan berakhir dengan lahir mati atau kecederaan otak yang serius, jelas Dr Rusdani yang sedikit membela.
Dia akan dihukum bukan kerana kematian bayi itu tetapi kerana meninggalkan ibu yang malang itu bersendirian tanpa jagaan, balas Prof Surip.
Persalinan semacam itu terjadi begitu cepat. Kadangkadang kurang dan lima mimt, bayi telah lahir. Berbeza dengan persalinan biasa yang mengambil masa 7 hingga 14 jam, Dr Rusdani meneruskan pembelaannya.
Tak ada cara ke, tanda-tanda awal atau kaedah lain untuk mengenal keadaan itu tanya Dr Munawir yang hanya pernah menolong kambing beranak.
Tak ada, jawab Dr Rusdani seolah-olah dia mewakili Jabatan Obstetri dan Ginekologi.
Kalaupun ada alat, memasang alat itu saja melebihi lima minit, sambung Dr Rusdani.
Saya harap pihak fakulti tidak akan menghukum siswi tahun akhir itu kerana dia pergi sembahyang, mencelah Dr Badariah yang merupakan satu-satunya staf pengajar histologi yang memakai mini telekung.
Tujuan mesyuarat hari ini tidak bermaksud untuk menghakimi sesiapa. Kita diminta memberi pendapat dan pandangan mengenai bagaimana kita boleh mencegah hal ini daripada berlaku lagi dan proses pembetulan harus dilaksanakan di peringkat tahun pertama, pintas Prof Surip supaya perjalanan mesyuarat tidak terpesong daripada matlamat asal.
Saya berasa suatu pendekatan bersepadu perlu diperkenalkan di peringkat praklinikal, Dr Rusdani cuba memberi pandangan. Belum sempat dia meneruskan Dr Jalani yang sejak tadi berdiam diri bertanya.
Pendekatan bersepadu yang bagaimana
Dengan sistem yang kita miliki sekarang ni, kita mengotak-ngotak ilmu itu di dalam disiplin masing-masing, begitu terpisah sehingga kita menghadkan diri untuk tidak membincangkan perkara yang berkaitan dengan klinikal pada peringkat praklinikal, sambung Dr Rusdani. Setelah mengeluarkan pendapat itu, Dr Rusdani baru teringat sikapnya terhadap Tengku Huzir yang bertanya tentang Cerebral Malaria.
Dr Rusdanj, saya tidak bersetuju dengan sistem bersepadu seperti dilaksanakan di USM kerana pertama, sistem itu belum diuji hasilnya di mana-mana. Masih di peringkat eksperimental. Kita tidak mahu mengikuti suatu sistem yang belum tentu arahnya. Kalau tak salah hanya ada tiga universiti di dunia menggunakan model seperti di USM itu. Kedua, pihak senat fakulti bersependapat bahawa dengan sistem itu, kemampuan sintesis fungsi otak menyepadukan ilmu-ilmu di peringkat pra-klinikal dengan klinikal itu ditiadakan. Disuap ilmu tu seperti nasi campur atau kita mahu mahasiswa itu mengambil sendiri nasinya, taruh sedikit sambal, lauk dan mengolahnya menjadi suatu hidangan, jelas Prof Sunip menyatakan keberatannya menerima pendapat Dr Rusdani yang dia anggap radikal tetapi melihat perubahan wajah Dr Rusdani, dia cuba benjenaka untuk mengimbangi suasana serius itu.
Jadi, kita tak boleh menyentuh topik-topik klinikal pada mahasiswa, kata Dr Rusdani meminta kepastian.
Boleh, tetapi dengan cara yang bersahaja. Bila sampai ke bab Anatomi Gunaan baru kita bincangkan kaitannya dengan situasi klinikal, jawab Prof Surip.
Apa kaitannya sistem bersepadu dengan mesyuarat hari ini tanya Dr Jalani pada Dr Rusdani.
Memang ada. Kerana sistem yang mengotak-ngotakkan ilmu pengetahuanlah yang membuat mahasiswi dan doktor pelatih itu bertindak demikian. Ini adalah kerana penekanan pada ilmu dan penyakit melulu. Tidak pada manusia tu sendiri. Dengan pendekatan bersepadu, mahasiswa tidak mengagungkan penyakit tetapi mempunyai pandangan seimbangan yang berorientasi kepada manusia itu sendiri sehingga mereka tidak melihat pesakit sebagai satu container yang mengandungi penyakit. Belum sempat Dr Rusdani menyambung, Dr Jalani mencelah,
Saya tidak melihat kaitannya.
Justeru sebaliknya. Doktor pelatih dan siswi itu melihat penyakit di dalam pesakit mereka, bukan manusia rohaniah yang berjiwa. Sikap mereka adalah akibat didikan kita yang mengabaikan unsur-unsur manusiawi. Kita menamakan penyakit untuk setiap pesakit tetapi penumpuan kita lebih mengutamakan penyakit dan pesakit itu sendiri, jelas Dr Rusdani.
Jika sekalipun pendapat Dr Rusdani ada kebenarannya namun kita tidak dapat mengatasi dengan hanya merubah sistem pendidikan kita. Saya berkeyakinan, masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan dengan melakukan pendekatan melalui agama juga. Bukan merombak sistem pendidikan yang secara tradisi telah sebati di fakulti ini.
Demikian pengarahan Prof Surip agar perjalanan mesyuarat berlangsung dalam suasana yang dikehendaki. Prof Surip baru sedar yang dia lupa akan kehadiran tetamunya. Dia segera mengalih pandangan kepada wakil ABIM itu. Beliau masih hairan mengapa manusia yang mempunyai anak empat orang, masih menganggap dirinya belia lagi. Apakah umur tidak menjadi ukuran dalam menentukan kebeliaan seseorang.
Tuan haji, kiranya bagaimana tuan haji dapat membantu pembetulan sikap mahasiswi perubatan kepada suatu sikap yang positif
Sukar itu tetapi insya-AlIah, saya akan mencuba. Menurut keterangan yang saya perolehi dari perwakilan kami di fakulti ini, ahli-ahli ABIM merupakan tujuh puluh peratus. IRC kedua-dua terbanyak sedang dan Tabliq Muhammadiyah dan Al-Arqam hanya segelintir. Melalui usrah-usrah yang ABIM kelolakan, kami akan mengetengahkan hadis-hadis yang menyentuh tentang skop ibadah dalam konteks yang lebih luas lagi.
Tuan Haji Kamarulzaman kemudiannya melanjutkan penerangannya dengan menyebut beberapa potong ayat Al Quran dan hadis-hadis yang boleh dijadikan bahan untuk kajian semasa usrah. Mr Choong saling berpandangan dengan En Liew, seorang lagi histologis di jabatan itu apabila ayat-ayat al-Quran dikumandangkan oleh Tuan Haji Kamarulzaman. Barangkali pada masa mendatang jika ada siswi yang histerikal, Prof Surip akan panggil bomoh pula. Demikianlah fikiran Mr Choong agaknya.
Mesyuarat itu berlangsung melebihi masa pejabat. Tetapi tidak ada tanda-tanda yang ianya akan berakhir. Banyak yang hadir tidak sedar bilamana makanan ringan tiba di bilik konferens itu kecuali Mr Choong dan En Liew. Mereka hanya aktif mendengar pada bahagian pertama mesyuarat itu. Apabila tuan haji bercakap, mereka secara serentak menutup suis penerimaan deria mereka.
Seorang pembantu kafetaria masuk dengan menolak troli untuk mengambil cawan-cawan, teko dan talam. Dia terpaksa meninggalkan beberapa teko yang masih berisi kopi atau teh. Pemuda yang berketayap itu juga hairan melihat kehadiran orang sealiran dengannya di tengah-tengah manusia-manusia ganjil yang suka menyayat-nyayat tubuh mayat. Apakah kehadiran tuan haji hendak berdakwah kepada mereka agar tidak lagi menyeksa mayat, tidak diambil peduli. Secepatnya dia ingin meninggalkan kawasan Jabatan Anatomi itu adalah lebih baik. Dia lebih suka jika diarahkan menghantar makanan dan minuman ke jabatanjabatan lain oleh pak ciknya yang mengendali kafetaria fakulti.
Pemuda yang berjanggut sejemput di dagunya, memusing pemulas pintu itu dan menarik troli sambil berundur. Apabila troli itu lepas dan bukaan pintu itu, dia cepat menerpa untuk menghndari bunyi hentaman pintu itu pada kerangkanya. Dia tidak mahu mengganggu perjalanan mesyuarat itu. Bilik konferens ditinggalkan bersama bunyi roda troli yang kekurangan pelincir, mengiringi perjalanan pulang yang mendebarkan.
Walaupun dia hanya berjalan di bahagian hadapan Dewan Diseksi dan di bahagian hadapan Muzium Anatomi tetapi setiap kali dia melintasj bangunan itu, bulu roma di tengkuknya akan menegak. Apa yang dia ketahui daripada guru agama di pondok yang dia pelajari bahawa keadaan bulu roma yang tegak itu menandakan di persekitaran kawasan itu terdapat makhluk ghaib. Roh-roh manusia yang tiada mempunyai jasad dan tidak diterima oleh akhirat. Pemuda itu berasa lega bila berselisih dengan beberapa mahasiswa yang hendak pulang ke asrama masing-masing.
Di hadapan muzium, pemuda itu berselisih dengan Osman. Osman seperti biasanya ramah dengan sesiapa sahaja yang dia kenal. Osman kenal pemuda itu tetapi tidak tahu namanya. Pemuda itu selalu menghidangkan makanan yang dipesannya di kafetaria. Mereka bertukar salam. Hanya untuk sejenak mereka berhubung kemudian berpecah arah. Pemuda itu meneruskan perjalanan pulang ke kafetaria sedangkan Osman masuk ke Muzium Anatomi untuk menuju ke Stor Osteologi.
Fail Pedoman Osteometri, kaliper dan pita pengukur dibawanya bersama. Tanpa alat-alat itu, tidak guna dia ke Stor Osteologi. Dia berjalan di muzium itu tanpa mempeduli balang-balang yang mengandungi bahagian-bahagian kaki, tangan, paha, leher, kepala, perut, dada dan berbagai-bagai lagi. Seperti sesiapa sahaja yang ke muzium itu akan berhenti sekejap di balang Prof Guislain. Osman kagum melihat Prof Guislain yang menghadiahkan tubuh badannya untuk pameran anatomi. Lestari jasadnya dalam peragaan dan abadi dengan masa yang tidak mahu mati.
Osman singgah di Muzium Antropologi. Dia berjalan di hadapan rak-rak keluli seakan-akan seorang jeneral memeriksa barisan serdadu. Tiap nama-nama manusia purba itu dibaca. Begitu asyik sehingga dia tidak sedar bahawa replika-replika itu tidak boleh dipegang seperti amaran yang tcrtulis: JANGAN SENTUH Osman tidak saja menyentuh malah mengangkat satu per satu replika itu. Replika Peking man tampaknya sama saja dengan replika Java man. Kedua-dua homo erectus itu dikatakan hidup 1 juta tahun yang lalu. Keterangan yang tersedia di muzium itu menunjukkan Java man lebih tua dan Peking man. Dia hairan mengapa di dalam buku-buku sekolah masih menyebutkan orang-orang Neo-Malay berasal dan tanah daratan Yunnan sedangkan secara geografis Tanah Jawa lebih dekat dengan Tanah Melayu.
Dia juga hairan bagaimana antropologis membezakan replika-replika itu dan bagaimana pula penamaan mereka dibuat. Di bahagian manusia prasejarah, terdapat replika yang diberi nama Ramapithecus yang kononnya hidup 10 juta tahun yang lalu. Apakah Ramapithecus itu sama dengan Sri Rama dalam Hikayat Ramayana. Apakah diberi nama hanya berdasarkan tempat di mana mereka dijumpai. Sayang, tidak ada kelas antropologi untuk mahasiswa perubatan. Kalau ada pasti menyeronokkan. Bayangkan makhluk-makhluk itu hidup berjuta-juta tahun yang lalu. Seandainya antropologis Malaysia seperti Prof Madya Aishah menemui fosil manusia purba di Bidor, apakah makhluk purba itu akan dipanggil Horno Erectus Bidons. Pengetahuannya mengenai antropologi sebesar-besar angka sifar. Dia membaca apa saja yang boleh dibaca di muzium itu.
Mata Osman kini tertumpu pula pada peta gergasi di dinding muzium itu. Di sebelah gambar manusia purba terdapat gambar manusia moden masa kini. Peta antropologi itu sudah lusuh. Sarang labah-labah kelihatan menghubungkan alang peta itu dengan lelangit muzium. Bergerak-gerak halus ditiup sang bayu yang mencuri-curi masuk di antara jerejak angin. Dia memerhatikan wajah orang Eskimo di kawasan Siberia Utara. Kumpulan orang-Orang Cina, Jepun dan Korea begitu putih kulitnya. Sampai ke Indo-Cina, kecerahan kulit sedikit pudar. Thailand, Malaysia dan Kepulauan Melayu di Indonesia memiliki kulit sawo matang. Gambar foto orang-orang dan Kepulauan Flores, Timur, Ambon serta bangsa Mikronesia Iainnya mempunyai tone di antara warna sawo matang dengan warna kulit orang-orang Iran Jaya dan Papua New Guinea. Osman menduga barangkali kewujudan orang-orang Negritos itu akibat iklim panas yang memasak hingga rentung kulit mereka. Daripada segi geografi, kewujudan makhluk peribumi menjadi garis demarkasi, simbol kewujudan makhluk manusia secara terpisah dan serentak. Demikian hasil pendidikan ringkas dan benak Osman setelah membaca semua catatan yang diperagakan di muzium itu.
Berasa puas dengan lawatan itu, Osman beredar menuju ke Stor Osteologi. Setelah pintu dibuka dengan kunci yang diberikan oleh Dr Rusdani, Osman mencari-cari suis lampu. Dengan pertolongan sedikit cahaya dan luar yang masuk melalui bukaan pintu itu, Osman berjaya menemuinya. Stor itu tidaklah besar. Agak-agak seperempat daripada keluasan Muzium Antropologi. Rak-rak di stor itu dibahagikan kepada tiga bahagian, bahagian tulang panjang, tulang pendek dan bahagian tulang tengkorak. Osman berasa untung kerana Dr Rusdani tidak menyuruh dia mengerjakan tulang-tulang pendek. Tulang panjang yang dimaksudkan oleh Dr Rusdani adalah tulang humerus , ulna, radius , tulang femur9 , tibia, dan fibula10. Dia yakin Dr. Rusdani tidak terlalu kejam untuk menyuruh dia mengukur tulang-tulang rusuk yang berjumlah dua belas pasang. Selama belajar di Jabatan Anatomi baru Osman sedar yang jumlah tulang rusuk wanita adalah sama dengan kaum lelaki. Kalau tidak, dia masih berfikir yang tulang rusuk lelaki kekurangan satu.
Osman mengeluarkan borang osteometri daripada fail yang dipegangnya. Melihat lantai stor itu agak bersih, Osman mengambil beberapa spesimen tulang lalu duduk sambil menarik seluarnya agar lebih selesa mengerjakannya. Dia mulai mencatat nombor mayat, jantina, umur dan menggunakan kaliper untuk mengukur tebal tulang pada paras-paras yang ditentukan. Osman mengambil pita pengukur, diregangkan pita itu sepanjang tulang femur dan kanan ke kiri. Apabila dia hendak membaca ukuran pada pita itu, matanya terpandang pada jam di pergelangan tangan kirinya. Secara automatik kedua-dua tangannya melepaskan tulang itu bersama pita pengukur jatuh mencecah lantai. Dia terus bangun dan keluar dan stor itu dan berlari menuju ke Muzium Antropologi. Ibarat bangunan itu akan runtuh akibat gempa bumi, Osman meluru ke pintu keluar yang sekaligus juga pintu masuk ke Muzium Anatomi. Menghampiri pintu itu, lariannya diperlahankan. Dia menggoncang pintu itu. Pintu itu terkunci.
Hinggutannya seolah-olah ingin mengejutkan mayatmayat di muzium itu. Terfikir olehnya hendak memecahkan saja kunci pintu itu. Tetapi bila teringat hukuman yang akan ditanggungnya kelak, dia pasrah pada nasib. Kecuaian dan dirinya sendiri. Tidak boleh disalahkan orang lain.
Tersandar di tepi pintu itu, dia memejamkan matanya menyesali kealpaan yang tidak perlu terjadi. Dia melangkah perlahan. Tidak seperti ketika dia berlari ke pintu keluar. Gerakannya longlai dengan rasa kesesalan menguasai dirinya. Dibayangkan dirinya terpaksa bermalam bersamasama penghuni muzium. Hotel yang paling istimewa di mana makhluk dan pelbagai zaman dapat beradu bersamasama makhluk manusia zaman kini. Fikirannya memikirkan tentang makhluk-makhluk ghaib yang menjadi penghuni tidak berdaftar di muzium-muzium itu. Biarpun dia tidak berasa seram tetapi Osman berharap ada pengertian antara makhluk-makhluk ghaib dengan dirinya.
Dia sampai di Stor Osteologi. Tulang-tulang panjang berselerak di lantai. Osman mengutip semula tulang-tulang itu dan dikumpulkan kembali. Dia duduk bersandar pada rak kayu sambil berfikir. Kalaupun ada telefon di kawasan itu, masih belum tentu dia boleh keluar, dia tidak tahu nombor telefon pengawal keselamatan. Yang jelas di kedua-dua muzium dan stor itu tidak ada sambungan telefon. Kecuali makmal Dr Jalani. Memasuki makmal Dr Jalani tanpa kebenaran dan menggunakan telefonnya untuk memanggil pengawal akan mengundang masalah pada dirinya. Dan pasti pula makmal itu berkunci.
Akhirnya dia mengalah. Tidak mahu memecahkan persoalan bagaimana hendak membebaskan diri daripada kurungan itu. Tetapi pengalaman mendidik dia supaya memanfaatkan setiap keadaan kepada sesuatu yang positif. Alangkah baiknya kalau dia habiskan tugas pengukuran tulang-tulang dalam satu malam saja. Menjimat waktunya yang akan digunakan untuk kunjungan berikutnya ke stor itu.
Dia terus mencapai tulang yang belum diukur. Kalipernya begitu pantas mengukur. Tulang demi tulang habis diukurinya. Dia mengambil tulang-tulang baru dan mengembalikan tulang-tulang yang telah diukur ke tempat asalnya. Suasana monotoni dikalahkan dengan sasaran baru untuk menghabiskan semua pengukuran yang terlibat. Satu paras rak habis diukur. Borang-borang pun banyak berganti. Pekerjaannya terasa begitu mudah. Gerakan-gerakannya begitu ekonomik sehingga akhirnya dia menemui kaedah yang berkesan tanpa menyedari dia mempunyai masa yang melimpah. Dari satu paras ke paras yang lain. Putaran bangun duduk menjadi lebih singkat. Berpindah rak tidak juga meletihkannya. Barangkali berbuat demikian menghilangkan sama sekali rasa kehadiran makhluk-makhluk ghaib. Fikirannya tertumpu pada angka, angka melulu. Mengisi borang-borang yang direka untuk kegunaan pengisian komputer terasa begitu mudah. Tidak terasa dirinya seakan-akan komputer hidup. Pasti Dr Rusdani hendak membuka fail inventori tulang-belulang ke dalam Database III Plusnya.
Rak ketiga hampir habis dikerjakan baru tampak tandatanda keletihan pada Osman. Gerakannya tidak secepat sebelum ini. Kejemuan memisahkan dirinya dari komputer. Kemampuan untuk menjadi jemu dan bosan yang tidak dimiliki oleh sebarang komputer, merupakan suatu entiti komputer hidup ciptaan Ilahi. Osman kembali tersandar di rak kayu dibuai kelesuan yang mendalam. Pen yang tadinya terasa ringan sekarang bagaikan tukul besi yang amat berat. Perutnya mulai berdendang, ingin menyaingi bunyi cengkerik yang kian memekak. Bukaan matanya kian menyempit. Pen yang dipegangnya gugur di lantai. Menandakan ketibaan dewi peraduan di persada yang empuk.